Followers

Thursday, December 31, 2009

lelong


mood sekarang : menaip entry dengan mata berpisat-pisat baru bangun tidur.
lagu : tak dak,sebab hand phone tak charge lagi.
muka : secomel kucing baru bangun tidur.

hari khamis yang memenatkan. itu tajuk yang sepatut nya aku letak. tapi seperti biasa,tajuk hanya akan aku di beri selepas entry siap. so,masih dalam proses berkira-kira untuk meletakkan tajuk yang sesuai. kelas aku hari khamis paling pack. start dengan 8-11 pagi,then sambung 11-2 ptg. and malam ni pukul 8-11 malam. bangun ni pon sebab dah azan asar. and selepas athiah ke kelas law dia. kalau tak,rasanya aku masih bergelumang dengan syaitan yang menghasut ku supaya tidur sehingga ke maghrib. "hoi,setan! aku menang la hari ni. hahaha" erk,aku tak panggil korang. kenapa makin dekat dengan aku ni.

masuk minggu ni,dah dua kali jumaat cuti. mana la pak cik jumaat ni pi lepak kan setiap hari jumaat,tiap kali jumaat ja dia cuti. minggu lepas sebab krismas yang menyebabkan aku dapat hadiah melambak-malambak kat farmville. red gift la,green la,yellow la. ok,nampak cam hebat sebab main men-cucuk-tanam di facebook. tapi best oh,kalau nak tunggu aku menanam sendiri mungkin masa aku dah tua-tua sikit nanti. itu pon kalau sempat and rumah aku ada tanah untuk bercucuk tanam. sekarang pon,kalau mak ayah aku menanam kucai ka,kacang panjang ka,tak pon kutip buah durian tepi and belakang rumah, aku wat derk ja. makan aku tahu la. bukan tak minat. cuma...jumaat ni pula cuti sebab sambut new year. sambut ke?

untuk mengelakkan rasa seperti nak ber-tanggo dalam bilik,rasa nak terjun ke luar tingkap dengan tiba-tiba,or tiba-tiba ja jerit "apa nak buat ni oi athiah!" aku men-decide-kan diri untuk balik ke klang minggu ni. kakak aku nak shopping barang sekolah anak-anak dia. so boleh la tumpang se-badan dalam proses pe-shopping-an tersebut. kalau tak dapat shopping macam tatkala duit melambak-lambak dalam peti ATM pon,cuci mata and mana tahu kalau tiba-tiba aku menang contest window shooping terhebat nanti. hadiah pertama percutian ke rumah sendiri selama-lamanya dan makanan di tanggung beres!

tadi kemas barang-barang aku rasa macam sampai bila-bila pon tak larat nak habiskan. kemas almari baju,laci pula tak boleh nak tutup,dah kemas laci,pintu almari pula tak boleh tutup. kemas meja study rasa cam kemas dapur rumah aku pon ada. semua nak letak atas meja. dengan seterika. dengan heater. dengan botol air. dengan laptop. kalau boleh dengan aku-aku nak letak atas meja. last-last aku tidur and buat tak nampak ja. dengan perasaan. benda-benda tersebut akan kembali ke tempat yang lebih sesuai. kan best aku ada magic. ambil barang kat tempat lain,then tinggalkan,pastu dia akan kembali ke tempat asal. cam cerita merlin. wowww...

ting! idea. hahaha..tipikal cerita kartun. if ada idea akan bunyi "ting!" aku rasa macam nak jual ja setengah dari barang-barang aku ni. dulu masa banyak duit,nampak ja beli. and sekarang bila tak da duit nak jual la izan? erk! ini hanya alasan. sebenarnya seluar-seluar aku dah banyak yang tak boleh nak pakai. dulu pinggang macam kerengga,sekarang dah macam naga. serius aku cakap,dulu masa first year aku masuk UKM aku pakai seluar saiz 25. sekarang? saiz 27 pon aku rasa sendat kalau lepas makan. nak kasi orang,sayang la. beli mahal-mahal. jeans levis aku, sempat beberapa kali pakai je. sekarang dah tersadai kat lam almari tu. tshirt-tshirt pon sama. dulu pakainya saiz S, sebab small kan badan aku ala-ala model gitu. but sekarang kalau pakai saiz S dah sendat mcam sarung nangka.

p/s: nak ke bilik hayyan tumpang charge handphone.



Wednesday, December 30, 2009

entry hanya untuk aku

sila baca dengan had laju 40km/hours. sebab aku sedang men-taip entry ni dengan kelajuan 20km/hours sahaja. taip,delete,taip delete. rasa semacam bahagia pulak bila buat macam tu. mungkin ini adalah tanda-tanda awal otak aku telah kembali ke jalan yang lurus untuk memproses ilmu-ilmu pengurusan organisasi. ok, ini kali ke-empat aku delete and men-taip semula. keep doing izan,u can do it.lets start from the beginning,belum mula? erk.ok,semalam aku dapat sms dari satu number yang aku tak kenal.

"sombong,tak kemana sombong ko..dulu ada masalah pandai cari. sekarang perangai macam sial nak mampos.blah la oi"

ok,very bad words! se-bad-bad mulut aku,aku belum pernah guna word-word macam ni.aku terus call. dalam hati aku just terpikir dua orang je. either gabuk or baem. sekali yang angkat suara wak! ok,firts time nama-nama ni wujud dalam blog aku. so akan di terangkan satu persatu. wak,baem and gabuk adalah kawan time aku belajar kat mrsm serting dulu. wak kelas lain,tapi dia adalah sebaik-baik lelaki yang aku pernah jumpa. baem adalah kawan sekelas. duduk belakang shasha. shasha sebelah aku. sebelah baem is my ex. so makna nya my ex is belakang aku ja. lalala..indah ohh time tu,hari-hari jumpa. hahaha...statement my ex tu selalu dah kan sebut. so tak payah nak terangkan secara detail lagi. and gabuk pula kawan sekelas juga. but lagi lama dari baem. since aku form 1 sampai form 5 sama sekolah dangan dia. cuma masa form 4 and form 5 ja aku sekelas dengan gabuk. ok,done part diorg.

memang la wak yang angkat. but number tu number gabuk. makna nya gabuk la yang hantar sms tersebut kat aku. tak jadi marah. sebab ada dua orang ja kat dunia ni yang kalau diorang sebut word yang macam mana pon kat aku,aku ley terima. gabuk and baem. kenapa diorang? sebab memang aku salah dengan gabuk,sebab masa aku susah dulu baru clash ngan izzat aku cari dia. and now terus lost contact. and baem pula,mulut dia memang macam tu. dari dulu lagi. malah lagi teruk dari tu pon aku dah pernah kena. like..tuttt,tuttt,and tuttttt...tak boleh taip disini. kang blog aku kena abuse plak.

then terus borak-borak macam dah sepuluh tahu tak jumpa dengan gabuk. sampai kredit aku habis. tu pon sebab aku ade 50sen je. then dia call back but aku tak angkat. sebab apa? tuttt...saja! sebab aku tengah solat time tu. and tak sempat nak angkat call dia. masa borak sempat la gabuk tanya, aku dengan siapa sekarang. and i said. dengan telefon. hahaha...telefon siapa ka?

oleh kerana soalan yang di tanya oleh gabuk and aku tak sempat nak jawap sebab kredit habis. aku telah me-muhasabah-kan diri. izan buat muhasabah diri? ya! i did it last night! and keep asking myself why i am still single? padahal dah 2 tahun. jawapan nya? selepas iklan pinggan mangkuk ini. ok,tak lawak. mood aku sekarang pon bukan nak buat lawak antarabangsa sebab aku duduk kat kolej antarabangsa ibu zain. bukan sebab aku tak boleh lupakan izzat. aku just dah rasa selesa macam ni. serius aku cakap,aku dah selesa. kesimpulan di sini. aku mahu cari boifren yang boleh kasi aku buat apa sahaja. and aku tak akan buat benda yang dia tak suka, sebab aku yang tak nak buat. bukan sebab dia tak bagi aku buat.

dah pening aku nak baca balik. izan kena yakin. setiap benda yang aku tunggu dalam dunia ni,kalau bukan sekarang mungkin masa depan aku akan dapat. cuma bila,di mana dan bagaimana itu tak tahu ye izan. seperti kata hayyan,buat apa aku susah hati sangat nak cari calon suami. ntah-ntah dah ada depan mata,cuma aku ja belum tahu yang dia tu bakal suami aku. ntah-ntah orang yang aku tolong time dia jatuh tangga tu ka,orang yang tolong aku time eksiden tu ka,orang yang ambil order makan kat pok tek hari-hari tu ka. atau mungkin??? oh,itu aku tak tahu, hanya sapa yang tahu? ha,ko pikir la sendiri izan.

so,kalau aku dah fikir macam ni. mungkin suatu hari nanti aku boleh menjadi seorang pakar motivasi cinta. mungkin saja akan di jemput oleh hot fm untuk memenuhi konti siaran meraka dengan segmen aku "bersama DR LOVE" gaji aku masa tu,jangan tanya berapa. cakap ja korang nak pinjam berapa. aku sign je cheque dengan kadar bunga 12% sebulan terhadap baki akhir pinjaman yang di beri oleh DR love ini. muahahaha

p/s: makan bubur kacang mampu buat aku rasa dunia ni hanya cubaan untuk merubah ke arah yang lebih baik. dari kacang hijau mampu jadi taugeh.

entry ini bukan izan yang men-taip.

but the new izan!

babe,i'd move!

incoming call from Dr Aisyah said that "class cancel"


three day without calling hj salleh and his beloved women. suddenly i'd got red card from F4! ceit tiba-tiba teringat cerita meteor garden 1. meteor garden 2 aku dah tak larat nak layan. tapi kalau bagi prison break sampai 100 season pon aku boleh layan kot. as long as my Wentworth Miller still hot cam sekarang masa season 100 tersebut di lancarkan.

secara tidak sengaja aku termelencong ke jalan yang tidak lurus seperti biasa. tadi dah janji senyap-senyap dalam hati yang nak men-taip entry dengan lurus ke jalan yang benar. back to the red card yang aku dapat pagi tadi. aku ingatkan dapat panggilan antarabangsa sebab tertera "salleh's house calling" kat skrin hand phone aku. mat salleh mana la telefon aku pagi-pagi ni. sekali dengar-dengar tak dengar sebab aku tengah kelam kabut nak siap ke kelas,suara minah salleh cakap melayu loghat kedah plak yang muncul di hujung talian hayat.

minah salleh: awat lama tak telepon rumah?
budak baik nak ke kelas: oh,ingat tadi sapa la yang telepon..hehehe...assalamualaikum..
minah salleh: waalaikumussalam...ha,awat lama tak telepon? kredit tak dak ka?
budak baik nak ke kelas: tak dak la aih,sibuk sikit nak kena daftar subjek la hapa la...mak sihat ka? ayah?
minah salleh: sihat ja la...adik?
budak baik nak ke kelas: hehehe,sihat ja..mak buat apa?
minah salleh: tak buat apa-apa. macam biasa la tunggu ayah bawa balik sarapan...ayah tanya,ada duit lagi ka?
budak baik nak ke kelas: erk,hari tu kan dah cakap ngan ayah,duit masuk lambat..hehehe
minah salleh: petang la ayah masuk kan..berapa nak?
budak baik nak ke kelas: erk,berapa-berapa pon boleh..hehehe...
minah salleh: lain kali tak dak duit habaq,bukan senyap tak telepon...
budak baik nak ke kelas: malu nak mintak...hehehe. k la mak,adik nak pi kelas ni. kirim salam kat semua.

sebenarnya aku tak telepon sebab takut nak mintak duit. sekali mak aku yang telepon. bagai pucuk di cita lalu ulam di buat cecah sambal belacan tapi aku tak reti makan...dengar kata and setelah aku men-fan-kan diriku men-join UKP JPPel UKM di facebook baru dapat information yang duit hanya akan masuk before februari 2010. so thats meant aku kena survive bulan januari dengan sendiri nya. kejap, lori alam flora lalu kutip sampah. tadi dah lalu ni nak lalu lagi. lalu la,lalu..tumpang lalu...holoh holoh holohhhh...anak sapa la ni...

satu perkara yang aku sangat respect to d'amore terhadap hj.salleh. pagi aku mintak dengan syahdu nak guna duit sikit. as soon as possible dia akan masuk kan. paling lewat petang tu jugak. tapi kalau aku,mintak tolong telefon telekom suruh tukaq telefon rumah je pon. as long as he can wait baru aku buat. last-last dia juga yang telefon telekom. sungguh tidak mengenang budi ini anak yang bertuah. ok,kejap nak lap ayaq mata yang berjurai mengenangkan diri yang masih tidak mampu membalas jasa baik ayah. mak punya entry next time eh...sebab too long nak cerita pasal mak plak.

kelas hari ni batal. tu je nak cerita sebenarnya. dah siap cantik-cantik seperti biasa sekali kelas batal. kalau aku bersiap cantik-cantik secara luar biasa mungkin kelas berjalan seperti biasa. so,esok kena upgrade kecantikan yang semulajadi ini.

p/s: angin menderu,dahan jatuh menimpa batu...aaaaahaaaiiii...



Tuesday, December 29, 2009

entry terbaik pernah aku hasilkan

sesi persedihan melabuhakan tirai. aku dah malas nak pikir kenapa duit tak masuk-masuk lagi. mesti ada udang di sebalik batu. mungkin saja pihak JPA ingin menambah amaun. oh,ini satu nikmat yang patut di tunggu-tunggu kan. kan orang selalu kata,benda yang baik memang susah nak dapat. so,kalau korang senang-senang ja tukar boyfriend or gurlfriend tu makna nya apa? erk! maafkan daku yang kurang berpengalaman ini. sambil mengibas-ngibas rambut ikal mayang sari dan intan sari. tengok cerita nenek kebaya? kan watak dalam tu ada apa lagi jenis sari aku tak tahu. ini semua salah drama melayu sekarang suka buat cerita dongeng. aku ni dah la jenis yang mudah terpengaruh. sebagai contoh,teha baru beli handfon baru. sony ericcson model K berapa aku tak pasti. esok aku tanya teha balik. atie,aku dah tengok handfon idaman angan tak sudah ko tu. memang berbaloi-baloi. tapi sudah nasib badan. rezeki teha lebih awal. kita nantikan athiah ber-handfon baru plak nanti. aku tahu,contoh ini adalah tidak berkaitan.

baru sebentar tadi hayyan memulangkan kunci haiwan peliharaan aku. sambil tu berborak dua tiga dok perkataan mengenai subjek majoring hayyan. dia baru balik dari kelas pelaburan. memang banyak term pelaburan yang aku baru ja tahu dan begitu juga dengan hayyan. masih jahil tahap zaman jahiliah rupanya kitorang ni. rasa macam nak kena baca analisis pelaburan hari-hari. nak baca? bukan! kene baca! membaca titi gantung ilmu ya adik-adik. eh,lupa. ada juga kakak-kakak dan abang-abang membaca.

secara rasminya disini aku umumkan jadual kelas aku sem ni. 23 credit hours bersamaan dengan 8 subjek. tapi semua subjek still tahap wajip fakulti dan wajid pusat. just 1 subjek ja aku mampu ambil sebagai subjek wajip pengkhususan. subjek U3,aku pon tak tahu U3 stand for what. nanti malam aku tanya sama hayyan or yuni apa maksud U3 tu. aku amek isu-isu kekeluargaan. tapi belum daftar lagi. rabu ni baru mahu daftar bersama laila and teha. ok,aku tahu nama kawan-kawan aku makin ramai yang wujud dalam blog ni. hidup di perantauan memang perlu ramai kawan. and secara automatik nya akan wujud musuh yang cemburu kerana bilangan kawan-kawan aku yang makin men-tambah dengan sendiri nya. ececeeee...sendiri? usaha la sikit,baru dapat kawan. tu kadang-kadang aku pelik kenapa ada kawan aku tak da kawan lain selain aku. erk?

isu-isu kekeluargaan. dari apa yang laila terangkan secara serba serbi ringkas. hanya belajar tentang masalah-masalah yang di hadapi oleh institusi kekeluargaan. masalah akhlak remaja. masalah keruntuhan institusi kekeluargaan. am i sound like ustazah right now? its ok. people change bak kata athiah. kenapa bila sebut institusi kekeluargaan ni mesti masalah je yang ada? masalah anak itu lah,masalah kewangan keluarga itu lah,masalah suami itu lah,masalah bini ke-dua itu lah. semua masalah tu just wujud kalau kita yang cipta. so nak elak kan? jangan kahwin! gila kau ni izan. ok-ok. aku perlu buat statement lipas berani mati di sini. aku nak kahwin. ayat-ayat di atas tidak ade kena mengena dengan diri penulis. wah,lagak seperti aku dah tulis sepuluh buah novel berkulit tebal keluaran norizan publication sahaja. hahaha...

secara detail nya,alasan kepada why i am tacking isu-isu kekeluargaan as U3's subject? saja suka-suka. hahaha. tak lawak la mak cik! aku nak tahu apa punca akar umbi masalah-masalah yang bakal aku hadapi bila dah bekeluarga nanti. atau mungkin korang dah jumpa masalah-masalah tu sekarang bagi sesiapa yang dah berumah lalu dalam rumah nya ada tangga. sebab aku belum beli rumah yang ada tangga,so kene ambil langkah-langkah awal bagi mencari penyelesaian kepada permasalah yang bakal aku hadapi. dengan harapan aku berjaya mengharungi alam berumah di tepi pantai dengan jaya nya!

nak baca lagi? aku dah malas nak men-taip sebenarnya. just a simple gonna buy list:
1. nescafe
2. sabun basuh baju
3. megi tomyam
4. tisu
5. plastik sampah
6. ubat kurangkan karutan iaitu coklat.
7. tshirt
8. lens
9. bakul si tembam
10. boyfriend.

ok...aku tahu,sejak akhir-akhir ni banyak list yang wujud dalam blog aku. saja nak tengok ke-kental-an aku. sama da berjaya atau tidak? kita tunggu apa lagi? bolos saja dinding itu!

p/s: seronok dapat tulis panjang-panjang tanpa motif.



Monday, December 28, 2009

ciri ciri anak solehah

hj salleh : duit ada lagi kan?
anak solehah : huh? ada lagi???
hj salleh : kata duit masuk awai?
anak solehah : ntah depa,hari tu kata 21 dah masuk. ni sampai nak masuk 1 hb pon tak masuk-masuk lagi ni.
hj salleh : duit yang ayah bagi dulu ada lagi kot?
anak solehah : erk....hahaha
hj salleh : gelak tu ada la kot...hahaha
anak solehah : tak dak kot...hahaha
hj salleh : esok la kalau nak masuk pon. tapi mintak-mintak la sebelum pi terengganu duit hang masuk kan.
anak solehah : nape plak?
hj salleh : makan hang support.hahaha
anak solehah : lorh,awat plak...
hj salleh : dah hang sorang ja makan banyak. anak-anak ayah yang lain semua makan sikit ja..hahaha
anak solehah : erk,insyaALLAH...hehehe

p/s: omaigod,tak dapat nescafe seminggu rasa macam nak pitam!



naek 4,turun 10.


akhirnya kecewa seperti biasa. tak pi cek pon duit JPA masuk ke tak. sebab tanya yuni and yan tadi hutang pelajar dah tolak ke belum diorang kata belum. so kesimpulan? lagi mahu tanya ka? sentap kang sentappp...pujuk cepat! ok,tak sentap. kalau hutang pelajar dah di tolak thats mean JPA dah bayarkan gune duit biasiswa yang dia provide kat kitorang. and baki akan dimasukkan ke dalam akaun bank setiap pelajar yang di taja...di taja kah aku? seperti hidup di angkasa gamaknya kalau duit masuk hari ni. tak de la aku update bagai nak rak dalam blog. mungkin aku sudah berada di warta membeli sabun basuh baju,plastik sampah,megi tom yam,dan nescafe 3 in 1.

tepi-tepi,jangan nak nyampuk bila perempuan cantik nak mengadu domba. nak ngadu kat mak ayah,ini hanya akan di selang selikan dengan tawa hilai acik di rumah dengan mengatakan "balik rumah naik 4 kg,duk sana turun 10 kg la ko" lihat? kejam kakak ku. but ily! nak ngadu kat boifren,mungkin akhir sem ni baru akan berjaya buat demikian. tu pon kalau azam terlaksana. nak ngadu kat korang? tengok tu tengokkk...boleh pi main guli plak. semua kejam!

p/s: jog sampai rasa cam duit jatuh dari langit...syorgaaaaaaa...



pinjam duit korang boleh?

isnin datang lagi dengan mainan baru *cam iklan tora dalam tv* TORA datang lagi dengan what so ever mainan aku tak tahu. wah! izan dah pandai guna word what so ever? nampak cam tak kena dengan diri ku. hahaha. ok lepas ni aku nak kena potong kuku. sebab dah macam ponti anak remaja aku tengok. bukan aku tak nak potong. aku and kakak rumate aku terlupa bawa balik nail cutter dari rumah. boleh tak guna alasan tu? hayyan pon sama! pi marah dia gak. yuni? dia tak payah pakai nail cutter sebab apa kawan2? ha! tu kena tanya yuni sendiri. atie? jauh benor nak pinjam nail cutter nye...

ape kes ko izan cerita pasal kuku and nail cutter bagai. tak da modal apa? oit! mulut cam longkang loji nuclear.ok,words tu aku dapat malam tadi. memang free je aku dapat malam tadi. selalu aku kenakan orang kan. tetibe ter-sentap dok jap. tersentap dok? what ever...gila gedik ko izan...jap,aku layan lagu glamorous.

hari ni aku tak da kelas and kejap lagi nak pi ATM bank islam. ok,oleh itu mari tadah tangan ramai-ramai. ok,dah tadah tangan dah eh? oloh oloh olohhhhhhh...sungguh mendengar kata. kita start doa eh. kalau perempuan ameen kan aja. lelaki baca doa cam aku nak baca ni sendri. kang tak makbul plak.

"ya,ALLAH ya tuhan ku,dengan MU aku memohon. semoga duit JPA izan dan KAWAN-KAWAN nya masuk hari ni. sesungguh NYA izan dan RAKAN-RAKAN nya telah melarat beberapa hari hidup di perantau nan jauh dari ibu dan bapa mereka. KAU lindungilah izan dan RAKAN-RAKAN nya. ameen"

dah-dah,sapu kat muka tu sikit...oloh oloh olohhhhhhh...sweet! ;)

kalau korang nak aku update benda lain selain dari aku mengarut minta duit JPA aku cepat masuk baik korang doakan hari-hari. sebab kalau aku ada duit aku boleh pi tempat lain kan selain duduk di bilik. so,nanti aku akan ada benda lain nak di-story mory kan kat korang. mana korang nak? nak aku mengadu domba pasal duit JPA tak masuk ke or nak doakan aku? hah! pilih,pilih...

tak nak dua-dua? erk,ok fine ;(

p/s: buku-buku perlu di beli. dengan apa nak beli? pinjam duit korang dulu boleh?



Sunday, December 27, 2009

aku lah calon menantu pilihan

yeay! finally sunday! tapi esok sama je macam sunday kot. sebab aku tak de kelas hari isnin. what a lovely land..land? orang semua akan menghadapi monday blues. aku akan menghadapi monday clues...clues? blue's clues. jumaat sabtu lepas dan ahad hari ni akan dihabiskan dengan bersenang lenang di katil. kenapa tak keluar jalan-jalan izan? saja,malas nak paksakan diri kena cahaya matahari. kan ai memang suka duduk bilik je. tengok movie kat bilik. makan kat kafe kolej. then balik bilik,baring kat katil. tidur...

zappppp.kene panah petir jap. nak mentipu tak teragak-agak. semalam nampak neighbour sebelah bilik aku angkat barang baru balik shopping. aku dengan selamba "baru balik shopping eh kak?" akak? "hehehe,aah beli barang sikit" aku? *sikit ko kate? sampai berpelastik aku nampak*

seperti biasa,aku tak rasa jeles pon tengok budak-budak ni pi shopping ke,tengok movie ke,makan kat luar ke. sebab aku memang suka duduk kat bilik je kan. oloh oloh olohhhhhh...calon menantu pilihan sungguh!

p/s: takpa izan,jpa masuk lambat,lambat la duit ko habis. think positive!



Saturday, December 26, 2009

cara dan teknik yang berkesan


bangun hari ni awal weyh. 6.45 pagi dah bangun and solat semua. pastu tidur balik. dalam pukul 7.30 pagi bangun balik,mandi and siap-siap nak ke kelas pengurusan persatuan.sampai kelas dalam pukul 8.30 pagi. kelas start 8 pagi. memang saje nak pergi lambat. sekali ada 3 orang je dalam kelas. tambah aku,atie and yuni. so jadi 6 orang. lecturer? kompem tak datang lagi. tunggu punya tunggu sampai 9 pagi. then cau cin cau ke kedai untuk makan. and bukan air cin cau yang di order but nasi lemak+sambal udang. bila mahu pantang izan? esok laaaaa....bila tanya esok lagi. bila mahu pantang. aku jawap? hah! pandai! esok laaaaaaaa ;) lalala...i like to move it move it.

serius aku rasa bosan tahap sailormoon tunggu incoming call nak bertukarlah. dengan kuasa bulan akan menghukum mu. di sini aku ingin membuat tawaran secara terbuka. sapa mahu ajak aku date and sepenuh perbelanjaan di tanggung? aku terima! sah? sah!

oi,JPA...cepat la masuk. sampai nak basuh baju pon aku tak de duit nak beli sabun ni...sabunnn..di bilik mandi. gedebek! jatuh terpijak sabun.



Friday, December 25, 2009

taged zaman kanak-kanak from acan

Nama penuh :
Norizan binti Muhamad Salleh.

Tarikh lahir :
23 Feb 1989.

Tempat anda dibesarkan :
Felda Tolak Selatan,Sungkai,Perak.

Siapakah nama kawan rapat anda semasa kecil :
dayah,farah,ayin and gmah

Apakah nama permainan anda yang anda ingat semasa kecil-kecil
:
main nyanyi-nynyi kat pokok nangka. setiap sorang amek sebijik buah nangka yang still melekat kat pokok and verangan yang kitorang ni kumpulan ELITE. masa tu ELITE femes ohh..kah kah kah...gila gedik kalau nak bayangkan sekarang.

Kalau anda bergaduh dengan kawan anda, apakah perkataan yang anda akan sebut kepadanya :
"ok,fine. aku cari kawan lain" hahaha

Di kawasan manakah yang menjadi tempat anda bermain :
dekat sekolah agama rakyat,kat pokok nangka,tepi rumah mak teh,reban ayam tinggalan ayam ayah aku.

Apakah cita-cita anda semasa kecil :
peguam. hahaha...kau ingat senang ke?

Apakah kartun yang anda gemari semasa kecil :
sailormoon! dengan kuasa bulan akan menghukum mu!

Makanan ringan apakah yang anda borong di kedai :
jeruk jambu yang biji still ada. aku makan biji dia je sampai kena masuk spital. hahaha


Nyatakan nama kawan anda semasa kecil yang anda teringin sangat berjumpa :
adha luqman. ko dah besar mana eh skg?

Apakah gelaran anda semasa kecil :
izan anak pak njang salleh kedai.

Nyatakan seberapa banyak rakan bloggers anda yang anda ingin tahu zaman kanak-kanaknya :
atie,lemanto.

p/s: aku paksa korang buat. tak buat aku sumpah bisul vuntut seploh hari.



tango bersama sugar daddy

ntah bila la sugar daddy aku nak masuk kan duit ntah. asal nampak atm je kompem nak cek. hasil nya? mengecewakan. tahap kekecewaan sampai nak post entry baru pon tak da mood. ye la,nak post amendenye kalau duk bilik dari pagi sampai ke malam. bangun pukul 11 pagi. tidur pukul 6 pagi. aku pandang babychuk,babychuk pandang aku. memang tahap keromantikan yang tak dapat di sangkal lagi. sapa kata aku gila pon aku dah boleh terima sekarang.

buka fb,asyik-syik refresh page. button F5 pon dah bosan asyik kena tekan ja. kalau dia ada mulut kompem dia kata cam ni. ko ingat aku punching bag ko? aku? kompem rekod masukkan lam youtube then aku boleh jadi femes. lagi femes dari keadaan diri ku sekarang. nak main farmville? asyik-asyik tanam,tuai,buka hadiah krismes,lawat kebun orang,tolong bajakan sebab nak naikkan point. kalau dapat naikkan pointer dengan cara tu hari-hari aku sanggup buat.

sebelum korang rasa cam nak lempang aku sebab baca entry yang tak da point ni. memang saja aku nak dapatkan pelempangan free dari korang. mana semua orang pi eh? bila bukak read list,tade sape pon hupdate? kome pi kerja part time eh jadi santa? kat mana? aku nak join gak. mana tahu ley dapat duit ribu-ribu. jadi la ribu-ribu je. kalau jadi santa je ley dapat juta-juta. kompem dah ramai duk pakai baju merah jalan merata kolej aku ni.

ok,dah azan. sebagai tanda menghormati aku. nah! hadiah maal hijrah dari aku. aku tak bagi hadiah krismes sebab aku tak sambut ;) tapi perlu di ingat kan,jangan ambil. aku suruh tengok je. abaikan mukus yang meleleh. memang saja dia keluarkan. go aliff!

p/s: masuk je duit jpa! joli eh kengkawan???



deep inside


i've no idea to post. but have a lots of story to tell. maybe i need time for myself.



Thursday, December 24, 2009

bukan aku yang di lamar,tapi?

semalam lepas aku terkuncikan kunci bilik aku dalam bilik dan pergi mandi bawa kunci motor. memang aku rasa macam nak angin-angin ja satu badan. last-last aku dapat satu garisan panjang kat tangan kiri aku. sebenarnya aku tak perasan bila tangan aku luka. dari siku sampai ke jari ibu. elok je garisan lurus berwana merah garang di situ. bila tunjuk kat hayyan baru terasa pedih. sekarang dah ok sikit.

lepas dapat kunci spare dari pejabat aku balik bilik. sampai-samapi je bilik hamek ko. blackout plak. memang meraba-raba la aku bersiap. ajak hayyan nak pi makan kat trut truttt. jangan tanya kenapa aku panggil kedai makan tu trut truttt. ikut suka hati aku la kan. mulut aku. oh,tamo-tamo. kang kena parang dengan acan if mengeluarkan kata-kata yang kurang manis. hahaha

duduk bahagian luar dari kedai. even ragu-ragu kalau kena pindah tempat sebab cuaca macam nak hujan ja. tapi duduk juga kat luar. mungkin ada hikmah nya. memang ada hikmah nya. beberapa minit lepas aku, hayyan and yuni duduk kat situ and setelah abang separuh abang dengan loghat kelantan ambil order. kalau mintak order just cakap je nak makan and minum apa. kalau tanya lebih-lebih sumpah aku tak paham nanti. yuni juga la yang kena jadi translator.

dari jauh nampak dua orang minah berjalan umpama model catwalk. seorang dengan gaya ala-ala model arab dengan memakai shawl hijau-hijau tua. seorang lagi umpama P.A kepada model tersebut. but i know them. diorang budak UKM juga. sama seperti kami. cuma aku rasa diorang je tak kenal kitorang. both of them ambil meja sebelah kitorang dan meja tersebut adalah meja untuk 8 orang aku rasa. maybe dua orang budak perempuan tu pon nak tengok tv macam aku,yan and yuni. sebab kitorang pon duduk meja untuk 8 orang. padahal kitorang bertiga ja.

selang beberapa minit lagi,ade sekumpulan lelaki pula datang duduk meja yang perempuan-perempuan cantik tadi duduk. ade kot dalam 5 orang. dalam hati aku "ooo,fatut la minah-minah ni cun sangat nak pi makan,ade jejaka nak teman" order dah sampai,and kitorang tengah makan-makan. hayyan siku aku guna kaki. hahaha...tak-tak,hayyan tak se-kurang hajar tu. dia adalah seorang wanita yang sopan santun. dia siku aku guna siku yuni. eh silap lagi,guna siku dia.

itu adalah salah satu tanda hayyan mencuri-curi dengar perbualan meja sebelah. and aku turut dengar apa yang diorang bualkan.

P.A kepada model ARAB: eh,tu kawan ***** kan?
model ARAB: aah...hahaha
salah seorang jejaka: ***** yang mana?
P.A kepada model ARAB: lelaki yang kau tolak cintanya tu...kah kah kah *sambil memandang model ARAB*
model ARAB: hahahaha...
golongan jejaka: kah kah kah kah...

very the not nice...aku kenal kot budak lelaki yang kena tolak cinta nya tu. even kau tak suka dia pon tak payah la nak dijadikan bahan ketawa kawan-kawan. bayangkan kalau ko yang kena tolak cinta nya and dijadikan bahan ketawa macam tu. kalau tak rasa mangkuk tingkat melekat kat muka tak tahu la. hormat sikit maruah orang. simpan sikit rahsia untuk diri sendiri.

aku emotional sebab aku kenal semua watak yang diperkatakan.

p/s: so kepada wanita-wanita bersyukurlah atleast anda pernah di-propose. jangan jadikan pe-reject-kan anda terhadap proposal tersebut sebagai bahan jenaka. kau ingat senang ke lelaki nak beranikan diri untuk mengutarakan kata hati?

p/s untuk diri sendiri: kau ni lelaki ke izan? muahahaha



Wednesday, December 23, 2009

semua barang pinjam


biasa kalau aku pi mandi memang aku pakai baju lengkap and bawa towel je. toiletries semua dah ada kat toilet. ha,ni memang tabiat yang tak baik. aku suke tinggalkan bucket toiletries aku dalam toilet je. seolah-olah toilet hostel ni cam toilet rumah plak aku buat. tapi oleh kerana hari ni aku bakal menempuh alam perseksian sedunia,maka aku saja-saja je pi mandi dengan pakai towel je. ala-ala seperti walk way hostel pon cam walk way rumah aku. sila jangan membayangkan yang bukan-bukan. izan tak suka tu. kang ai babab uols...

dan seperti biasa juga aku akan mencapai kunci di dalam laci lalu menuju ke bilik air dengan towel sahaja. sambil bernyanyi-nyanyi kecil lagu i wanna i wanna touch u,u wanna touch me too..bla bla bla...amek bucket toiletries masuk dalam shower room,lalu mandi sambil sambung nyanyi. sangkut kunci kat tepi dinding.

siap mandi,tinggalkan bucket dalam toilet. jalan menuju ke bilik dengan langkah mak yong. kemudian baru perasan yang aku bawa kunci motor masa pi mandi tadi. bukan kunci bilik! what the big???? terus gelabah pi bilik yona nak pinjam baju and nak tumpang solat asar. yona plak tak de kat bilik. then naik atas balik. bayangkan aku hanya bertowel ke hulu ke hilir. bilik aku aras 5 bilik yona plak aras 1. what the big again???

then ketuk pintu bilik depan aku ni ha. nasib amoi cantik tu nak tolong aku buka pintu guna kad. but still tak ley. last-last pi bilik ain pinjam shirt dia. then berjalan dengan hanya memakai shirt ain dan towel ke blok sebelah meminjam seluar hayyan. and tumpang solat asar jap. lepas tu ke bilik yuni dengan baju ain dan seluar hayyan. mintak tolong yuni temankan aku ke pejabat. lalu ke pejabat dengan memakai baju ain,seluar hayyan,tudung hayyan dan di temani oleh yuni. tungu punya tunggu felo yang bertugas tak datang jugak. last-last pengetua yang datang. aku tebalkan kulit muka aku yang cam lidah buaya ni,mintak kunci.

sempat lagi pengetua perli aku;
"bawa kunci moto nak ajak mandi sekali kot"

aku;
"hahahaha" tu je la yang mampu. dalam hati tengah tahan je malu yang tahap kalau nak ukur guna termometer,boleh terkeluar merkuri dia tu.

pengajaran di sini,jangan verangan masa ambil kunci. tengok betul-betul kunci peti besi ke kunci cawat besi korang ambil tu.



sexy dan hot

cuaca hari ni mendung seperti biasa. lewat petang di anggarkan akan hujan tetapi tidak lebat. mungkin hanya seperti semalam time aku pi pasar malam. beli legging. ade orang tanya aku legging tu apa. legging tu macam ni :

nak kemana izan oi pakai legging bagai ni. nak ke kelas la uols...hahaha..gila gedik kalau aku pakai menatang tu kelas. baju aku ke kelas hanya baju kurung or shirt with jeans. tu je. kadang2 je aku pakai blouse. tu pon ikut mood aku. but normally aku sarung baju kurung je. senang. formal and simple. tak yah nak pening kepala pikir nak match kan seluar dengan baju mana. tudung kaler apa sesuai dengan shirt ni. ah,leceh!

so boleh di simpulkan di sini aku hanya bargaya di luar UKM. kalau korang nampak aku cantik umpama bidadari kayangan itu tandanya aku nak keluar menfofular kan diri di luar dari pintu pagar UKM. usah tanya nak kemana. balik rumah pon kadang-kadang aku semangat nak melaram bagai. asalkan di luar dari UKM. kalau jumpa aku dalam UKM and aku kelihatan comot. sila tegur dengan perkataan "hai hai bye bye" hahaha

kalau kelas pagi memang aku malas gila nak pakai lens. so capai spek. jalan ke luar bilik. kalau kelas dah petang sikit or tengahari sikit ade la kot mood nak pakai lens. lagi pon mata aku berair kalau pakai lens pagi-pagi. ouh! sungguh gedik mata kau macam tuannya. tetibe mood nak cerita pasal subjek hilang. so layan movie anak buah aku mandi kat sungai dusun ayah aku. aku rasa dia buat penerangan pasal rakit. tapi cam bunyi kapal terbang pon ada. lantak ko la shahrul. even ko sexy or hot macam mana pon mak su still sayang ko lebih dari anak-anak buah yang lain. aku lah contoh mak su yang adil dan saksama ;)

video




gemuk tandanya aku gembira

setelah di tegur oleh beberapa orang lalu aku berasa yakin untuk mengaku dengan bahawasanya aku telah nampak sedikit gemuk dan berbeda dari dahulu. mula-mula pasal gambar aku yang aku upload dalam fb. yuni kata,aku nampak gemuk dalam picture tu. aku ingat,disebabkan oleh sudut gambar tu diambil je. then layan kan je komen yuni sekadar nak menggembirakan hati sendiri.

ni picture yang yuni kata aku nampak gemuk dari dulu.

kemudian athiah kata aku nampak gemuk sebab aku pakai jeans yang agak longgar. dan tidak menyarung skinny jeans aku seperti biasa. pastu aku pon layankan aje,sekadar hendak gembirakan hati sendiri jugak. sebab aku mmg suka pakai baju banduan dalam penjara. untuk menampakkan aku gemuk.

seterusnya teeguran dari ezkandar. malam masa aku sampai kolej aku ajak ezk datang makan puding roti. masa turun-turun je dari kolej ezk kata aku nampak lagi cun kalau gemuk-gemuk macam ni. arghhhhhhhhh...aku iyakan jugak sekadar nak gembirakan hati sendiri lagi.


namun,kata-kata dari mak su wani yang disampaikan oleh athiah membuatkan aku berani mengaku yang aku memang dah nampak gemuk sedikit dari dulu. or dalam erti kata lain berat aku telah menambah dengan sendirinya sebanyak 4 kg sepanjang cuti-cuti malaysia di rumah. ini bermakna usaha aku berjaya! ;)



Tuesday, December 22, 2009

usaha kalau naik escalator lagi cepat berjaya


kalau mengikut jadual yang aku baru daftar untuk sem ni. aku belum ada kelas untuk hari isnin. tidakah itu indah. tu pon ko nak complaint ke izan? sapa kata aku nak complaint? aku just nak bersyukur je. oleh itu mari beramai-ramai menadah tangan mengucapkan kesyukuran yang tak berbelah bahagi ke hadrat ILAHI ;)

selasa : pengurusan dan strategi pemasaran.
rabu : prinsip kewangan korporat
khamis : kelakuan organisasi & pengurusan strategik
jumaat : sains pengurusan
sabtu : kursus pengurusan persatuan 1

and ada lagi sabtu subjek aku nak kena daftar manual. kalau U lain aku rasa korang or diorang just daftar masuk dalam mana-mana set and telah di tetapkan subjek apa yang korang or diorang kena ambil dan masa pon telah di tetapkan kan? tapi dekat UKM yang banyak mengajarku erti kesabaran dan ke-berdikari-an kerana semua kena tetapkan sendiri. what the big??? bila daftar subjek ni clash dengan subjek ni. bila daftar subjek ni prasyarat subjek belum ambil. ok,kalau bab subjek prasyarat yang tak ambil lagi ni,aku rasa masalah ni aku sorang je yang hadapi.


bebel panjang-panjang pon bukan korang paham kan. stop kejap. nak tidur atas tilam keras aku sebab kalau tak selalu guna dia tak kan empuk dan gebu seperti tilam lama. so aku kena bekerja keras untuk menjadikan tilam baru seperti tilam lama yang empuk dan gebu tu. doakan aku berjaya.

p/s: nak pi pasar malam.



Monday, December 21, 2009

aku tak memilih

sherotttt,sherettt...

melayani prosperity seolah-olah dalam seumur hidupku aku tidak pernah makan burger ber-sos lada sehangat ini.sherotttt,sherettt...sherotttt,sherettt...kalah athiah yang tengah selesema sekarang. kesian kan u babe. dah la seleseme. bantai makan eskrem dengan coke. pandai u cari ubat..minum lagi eh. pastu mintak tambah ais. hah! baru kene ngan bunyi orang selesema cam tu.hahaha...

pagi tadi aku pi kelas ingat nak daftar subjek etika secara manual. sebab nak daftar online dah penuh kelas tu. pi la duduk dengar ceramah pasal etika pemakaian ikut standard dan piawaian UKM. tunggu punya tunggu lagi lepas lecturer tu halau sesiapa yang pakai round neck masuk dalam kelas dia. then aku yang duduk kat belakang buat muka selamba dengan athiah. lepas sejam dia bagi ceramah free. baru dia bagi rangka kursus. sekali izah perasan yang untuk ambil subjek etika kene lulus subjek kelakuan organisasi as a prasyarat's subjek! what the big???

aku bersama-sama athiah dengan perasaan yang sungguh loser. hangkat kaki lalu berjalan keluar ala-ala model jalanan keluar dari dewan. tak ambil subjek prasyarat ada hati mahu ambil etika! sungguh gagah kan kita athiah? nasib la pergi kelas naik si tembam! yeay! tembam da tak merajuk lagi. lepas je bapak tiri datang kasik babab 2,3 das terus nak jalan. thanks alots! ;)

lepas je memblahkan diri tanpa rasa bersalah lalu ke bilik yona kerana berlaku percangahan pendapat antara yona dan athiah. aku kene ada di sana sebagai pengadil dan penamat segala cerita. akhirnya sebagai kesimpulan yona mengeluarkan usul untuk ke mid valley. kerana perasaan yang tersangat loser kerana tidak mengambil lagi subjek prasyarat memandangkan orang lain dah ambil awal-awal lalu pengadil menjadi tidak berapa adil kerana bersetuju dengan usul tersebut.

maka,telah berlaku beberapa insiden aku di-mengoratkan secara tidak sengaja oleh jejaka jejaka ketul di mid valley. aku kata tak pe la. aku tak berapa nak minat ngan mamat-mamat macam ni.


tambahan kepada apa yang aku kata kat diorang, kalau dapat macam ni pon dah ok dah. aku tak memilih. orang dah nak,aku menerima je dengan hati yang pasrah ;)


hahaha...pi tengok new moon terus nak gegar-gegar badan macam iklan coke tu. grrrr...gila gedik aku dalam movie sampai nak muntah orang belakang aku kot time tiap kali mamat ni muncul kat skrin putih tu. walaupun duduk di depan sekali sampai sakit tengkok aku nak dongak tengok. aku tak kisah!

aku bagi 11.5/10 bintang. boleh??? hahahaha

p/s: tiba-tiba rasa nak bawa trak pi kelas baru banyak monster minat aku.


jangan kahwin senyap-senyap macam???


ouh,pagi yang dingin.suasa yang nyaman.burung berkicauan.terasa silauan matahari cuba menceroboh masuk melalui tingkap bilik kolej ku syurga idaman astro ku. ecececeeee... ayat-ayat tersebut adalah untuk mendedahkan bahawasanya aku bangun pagi! yeay! bangun pagi ade dalam azam tahun baru aku hari tu tak? kalau tak ada, anda boleh tolong tambahkan sat lagi eh. "please ibu please..."*bak kata adam* adam sekarang kan gila tengok cerita upin dan ipin. kalau nak mintak angah aku a.k.a ibu dia pasangakan cerita upin dan ipin dia mesti sebut macam ni "please ibu please".

korang dah nampak muka vangga the vas aku ni. macam inilah kali pertama kau bangun pagi izan. cop! dengar isu kahwin rahsia kat hotfm jap.

ok,sambung balik.actually aku bangun pagi sebab nak daftar subjek. pelik kan. kelas dah start hari ni tapi aku baru nak daftar subjek. kan budak bijak. daftar lambat-lambat pon still ley catch up lagi.zapppppppp! *kene panah petir* hahaha...sungguh penipu ini budak. memang macam ni sistem ukm. suruh student datang melepak awal-awal ambil mood UKM-ian dengan ugutan bahawa kelas telah bermula lalu membiarkan masa seminggu ini hanya untuk mendaftar subjek. kan indah strategi tu. sungguh menitikberatkan sistem penyesuaian diri para pelajar. ouh,sila jgn saman aku. lariiiiiiii....

si tembam tak nak berjalan lagi. aku rasa dia nak suruh aku ajar die merangkak balik. kejap lagi ayah tiri dia nak datang jap tengok-tengok kan apa yang fatut. kalau tak nak berjalan juga,kene hantar pi ICU la jawap nya. macam dah parah je aku tengok. makan tak nak,minum tak nak. dah urut-urut kot-kot ada urat yang tersimpul pon still dia tarik muncung ompekbeleh. kang den plak yang mogok kang ekau ghaso la...

p/s: jangah kahwin rahsia-rahsia.



Sunday, December 20, 2009

seempuk dan segebu diriku


sampai kolej dalam pukul 12 tengahari tadi. amek kunci kat pejabat then abg ipar aku tolong angkat barang bawa naik aras 5. bayangkan kalau aku sorang je bawa naik tadi. kalau tak tetibe aku terberanak even tak pernah pregnant. aku biarkan je kotak-kotak aku yang besar sikit dari pinggang aku ni ha kat bawah. nanti bila-bila baru mintak tolong sahabat handai. hari tu bawa turun boleh la velagak seperti zombi kampung pisang. sekarang mahu bawa naik ke atas. kalau tak jadi janda berhias aku jadi miss world. apakah?

dari aku masuk bilik sampai sekarang asyik nak hujan je. hujan tu kan rahmat. lalu membawa ku ke katil. ahah! katil...aku dapat katil baru! yeay! tapi yang tak best dapat tilam baru. memang la mula-mula cam best je dapat tilam baru tanpa secalit pon air liur basi dari sesiapa. namun???

kalau ada tapi mesti ada namun. apa kau ni tak pernah bersyukur ke izan? bukan,bukan,bukan itu maksud ku. habis apa maksud kau? maksud ku di sini. tilam aku tak se-empuk tilam yang lama. kene lanyak banyak-banyak kali baru dia nak jadi lembut dan gebu seperti pipi athiah. eh-eh silap seperti tilam lama ku. tambahan pula pelapik tilam yang sem lepas yang aku tinggalkan kat bawah tilam lama telah hilang!

ah! kurang nikmat tidurku selepas ni. sokey,maybe kolej aku saje nak boikot aku kot. sebab terlampau kuat tidur di siang hari. tadi aku rasmi pon cam tak lena dengan aman je. ade la kot lam 3 jam je aku dapat tidur. selalu 5 ke 6 jam terus sampai maghrib! kah kah kah...dalam tak empuk tudia...

p/s: cik montel aku di campak-campak kan aje kat bawah tu ha. ko ingat aku beli sehengget dua? sian diaaa...huhuhu...malam ni kita panaskan badan sesama eh. ;)



Saturday, December 19, 2009

cara menarik perhatian

hari ni duduk je dalam rumah angah aku diam-diam. just keluar petang tadi kejap je. tu pon tolong angah aku angkat pasu depan rumah dia. tak kan la nak biarkan angah aku angkat pasu sendiri. kang ada yang terberanak depan rumah kang. sape nak jadi bidan? aku jugak...erk? aku nak jadi bidan. aku pon lahir songsang. memang tak de harapan la nak sambut baby. tu la dulu cita-cita nak jadi doktor sakit puan tak nak terus kan. siapa suruh kau amek acc masa form 4. kan dan tak jadi akauntan. jadi perempuan cantik plak kau. tak pe,anugerah ini aku terima dengan lapang dada dan hati terbuka.

sebagai tanda aku menghargai anugerah ini. nah! tatap lagi sekali. ;) semoga terhibur.

dah tatap muka aku puas-puas. tak puas lagi. holoh holoh holohhhh...pi add aku kat fb. gila keji promote fb sendiri.

aku: angah,ade lagi tak kain ni?
angah: ade,lam beg merah tu ha.

aku tak mintak izin ape bagai terus amek wat cam harta sendiri. tapi aku amek sikit je. kakak ku bukan seorang yang kedekut seperti cik izan sorang tu. nauzubillah kedekutnye. haip-haip,kutuk lebih-lebih nampak.

aku: angah,tolong buatkan huruf Z jap ha.
angah: alah,buat je la.
aku: tak reti..hehehe*sambil buat-buat mata kuyu mintak simpati*

perbualan seterusnya adalah perbualan adik beradik. so jangan nak mintak-mintak aku cerita lebih-lebih.

aku belajar jahit bendealah ni sebenarnya. angah aku lagi pandai buat bendealah ni. cadangnye nak buat untuk ehem2. tapi kene cubatrytest dulu buat kat baju sendiri. kang kalau huduh wat malu je aku kasi kat orang. korang nak jugak ke? pujuk rayu aku dulu. then kene blanja aku lunch selama seminggu. kompem tak mampu. aku makan cam nafsu gajah. hahaha...ade jugak cadang nak kasi kat korang tapi nak bagi kat sapa eh?

jangan tanya kenapa huruf 'a' senget. memang saja je aku wat cam tu. *cover line* kan senang orang nak mengorat aku lepas ni.jalan je kat mana-mana ngan kawan-kawan aku nanti kene pakai baju ni. kalau jalan sorang-sorang je tak yah pakai.ini adalah untuk mengelakkan percanggahan pilihan. atau kesilapan mengorat kelak.

lelaki kacak pertama: weyh,awek cun datang.
lelaki kacak kedua: yang mana? ramai la yang cun-cun.
lelaki kacak pertama: yang ade nama kat baju tu la.
mereka berdua: phewitttttttttt...izan nak no telefon.

hahaha...oh indah nya dunia. ;)




thick toast vs canai

ok,aku da ingat dah nama roti yang aku makan kat nasi king kelmarin. baru tanya akak aku pagi tadi time teman dia cucuk tambah darah kat klinik ibu dan anak. menurut resit pembayaran akak aku nama roti tersebut adalah "thick toast". jgn tanya aku kenapa nama dia cam tu. aku tahu makan je.

kepada amalina dan sesiapa yang menanyakan apekebenda yang aku lahap tu. thick toast namenya. harga rm 2.90 sahaja. sahaja? gila nampak belagak orang kaya kau izan. kalau beli roti canai dah dapat 5 keping kau tahu. erk,tetibe teringin nak makan roti pisang pulak. hayyan,nanti balik ukm makan roti pisang eh. yuni,nanti aku top up kan ko balik rm10. ingat tak aku lupe belikan ko top up before cuti hari tu? atie,nak dodol ganu k. and jgn lupa datang lepak bilik aku cam biasa di hujung minggu. adeh,apsal tetibe teringat kat korang ni. rindukah? erk. cam lesbo plak kau ni izan nak rindu-rinduan jadi kenang-kenangan..lalala..*lagu sape ni eh*

esok dah nak balik ukm. kakak aku kata abg ipar aku je yang pi hantar esok. so maknanya pagi-pagi la kot. erk? pagi...boleh kah nak bangun pagi? kerana otak aku telah di set kan dengan tidur sampai tengah hari. sila kejut aku secara beramai-ramai esok hari. boleh tak, nak balik ukm tapi tak nak pi kls. just nak jumpa lesbo-lesbo ku sekalian dan pi joli seperti biasa...

ceit! tak sedar diri lagi kau ni rupanya izan..ok-ok. dah maghrib. aku takut korang kene rasuk plak baca entry aku time-time cam ni...huhuhuuuuuuuuu...izan hantu. tapi cantik sebab dah kene paku! izan si ponti. kah kah kah...

p/s: esok petang kene bersiap cantik-cantik. nak pakai baju ape eh...sebab????



Friday, December 18, 2009

akan ku kejarmu walau kau lari tak berkaki

sebelum terlambat. kalau dah lambat pon aku nak tulis gak. SELAMAT TAHUN BARU. salam maal hijrah. semoga penuh dengan azam-azam yang menggunung seperti tahun-tahun sudah dan senantiasa tak tercapai dek akal mu hendak nya. hahaha...apa ini perempuan,sering mematikan hasrat-hasrat orang lain nak mengejar impian dan memenuhi azam yang menggunung angan nya. kalau azam tahun lepas belum terlaksana. so letak kan kat atas sekali dalam list azam korang "mahu selesaikan azam-azam izan" sebab azam aku tahun lepas ada banyak lagi yang tak terlaksana. hahaha. gila keji ini perempuan. pasang je angan-angan. usaha? yeillekkk...

semalam sambut birthday nadia kat rumah mak mertua kakak aku. nadia is anak buah kakak aku. anak kak ann.oleh kerana aku ade kat sini,so aku tumpang se-badan menyambut birthday nadia. cerita lebih lanjut mungkin angah aku or kak ann akan ceritakan dalam blog mereka. tu pon kalau diorang rajin nak update la. sebab zaman berblog bagi angah aku cam dah masuk alam chipsmore dah. kejap ada kejap takde.biasa la,pembawakan budak.

hopefully nanti aku tak macam tu. makin nak kahwin,makin nak jadi bonda,makin nak tua umpama rumah kata syioh! kubur kata welcome. makin galak aku hupdate blog hendaknya. if aku tak mampu nak menaip aku upah cucu-cucu ku menaipkan untuk nenek glamours diorang ni. sungguh indah kan saat tu. hidup di kelilingi oleh cucu dan suami-suami tersayang. did i wrote suami-suami? oh i meant is cucu-cucu dan suami tersayang. lol.

sempena tahun baru nak kene listkan balik azam tahun baru and di pratontonkan kepada khalayak ramai. sebab kalau simpan sendiri nanti aku main aci ngelat. and last-last azam hanya menjadi abu berderai dan berterbangan di tiup hembusan nafasku di waktu malam. wah! aku sudah berpuitis dan berpujangga rangga. rangga? teringat cerita indonesia plak.

sebelum itu,tatap wajah aku buat kesekian kali nya. sebelum aku menpratontonkan azam yang dengan harapan bakal menjadi suamiku. eh silap lagi menjadi kenyataan. muahahaha


1. Penuhkan solat. especially solat subuh. kalau tidur aku mmg susah nak bangun. so sebagai solution,nak kene tampal seksa kubur orang meninggalkan solat kat tepi katil.
2. Study awal! bukan time study week je! ni nak kene minta bantuan dari athiah halmy. sebagai pendorong semangat.
3. Kurangkan tidur siang hari.dan tidur malam sebelum pukul 1 malam.
4. Berjimat cermat. so kene bank in separuh duit scholar masuk bank mak aku.
5. Balik rumah SELALU. sebab mak aku asyik perli je bila aku cakap cam ni. "eh mak,ini bile diorg pasang?" "eh,ayah..pak cik tu buat rumah baru eh?" "eh,bila mak tukar sofa baru?" lepas ni no more eh-eh. yang ada. "mak,kite beli ni,ni and ni" hahahaha
6. Nak ada boyfriend ley? muahahaha...patut letak kat atas sekali ni. oh kepada jejaka-jejaka yang masih single anda diperhatikan. lol
7. Membuang beberapa perkara yang mazmumah.

adeh! tak ley nak fikir dah. nanti bila tetibe encik azam datang balik aku tulis eh. sorry kepada sesiapa bernama azam. aku meminjam nama mu di ruanng hati ku sebentar. eh di ruang blog ku sebentar. kenapa aku asyik tersasul-sasul je ni. kot-kot izan ni....

pap! suke noe gosipkan ai. hahahaha



nasi king

setelah 4 hari duduk kat rumah angah aku dengan hanya makan,tidur,tengok tv,sidai baju dan lain-lain perkara "wajib tayang" yang aku lakukan. akhirnya! ya akhirnya aku keluar ke klinik ibu dan anak meneman kakak ku mengecekkan diri beliau untuk kesihatan ibu mengandung dan anak yang di kandungnya. dari pukul 2 kitorang sampai kat sana sampai pukul 4 tak siap-siap lagi. sekali tekanan darah ke hape ntah tentang darah akak aku berada di bawah tahap normal. lalu beliau di berikan suntikan tambah darah? ye kot...aku ni bukan pernah mengandung.so, aku pakai main tulis apa yang aku faham dari apa yang angah aku terangkan. nanti aku mengandung aku tanya doctor tu habis-habis.

da settle semua ingat nak pi beli lence jap. sekali round punya rounders. tak de lence acuvue yang memenuhi citarasa si pemakai cantik seperti ku. aduh! kecewa. bagi tidak menghampakan aku. kakak ku dengan baik hati telah membelanjakan adik nya yang baik sepanjang tempoh berada di rumah beliau di "NASI KING"



lepas ni aku teringin nak makan prosperity burger la. sebab aku bau cina sebelah aku makan time tengah tunggu angah aku jumpa doc.