Followers

Wednesday, April 28, 2010

nasi beriani gam

athoyai...boleh tak nak duduk UKM tapi tak nak pergi kelas,tak nak ada exam,tak nak buat tutorial,tak nak buat assignment, and apa saja yang berkaitan. just nak bangun pagi,basuh baju,makan,tidur dan online sahaja. pergh! baik kau duduk rumah tolong hj.salleh jaga kedai runcit beliau. ada juga faedah nya. ni kalau setakat nak menghabiskan beras dan duit beliau baik tak payah. T___T.

okey,jangan marah sebab tu aku tanya boleh ke tak? dah tahu dah jawapannya tak boleh. what a lovely day. exam dah selesai semalam. jam 6 petang dalam keadaan hujan pon sanggup aku redah sampai basah sebab dah naik muak tengok dewan exam. kalau boleh nak terbang je dan tinggalkan si tembam tu. eh-eh tembam, i gurau je. u jangan ambil hati. dah la separuh mr.izan dah ambil, yang separuh lagi pon u nak ambil? dah tu i nak pakai pe? enjin u? T___T.

ops,sebelum terlupa ucapan terima kasih kepada hasmira hashim a.k.a miera kerana membelanjakan diri ku ini dengan beriani gam ala carte. wallah! meleleh ayaq liuq cek ni. dah la baru bangun tidur,terus update blog dan bercerita pasal nasi beriani gam. apa yang gam? itu kena tanya taukeh kedai la...wa talak tahu ma..

pssstt.. aku dah masuk nama ko dalam blog aku ni. jangan cakap aku lupa pula. HAHAHA. pagi-pagi lagi dah pesan suruh aku masukkan nama beliau dalam blog. ye-ye i masuk dah ni. nanti kau nak belanja aku makan ikan bakar pula kan? terima kasih la miera ;) HAHAHA. update la blog kau miera oi. aku jengah tat sat buaya naga semua dah membiak.

 mira aku curi picture dalam fb ko ni. halalkan eh ;)

sudah-sudah. mr.izan ajak i teman dia beli barang hari ni. eh-eh silap,i ajak dia teman beli barang kitorang ;) so jangan nak cari-cari aku dalam masa terdekat ini. babai...

p/s: mr.izan,baju semua dah hantar balik rumah,pakai jersey bola u boleh tak? no berapa? HAHAHA. kantoi sudah.



Tuesday, April 27, 2010

ily mak ;)

nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

kaki ALEESYA. picture was taken by my sister a.k.a aleesya mom ;)


caffeine




sila fokus pada mata. cantik kan mata i? HAHAHA. mata tipu memang la cantik T__T

ini juga adalah schedule entry. aku sekarang suka taip entry banyak-banyak then aku aku set kan masa je bila nak publish. sebab bila malam aku jadi cam al makhluk tak boleh tidur kejap. memang susah gila nak tidur bila dah tertelan kopi panas 2 cawan. nampak macam ketagihan caffeine aku dah kembali seperti dahulu. memang tak boleh start la kopi ke nescafe ke,nanti tak boleh berhenti. haish!

p/s: aku tengah tidur kot sekarang ni. eloklah tu. orang jaga kau tidur. orang tidur kau jaga.

hitam itu menawan


abaikan pin tudung yang senget. sebab perasaan dalam diri yang mengatakan aku nampak HOT dengan warna hitam telah menguasai diri.

tak perlu banyak warna dalam hidup jika kau tak suka dengan pelangi,
kenapa perlu ada hitam kalau kau tak pernah kenal putih,
kenapa perlu tanya persoalan yang sama sedangkan kau tahu apa jawapan nya.

okey feeling penyair jalanan dah tamat. saja ja nak praktik kata pujangga di pagi hari. HAHAHA.paper pengurusan strategik jam 3.30 petang. makin lambat waktu exam,makin lambat la aku study. and this is a schedule entry. saat membaca entry ini aku mungkin sedang jemur baju di ampai atau sedang mandi dengan lama. sebab mandi dalam jangka masa yang lama adalah terapi yang terhebat selain tidur tanpa gangguan.

sebelum anda ucapkan selamat pagi. mari aku katakan dahulu. ALLHAMDULILLAH aku masih ketemu pagi. good morning ;)

Monday, April 26, 2010

aku tolong korang belikan. duit korang la. aku tolong belikan je. eh,paham tak ni tajuk panjang-panjang?

kenapa la paper strategik ni time last paper. kan aku semacam ketiadaan mood sahaja mahu study. bukan tiada mood sebenarnya tapi terpikirkan program selepas exam ni. haish! kenapa ni izan,makin lama makin malas ni. kang tak dapat 3.0 ke atas kang ko gak meraung. ko gak yang malu. okey-okey. oleh kerana aku tengah mood suam-suam kuku je nak study ni kita update pasal bag lah. mahu ke tak mahu lain cerita. dah lama aku dok google punya google nak beli bag secara online. tapi semua tak memenuhi citarasa aku. sekali aku pi jalan-jalan dengan athiah hari tu nampak bag yang aku dok cari selama ini.

selama ini ku mencari-cari,teman yang sejati buat menemani perjuangan suci...okey,insyaALLAH part ni dah jumpa. dan beg pon dah jumpa. yeah! balik klang minggu lepas bawa balik beg ni. sampai kakak-kakak i order mintak belikan lagi. family i memang macam ni. apa yang i pakai semua lawa. kalau orang lain pakai tak lawa pula kan? HAHAHA. ini adalah sesuai sebagai contoh kepada pepatah melayu " masuk bakul angkat sendiri" sokey, i dah biasa kena maki hamun bab perasan sendiri ni. u nak maki lagi? maki la maki..kaki i pon u nak maki? maki la lagi. maki! maki! maki laaaaaaaaa...okey-okey,dah start nak emo.

model adalah sama seperti model baju yang lalu. kirim salam sekarang dia tak layan,dia layan kirim duit ja. HAHAHA


aku suka beg ni sebab boleh digayakan dengan sandang belakang dan sandang tepi. 

kan aku ni jenis yang kalau keluar semua nak bawa. make up lagi,botol air lagi,payung lagi. sampai mr.izan kata "almari u tak nak bawa ke?" how dare u dear!

abaikan kaki si pinky di belakang. saja nak interframe. beliau tidak termasuk dalam ini punya perbincangan.

dengan ukuran diameter bontot 28 cm dan ....


berketinggian 33 cm beliau berjaya menawan hati ku.

okey,bahagian tepi yang sangat sexy. lagi la membuat mr.izan tak keruan melihat i memakai beg sebegini. anda mahu ur mr. jadi macam mr.izan yang duk perli i sebab selalu beli bag baru?

komen jela kalau nak aku belikan. bank in rm40 ja. sekali masuk dengan kos penghantaran dah ni. aku tolong belikan. tak nak pon amek untung duit korang. kalau korang tak nak aku still kena pi beli gak nanti. sebab angah dengan acik aku dah order minta aku belikan. alang-alang nak pi beli beg ni untuk diorang aku belikan sekali la tuk korang. sekian. mood study tiba-tiba datang. huuuuuuuuuuuuu..study...

p/s: sebelum terlupa ada 4 color je aku tengok hari tu. hitam,coklat,kelabu dan putih. itu pon kalau masih ada la. kalau tak da. korang pi beli sendiri la T____T.

sock belang-belang

sejak dua menjak ni aku asyik kene tag dengan gambar-gambar lama ja. gambar time sekolah la,time makan rambutan la,time panjat meja la and apa time lagi aku tak tahu. yang pasti time budak baru nak up. time tu nak pakai stokin kena belang-belang. colorful,kalau kau pakai sock putih pergi sekolah kau tak stylo. kau kena pakai kasut pallas jazz kalau tak kau bukan geng kitorang. HAHAHA. 

funny,but semua tu la yang buatkan aku dan kawan-kawan ada kenangan. sumpah rindu tahap nak lompat-lompat macam pingu kalau aku duk kenang zaman sekolah dulu. time tu la nak berebut shower, bekembam sama-sama dalam bilik air cuci baju hujung minggu. ponteng prep nak tengok stair way to heaven. kau cabut bulu tiak aku, then aku pula cabut bulu tiak kau. sumpah sporting gila. argh! rindu syiot. ops! izan,syiot is a bad word if anak-anak u baca blog u nanti. okey anak-anak bonda, sila skip perenggan ini. nampak ayah kat luar tu. ajak beliau pergi beli putu piring. kata kat beliau BONDA LOVE HIM SOO MUCH!



okey,nampak yang kene bulat tu? thats me! HAHAHA. serius aku rasa macam nak menangis tengok gambar ni. dulu semua muka ala ustazah je. 

saya bukan budak sukan. saya budak kaki tengok sukan. time ini inter asrama. aku ponyokong je.


aku tak pandai main apa-apa jenis sukan pon kecuali sukaneka. sebab tu mr.izan tak suka i dulu. sebab dia kata saya bukan kaki sukan. kenapa kena ada mr.izan dulu? sebabnya dia satu sekolah dengan saya. HAHAHA
okey, ini pendedahan fakta kedua. ada banyak lagi kejutan dari masa ke semasa. nantikan. mr.izan i dah bocor rahsia sikit. T____T.

lagi la aku tak ingat bila masa pula aku ada dalam gambar ni. tapi memang nak gelak je kalau nak banding muka kawan-kawan aku sekarang ni dengan muka yang kat dalam ni. jauh berbeda. aku rasa aku je yang tak berubah.


ni lagi tak boleh blah. muka dah la ala-ala pelakon tambahan. nak outing kena pakai baju asrama. kasut mesti nak kena sama color. kena bertali belakang. tak boleh pakai selipar. but ko memang kawan sejati la dayah. kemana pon aku still ingat ko.

FIN. tatapan tengahari hari ini tamat di sini. sila kembali petang nanti. saya penat dan mahu tidur.

ALEE

hai semua.

hari ahad memang hari untuk bercuti. maka memang tiada entry semalam. hari ini hari isnin. maka entry akan datang berguling-guling. esok adalah last paper untuk sem ni. hell yeah! ape kau ber hell-hell ni mak cik. teringin sangat ka nak masuk sana? okey,tak nak! so, tukar kepada heaven yeah! ;) ohmai,soooo sweet. 

mak dan ayah datang tidur rumah angah hujung minggu hari tu. so,aku pon menggatalkan diri tidur di sana. lagi pun belum berkesempatan nak tengok the latest baby in my family. angah aku baru melahirkan anak yang keEMPAT. baby girl. eh,semacam dah beritahu je kan? okey,ini adalah siaran ulangan.

NUR ALYA ALEESYA. so just call her alee. HAHAHA. okey,sorry angah. adik gurau je. call her aleesya okey. nama nak lebih kurang je. nama anak acik aku nur farisha damia. kitorang panggil isha. nama kakak alee is NUR ALYA IRDINA and NUR ALYA ADRIANA.

okey,nama mak su dia juga yang ala-ala old school sikit. NORIZAN. tapi tak pe,saya bangga dengan nama saya. sebab apa,kalau nama saya lain tak la orang panggil saya IZAN SALLEH or MISS IZAN. and tak kan ada MR.IZAN. dan apa yang penting? kerjasama! bukan la.....apa yang penting sebab mak dan ayah yang bagi nama NORIZAN. and macam pernah mendengar rumors yang tok yam iaitu mak kepada mak pon semacam teringin membubuh nama ku NORIZAN ;)

eh,dah jadi macam autobiografi aku pula. nah-nah,this is NUR ALYA ALEESYA and....her maksu!



aku sedang memperaktikkan sifat keibuan ku. walaupun semacam mendukung patung saja kelihatannya. hantam sajalah labuuu..




nampak macam tangan orang tua saja kan? itu hanya ilusi optik. tangan i lagi mulus dari apa yang dipandang di dalam gambar..'


tak nampak sangat kan? nah-nah. aku tayang lagi.

apa? tak puas lagi? haish! korang ni saja je kan. cakap la nak tengok picture yang sorang lagi tu kan.. eleh,malu la tu nak mintak. nah la nah... i bagi,bagi tengok. HAHAHA


p/s: gambar ini hanyalah dari kamera hp. kualiti kurang menarik tapi wajah-wajah tersebut amat mentarik kan? T___T.

Saturday, April 24, 2010

i-city sendirian

mana boleh jadi macam ni. semua orang asyik cerita pasal i-city. aku pon nak juga. nak juga,nak juga,nak juga. pang! kan dah senyap. tak kira,kalau tak de orang nak bawa pon saya nak pergi juga. biarlah. saya nekad! sebab pergi i-city sorang-sorang so gambar smua sorang-sorang. kan orang pergi i-city ni nak ambil gambar je kan. so aku pon pergi sana ambil gambar dan balik. semua sorang-sorang. saya ulang. saya ke sana seorang.


oleh kerana pergi sana sorang-sorang. kita ambil gambar orang kat sana je la. kan dah kata ke sana sorang-sorang. T____T


lepas ambil gambar orang kita ambil gambar binatang. sebab jalan-jalan sorang-sorang. 


tapi, tiba-tiba ada orang offer nak tolong ambilkan gambar saya. sebab dia kesian tengok saya jalan sorang-sorang. ( ^.^)



dan lagi dia kata sebab saya comel sangat,dia offer lagi sekali untuk ambil gambar saya sorang-sorang dengan pokok pula. sebab saya kan ke sana sorang-sorang. T___T


sebagai tanda penghargaan,saya lampirkan sedikit tanda kasih dan sayang kepada orang yang membenarkan saya berjalan sorang-sorang,ambil gambar sorang-sorang,dan tiba-tiba saya teringat. kenapa tangan ni macam ada dua orang. (^-^)

p/s: i love u!

kehendak semata..kalau ada,ada la.. (skinny jeans)


mana nak dapat skinny jeans macam ni. yang color dia bukan color jeans. paham tak ni,bukan color jeans. maksud aku di sini bukan jin mata buta ke hapa ke. ni-ni color yang macam-macam color ni. kalau tahu dimana-mana sila komen saja dimana-mana pon tak pe. saya tak kisah. di blog boleh,di chatbox boleh dan di facebook pon boleh. janji saya dapat baca. jangan delete okey komen anda selagi saya belum baca.

sekian sahaja untuk waktu ini dan saat ini. saya akan kembali bersiaran di waktu lain dan saat yang lain.

p/s: kalau siapa dapat bagi tahu aku kat mana nak beli seluar macam ni dengan harga yang berpatutan aku akan poskan hadiah atau give it by hand hadiah tersebut..kali ni aku tak main-main. ini betul-betul aku teringin nak seluar macam ni. apa nak jadi pon jadilah. aku nak juga! ops,p/s tetibe boleh jadi  panjang.

DON'T TOUCH ME

video

i got this video from kak nafisah which is the girl next next and next door from my bilik. sangat comel. rasa macam nak gigit-gigit mulut budak perempuan tu. HAHAHA. okey,entry ni pon adalah schedule entry. saat anda menonton kecomelan video ini. saya juga sedang melihat sesuatu yang comel. sedang having my lunch with mr.izan. lokasi? rahsia. sebab makan nak kena dalam keadaan aman dan tenteram. kalau asyik di stalk kita akan rimas dan lemas.

oleh itu,kepada sesiapa yang belum lunch,sila pergi sekarang. nanti sakit perut saya tak menjamin apa-apa ubat kepada anda. hanya selingan doa semoga anda semua sentiasa dirahmatiNYA.


lucas scott

hola. selamat pagi. saat anda membaca entry ini saya sedang enak di buai mimpi. masih belum bangun tidur. kerana entry ini adalah scheduled entry. sebelum ini pernah juga aku buat scheduled entry tapi tak jadi. harap-harap kali ni menjadi la.

" Do not look back and grieve over the past, for it is gone; and do not be troubled about the future, for it has not yet come. Live in the present, and make it so beautiful that it will be worth remembering~ Lucas Scott "
kredit to athiah kerana memberi aku ayat diatas.
kalau mengikut terjemahan aku sendiri ini maksudnya. sebentar,ini adalah mengikut pemahaman aku sendiri. kalau korang paham secara lain dari aku suka hati korang la. sebab rambut sama hitam pada azalinya walaupun kau dah warnakan dengan color lain,namun hati kita tetap berbeda, ceah!

" Jangan melihat ke belakang dan menangisi masa lalu, untuk kehilangan nya, dan janganlah dirunsingkan tentang masa depan, kerana kita belum tahu apa yang akan datang. Hiduplah di masa sekarang, dan jadikan ianya begitu indah untuk kita ingati nanti. "

kalau siapa yang baca blog aku dari awal mesti tahu bagaimana poyo nya aku dulu. sikit-sikit nama dia,cerita sikit nak kena ada nama dia. sedih sikit nak kena tulis nama dia. pendek cerita memang aku susah gila nak lupakan dia dulu. berapa lama aku ambil masa nak kembali kepada kehidupan aku yang normal. kawan-kawan aku sumpah dah annoying gila bila balik-balik nak cerita benda yang sama. kononnya aku la yang paling sedih bila hubungan tak menjadi. aku la yang malang bila cinta tak kesampaian dan di tinggalkan. SUMPAH ANNOYING. tapi diorang boleh sabar je. masih boleh layan aku,layan cerita aku,ceriakan aku kembali.

dalam masa 2 tahun aku asyik fikir kenapa jadi macam ni,dan kenapa bukan macam ni. asyik nak salahkan diri sendiri. padahal kalau aku move on dah lama aku jumpa hidup yang lebih indah dari sekarang. bukan bermaksud hidup aku sekarang tak indah. INDAH,sangat INDAH. sebab? tetttttt..kang cakap aku happy sangat ada orang tak suka pula. so kena cakap di sini saya tak happy T______T.

bile dipikir balik,kenapa la nak kena jadi macam-macam sebelum ni baru aku sedar yang ini rupanya untuk aku? sebab,kalau kita tak pernah gagal dalam hidup kita tak kan pernah bersyukur. syukur to have U.

p/s: entry ini adalah dari hati ini untuk hati ini.

Friday, April 23, 2010

hasil pendedahan eksklusif


aku bukan la hebat mana kan nak dapat visitors sampai ratus-ratus and ribu-ribu untuk satu jam. tapi ini adalah pencapaian terhebat setakat ini. dalam 1 jam ada 19 visitors gara-gara tajuk ini. okey,saya janji. lepas ni saya buat lagi ;) HAHAHA

okey,mahu mandi sudah. sebab sekejap lagi ada date sama athiah. oleh kerana MR.IZAN saya bermain futsal malam ini. maka menJANDAlah di malam mingu. T___________T. tapi tak pe,sebab jadi janda malam ni,saya siap kemas barang dah nak pindah bilik lain untuk short sem. and ahad ni hj.salleh akan datang ambil separuh barang-barang tersebut. hanya tinggal nota pengurusan strategik sahaja sebab hanya subjek itu sahaja yang tinggal untuk diperiksakan pada selasa depan. DIPERIKSAKAN? hantam sajalah sayang..janji u bahagia.

sebagai tanda terima kasih kerana membuat kunjungan ke blog ini. saya sajikan satu hidangan paling lazat malam ini.


p/s i love u : u, jangan main lasak-lasak sangat. kang bukan baik demam. bertambah demam pula.

pendedahan eksklusif. gambar mr. izan.

dah lama sebenarnya nak buat entry ni. dah malas aku nak berahsia-rahsia dengan korang. sikit tanya,sapa dia. sapa dia. suka tahu buat aku tak senang duduk. nak kena fikir macam mana cara nak bagi tahu. nanti mula la berkata-kata "eleh,nak tunjuk la tu dia sorang ja ada,ingat aku tak da". kan dah kata belum cerita apa-apa lagi dah mula orang duk kata sini,kata sana. belum aku tayang gambar dia kat public lagi. masuk dalam facebook ke kan. kalau masuk dalam blog ni nampak sangat nak menunjuk. tapi memang aku nak tunjuk pon.

dah malas dan nak berahsia-rahsia dengan korang. nak sangat kan tengok aku punya cinta hati sekarang. tat taraaaaaa... dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. saya sajikan buah hati saya sekarang untuk tatapan umum ;)

eh,silap. ni buah hati lama. sila baca betul-betul. dia tetap mejadi buah hati. tapi dah lama dahulu. HAHAHA

okey,ini buah hati baru. baru sahaja lahir. nama belum ketahuan. sebab ibunya masih berahsia. so mari kita nantikan bersama-sama apa nama beliau. jantina? gegirl ;)

eh,semacam ada nama mr.izan kat tajuk tu kan? jangan marah. kalau saya dah janji nak letak gambar mr.izan maka saya akan letak. ni ha. kan saya dah kata. janji mesti di kota. bukan di kotak! ;P


MY MR.IZAN. u ada? ada? tak da kannnn. KAH KAH KAH

eh,tu apa tu, buat muka tak puas hati. kan dah letak gambar mr.izan ;) tatap la puas-puas. HAHAHA

Wednesday, April 21, 2010

sakit pinggang

guruh dah berbunyi-bunyi dah tu. dah macam nak hujan pula. perut pon ikut sama berbunyi. dah la lunch aku tadi keluar balik dek gara-gara period pain. terus jadi lapar tahap nak makan telur burung unta dah ni. haish, kalau la dapat bubur chacha ke,bubur kacang hijau ke tak ke sodap layan petang-petang ni. tiba-tiba terasa macam nak balik rumah. kalau rumah aku 5 minit jalan kaki dari UKM dah lama aku balik.

tengok buku sains pengurusan pon semacam dah tiada nafsu dah ni. nak kena rebus buku tersebut lalu dibuat air baru nak dapat masuk semua dalam kepala gamaknya. oh,perut dah tak sakit. cuma tuan dia ja yang sakit-sakit pinggang. eh jap-jap. kenapa kalau first day period aku selalu sakit pinggang eh? sebab dah tua ke apa? korang ada tak sakit-sakit pinggang time first day period? ke aku sorang je? kalau aku sorang je..ADAKAH???


dah,tak payah nak guna CAPS LOCK ko tu banyak-banyak kali. oh,atie dah mesejmintak jemput dia kat komuter. cerita secara automatik TAMMAT. ;)

panadol


oh,patut la 2,3 hari ni mood macam nak ke longkang je. rupanya nak datang bulan. malam tadi dalam pukul 4 pagi baru aku boleh tidur. golek ke kiri tak best,ke kanan tak besh. terlentang tak besh. last-last aku tertonggeng terus. menahan period pain yang maha dasyat. esok bangun bantal,selimut and pinky semua kat lantai. T_____T>. haish,apa la nasib menjadi perempuan yang selalu kena period pain ni. haip! mulut tu biasa tu. asyik tak pernah bersyukur ja. cuba kau bayangkan orang yang tak ada period. macam mana? atleast kau period menandakan masih subur dan mampu untuk melahirkan zuriat nanti. ALHAMDULILLAH. syukur saya kehadrat ILAHI kerana memberi kesakitan ini yang mana mengingatkan saya kepada NYA.

oleh kerana aku malas nak layan perut yang mengada ni, aku telankan jua panadol menstrual dua biji,kalau tak telan alamatnya terbongkang la atas katil melayan period pain aku ni. esok dah la ada paper. kena gagah juga melekat kat meja. duk tekan kalkulator dan menconteng arang di muka. eh-eh silap. mentinta sebaris ayat demi ayat. blogwalking? lepas exam aku buat okey. kang tak lepas pointer 3.0 sapa nak jawap? blog nak tolong jawapkan? ha,meh sini tolong habaq mai sikit kat cek.

malam ni nak kena tidur lambat lagi. ada lagi 5 bab tak sentuh. oleyh!

sekian



jika kau fikirkan kau boleh,kau hampir boleh melakukan,jika kau fikir kau menang,YA ENGKAU MENANG. wahahaha. suka hati la. nak kata apa or nak fikir apa. mak aku kata,

" adik,kalau senang sangat hidup ni,tak besh. kalau semua benda kita nak boleh dapat depan mata baik tak payah hidup. hidup perlukan cabaran. kutukan membuatkan kita sedar kita tak sempurna. dan menyebabkan kita mahu berubah kearah yang lebih baik. walau apa pon orang kata pasal kita,kita kena sabar. kalau dia kutuk fizikal kita bermakna dia tak redha dengan ciptaan YANG MAHA PENCIPTA dirinya juga. mak pernah ke ajar adik buat jahat dengan orang,kalau mak ada ajar. mak minta maaf. salah mak. adik faham tak? "

waaaa.kenapa mak yang kena minta maaf. adik yang salah. adik yang pi layan semua tu. mak tak pernah ajar adik buat jahat dengan orang.

kepada sesiapa yang ada terasa hati dengan mana-mana entry di dalam blog ini. saya dengan RASMINYA memohon maaf.saya tak berniat lansung untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan anda atau sesiapa. saya tidak pernah mencari anda atau terhegeh-hegeh add anda di mana-mana laman sosial. kenapa cari saya kalau hanya nak menjadi lawan. saya harap agar hentikan segala kutukan membina yang anda berikan. hentikan dari membaca apa-apa entry dari blog saya mahupun ke wall page saya kalau tak suka. saya juga akan berbuat demikian terhadap anda. apa kata anda remove atau block sahaja saya dari list friend anda jika tidak suka. saya merendahkan diri di sini. saya kalah,dan anda menang.

aku masih punya teman rupanya


bila aku rasa dalam dunia ni dah tak da sapa-sapa lagi nak bela aku aku dari segala tomahan. aku ada mereka yang mana aku sendiri tak pernah sedar mereka sanggup berbuat apa saja untuk pastikan aku tersenyum. terima kasih kawan kerana always be by my side for everything and anything. kadang bila aku leka mengejar dunia mereka akan kata kejarlah lagi tedaya tapi jangan lupa MAHA PENCIPTA. sebab kita hanya sementara. pergaduhan,perbalahan dan pertelingkahan hanya akan membawa kepada perpecahan,perbalahan dan persengketaan.

aku tak punya ramai teman,kenapa kita perlu jadi lawan. aku tak pernah minta nak jadi macam ni. kalau tuhan nak uji kita dia boleh bagi banyak cara. contoh nya hari kau gelakkan dia berkaki tempang. esok lusa kau pula yang memerlukan tongkat untuk berjalan. hari ni kau rampas kebahagian dia dari gengamannya,esok  kebahagiaan kau akan di cabut di depan mata kau sendiri. kalau hari ni kau tabur fitnah semaha karya cerita, esok cerita kau akan dibaca di akhirat sana. kalau hari ni kau tak sedar izan yang tak semua orang suka kan kau, kau akan sentiasa fikir kau di atas dan akan sentiasa bermewah-mewah dengan pinjaman dunia ini.

tak kemana rupa yang cantik,bentuk tubuh yang menawan,rambut yang kau tayang ke hulu ke hilir kerana akhirnya akan di mamah bumi jua. tak kemana bahagia yang kau damba kalau kau tak rela melihat orang lain bahagia. so,tolonglah izan. berundur setapak tak bererti kau kalah. kau hanya membiarkan dia menang dalam kelompok nya sahaja. relakan saja perpisahan itu. sebab semuanya ada hikmah. tiada siapa yang lebih layak menentukan kau untuk siapa dan dia untuk siapa melainkan DIA. kita hanya merancang,tuhan yang menentukan. kalau sudah tiada jodoh apa lagi nak diheboh (okey,plagiat lagu pula). T_____T.

p/s: rasa macam jadi terlalu sayang sampai nak sepak diri sendiri. dah kena maki pon nak mengada-ngada dalam blog. mengada kan indah. kau tak reti dah la. ;)

assalamualaikum dengan tajwid yang betul

izan : semekon. eh-eh jap! baru tadi kena marah dengan ayah. assalamualaikum dear. u buat apa tu? 
mr.izan : hahaha..(tengok,dia boleh gelak sedangkan aku dah bagi salam) waalaikumussalam sayang. u tak dapat mesej i ke?
izan: dapat je.hehehe
mr.izan: dah tu,kenapa call? kata nak study? hm?
izan : ala,rinduuuuu...(bluerghhhhhhhhhhhh)
mr.izan : hahahaha..miss u too sayang ;) (okey i know he smile,he always smile when he said he miss me)
izan : ok la,i saja nak tengok keberkesanan call free ni. so terbukti berkesan. boleh i sambung study?
mr.izan : okey. boleh sambung. jangan tidur lewat sangat.
izan : semekom. eh-eh silap lagi. assalamualaikum.
mr.izan : HAHAHAHAHA (see,he laugh again) waalaikumussalam sayang.

intro kena geli-geli sikit. lagi kau geli lagi aku suka. tak suka? boleh blah. aku tak pernah nak buat blog untuk kau baca kalau kau tak suka. kalau suka. tahniah! anda berjaya menjadi kawan saya ;) WELCOME TO MY BFF LIST. ceyeahhhhhhh..

the main point is. aku kena marah dengan hj.salleh tadi sebab suka bagi salam dengan suara yang tak jelas. sebagai contoh,sebutan aku kedengaran seperti SEMEKOM. bukan nya ASSALAMUALAIKUM. hj.salleh kata,kan ASSALAMUALAIKUM tu kita mendoakan kesejahteraan orang. kalau nak berdoa tu kena la jelas dan terang bunyi nya supaya orang tu dengar dan dapat mendoakan kita semula.

hj.salleh : suka sangat buat-buat manja dengan salam tu. cuba sebut jelaih-jelaih sikit. assalamualaikum. susah sangat ka?
izan : erk, assalamualaikum ayah.
hj.salleh : haaa,boleh pon. awat?
izan : tak dak apa la. terus lupa lepaih kena marah tat sat. 
hj.salleh : esok ayah suruh abg en hang masuk duit. rm 200 cukup ka?
izan : erk. cukup. terima kasih ayah.
hj.salleh : sama-sama. dah la. nah cakap ngan mak hang...

HAHAHAHA...yes! misi berjaya. esok masuk duit.walaupun terpaksa dengar khutbah malam rabu sat dari hj.salleh. tapi memang betul pon remaja zaman sekarang ni. termasuk aku. suka sangat memendekkan perkataan yang sepatutnya disebut dengan tajwid yang betul tapi dibuat main-main. ada pula yang suka memanjang-manjangkan perkataan. sebagai contoh :

biawla = biar la
kowrang = korang
jew = je
lew = la
windu = rindu

oh mai diorrrrrrrrr...terbelit lidah nak sebut. almaklumlah. dari kampung ni memang susah nak terima perkataan-perkataan banyak double you ni...wallah! HAHAHA..finally i guna juga "W". choi,nak kata orang. kau pon sama izan....

bak kata pepatah,di sebalik kejayaan seorang lelaki itu mesti ada seorang wanita dibelakangnya. proud to have them as my parent.

p/s: visitor aku naik mencanak. duit nuff pon mencanak naik minggu ni. thanks for visit my blog. secara lansung atau tidak lansung anda telah menyebabkan aku tak sabar-sabar nak cash out duit nuffnang aku! ;)