Followers

Sunday, February 28, 2010

girls day out

sebelum kita lihat muka mr.izan kita layan entry girls day out dulu la. boleh? tak boleh pon aku nak taip juga. tak nak baca senang. nampak button [x] kat atas tu. or just close tab. done. easy right. nak baca stay on my page. tak nak blah. itu la yang aku selalu buat sekarang. kalau aku rasa entry yang aku baca tu cam ala-ala best aku stay lama sikit on that page and baca sampai habis. lalu komen apa yang patut. walau kadang kala aku ni tak berapa pandai nak komen bukan-bukan. aku nak komen juga. tanda aku baca sampai habis. kalau aku tak komen tu maknanya aku tak baca sampai habis. harap maaf la eh. hahaha.. kalau aku rasa cam bosan ja. aku tutup saja. ada cara nak buat aku komen blog korang. tapi entry lain la eh. apa kau ingat orang harap sangat ko komen blog diorg? tak hokey. blah kau izan!

okey,before ntah hape-hape dan hape mari kita wish
GOOD LUCK
secara berjemaah kepada atie dan yona yang sedang mengharungi onak duri exam IA malam ni. u both can do it bebeh. i know that ;)

khas untuk yona.
kekanda di medan perang,
adinda di medan seni,
sama-sama berjuang,
sama-sama berbakti,untuk ibu pertiwi.

untuk atie ke blog dia ja la. sebab dia baru post lagu best di sana ;)

kita sambung pasal cari pasal best berjumpa these girls. ohmai..bukan maisara. sangat happening and best tahap gaban jumpa korang. gaban? kenapa tiba-tiba masuk cerita pasal gaban? kita tukar la. best tahap best la. tahu tak best macam mana? best la oi. best! paham kan macam mana rasa best aku tu. sebab memang best jumpa these girls. tapi memang really sorry to dayah sebab sejam juga la kan ko tunggu kat serdang cam hape ntah kan. train aku,ok maksud aku adalah train yang aku naik dari UKM boleh plak dia suruh kosongkan train tu masa stop kat kajang. then kena tunggu train lain nak ke serdang. very the waddeeeeeeeeeee...hangen hokey.

farah pon lewat sikit sebab dia kata ada trainning teater. wowowowoooo..farah dah main teater sekarang. tak main la nyanyi kat pokok nangka lagi kan. hahaha. oleh kerana farah yang paling lambat walaupun aku lambat juga. maka nya,farah yang belanja lunch hari tu. thanks farah ;) sempena hadiah birthday untuk aku dan dayah kan? hik hik hik...

here your are my best friend forever. dari aku kecik sampai aku besar but diorang still je kecik aku tengok kitorang kawan. geli ar nak tulis love-love kat sini ngan korang. hahaha

sebagai menghormati kawan,aku terpaksa mengikut ketinggian minima ;) lol

bukan takat kongsi rasa sayang sahabat bersama,kongsi kecantikan kaki pon bersama.

kitorang tak nyanyi kat pokok nangka dah. motif??? hahaha. hanya aku dan mereka-mereka sahaja yang tahu. shhhhhhh...

si sanggul tinggi belagak pandai dalam mines,padahal mines tu tempat lepak farah hari-hari ja.

<3

<3








p/s: our friendship never end ;)





ayat minta simpati

maaf,beri laluan sedikit. maaf ya maaf. berikan saya sedikit laluan. saya dah terlambat ni. terlambat apa? terlambat memberi laporan harian diri yang rasa macam dan 3 hari tak up to date kan diri di sini. minta diberi laluan ya. apa? tak boleh? tak boleh tak pa. anda di beri pilihan ke-2 dengan lalu di laluan lain. ini laluan saya. faham? tak juga? tak pa la. ini adalah kes-kes nak kena masuk kelas pemulihan kembali. saya maafkan T_____T.

ada banyak cerita tertangguh. tapi sebagai menunaikan janji. apa? izan ingat pada janji weyh. eh,mesti la. kalau lembu berpegang pada tali,manusia pon berpegang pada tali. macam parents yang ikat tangan anak-anak dengan tali supaya tak terlepas ke tangan sang durjana di luar sana. tapi rasa macam kesian plak kan. nak buat macam mana,setiap parents ada cara tersendiri untuk megelakkan kejadian tidak diigini berlaku kepada anak-anak mereka. kembali kepada manusia tadi. manusia berpegang pada janji. janji aku last-last-last entry nak post pasal hadiah yuni kan. so this is the hadiah. taraaaaaaa...

yuni bagi i bekas kasih sayang. hahaha...bukan-bukan. bekas air dengan penuh rasa kasih sayang. siap ada tulisan nama NORIZAN lagi. sapa nak? di sini aku akan lampirkan tips-tips mendapatkan bekas air dengan mudah bersiap nama anda di botol.

bahan-bahan.

1. motorsikal
2. diri anda
3. pembonceng mototrsikal a.k.a si pencampak
4. muka kasihan
5. botol air baru

langkah-langkah ini harus dibuat mengikut urutan. jangan salahkan saya sekiranya taktik anda tak menjadi kerana tidak mengikut urutan dengan betul.
1. sila minta kawan baik anda naik motorsikal bersama anda ke kelas pagi dan minta beliau pegang bekas air anda time anda tengah bawa motorsikal.
2. lepas tu minta kawan yang memegang bekas air tersebut campakkan bekas air anda ke tepi jalan macam _____ buat.
3. lepas tu buat muka kesian sebab botol air baru anda telah dicampak ke bahu jalan.
4. cuba cari selepas kelas bersama dengan si pencampak botol air dengan tertungungging-tungging macam nenek tua.
5. if tak ada bekas air tersebut,lakukan begini ;
"its ok la,bekas air murah ja pon" lalu si pencampak bekas air akan berkata "nanti aku ganti yang baru eh"

yeay! thanks yuni. ops,kantoi plak siapa si pencampak bekas air dengan tak sengaja. hahaha

p/s: lepas ni akan ada entry bergambar bersama mr.izan. beliau izinkan ;)




Thursday, February 25, 2010

futsal ke dodgeball

place: bilik.
mood: memikirkan kerja rumah yang berlambak belum start.
time: petang.

sejak kedepan ini mood nak menulis makin cerah pula. sebelum ni malap-malap bunga api ja. bukan sebab malas. sebab banyak homework yang tertunggak kerana kerja-kerja yang tak da kaitan dengan akademik didahulukan. mana perginya kepentingan akademik bila sibuk mencari cenderamata untuk diner,sibuk dengan tidur yang tak pernah sudah,sibuk dengan baru nak start buat laporan perjalanan program futsal yang last minute bertukar jadi dodgeball. dengan duit tak menentu kedudukan di bank islam. kejap naik kejap turun. haish. seperti isteri tak beranak sahaja aku ni.

dalam tengah duk mengadu domba ni pon aku nak juga jumpa dayah and farah esok. tempat perjumpaan dirahsiakan kerana takut akan di follow oleh mr.izan gara-gara tak sabar mahu jumpa lusanya. ceyehhhhhhh,perasan santan la kau izan.

ok,mood dah hilang balik. esok sambung.




homework done!

acancapix dengan jayanya mengetag aku untuk buat ini post.
Baru nak rehat blogging. Muahaha... Layan...

(p/s: acan,i plagiat sebijik-sebijik macam ayat u dalam entry ni. boleh kan? malas nak taip semula. hik hik hik)


****************************************

Rules:
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random
things,
facts,
habits,
or goals
about you.
At the end, choose 5 people to be tag

*****************************************



#1. Aku anak bongsu dari 5 beradik.that why nama i kat rumah adik.


#2. Kedua ibu bapa aku orang melayu, jadi aku berdarah melayu tulen.bukan chinese or chinese look pon bukan. mualaf lagi la bukan.


#3. Aku dilahirkan di Hospital Besar Tapah, perak, jadi secara automatik aku orang bumi Malaysia bukannya Marikh,Pluto mahupon Johor. johor? ok tak da kaitan. blah cepat-cepat sebelum orang tanya lebih-lebih.


#4. Kedua ibu bapa aku tinggal di kampung yang sama, dan jarak rumah mereka berdua ialah selang dua tiga kampung sahaja. ayah di kampung parit kasa,mak di kampung kedah,parit buntar perak. cara nak sebut parit buntar is parit buntaq.


#5. Sekarang aku belajar di UKM.


#6. Aku sangat suka MAKAN dan TIDUR.


#7. Dari kecik aku minat makan dan tidur.


#8. Lately aku menjadi semakin minat dengan makan dan tidur.


#7. Aku mempunyai sebuah mototrsikal yang bernama tembam ku cantik seperti izan.

#8. Aku mempunyai lesen memandu yang belum kompeten untuk kelas B2 dan D. lesen beras dan gula hj.salleh ja ada.


#9. Aliran musik lebih kepada hindie dan bukan indie band seperti kegemaran acan, tapi aku tak memilih sangat. Kalau sedap lagu siam pun aku layan.


#10. Kalau pergi karaoke aku mesti pilih lagu english sebab suara aku boleh buat ala-ala cam mariah carey or masak lemak kari ikan bilis tu. hohohohoooooo...TAK DA KENA MENGENA.

#11. Aku seorang pengguna cermin mata (erti kata lain, rabun), tapi aku jarang guna sebab aku menggunakan khidmat kanta lekap a.k.a contact lens. (omai,same as me la acannnnnnn ;P)


#12. lansung tidak boleh bermain apa-apa alat musik,termasuklah gitar mahupun kompang.


#13. Dulu aku suka melukis orang lidi, boleh jugak la jadinya aku melukis orang lidi, tapi sekarang dah malas. Macam makin teruk je lukisan aku. sebab lukisan orang lidi dan jadi real in 3D plak aku rasa lukisan aku tu. hahaha


#14. Kalau orang mula-mula kenal aku mesti cakap aku poyo+sombong+tak friendly+serius. bila lama kenal orang akan kata aku ni tak poyo+tak sombong+friendly+tak serius.


#15. Aku pemalu untuk memulakan perkenalan. Kalau ada orang tegur dulu, kalau macam ngam ja, akan menjadi satu perbualan yang hiruk pikuk. (oleh kerana copy dari acan so ini adalah fakta terbalik)


#16. Masa kecik-kecik aku merupakan seorang yang penakut dan cembeng. sebab tu sekarang pon sama. cembeng menurut kamus acan in kuat menangis. tapi sekarang aku tak nangis kuat-kuat. nangis slow2 ja bawah selimut.


#17. Aku bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara,Serting,Negeri Sembilan bagi sesi 2005-2006.


#18. Aku dibesarkan di Felda Trolak Selatan,Sungkai,Perak.


#19. Selaku bukan orang Negeri Sembilan, masakan favourite aku ialah nasi yang ditanak. Letak la kicap ke, kicap ke, kicap ke, tak kisah, janji kuahnya kicap. Kompom aku sebat sampai licin.


#20. Dari form 5 sampai sekarang, berat aku still maintain 48kg.


#21. Tahun ini aku berumur 21 tahun.


#22. Aku masih baru lagi dalam arena blogging ni, baru je start bulan FEBRUARI 2009.


#23. Aku suka berjalan, camping, trekking, makan, blogging, ambik gambar, tengok movie, mengarut, dan mendengar lagu. (ni kes tag suruh sampai 23 je, kalau tak berderet lagi aku tulis.)

OK,ACAN. I DAH BUAT TAG U ;)



Wednesday, February 24, 2010

special entry for me

sapa sangka cempedak boleh jadi nangka. dan siapa sangka beras boleh jadi bubur nasi. dan siapa sangka miss izan akan di kenang di blog mereka.T____T. wawawahhhhh..ayat memang very the nice kan. firstly dan bukan nya lastly,ucapan ribuan terima kasih kepada atie,luvida,danamalina kerana menyediakan entry khas sempena my birthday. tak sangka boleh jadi disayangi sampai begini. korang,tak yah kahwin la eh. jom kahwin ngan aku. lesbo lesbo lesbo! hidup lesbo. hahaha...

tak tak tak,i tak lesbo ok mr.izan. u jangan risau. cuma u dapat awek yang terlalu disayangi ja. so u kena jadi apa? apa? i tak dengar laaa..ha,u kena lebih menyayangi i dari mereka. kalau tak i cabut lari kahwin kat siam dengan mereka-mereka ini. so u pilih,nak sayang i lebih ke nak sayang i lebih lebih lagi? nampak macam tak da pilihan ja kan? maknanya, apa pon terjadi u kena sayang i jugak. wah! seperti princess control kau izan. memang, i memang princess control.

sekarang tengah menikmati camior dari yona. sungguh asyik. kalau mak mertua lalu kat belakang pon i tak perasan sebab beliau tak lalu kat depan. kalau lalu depan, i jemput beliau makan sekali ;)

hidup terasa sangat indah dan lengkap kalau buat baik di balas baik. bukan buat baik di balas taik,rasa macam nak kumpul buat baja taik ayam. hais! apa ni izan. cakap benda-benda kotor? not nice la...ok,im sorry. no more word t**k lagi. akan ada hanya tinja. boleh?

dan kepada yang wish di facebook,calling-calling and smsing. sangat-sangat terima kasih. sebagai tanda penghargaan. aku jamu kan dengan jamu surut perut ini. eh no no no,jamukan dengan penyedap mata memandang. nah! amek kau...

holoh holoh holoh..makin berusia makin lawa. anak sapa la ni. yes! tepat..anak hj.salleh. i give u 10 points!




Tuesday, February 23, 2010

21st birthday gift

Terima kasih kepada wanita kesayangan haji salleh dan kepada haji salleh sendiri kerana berjaya mewujudkan satu produk yang amat berguna kepada keluarga. dulu-dulu mak aku TAK berharap pon akan melahirkan seorang bayi comel dan mendengar kata seperi norizan muhamad salleh yang anda boleh lihat sekarang. apa tak nampak mana dia norizan muhamad salleh yang sekarang? jap eh.dia ada kerja sikit. aku sebagai izan salleh akan memberi sedikit info berguna bagaimana caranya haji salleh dan wanita kesayangan beliau berjaya melahirkan produk yang sangat berguna ini. bukan calang-calang haji salleh dan hajjah radziah kerana dapat membentuk hati dan minda ku tetap teguh di bawah naungan NYA. dengan segala didikan dan kasih sayang dari mereka dan kedua kakak dan kedua abang aku, aku menjadi aku yang sebegini.

bergaya sungguh aku tika berusia 21 tahun ini. anak-anak,lihat bonda mu di usia 21 tahun ini. semoga kalian menjadi begini juga tika usia kalian menjelang 21 tahun kelak ;)

terima kasih mak kerana memberi adik peluang melihat dunia yang indah ini dengan didikan dan kasih sayang dari mak. kalau mak nak minta adik balas jasa mak,hanya doa dan ucapan terima kasih yang mampu adik bagi buat masa sekarang. nanti kalau dah kerja,mak minta la apa sekali pon,adik akan cari dan adakan untuk mak. okey2,i tahu korang tak suka baca bab-bab feeling anak solehah sangat dalam blog i. so kita lanjutkan perbicaraan ke arah my birthday gift! seriously memang tak harap akan dapat hadiah yang macam-macam ada dari mereka. siapa mereka? mari kita terjah!

1stly kek yang ala-ala comel bagai nak gila aku tengok. memang dah gila bila yona asyik tunjuk barang yang dia shopping aja. dengan handbag,kasut,baju dinner and apa lagi ntah aku pon sampai meleleh ayaq liuq sebab teringin tengok barang-barang yona tu. so, hanya pejam mata je la. last-last atie and yona bawa keluar kek secomel alam yang aku memang betul-betul rasa nak keluarkan air mata syahdu. tapi aku tahan. dengan kata-kata semangat. "cool izan cool. takkan u nak nangis depan kawan-kawan kot..." then? taraaaaaaaa...


thanks so much kepada yona dan atie kerana bersusah payah meredah hujan dan badai mencari kek secomel alam ni untuk i ;) memang sangat-sangat terharu kerana sanggup berbasah dan berhujan untuk mengadakan kek ini semalam.

2nd, hadiah pemberian dari nur athiah halmy. dengan harapan aku berjaya menjinakkan seekor panda lalu diberinya aku seekor panda. see,betapa kaya athiah dengan memberikan aku seekor panda jadian di malam hari. but bila siang panda menjadi bekas makanan yang comel. ohmai...kenapa la kawan-kawan aku ni sweet sangat bab bagi hadiah. sampai rasa nak peluk bantal dan mimpikan betapa indah menjadi insan bernama NORIZAN MUHAMAD SALLEH dengan kehadiran kawan-kawan ini.tak percaya i dapat panda jadian? ni ha..bukti dan saksi. bukti panda dan saksi aku sendiri. hahaha

ke-3,kenapa jadi melayu plak bila sebut tiga? sebab rasa nak sebut ke-3 dan bukan nya 3rd. boleh kan,sebab aku menulis di blog sendiri dengan idea dan pemikiran sendiri tanpa perlukan mana-mana rujukan sampingan. sebab THIS IS MY BIRTHDAY MOMENT. not yours ;) hadiah secomel si pemberi lagi dari hazrina azhar a.k.a yona. kepentingan hadiah yona adalah dengan kehadiran toblerone dan camior di harap agar berat badan aku naik sebelum dinner kolej nanti. takut tak muat nak pinjam jubah dress mak. hahaha. dan tiba-tiba ada ferrero rocher di dalam jambangan bunga nan indah di temani seekor bear putih dari eskimo. ok,part eskimo i tipu. saja nak kasi hiperbola. korang pon tahu kan yang ayat-ayat di sini memang sentiasa hiperbola seperti bola-bola api cinta aku dan mr.izan.


4th,hadiah dari wani dan leen. wani is syazwani hassan buhari dan leen is norshazleen mat isa. dengan kehadiran labu dan si luncai ini, mereka akan di asuh supaya mendidik aku menabung! i got a tabug yang bentuk macam labu dan bermuka luncai. seumur hidup aku,ni 1st time aku dapat tabung. hahaha...rasa macam nak isi kasih sayang ja dalam labu tu. sebab duit nak menabung pon semacam tidak ada kerana harga barang melambung. alasan logik kan. kalau bab alasan ini adalah anugerah tuhan yang paling indah untuk diriku. ALHAMDULILLAH. aku terima anugerah ini YaTuhan ;)

lastly sebelum aku berjumpa yuni dengan harapan ada hadiah dari terengganu,aku paparkan hadiah tanpa di duga akal dari hayyan. nur syazatul hayyan telah menghadiahkan i kereta myvi beliau! yeay! pang! perasan. hahaha...hayyan hantar hadiah i guna kerata myvi beliau. bukan bagi i keta myvi beliau. pembetulan sebelum terlambat. hahaha. hayyan belanja i nasi ayam sahabat sejati sebungkus dan shawl simpulan kasih sayang sahabat sehelai. YaALLAH. terima kasih atas kehadiran insan-insan seperti ini di samping aku sekarang, dengan harapan sampai bila-bila aku menjadi pilihan MU untuk mendapatkan kasih sayang ini ;)

ada sesiapa nak menjadi NORIZAN MUHAMAD SALLEH selepas membaca entry ini? senang ja caranya. cai kawan dengan betul. bukan kawan yang tak betul.

p/s: mr.izan,kawan-kawan i sweet kan? u tak nak jadi sweet ke dengan bagi i hadiah? hahaha



21st


HAPPY BIRTHDAY NORIZAN MUHAMAD SALLEH



Wednesday, February 10, 2010

what u get back was based on what u did

bila habis mid term finance rasa macam separuh beban melayang. malas aku nak pikirkan result nanti. apa yang dapat,terima ja la. sebab hj.salleh selalu pesan "what u get back was based on what u did" oh no no no. hj.salleh tak speaking hokeyh dengan i. dia cakap malay,but aku yang translate supaya semua lapisan masyarakat boleh baca dan faham. sekarang hanya bermanja-manja di atas katil dan rasa macam; "if ada cendol sekarang ni,pergh...." pergh is for sedapnyaaaa...bukan bluergh $#^%%$*& OKEY! tiba-tba nak makan burger kat KTM plak. erk,lapar.

yuni,petang ni kita nak pi jogging kan? kita nak jogging ja ka or nak meng-intai-ing sekali. apa punya word kau guna ni izan? suka hati la kan. blog sapa? apasal ko nak emo-emo like elmo ni? suka hati la kan. blog sapa? kenapa nak marah-marah i kalau u tak suka apa yang i tulis? blog sapa? ok,calm down izan. u look tua sangat if marah. dah la mr.izan sekarang makin hari makin muda i nampak. so,secara tidak lansung,semakin hari semakin tersayang. ntah kenapa dulu for the first time he mms i his picture. i was like..."erk,tua nya kau, ______ . " sila isi tempat kosong. hahaha. aku bermonolog dalaman ja la. mampos kau nak melolong secara luaran. ada yang sentap santan nanti. tapi bila mr.izan buang misai and dah start nak melaram mengalahkan aku sebab dia kata aku bergaya sangat tiap kali jumpa dia,aku pula rasa macam aku ni yang tua dari dia. although dia lahir bulan 1 dan aku lahir bulan 2 still nampak aku lagi tua dari dia. haish,tak boleh jadi ni. nak kena bergaya muda dan makan mempelam muda walaupun tiada kaitan dengan mana-mana petua. yang tak boleh blah,siap tanya aku;

"u,suka tak i pakai macam ni. macam ni and macam ni"

"suka,as long as u selesa i suka. gaya u sekarang pon i dah suka"

kepada anda sekalian,malam ni aku akan blogwalking sampai rasa nak pening. dont worry. aku bukan jenis yang suka tahan-tahan rindu ni. kalau boleh hari-hari nak buang rindu jauh-jauh supaya aku boleh bergerak dengan laju tanpa pikir pasal rindu. berat tau nak bawa rindu ni hari-hari. dengan kerenah rindu lagi. esok dah nak balik rumah angah. maybe masih sempat untuk jengah kalian. once di rumah hj.salleh. hj.salleh dan my mom mengatasi segala nya. cau cin cau. yuni,jom makan cin cau? why izan,why. u asyik sebut pasal makanan ja ni. kan i dah kata kalau mentaip entry dengan perut lapar,kadar untuk menyonsang seperti waktu kelahiran aku dulu adalah amat tinggi. eh,dulu aku lahir songsang tau. mak aku kata,sapa lahir songsang ni jari anak tangan aku ni boleh buat berubat. sapa-sapa yang tercekik apa-apa sahaja time makan,meh aku celup jari anak aku ni dalam air minum korang. then minum dengan selawat. aku pernah cuba kat kawan aku dulu. berjaya! awesome! miraculous! tiba-tiba rasa macam bomoh cekik. erk,pernah ka ada bomoh cekik?

but now,jari aku dah tercemar sikit. gara-gara menjadi bomoh kucing menyelamatkan hayyan di kedai makan tengah hari td. manja punya kucing sampai dia berani mati cakar tangan mulus i ni. mr.izan,u tengok kucing tadi. berani dia cakar tangan mulus i ni. baldi ada kat bilik air masing-masing eh,kalau dah muntah jangan lupa lap mulut tu. takut ada saki baki di bibir. HAHAHA. dan adegan menyelamatkan hayyan dari di usik manja oleh kucing berani mati tersebut menyebabkan aku terjerit kecil di kedai makan,dan mendapat cakaran asmara dari kucing berani mati. kalau ikut kan hati,mati kucing tu. nasib aku ikutkan akal,bernyawa la kau kucing.

alamak,baju tak basuh lagi. ada sapa-sapa nak tolong basuh kan? aku bayar dengan sebungkus kasih sayang. boleh kan?




Tuesday, February 09, 2010

ketagihan nescafe

wani,born at the same day with me. but totally diff from me. hahaha


firstly,kepada sesiapa yang follow and jenguk aku buat masa ni,aku tak sempat nak follow and jenguk korang balik. sorry eh. komen pon tak sempat nak reply lagi. esok aku ada mid term finance. kena fokus lebih sikit sebab ada lagi 1 chapter tak habis lagi, rumus pon tak berapa nak hafal lagi. selesai ja paper finance esok,aku terjah habis-habisan ok ;) sekarang ni nafsu makan membuak-buak macam masak dodol. kejap-kejap lapar,bila lapar macam susah sikit nak berfikir dengan waras dan menyebabkan nak makan secara banyak. bila dah makan,jadi lapar balik kan? eh-eh silap, kenyangkan? bila kenyang jadi apa? sleepy gila. rasa macam nak mintak korang slap aku kasi jaga sikit. haish,jadi nya. ketagihan nescafe kembali menghantui hidup. baru 2 minggu pantang nescafe,sekarang dah ketagihan balik. cuma sekarang aku buat neslo.aku campurkan nescafe 3in1 dengan milo 3in1. so jadi neslo 6in2. wah! sedap sampai belum gila. cuma macam separuh gila sebab sedap. sedap la oi,sedap. cuba try test. ok,adik-adik penggunaan bahasa akak izan adalah salah dari segi tatabahasa. sila jangan tiru. eh-eh. kepada akak-akak dan abang-abang juga.

jumaat ni dah boleh balik rumah. kelas pada hari jumaat dibatalkan. yeay! khamis malam ada kelas lagi. nak ponteng ja boleh tak? ala,mana pernah ponteng lagi kelas dr.mazlan. hahaha. tengok la,kalau aku rajin,aku pergi. kalau malas pon aku pergi. eh,maknanya aku pergi la kan. pergi ja la. kan nak teman yuni pi beli barang sikit jumaat tu. ops,lupa nak cerita pasal hadiah yang yuni dapat masa birthday dia yang lepas kan?

hayyan bagi yuni tabung bentuk tong gas. damn cute! sebab yuni suka menabung duit syiling. duit kertas dia membuang. hahaha. yona bagi bakul sampah kecil comel. apakah maksudnya yona? hahaha..





Monday, February 08, 2010

ily yuni


kalau kau beri aku pilihan,aku rela pilih kau walau aku ada banyak pilihan lain.
kalau diberi aku peluang untuk memilih yang lebih baik,aku lebih rela pilih kau.
kalau dibariskan aku dengan sepuluh lagi pilihan yang aku sendiri mampu untuk pilih,tetap kau yang dipilih.
dan kalau kau terpaksa memilih antara yang banyak,aku berharap agar kau memilih aku.

to: nurul ayuni binti ibrahim
from: always sentap friend,izan.

lihat,izan sekarang sudah pandai main ayat memilih,dipilih,pilihan dan pilih. tu la guna belajar topik kata dasar dan penggunaan imbuhan yang betul time darjah satu dulu. kena la praktikan selalu. sebab orang selalu kata "practice make perfect".

sorry for being late to posting an entry about yuni birthday. sebelum apa-apa. HAPPY BIRTHDAY kepada NURUL AYUNI BINTI IBRAHIM.

sebagai satu kenangan aku di hari tua nanti mari kita refresh macam mana aku boleh kenal yuni. it is start from MMP (minggu mesra pelajar). aku rasa yuni perasan muka aku time aku kena basuh kaw-kaw sebab pakai kasut tak ikut spesifikasi yang di tetapkan. alah,bukan nya salah pon aku rasa kalau aku pakai kasut vincci yang jenis terbuka kat depan tu. sebab aku nampak ada ja orang lain yang pakai selipar masuk DECTAR. biasa la izan,muka nak minta penampar macam muka kau memang selalu kena panggil ke depan.


for the first time aku perasan yuni, dia dengan hayyan. cakap ada ala-ala siam sikit but tak terlalu keterengganuan. hahaha..aku tak tahu yang dia dari terengganu kalau dia tak bagitau. yuni adalah satu-satu nya orang terengganu yang aku kenal yang mana dia boleh masuk dengan orang yang dari mana-mana negeri pon. sebab tu aku kata yang dia tak macam orang terengganu kalau dia tak bagitaw. silap-silap aku kata ko orang siam yuni. hik hik hik. ok-ok aku gurau ja.

tau kan yuni yang mana satu? hik hik hik

semakin rapat bila ke kelas bersama. ke pusan menghabiskan duit bersama,ke library study bersama,mengajar aku statistik sampai aku rasa macam ooo,macam ni statistik rupanya dan paling diingati tika menyelamatkan una masa dia jatuh tangga kena kejar dengan monyet. ko ingat tak yuni? macam mana kita tahan kancil tak nak berenti,tahan myvi tak nak berenti,tahan viva pon sama. sekali tahan BMW baru nak berenti. lihat,bertapa hot nya kita yuni sampai BMW ja yang layak untuk di tahan oleh kita. hahaha

dengan setiap aktiviti yang ko join,ko tak pernah lupakan kitorang. masukkan nama kitorang dalam list ajk mana-mana program. kalau tak, dah kena tendang kolej dah aku ni. teman aku pi makan walau pon ko dah makan. teman aku jog walaupon ko penat. teman aku jumpa skandal. adeh,tiba-tiba nak teriak tak berlagu. teman shopping tak payah cerita la. dengan ko pinjam kan telinga time mengadu domba pasal cerita-cerita yang tak da kena mengena dengan ko. yuni,nak tisu sehelai,aku dah tak mampu nak tahan ni. sob sob sob.


nurul ayuni binti ibrahim...
thanks for being my friend selama nak dekat 2 tahun ni. kalau ada pengalaman-pengalaman yang nak aku cerita kan pada anak cucu nanti,nama kau akan jadi yang teratas dalam jumlah penggunaan ketika penceritaan tersebut. once again,HAPPY BIRTHDAY DEAR! ;)

p/s: sorry sebab mampu bagi tart telur je dear.




from her to him

"where is the love? here dear..here, there is inside my heart.."

ayat yang tak da kena mengena dengan entry. hahaha. apa kes kau izan tiba-tiba nak gelak bagai ni. biarlah. hari ni ahad kan? eh-eh lupa. isnin dah la. cuma aku berasa ahad disebabkan ketiadaan kelas di hari isnin.kenapa macam malu-malu nak mentaip ni. baru 3 hari tidak update sudah kekontangan idea kah? nak kena bagi surat tunjuk sebab juga kah kenapa aku bercuti 3 hari dari mentaip apa-apa di sini. ada orang mintak ka izan? tak da kan? so blahhhhhh...

kita mula dengan sabtu okey;

sabtu seperti biasa. penuh dengan kasih sayang pada pagi sabtu. menjadi geram bila kejut mr.izan but dia tetap tak nak bangun. ops! ini bukan bermaksud kami tidur berkongsikan bantal dan tilam. ala,macam korang la juga kan. "awak,esok kejutkan saya subuh eh" ok dear,insyaALLAH" ha,sms-sms ja okey. selalu dia yang kejut aku. sebab balik kerja pukul 6.45 pagi tu,terus kejut aku. tapi hari minggu aku la kena take over.

bila dah rasa macam bengang dengan kasih sayang di pagi hari kerana tidak berjaya kejut mr.izan,terus ke kelas koke. tapi duduk dalam kelas koke pon macam kumbang kesejukan ja. serius aku kata,lecture hall tu memang sejuk dan membeku. tapi lecturer yang duduk mensyarah di depan cool je. dia tak cold ke? hayyan bagitaw,yang bahagian depan tu menang takkan rasa kesejukan. and kitorang tak tahu kenapa. patut la beliau boleh menceramah dengan selamba ya ya ja. kitorang ni nak sebut ya ya pon tak boleh. inikan pula nak berlagak selamba..

tepat kul 10.30pagi. rasa macam nak terus lompat keluar. dah lupa la tu sebab asyik nak tanya ja kan. buat apa kau nak lompat izan? buat apa? bukan sebab sejuk la. kan dah ada janji temu sama amalina. siap gelabah beruk nak pakai apa,nak make up cam mana,seluar apa. nak cakap apa bila jumpa amalina nanti. sekali dah jumpa. duduk-duduk sahaja dan borak,borak,borakkkkkkkk.... sangat rindu nak borak dengan kau lagi ama,cam sekejap sangat nak cerita semua benda. nanti bila-bila kita jumpa lagi ok?

dan ahad?

ngedate sama mr.izan! yeay! hahaha.gedik ok aku paksa-paksa nak jumpa. cakap rindu la hape la. nasib dia tak....kruk,krak,kruk,krak...erk,lapar. gtg. bila lapar tak boleh fikir apa-apa lagi dah. selain makan. esok la eh sambung. boleh?

salahkan perut aku. dia yang lapar.




Thursday, February 04, 2010

bayar balik

sebelum apa-apa.dan aku terlupa saksikan persembahan statik dari izan salleh. statik okey bukan spastik.



baru selesai men-telefon amalina rashid. kerana telah berbulan lama nya tidak berhubungan mesra maka perbualan menjadi panjang sehingga ter-set date berdua ke tempat yang dirahsiakan. semacam satu perasaan aneh muncul kerana telah agak lama tidak menjumpai amalina rashid. siapakah beliau? pi la baca blog beliau. then korang tak kan kenal juga siapa beliau. untuk mengenali beliau kena jumpa,duduk satu matrik dengan beliau selama setahun,kena study sama-sama sampai conteng dinding gara-gara menghafal note bisnes. tumpang tidur atas katil beliau hanya ingin tumpang menangis kerana teringat kekasih lama. turun makan di kafe bersama walaupun blok berlainan. berebut nak tiru tutorial akaun mizah. menangis sama-sama bila masalah cinta melanda. berkongsi kopi o ais kerana nak stay up study bagai nak gila akhirnya tumpas di jalanan.

tapi korang boleh ka kenal beliau dengan hanya baca blog? kalau boleh,bagitahu aku beliau paling fobia dengan binatang apa? macam mana bunyi beliau gelak? macam mana muka glabah beliau bila nak masuk exam? macam mana beliau tolong buang lens aku bila lens aku naik sampai atas bebola ikan. bukan-bukan,bebola mata. nanti kita jumpa ya amalina. sila siapkan peta minda penceritaan hidup anda setelah 2 tahun tidak ketemui daku. jangan kau lupa walau secebis ayat. hahaha...

mr.izan,i nak keluar eh hujung minggu ni. u izan kan? eh bukan-bukan. u izin kan? mesti boleh kan...minggu lagi satu baru i jumpe u pula ok ;) kerja rajin-rajin, jangan asyik duk wat meeting bersama rakan sekerja ja. tak baik tu. lagi satu kalau baca blog i malam ni sila msg selepas baca. ada benda sikit nak tanya. ha,cuak dah tu cuak...hik hik hik.

acik: adik,belikan isha baju shirt dengan seluar jeans boleh? nanti acik bayar balik.

iman: maksu,kasut yang maksu beli tu ketat. nanti maksu beli yang lain eh untuk iman. nanti ibu bayar balik.

kak etun: adik,nanti tengokkan baju kat abg pen sehelai. beli yang macam adik beli dekat iman dan alep. nanti kak etun bayar balik. kalau boleh tengokkan kasut kak etun sekali.

okey-okey. nanti maksu yang sporting dan adik yang baik ini belikan. kemudian nak bayar balik kan? hahaha...tang bayar balik tu aku rasa macam best ja. dengan berani jamin la,akan dapat lebih. ya la. kalau nak shopping kat tg.malim? apa sangat yang ada. bukan nak kata kat sini semua ada. tapi nak kata juga la yang kat sini lagi banyak tempat nak menghabiskan duit. dan ada lagi banyak pilihan sakal. erk? sakal? bukan itu yang nak di sampaikan. ada banyak pilihan yang lebih menarik untuk di pilih menjadi pilihan kelambu. ok,pilihan kalbu. nampak ja kalau i buat typo. okey-okey typing error.

izan: mak dengan ayah tak nak apa-apa?

mak dan ayah: bagi mak dengan ayah 4.0 ja la.

part ni yang paling susah nak bagi. nak beli tak da. nak pinjam ko ingat senang nak dapat? nak curi? kat mana? suka tau hj.salleh dan wanita kesayangan dia buat i macam ni. jadi serba salah dan tak menentu lalu menagis bertalu-talu. pantun 80 kerat tak menjadi.

sebelum aku habiskan budi bicara ilmiah kita malam ni,jutaan terima kasih kepada yang sudi singgah di sini. aku tak sempat nak terjah mana-mana blog sebab jadual yang padat dengan kuiz dan mid term sekarang. dah selesai segala mid term dan kuiz akan ku terjah sampai mengah. uh ah uh ah...practice cara penafasan yang bagus tika membaca entry ni.




Wednesday, February 03, 2010

happy chinese new year.

abaikan kedudukan kaki anak hj.salleh yang macam kurang sopan sikit tu. tengah pening time ni nak layan si isha. alasan logik kan? huahaha

tak sabar rasa nak sambut chinese new year. apa kes tiba-tiba sebut pasal chinese new year. sebelum izan salleh melalut ke mana hala yang dia sendiri kadang-kadang sesat nak cari jalan balik ingin aku mengucapkan,woah! ayat kau makin sedap..mana belajar ni? UKM la. tengok,memang tak boleh nak ubah sifat untuk menceritakan apa-apa motif dengan senang. aku ingin mengucapkan selamat menyambut chinese new year. bukan-bukan,bukan itu yang nak disampaikan. aku hanya ingin mengucapkan ribuan,sejutaan dan apa saja nilai terbesar yang korang pernah dengar kerana still mengikuti perkembangan perut aku walau dimana sahaja aku men-taip. perut? erk,bukan-bukan. i still slim. but ada sedikit ketulan tegar yang nak kena pecahkan dengan larian SATU MALAYSIA. lagi? oh no! aku tak sanggup nak bayangkan kekuatan kaki aku tika ter-buat larian SATU MALAYSIA satu tika dahulu. penceritaan harus nampak lama supaya anda tertanya-tanya bila? bila? bila izan buat larian amal ni. sweet nye dia...

oit greenhall,berapa kali kau mahu tanya ini amoi cantik punya tinggi? hik hik hik. aku dalam 162cm ja. kenapa? kau lagi rendah dari aku ka? motif? pang! aku lempang dulu sebelum kau lempang aku jadi lemang. and kepada acan,if u dare to use another name selain nama u sendiri di chatbox i block u dari tengok blog i. hahaha..ececehhh..gurau ja. tak nak sentap-sentap. nanti susah mrs.acancapik u nak pujuk.

semalam adalah birthday kak long aku. kak long adalah isteri kepada along aku,merangkap menantu pertama dalam family hj.salleh,ummi kepada anak buah aku,kak ipar pertama aku dan seorang yang sangat memahami kehendak adik ipar yang bongsu ini. sebagai bukti,tiap kali nak balik ke lembah buku dan lampu mesti kakak ipar ini tidak akan lupa untuk menbayar cukai jalan kepada aku. katanya;

"buat belanja makan dan tiket bus"

tapi aku rasa nilai nya lebih dari cukup dan yang sangat menyayat hati tika di cium dahi ini dengan syahdu dan penuh curahan rasa cinta dari kakak ipar ini. lansung tak rasa seperti si ajnabi masuk dalam famili. terasa seperti kakak ipar ini telah tercipta dari azali dalam famili hj.salleh dan sanggup berbuat apa saja demi famili sendiri dan anak-anak.

happy birthday kak long. yang keberapa eh? hahaha.jap-jap aku sendiri tak ingat. so,kalau tak ingat kena refer siapa? tak lain tak bukan. kaunter pertanyaan pada roslina muhamad salleh.

"angah,ulang tahun kelahiran kak long yang keberapa eh?"

kita nantikan komen beliau di kotak komen.

esok aku ada mid term pengurusan risiko. doakan aku semoga berjaya dengan jayanya. kerana hanya dua orang yang mendapat markah tertinggi akan di pilih oleh en.lecturer untuk menemaninya lunch di PURI PUJANGGA. sudah la kacak bergaya ini en.lecturer dapat makan lunch bersama lagi. aduh,bikin panas ini gosip. hahaha.

mr.izan, i gurau-gurau ja ni.jangan ambil hati eh,u kalau dah ambil hati i bukan tahu nak pulangkan balik. yang u ambil hari tu pon mana ntah u simpan. sekarang i makan hati berulam jantung ja ni tau. hahaha





Tuesday, February 02, 2010

lampu dan buku

sejak mr.izan kerja malam ni malam-malam ku hanya di temani buku dan lampu. see,boleh buat pantun 3 kerat. kalau nak buat yang 4 kerat,sila kerat sendiri jadi 4. malas nak layan kehendak korang yang makin hari makin manja tau. semalam aku tanya kat mr.izan;

izan: u,u mesti bosan kan dapat bakal wife macam i. asyik nak merajuk ja.

mr.izan: its ok la,normal la kalau perempuan merajuk ni. sebab mereka nak kasih sayang. kan?

izan: oloh oloh olohhh..sweet la kamu ni. hahaha

sekarang ko sweet la izan oi,dah kahwin nanti,ni kalau ada jodoh la. and aku berharap agar aku berjodoh panjang dengan BELIAU. kita sambung balik ayat tadi,dekat mana kita tadi? ha..kalau dah kahwin nanti sweat u nak pujuk i mr.izan oi. tu baru i merajuk-merajuk manja ja tu. belum i pulun habis manja lagi. kah kah kah. alamak,tersensored plak entry kali ni. malu la if anak cucu baca nanti yang bonda or granny dia gatal nauzubillah ngan ayah or atuk mereka. kenapa i kena granny mr.izan guna atuk ja? sebab i kan anak muhammad salleh dan mr.izananak? ha,itu kita kena simpan dulu. dah comfirm nanti i suruh mr.izan tulis entry dia sendiri. eh,ini bukan bermaksud dia ada blog hokey. dia tahu baca blog aja. blog sapa dia baca? lagi mahu tanya kan..suke macam tu...wat i blushing-blushing.

dulu aku pernah post something yang macam poyo sikit kan? nak baca entry sebenar di sini ya. argh,gedik kau izan siap ada klik klik bagai. i klik nuff u,u klik nuff i. hik hik hik..motif???

DONT
1.tak perlu kacak @ tampan @ apa jua seangkatan dengan nya sebab aku pon tak la cantik mana.
(part ni mr.izan lulus. beliau hanya sedap mata memandang dan aku pula sedap di pandang. sesuai la tu kan)

2.tak perlu kaya seperti Bill Gates sebab nt senang ja dia nak pi poya2 dengan perempuan lain.
(beliau tidak kaya,tapi mampu membelikan aku sebuah kapal terbang)

3.tak payahla nak msg aku hari2 sebab aku bukan yg jenis rajin menaip msg.
(part ni terbalik,sekarang ni aku yang duk gedik-gedik nak msg beliau 24/7. nasib la kena pergi bertugas di sana itu lalu meninggalkan aku keseorangan bertemankan buku dan lampu)

4.tak perlu bersuara sedap,sbb nt mungkin die tringin nak pi audition AF plak...
(beliau hanya minat karaoke tak ok, so hanya aku dan kawan-kawan hampir sahaja boleh dengar. kalau korang nak hampir,i tepis! jauh,jauh,jauh dari beliau. kah kah kah)

5.tak perlu la bermulut manis dengan menjanjikanku perkara2 yg akan berlaku 10 tahun lg.
(mulut tak manis,suka buli aku ja)

DO
1.pastikan dirimu tinggi sebab aku nak kamu pandang kebawah seperti menghormati aku bila tgk aku,bukan mendongak dengan rasa berlagaknya...izan tak suka tu!
(ini sudah pasti. u,169 cm kan? mampos aku tak ingat. hahaha)

2.if da jadik CALON sila pastikan dirimu pembersih,kerana aku tak sangup untuk bersin sepanjang aku bejalan be2 denganmu.
(bersih,cuma tak berapa reti nak guna tisu time makan ja. hahaha)

3.jangan mengharap yg aku akan mengikut larangan kamu 100% sebab aku masih muda dan mahu mencuba semua benda yg aku rasa wajar bg diriku.
(lagi beliau galakkan ada la. u,buat ni,buat ni and buat ini. i tak nak nanti u kempunan bila dah jadi wife i semua tak boleh buat. seeeee....sweeettttttttt. sekarang sweet la kau,nanti lama-lama masam gak. hahaha)

4.tolong la ingat TARIKH LAHIR aku.sbb aku nak hadiah!!!!!!!!
(opkos beliau ingat,siap pesan jangan kasi aku balik rumah lagi time tu.eh,ade ke u kata macam tu? boyfriend yang lain kot pesan..hahaha. sentappppppppp)

5.lastly,aku tak suke perkataan BYE,SELAMAT TINGGAL @ seangkatan dengannyer...
(ini word lama,aku dah boleh guna dah sekarang. dulu aku fobia dengan word ni sebab aku takut diorang yang cakap bye,selamat tinggal or else ni akan tinggalkan aku)

p/s: i love u ;)



Monday, February 01, 2010

legging for all

izan: angah,legging tu ada. sehelai rm 16. nak tak?

angah: kenapa mahal sangat?

izan: ni kain yang jenis tebal sikit. kalau yang nipis tu murah la. nak ke tak?

angah: oooo,boleh la.

izan: *kata mahal,tapi boleh je* hik hik hik (kata-kata ini hanya di dalah hati)

maka nya telah menghabiskan sejumlah wang yang besar sebentar tadi di pusanika UKM ja pon. aku selalu berasa susah hati kalau ada dibuat apa-apa program di pusanika. sebab mesti terbelanja untuk diri sendiri. tapi nasib yang baik menyebelahi daku tadi kerana hanya terbelanja untuk keluarga sendiri. tapi bukan aku belanja ya maksud di sini. aku membelanjakan dahulu guna duit aku,and nanti sila bayar kembali segala perbelanjaan tersebut. kerana adik bongsu kalian ini masih menuntut,bukan nya sudah berkerjaya besar sehingga mampu membelanja keluarga.

legging alya: rm 16
legging ana: rm 16
legging nada: rm 16
legging nurul: rm 16
dan tak boleh blah legging mak cik: rm 15

kenapa legging budak-budak lagi mahal dari legging orang dewasa? maybe sebab ejaan budak-budak lagi panjang dari dewasa so harga lagi mahal? maybe la. aku hanya berfikir secara kepanjangan ejaan untuk harga yang mahal. haish,mana boleh macam tu. nama aku hanya NORIZAN. satu huruf rm1000. 7 huruf? rm 7000 sahaja? erk! mr.izan,u nak bagi lebih kan? hahaha

izan: mahal la..habis duit adik nak dulukan.

angah: sapa suruh kau ajar bebudak dengan mak budak pakai legging. hahaha

izan: erk,adik ka yang ajar? hahaha

p/s: nampak sangat aku ni mak su dan adik yang membawa pengaruh tidak sihat di dalam keluarga bahagia hj salleh.

tamat part legging kita masuk part pinjam meminjam. di sini,saya NORIZAN BINTI MUHAMAD SALLEH ingin memohon maaf kepada ALIFF AMIRUL HAMZAH BIN ADNAN kerana mentulis nama beliau di dalam entry yang mengatakan bahawa dia tidak membayar duit saya setelah meminjam sejumlam wang dari saya yang mana berjumlah rm300 sahaja. dia bukan tidak ingin bayar,cuma terlewat sahaja dan telah mendiamkan diri kerana ketiadaan wang sara hidup yang cukup tika dahulu. beliau telah menjelaskan separuh dari jumlah pinjaman tersebut. atas sebab dan alasan yang munasabah yang telah saya dengar dari beliau sendiri maka saya menerima maaf beliau. dan berharap agar beliau memaafkan saya kerana keterlanjuran perbuatan sehingga memarahi beliau di dalam blog ini. saya minta maaf.