Followers

Thursday, June 30, 2011

How I met my Alan (2)

Hai, salam.

Kat mana nak sambung ni. Tu la padah nak buat drama bersiri bagai kan. Dah aku tak tau nak sambung kat mana. So aku copy balik perenggan akhir drama HIMMA part 1 haritu okey.
Alan masa ni aku tak tau dia ada girlfriend ke tak. Tapi menurut cerita dia, ada la few of my friend yang admire kat dia.(erk, perasan nyeeeeeeeeeee). Ini cerita dia kat aku la kan. Kalau tak betul pi sekeh dia. Yang lawaknya dia kata masa ni dia tak tau macam mana nak bagi respond terhadap perempuan-perempuan tersebut. And, time ni dia pon ada admire dengan one of my friend. Sampaikan nak dating kan dia kata masa ni, dia tanya kawan-kawan dia, apa yang nak buat time dating. Nak cakap apa, and whatever la. OMG, naif nya kamu...Ini dulu la eh. Sekarang?

Tapi sekarang? Ha, pikir apa tu. Sekarang okey la. Dia dah tau nak bawa aku pergi makan dekat mana yang sedap, makan dekat mana yang kenyang, makan dekat mana yang mahal. Eh, cerita pasal makan je. Nasib la dapat awek kuat makan macam aku memang Alan kena pikir pasal makan je time dating. Okey-okey aku sambung Drama HIMMA

So, masa form 2 ni aku tak ambil kesah la pasal Alan walaupon kami sekelas. Aku dah ada BF and Alan pon dah menjadi peminat kepada salah seorang kawan aku. Tapi masa aku naik form 3 aku single. Pergh, cam chipsmore kan bercinta. Suka hati je nak single ke couple. Nama pon budak-budak. Dah single apa lagi kan? Aku pon ngorat la Alan. HAHAHA. Okey-okey. Aku tipu. AKU LANGSUNG TAK PANDANG ALAN masa ni. Sekelas ni weyh, sekelas. Antara sebab-sebab aku tak pandang Alan masa ni :
  1. Alan pendek daripada aku. Eh, aku model tau tak dulu kat sekolah. Budak lelaki ade berapa kerat je yang lagi tinggi dari aku. Sebab tu aku ramai admire dari golongan senior je. Ayat nak mintak kaki. 
  2. Alan tak handsome masa ni. Cuma jambu-jambu je. Rambut belah tengah. Minyak atas kepala berkilat dari jauh.
  3. Alan kurus sangat. Aku rasa tak selamat.
  4. Sebenarnya ALAN PON TAK PANDANG AKU. Senang cerita.
Bila tamat tingkatan tiga, masing-masing pindah sekolah. Sebab asrama yang kitorang duduk hanya jaga sampai tingkatan tiga sahaja. Bila masuk tingkatan 4 kitorang kena pergi sekolah lain. Sapa yang dapat MRSM pergi MRSM, dapat Sek.Teknik pegi Sek.Teknik. Dan siapa yang dapat sambung dekat Asrama Semai Bakti cawangan Kuala Lumpur, Kelana Jaya or Johor pergi la ikut mana yang kitorang dapat. 
Aku dengan Alan masih dapat asrama yang sama. ASBKL. Adakah masa ini kami menjalinkan hubungan?

Bersambung...Part 3 klik sini.
with❤:izan®

I am oficially Hired!

Hai, salam.

Dah puas baca How I Met My Alan (1) semalam? HAHAHAHA. Buat masa ni sampai situ sahaja dulu. Nanti bila ada mood aku sambung balik drama cinta aku tu. Agak-agak boleh buat novel kaya jugak aku nanti.

So, starting from 1st July ni aku oficially hired. Not fired. Dah kerja weyh, cam tak caya je kan aku dah masuk alam bekerja. Kalau dulu asyik pikir nak tengok movie apa, hujung minggu ni buat apa, malam ni nak tengok cerita apa. Sekarang pon sama. Bulan depan maybe dah lain sikit.

Mungkin aku akan pikir. Eh, bulan ni sewa rumah cukup ke nak bayar, bajet duit makan berapa, nak kena OT ke tak ni. Argh..Isnin? Malasnya nak pergi kerja. Fuh,FUh,Fuh. Dah kerja weyh. Alhamdulillah. At least aku tak menganggur nak tunggu grad. Dapat timba pengalaman.

Nanti aku sambung drama HIMMA okey.


p/s : Penuh jerawat. Nanti kita upload muka tak de jerawat pulak okey. Tengah dalam proses nak cun ni. HAHAHA

with❤:izan®

Wednesday, June 29, 2011

How I met my Alan (1)

Hai, Salam.
Meh kita sambung meh edisi drama How I met my Alan (HIMMA) part 1. Fuh! Fuh! Fuh! Minta-minta la tiada yang terasa or nak marah sebab buat rentetan cerita ni. Saya hanya ingin melampirkan kenangan dimasa tua kelak. Eceh, dan-dan nak guna saya apa hal?

Okey-okey, kita mulakan. Kalau diikutkan secara tepatnya aku kenal Alan dari aku form 1 lagi. Aku dengan Alan sama sekolah, sama asrama. Aku kan anak peneroka, Alan anak kakitangan Felda. So, kitorang dapat masuk Asrama Semai Bakti Felda Trolak (ASBT). Eh, Alan je dapat. Aku mula-mula dapat Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (ASBKL). Dalam bulan 4 aku minta pindah ASBT. Sebab dekat dengan rumah. Masa form 1 aku tak ingat aku satu kelas ke tak dengan Alan. Tak kot. Eh, sama kot. Ntah la. Aku bukannye kisah pon Alan ni ade ke tak masa tu. HAHAHA.

Tapi masa form 2 aku yakin dengan pastinya, kami sekelas. Kelas 2C. Masa ni umur kitorang 14 tahun la kan. Budak-budak lagi masa ni. Eh, budak-budak pon I dah ada boyfriend tau. Nampak sangat miang bebenor aku masa sekolah dulu. Normal la, budak perempuan time ni kan memang rasa macam gatal-gatal keladi kan. Kalau ada senior minta no telefon, rasa macam WALAWEYH...aku ada peminat kot?

Alan masa ni aku tak tau dia ada girlfriend ke tak. Tapi menurut cerita dia, ada la few of my friend yang admire kat dia.(erk, perasan nyeeeeeeeeeee). Ini cerita dia kat aku la kan. Kalau tak betul pi sekeh dia. Yang lawaknya dia kata masa ni dia tak tau macam mana nak bagi respond terhadap perempuan-perempuan tersebut. And, time ni dia pon ada admire dengan one of my friend. Sampaikan nak dating kan dia kata masa ni, dia tanya kawan-kawan dia, apa yang nak buat time dating. Nak cakap apa, and whatever la. OMG, naif nya kamu...Ini dulu la eh. Sekarang?

Bersambung...Part 2 klik sini.

with❤:izan®

Tuesday, June 28, 2011

Saya muntah dalam kereta merah Alan.

Hai, salam.
Kan aku pinjam kereta Alan kan untuk pergi exam Jumaat lepas. Pastu tiba-tiba rasa macam nak balik Trolak. Lepas exam tu aku text Alan.
" Awak macam nak balik Trolak la. Rindu"
" Balik la "
" Saya bawa kereta awak eh? "
" Okey sayang "

So, aku balik rumah sewa kat Cheras dulu then tunggu Dila dengan Nana balik kerja, baru kitorang gerak balik. Nana dekat Slim River, Dila pula kat Felda Besout. Memang sehala je la. Pandai kan aku cari Housemate. HAHAHA. Ini semua kebetulan. Sebelum aku masuk rumah sewa kat Cheras ni, aku hanya kenal Dila je. Then Nana ialah kawan kepada Dila. 

Dipendekkan cerita yang akan panjang ni nanti, kitorang gerak dari rumah sewa dalam jam 6.30 petang. Pagi masa aku tengah exam tu, memang aku dah rasa lain macam perut aku ni. Kejap-kejap nak ke toilet. Membuang aje. Cirit pulak tu. Maaflah penggunaan word yang agak kurang nice. Pastu asyik sendawa. Bila sendawa je rasa macam masam-masam dalam perut. Macam bau muntah. Tapi aku gagahkan juga bawa kereta balik Cheras. Pastu boleh pula sesat. Haish. Sabar je la. Salam masuk simpang Bukit Jalil pulak.

Dah tunggang langgang dah cerita aku ni. Kita sambung balik okey. Bila nak masuk tol pulak, jem. Dem! Aku dah rasa tak sedap dah ni. Muntah aku tu dah kat tekak dah. Aku pulak tengah bawa kereta ni. Dila dekat sebelah. Nanan dekat belakang. Guna smart tag pon cam haram lambat! Bila lepas je TOLLLLLLLLLLLLLL... tiba-tiba dengan tanpa sengaja, WEKKK. Aku muntah! Iye, serius aku muntah dalam kereta Alan dekat seat pemandu tu. Bukan sekali, tapi 3 kali. Korang bayangkan la, aku tengah drive ni. Sebelah tangan kiri aku dah tutup mulut. Sebelah tangan je drive.

Dila masa tu dah nak tekan lampu kecemasan. Tapi aku cepat-cepat bagi signal ke kiri. Masuk ke RnR. Bertapa hebat tak hebat la kan, selama ni aku nak masuk parking guna dua tangan ambil masa berkali-kali kot. Asyik kedepan kebelakang kedepan kebelakang nak bagi kereta masuk parking. Tapi bila dah jadi macam tu, sebelah tangan je masuk parkin. Nasib la kereta Alan auto. Kalau manual memang dah mati enjin kot aku rasa.

Then aku terus lari masuk bilik air. Buka semua baju, tudung, seluar. Minta pinjam baju Nana. Tapi Nana ada baju je. Seluar tak de. Dah pulak. Macam mana aku nak keluar dari tandas ni. Baju Nana memang la labuh sampai lutut. Tapi I malu. Aku basuh seluar yang dah kena muntah tu, then pakai balik. Pergh, boleh bayang tak? Kepala tutup dengan towel je. Cool tak aku?

Masuk je dalam kereta cepat-cepat aku bukak seluar. HAHAHA. Lastly sampai ke rumah la aku dengan baju and tuala je atas kepala. Yang palinggggggg terharu ialah, muntah aku dalam kereta tu. Dila dengan Nana yang cucikan. OMG! Mana nak cari kawan macam ni? Kalau korang nak ke cuci muntah aku?

Special thanks to Dila and Nana.

Tapi kan Alan tanya apa je kat aku bila aku cerita kat dia?
" Kereta saya bau muntah awak tak? " What??? Kereta yang kau tanya? Memang tak patut. HAHAHA. Tak-tak. Itu soalan yang ketiga or keempat lepas dia tanya aku okey ke tak and ape ntah lagi aku tak ingat. I love u ;)

with❤:izan®

Monday, June 27, 2011

Yeay, dah lengkap.

Hai, salam.
FYI, Jumaat lepas aku telah menjalani exam yang terakhir di alam degree. Fuh! Akhirnya, setelah tiga tahun bertapa di bumi UKM. Special thanks to Ezkandar sebab tolong aku ambil slip exam. Kalau tak de menda alah tu, macam mana la aku nak exam kan?

Oleh kerana aku exam seawal jam 8.30 pagi. Aku telah meminjam kereta Alan. Takut dibuatnya tak sempat. KTM saja-saja nak delay pagi tu, tak ke haru biru aku nak kejar exam. Dengan penuh daya tenaga aku mintak nak pinjam kereta dia. Eceh, padahal aku cakap macam ni je pon " Awak, nak pinjam kereta awak la pergi exam Jumaat ni ". He said " Okey sayang " . Macam tu je kot. HAHAHA

Bila sampai UKM pagi tu dah jam 8 pagi. Aku dok call Ezkandar sebab slip aku kat dia lagi. Boleh plak tak jawap? Jumpa Leman kat depan dewan exam. Tanya kot-kot dia nampak Ezkandar. But nope. So aku pon tunggu je la depan hall. Rupanya Ezkandar dah masuk dalam dewan and letak aku punya slip atas meja. Tapi dia keluar balik sebab Leman kata aku cari dia kat luar. HAHAHA .Thanks Ezkandar. But...sekali tersalah slip la. Slip Ezkandar yang kat atas meja aku. Nasib la meja dekat-dekat je. Boleh la lari pergi tukar jap.

Berakhirnya exam jam 10.30 pagi maka berakhirlah zaman belajar aku. Yeay! Lepas ni nak belajar masak-memasak la pula. Kang tak pandai masak kena gelak dengan mertua. Malu la I. HIK HIK HIK...

with❤:izan®

Sunday, June 26, 2011

How I Met My Alan.

Hai, salam.

Terasa seperti handak membuat rentetan cerita mengenai How I Met My Alan. Tapi nanti mesti ada orang kata. Hek eleh. Ponyo la hai minah ni nak buat drama cinta bagai. Tapi mesti ada orang komen gak nanti, sweet ohh korang. Bila nak makan nasi minyak ni. 

Argh, memang tak de la nasi minyak. Aku bagi makan nasi putih dengan sup je. HAHAHAHA. Tak-tak. Aku terasa je nak buat rentetan. Tapi belum confident nak buat. Bila sebut rentetan, banyak episode kan? So next episode yang tidak diketahui bila la aku start. Anggap je la ini hanya prelude.

Bye.



with❤:izan®

Friday, June 24, 2011

Penjagaan Kesihatan

Hai, salam.

Nak exam je rasa cam nak demam. Ni semua gara-gara baca je slide. Ndak hafal pon. Tak pe. Janji paham.

Aku tengah exam sekarang ni.

with❤:izan®

Tuesday, June 21, 2011

Ada apa kat Bagan Lalang ni? Makan la!

Hai, salam.

Jumaat ni saya ada exam okey. So, baru nak start study ni. Maka, semua entry yang keluar merupakan entry berjadual. Untuk memastikan blog sentiasa dijenguk teman-teman.

Sambungan dari entry semalam. Ini aku kasi tayang gambar time makan pula. Malas la nak taip banyak-banyak ni. Study-study. Arghhhhh..rindu nak belajar balik. Boleh?






with❤:izan®

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Ayah.

Hai, salam.

Sorry for being late to post an entry about Hari Ayah. A little bit busy about study. Eceh, padahal satu subjek ke kot nak exam Jumaat ni. So, sorry Haji Salleh sebab lambat buat entry Hari Ayah ni. Call pon tanya habaq ja semalam. Tak dak pon ucap Happy Father's Day ka hapa. For me, tiap hari adalah hari untuk ayah. Tok sah nak gelak la, entry serius ni.

For 22 years aku hidup ni. Dan tahun depan bulan 2 dah nak masuk 23 yeras old. OMG! Nampak macam dah banyak ja umur tu kan. Siapa yang always make me cry? Ayah! Here i list down beberapa perkara yang aku selalu menangis sebab Ayah aku.
  1. Bila result exam cam harem. Takut ni nak tunjuk kat ayah. Menangis dulu sebelum bawa balik result.
  2. Bila result exam cam GOOD-GOOD je. Bangga ni nak tayang kat ayah. Then ayah said " Bagiuh la, nanti boleh bela ayah bila hang kaya. Ayah dah tak larat masa tu kot " Tu diaaa, meleleh lagi ayaq mata ni.
  3. Bila nak masuk asrama. Ni tak kira la time sekolah rendah ka, kolej ka, Uni ka. " Belajaq betui-betui. Tak da duit habaq mai kat ayah. Janji hang tak buat bukan-bukan. Sembahyang jangan dok buat lupa ". Haaaa, biasa la time ni. Cover ni ayaq mata tak mau bagi keluaq. Tapi masuk dalam bilik, cekup muka dengan bantai, teriak.
  4. Bila ayah tak bagi pinjam kereta dia. Rasa macam ayah tak sayang dah kat aku ni. Pastu teriak.
  5. Bila menipu ayah. pastu time pagi raya mengaku. Melelah air mata sampai cayaq eyeliner aku. Tapi ayah said " Tak pa, ayah dah taw dah. Tak dak pernah simpan dalam hati pon aih ".
Dah la, lagi duk tulih lagi nak teriak. 
Selamat Hari Ayah, Hj Salleh.

with❤:izan®

Bagan Tak Berlalang. Hanya pasir putih tepi pantai.

Hai, salam.
Ini adalah cerita lapuk zaman silam. Tapi baru teringat nak cerita. Sebab sebelum ni kan laptop aku asyik cari pasal je. Sekarang ni dia dah okey. Dah boleh berkompromi dengan aku. Cool la weyh. So, baru ada masa nak cerita pasal jalan-jalan ke Bagan Lalang. Aku tayang gambar-gambar masa dekat tepi pantai dulu eh. Gambar makan-makan nanti lain entry. 
Gambar banyak bebenor. Tak larat aku nak edit semua. Yang selected item je aku kasi edit. Yang lain, lapuk la kau dalam hard disk aku. Eceh. Tak-tak, nanti ada masa aku edit okey. 








with❤:izan®

Sunday, June 19, 2011

Kenapa orang bercinta boleh GEMUK?

Hai, salam.

Setelah entry ini menjadi perbualan ramai. Ramai ke? Terasa seperti mahu membuat entry " Kenapa orang bercinta boleh GEMUK " pula. Biasa kan dengar orang cakap. " Amboi ko gayah, makin berisi aku tengok sekarang. Mentang-mentang la ada orang jaga. Makin berseri-seri pulak tu ". Biasa kan dengar macam ni. Tak pon untuk kaum lelaki, korang akan dengar " Huish Zamri rockers, dah berapa lama bela perut tu. Tahu la dah ada orang jaga sekarang ". Haaaaa...dah ada yang terasa la tu. Please la jangan nak menafikan pula ye. Nanti time mandi telek-telek perut tu eh. HAHAHA

Tapi jangan pula yang tengah bercinta tu tiba-tiba terasa tak dijaga sebab anda kurus. Anggap lah dah genetik keluarga kurus-kurus. Bukan salah GF/BF tak jaga. Ye dak? Syukur Alhamdulillah sebab masih mampu untuk makan dengan keyang. Nikmat ye tu anak-anak.

Sudah-sudah. Kang melalut merata. So, here a list about the tittle above.
  1. Senang hati. Orang kata la kan, bukan aku yang kata. Orang yang bercinta ni senang hati. Bila hati senang, perut kenyang. Nafsu makan pon bertambah.
  2. Ini untuk kaum perempuan. Al-maklumlah, kalau dah keluar dating tu, time makan je kompem la BF yang bayar kan. Baru nampak cool. Sape tak suka dapat makan free? Oleh tu, memang haruslah makan tempat mahal-mahal sikit. Then ko lantak pi minta banyak-banyak. Free weyh, free! 
  3. Masa bercinta kan, BF/GF korang mesti nak tunjuk-tunjuk sweet gitu. Bagi hadiah la hape la kan. Salah satu hadiah yang kerap diberi ialah, ape ye anak-anak? Coklat! Yeah! Ramaaaaaaaaaiiii kaum perempuan yang suka coklat. Kalau BF ko jenis yang sweet like sugar tu tiap-tiap minggu la ko akan dapat coklat. Ye dak? Coklat? Calories? Boleh kan sambung fikir sendiri.
  4. Haaaa, point ni aku suka. Biasa kan, girl kan, nak tunjuk la kat BF dia. I pandai masak la u. Then mula la masakkan spagetthi. Tak pon buatkan ayam masak merah. Bihun sup. Masakkan lunch, bawa bekal, then pergi makan sama-sama dekat taman. Sweet kan i Alan? HAHAHA. Then kalau tak sedap sekali pon, BF ko mesti akan cakap sedap jugak. Then GF akan paksa makan bagi habis. HA...Gemuk ke tak lepas tu korang rasa?
  5. Time sambut birthday? Makan. Sambut ulang bulan perkenalan? Makan. Sambut ulang tahun perkenalan? Makan lagi...Memang bercinta ni tiap kali dating je mesti ada makan-makan la. Dah makan dekat rumah pon still nak makan sama-sama. Konon nak teman je sebab GF/BF korang ajak macam ni " you, temankan i makan boleh? i belum makan dari pagi ". Disebabkan kesian, Korang temankan. HA! Tambah lagi makan tu. Mana tak gemuk. 
Sudah la. Malas dah aku nak bagi sebab kenapa berat aku macam tak boleh nak kawal je sekarang ni. Tak ape la. Nikmat Allah bagi. Syukur.



with❤:izan®

Saturday, June 18, 2011

Usah lari jauh-jauh.

Hai, salam.
Siapa pernah dengar " Takkan lari gunung dikejar ". Tapi sekarang dah banyak gunung dah gondol. Gunung tak lari dah ni, ni gunung dah hilang terus. Orang lama-lama cakap macam ni biasa nya untuk orang yang dah tak keruan dok pikiaq dia punya marka nak kawen ka. Hapa ka kan? Bila glabah tak cukup duit nak kawen, and takut marka dia kawen dengan orang lain dapat la nasihat lagu ni. "Relek ar bro, tak lari gunung dikejar ".
Tapi tu dulu la kan. Sekarang ni, kalau guna pepatah yang sama, alamat hang putih mata la. Bukan kata tak sanggup nak tunggu. Tapi kena berpada. Setakat tengok tak kan membuahkan hasil. So, aku nak listkan a few tips how to make your girl sanggup tunggu sampai 5 tahun. Tapi tips ni untuk 5 tahun je. Selepas 5 tahun dia tak akan sanggup tunggu dah. Dia blah je lagi cari BF lain. HAHAHA.
  1. Dedahkan segala perancangan masa depan anda. Kalau anda plan nak kumpul duit untuk 5 tahun lagi bagitahu dia apa sebab anda nak masa sampai 5 tahun. Sebagai contoh, sebulan anda save RM1000. Setahun sudah ada RM12,000. Anda memerlukan RM20,000 untuk membayar duit pendahuluan rumah. Ini bermakna anda memerlukan 20 bulan. Iaitu bersamaan dengan 1tahun 8bulan.
  2. Seterusnya ialah simpanan untuk berkereta. Sekarang time bercinta boleh la nak pakai motor sahaja. Dah kawin tak kan nak naik motor lagi? Dah mengandung pon nak pakai motor. Jawapnya beranak la bini ko atas motor tu. Bajet untuk kereta RM5,000. Ini nak bayar duit muka je. Bulan-bulan lain cerita. So nak kena ambil masa 5bulan. 20 bulan + 5 bulan = 25 bulan. Bersamaan dengan 2tahun 1bulan.
  3. Dah beli rumah dah beli kereta. Nak kena lengkapkan rumah dengan perabut pula. Cakap dengan bakal wife korang tu. "Sayang, abang perlukan RM 16,000 untuk lengkapkan rumah kita dengan perabot ".  Kalau hang cakap lagu ni, lembut hati awek hang nak marah sebab dah tunggu lama dah ni. Ini bermakna 16bulan lagi nak kena tambah. 16bulan + 20bulan =36bulan. 36 bulan bersamaan dengan 3 tahun dah.
  4. Ni last ni. bab duit hantaran. Pergh, tang ni memang kecut perut nak pikiaq. Aku bagi atleast la ni eh, atleast la mertua ko minta RM10,000. Murah dah ni. So, perlukan lagi 10 bulan. 10bulan +36bulan = 46bulan. Dah 3 tahun 10 bulan dah ni.
  5. Okey la okey la. Tambahan last ni. Ada lagi 14 bulan kan nak cukupkan 60 bulan yang bersamaan dengan 5 tahun. RM 10,000 untuk kenduri. Iaitu selama 10 bulan. Dan RM 4,000 untuk honeymoon. 
Homangai....Berapa lama aku nak kena tunggu ni. HAHAHA
with❤:izan®

Thursday, June 16, 2011

Aku kuat makan.

Hai, salam.
Siapa pernah dengar orang-orang lama kata "orang kurus ni kuat makan". Kalau dulu boleh nak kata ku kurus. Yela berat 45kg je, sedangkan tinggi aku 164cm. Tak ke dah macam papan berjalan? Tapi tidak lagi sekarang. Berat aku dah 51kg. Yeay! Tinggi masih sama. Memang rasa macam good-good la. Syukur Alhamdulillah. 

Eh, bukan ini yang aku nak sampaikan. Aku nak bagitahu, masa aku kurus dulu memang aku kuat makan. Tapi bukan masa kurus dulu je, sekarang pon sama. Bukan aku membela ke hape eh. Tolong la, tolong la open your mind tu sikit. Aku ni jenis yang tak kena nasi sehari boleh gigil kepala lutut ni weyh. Ketaq satu badan. Teruih nak demam wa cakap sama lu. 

Pernah masa Alan buat suprise birthday aku, dia ajak pergi makan ikan bakar. He pick me up after work. Masa tu dah jem jalan. Biasa la jalan kat area Time Square tu mana pernah nak lengang.  Ni pula lepas office hours. masa tu aku dah hangin dah. Duk ngadu-ngadu kat Alan cakap aku lapar. Ni nak pergi makan ikan bakar dekat Bangi ni. Jauh hokeyh. Sampai Bangi dah kul 8. So solat dulu. Then dia boleh ajak aku singgah al-ikhsan pulak? Memang aku tarik muncung 14 la masa tu. Nyaris-nyaris aku nak telan Alan hidup-hidup. Maybe Alan dah malas nak tengok muka aku. Dia terus bawa aku pergi makan. Sekali kawan-kawan aku dah ada kat sana. Nasib aku senyum balik. Tapi bila dah dapat makan. Memang lagi lebar la aku senyum.

Perangai aku ni bila tak dapat makanan, memang susah nak duga. Silap-silap aku boleh pergi dapur kedai makan tu, masak sendiri lauk tuk aku makan. Tapi rasa memang kompem aku masak lagi sedap la kan. Sedap ikut tekak aku eh. Tekak korang aku tak peduli. HAHAHA.

Thanks emak sebab sentiasa ada makanan dekat dapur. Thanks Alan, sebab selalu sumbat perut aku ni dengan makanan bagi kenyang sebelum jalan-jalan. Kalau tak caya. Ni ha bukti pemakanan yang sihat.

Masa first year. Wa rock weyh dulu. HAHAHA
Setahun.
Setahun lebih.
Setahun separa. Dah macam gerhana.



with❤:izan®

Wednesday, June 15, 2011

Maksu rindu Esha.



with❤:izan®

Kenapa orang PUTUS CINTA kurus?

Hai, Salam.
 
Hari ni saya tak pergi kerja. Ada HALLLLLLLLLLLL sikit. Esok saya pergi kerja ye bos. Walaupon kerja melambak atas meja tu.Semalam balik kerja pon aku buat-buat tak nampak je. Hai NORA ELENA, nasib la minggu ni ko last. Dah penat aku nak terkejar-kejar balik rumah lepas kerja ni.

Siapa pernah PUTUS CINTA? Siapa yang penah bercinta la kan. Takkan la orang yang tak pernah bercinta tiba-tiba nak PUTUS CINTA. Gila ke hape. Okey-okey, tak gila but cool. Bila orang PUTUS CINTA ni selalu ada pepatah "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah ". Eh, itu bukan ke pepatah orang tengah hangit-hangit bercinta? Eh,eh,eh, lantak lah nak guna pepatah ape pon kan. Blog aku. Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, orang PUTUS CINTA ni selalunya kurus. Kenapa eh?

Kalau dipikirkan secara logik,kenapa orang PUTUS CINTA ni kurus mungkin sebab tak lalu makan. Ye la kan, sebelum ni, bila time makan je ada baby/bie/syg/ayang tanya "u dah makan?". Then terus berselera nak makan. Kadang-kadang dah makan pon cakap belum. Boleh la nak menarik perhatian baby/bie/syg/ayang tu nanti. Mesti marah-marah manja suruh pergi makan cepat. Nanti perut masuk angin katanya. Senang kata, ada orang jaga la walaupon bukan secara live. Dari mesej pon jadila. Tapi bila dah PUTUS CINTA, siapa lagi nak ingatkan pasal makan? OH, sedih pula aku yang menulis ni.

Bila dah PUTUS CINTA pula, mesti ada buat beberapa perkara untuk melupakan baby/bie/syg/ayang korang tu kan. Salah satu nya adalah dengan berjogging. Bak kata orang ramai yang aku selalu dengar, bila peluh tu keluar rasa macam pergh....LEGAAAAAAAAAA! Bila dah hari-hari ko jogging. Sehari jogging sekilo ko turun. Kalau seminggu dah ko jog tak ke 7 kilo. Then dibuatnya sebulan lebih dah putus cinta ni, dan sebulan lebih tu la ko jog tiap-tiap hari. HA, memang tinggal tulang la kot.

Lepas tu, bila time malam-malam dulu selalu ada orang mesej. "u, u buat apa?" , "u,u dah tidur ke?" , "u,u dah baca doa tidur ke belum u?". See, bertapa bahagia kan time hangit-hangit bercinta ni. Tapi bila dah PUTUS CINTA, asyik tertunggu-tunggu baby/bie/syg/ayang korang tu mesej korang. Kadang-kadang sampai dah azan subuh pon tak tidur lagi duk tunggu baby/bie/syg/ayang tu mesej. HA, mana tak kurus. Tidur pon dah tak lena. Rehat tu tak cukup.

Yang paling DASYATTTTT, bila PUTUS CINTA ni, korang suka pikir bukan-bukan. Semua nak negative je. "aku ni tak handsome la ", "aku ni tak cukup good la untuk dia ", "dulu aku abaikan dia, kenapa la bila dah jadi macam ni baru nak sedar  ". Okey, ini NOT GOOD eh anak-anak bonda sekalian. Nanti kalau PUTUS CINTA jumpa bonda okey. (ni untuk anak-anak aku je). Korang pergi la cari someone to talk about this. Kadang-kadang bila dah luahkan pada seseorang kita akan rasa LEGAAAAAAAAAAAA. Tapi tang nak pikir negative je memangjang tu aku tak suka. Cukup tak suka. Apa kata tukar sikit "mungkin ada hikmahnya " , "Mungkin ini kesudahan yang baik bagi kami ", "Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA  " . Macam ni GOOD.

At the same time, kalau korang rasa baby/bie/syg/ayang ko tu masih boleh dipujuk, dan masih boleh membaiki perhubungan korang tu. BERUSAHALAH. Usaha tangga kejayaan. Kalau setakat mulut kata nak, usaha tak ada. Takkan bergolek la baby/bie/syg/ayang ko tu datang balik. Tapi, usaha pon biar berpada. Anda akan tahu limit anda di mana. Jangan siksa diri. Benda paling penting korang kena ingat "Tak ada orang akan SAYANG ko, kalau ko tak SAYANG diri ko sendiri".

Akhir kata, normal lah PUTUS CINTA ni. Aku pon pernah rasa. Siap aku yang ditinggalkan. Bukan yang meninggalkan. So, KUATKAN LAH SEMANGAT UNTUK TERUS HIDUP. Kita cari pasangan lain. Yeay!

with❤:izan®

Tuesday, June 14, 2011

Aku Bebas dari Barah Payudara.


Hai, salam. 
So, lets share about Breast Cancer.
Semua orang mempunyai hak untuk mengatakan mereka sihat tanpa sebarang penyakit. Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa mereka dihidapi penyakit yang berbahaya. Antara penyakit yang boleh membawa maut adalah kanser payudara. Bila menyebut mengenai peyakit kanser payudara, ramai yang menganggap penyakit ini hanya akan menyerang golongan wanita sahaja. Namun hakikat sebenar, penyakit ini turut menyerang kaum lelaki. Bahkan tahap untuk kaum lelaki diserang peyakit ini sama dengan kaum wanita tetapi bilangan yang diserang penyakit ini kebanyakannya hanya mengetahui mereka menghidap penyakit kanser payudara tika penyakit sudah berada pada tahap tiga dimana peluang untuk pulih adalah tipis. Ibarat “telur dihujung tanduk”.

Oleh itu, jadilah masyarakat yang peka dengan bahaya kanser payudara. Ambil tahu punca dan kesan-kesan awal serangan kanser payudara. Jadilah masyarakat yang saling mengingati sesama individu lain. Mungkin pendedahan mengenai penyakit ini belum sampai kepada sesetengah masyarakat yang lain. Pengesanan secara berkala dapat membantu kita mengesan kehadiran kanser payudara. Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Pemeriksaan kehadiran benjolan-bejolan yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser payudara boleh dilakukan secara sendiri atau mendapat bantuan dari pihak yang lebih arif. Banyak artikel dan buku yang boleh dibaca dan dijadikan panduan untuk kita menjadi individu yang peka dengan kehadiran kanser payudara.

That all for now. Bagaimana untuk mencegah Kanser Payudara? Next Entry.


with❤:izan®

Monday, June 13, 2011

Siapa tahu pasal Barah Payudara?

Hai, salam.
FYI, aku ada exam 24 Jun ni. Jangan panik, jangan panik. Memang benar ya saya ada exam.Tapi belum buat apa-apa ulangbuku. Mungkin akan mula hujung minggu ni. Sekarang ni baru aku faham, bagaimana perasaan orang yang belajar sambil bekerja. Penat weyh. Aku yang kelas seminggu dua kali ni pon ada juga yang terponteng kelas. TER-ponteng adalah ketidaksengajaan. Harap maklum.

Subjek yang aku ambil untuk semester akhir ini adalah subjek Penjagaan Kesihatan Diri. Dan paper work yang aku kena submit for this subject is about Breast Cancer. Bila aku buat paper work ni baru aku paham dan mengerti bertapa BAHAYA nya kaum wanita sekarang dari serangan KANSER PAYUDARA. Bak kata Doc yang ajar aku. Jangan panggil PAYUDARA. Sebab tak umum. Kalau anak dara boleh la nak panggil PAYUDARA. Kalau dah janda? Emak orang. Tang mana DARA nya. So, Kita panggil BARAH BUAHDADA. Huh! Sungguh tak sopan kan. But satu kelas gelak time ni. Aku pong :D

Aku macam nak share sikit-sikit la apa yang aku dapat pasal kanser Buahdada ni. Maybe next entry. Maybe, ini adalah kemungkinan. So, bukan janji.

p/s  : Open your mind okeyh bila talk about this. Anggaplah aku share ilmu dengan korang. Amin.

with❤:izan®

Sweet meyh!




with❤:izan®

Sunday, June 12, 2011

Watch Online Final Af9

Hai, salam.

Malam ni plan nak tengok Final Af9 kat rumah kak eija. Tapi kak eija ada hal pula. Tak pe la dah tak ade rezeki. Siapa ada link nak tengok online? Meh la share. Walaupon aku tak follow sangat musim ni, tapi tang hazama tu yang aku nak tengok.

with❤:izan®

Mahu tangan selembut saya?

Hai, Salam.
Macam gud-gud je kan tajuk. Hahaha. Eh, tapi tangan i memang halus mulus pon. Tang muka je dia tak berapa nak halus-mulus. Nak baut macam mana. Dah Allah kata "okey, muka kau ada jerawat". Saya redha. And now, macam mana eh nak tangan yang halus mulus? Senang je. 
Kalau ikutkan pesan mak aku. Rajin-rajin la masak nasi. Ini betul. Air beras yang korang cuci nak tanak nasi tu memang bagus. Bukan sahaja boleh membantu emak di dapur, malahan boleh melebutkan kulit tangan. Tapi macam mana ni Kak Izan, saya tak suka memasak la.Its okey sayang. Gunalah lotion. Lotion apa?

Meh sini meh akak nak share rahsia akak selama ni. Selama ni secret taw. Eceh. Blah la weyh. Saya pakai lotion ini :

Saya suka yang Aloe tu. Yang warna nak hijau-hijau tu. Bau dia macam sabun but i like. Yang pink tu pon sedap bau dia. Soft je. Tak berminyak. Kalau pakai dari pagi sampai lunch bau dia still ada. Office aku dah macam duduk kat kutub utara aku rasa. Sampaikan air panas buat time pagi-pagi tu kejap je. 5 minit dah sejuk beku. Okay tipu, tak ada la sampai beku. Tapi sejuk je. So memang perlu lah untuk aku melindungi kulit aku ni dari terkering oleh air-cond yang maha dasyattttttt...

Kalau tak caya try la try tangan i. Lembab je. Bukan lembap yang ini okey. But LEMBAB. Kelembapan yang nyata. Tapi cannot la kan. Try sendiri baru tahu. Bye.

with❤:izan®

Perfume apa saya pakai?

Hai, Salam.
Siapa tak suka pakai perfume? Cayalah bro. Full of confident gila kau ni. Aku ni kurang sikit keyakinan diri ni ha. Kalau nak lebih yakin, aku nak kena pakai dua benda. Satu, is ubat ketiak. Kedua, is minyak wangi. Bukan minyak masak okey. Bila jalan kaki tengah panas pon masih boleh jalan dengan bangga. Konon aku lah yang paling wangi. But it is true meyh. My anak buah always cium-cium my hand. They said "tangan mak su ni wangi dan lembut la". Then i replied "lepaskan lah..." (harus di baca seperti dialog iklan tv itu okeyh)

Buat masa ni aku hanya suka memakai perfume dari Body Shop. Harga masih okey. Sebab botol kecil tu boleh tahan sampai 4 bulan untuk aku pakai. Rm40 kan sebotol. So sebulan Rm10 je. Okeylah tu. Pilihan dihati adalah :


Gambar adalah dari google. So far hanya bau ini yang aku suka. But lately aku macam suka juga dengan bau ni :

Bauan Jazz. Bila dekat-dekat tak berapa nak sedap. Tapi bila sipi-sipi je duduk sebelah aku. Kompem nak bau dan bau lagi. HAHAHA

with❤:izan®

Tiada lagi kelembapan bersama Maxis Broadband.

Hai, salam.
Selamat hari ahad. Kemana korang hari ni? Dating la tu. Kan? I duduk rumah je u. Alan kena kerja. Its okey. Boleh la aku update blog banyak-banyak kan.

FYI, aku dah jual broadband aku dekat husband Kak Eija. Kak Eija? Takkan tak kenal. Beliau adalah jiran merangkap officemate aku sekarang. Rumah selang 2 pintu je. Agak-agak nak pinjam beras ke gula ke jerit je. HAHAHA.
No more lagi nak hangin-hangin sebab broadband mengalami kelembapan la hape la kan. Ni bukan kelembapan kulit macam iklan Dove tu. Ini lembab macam harem. Bukan harem pants. Ha, kan dah melalut. Stop it izan. 

Jadi, agak-agak korang aku guna apa sekarang?
  1. Broadband Celcom?
  2. Broadband Digi?
  3. Unifi?
  4. P1 Wimax?
Siapa dapat teka dengan betul I bagi kiss. Cepatttttttttttt....
with❤:izan®

Saturday, June 11, 2011

"Baby", by Justin Bieber - Cover by Green River Ordinance



with❤:izan®

Senarai Online Shopping yang Izan Salleh suka.

Hai, salam.
Suka tak bererti sayang. Pergh. Tiba-tiba. Aku sanggup habiskan berjam-jam lamanya di hadapan laptop semata-mata melayan mata. Shopping adalah terapi yang baik bagi perempuan. Ini adalah betul. Sebagai contoh, kalau aku agak-agak macam tension dengan kerja or study ko bawa je aku pergi window shopping. Window shopping pon jadi la. Kompem aku tak pikir dah yang tension tadi tu. HAHAHA.

Tapi kalau dipikirkan nak ke mana-mana mall tu yang ada masalah. Al-maklumlah aku ni tak berkereta. So kalau nak ke mana-mana kena la tunggu Alan yang bawa. Alhamdulillah dapat Alan yang mana tahu je apa aku nak. Asal muncung 14 je mulut aku tu ada la yang tak kena. So, aku lebih suka shopping secara online sambil melayan movie.

So, lets straight to the list. Tak de la list sangat pon. Juat a few Online shopping yang aku suka. Sebab aku dah pernah beli dari mereka. So friendly and fast. 
  1. Unique-stylemuslimah. Aku pernah beli inner satin ala Hana Tajima dari sini. Aku buat transaksi duit hari Isnin, hari rabu dah dapat dah. Pergh. Mudah kan? Siap dapat free ribbon clip lagi.
  2. The CocoCloset. Aku pernah beli dress dari mereka. Ini pon sangat cepat. Siap dapat free shawl lagi.
 Thats all for now. Jumpa lagi di lain entry. Bye.
with❤:izan®

Cara nak kurangkan Homesick.

Hai, salam.

FYI aku start duduk hostel since form 1 lagi. Sampai la masuk U. Bermakna dari aku umur 13 tahun sampai 21 tahun. Bila dah masuk 22 tahun ni pula aku dah mula bekerja. Then duduk rumah sewa. Pergh. Dah berape puluh tahun aku nak sebut aku Homesick ni.
Kepada adik-adik yang baru nak masuk hostel or sedang berada di hostel meh Kak Izan nak share a few tips on how to reduce your homesick. Kalau nak buang terus memang tak dapek la. Den yang dah besar ni pon still homesick hokeyh. Homesick is cool what. So jangan malu-malu nak mengaku anda homesick. Lets begin...
  1. Ambil kain batik emak yang belum basuh buat lapik bantal time tidur. Tak pon ko ambil ketiak mak ko. Lagi mujarab.
  2. Jangan call rumah time rindu sangat. Bila dah cool down sikit baru call. Kalau tak nanti ko akan nangis. So,akan nampak tak cool. 
  3. Bila balik hujung minggu tu kan. Ko makan je semua makan yang ada kat rumah.
  4. Simpam gambar family bawah bantal.
  5. Pinjam baju ayah ko pakaikan dekat bear ko. Kalau rindu, cium je.
  6. Time solat doakan kesejahteraan family ko.
  7. Bila emak ayah datang melawat, peluk diorang kuat-kuat.
  8. Lastly, normal la Homesick. Kot kawen nanti pon aku homesick lagi kot. Padahal dah 3 minggu berturut-turut aku balik rumah. Haishhhhhhh...
p/s : Missing home.

with❤:izan®

Friday, June 10, 2011

Tanpamu



with❤:izan®

Sayangku Merajuk

So siapa nak pujuk? Eceh.
Tiba-tiba je. Actually ini tajuk novel aku tengah baca sekarang. I dah nak berlatih jadi romantik ni. Jangan main-main you all. Takkan la Alan nak merajuk. Tak handsome la. HAHAHA. Banyak pulak kan aku update dua tiga hari ni. Semua gara-gara? Baby i dah okeyh! Thanks to Irfan yang membaik pulih dengan menalefon pihak Dell supaya membaiki Baby i ni. Bukan motherboard yang rosak okey seperti yang i kepoh-kepohkan dulu. Screen yang rosak. So engineer Dell tu datang dengan toll box gedabak gila (ini Irfan yang bagitahu) tukar la my baby punya Screen ni.Patut la i rasa macam berkilat sikit Screen baru ni. 
Mulai hari ini akan banyak lah entry aku seperti zaman study dulu. Pergh. Nampak sangat tak study kan dulu. Asyik main blog je. Eh, apa kes main-main. Aku tulis dari hati. 

Exam 24hb Jun ni. Masih belum buat apa-apa ulangbuku. Mungkin akan buat pada 23hb Jun. So, mari khatamkan Sayangku Merajuk. Pada mula aku pinjam buku ni aku baca tajuk dia Sayangku Manjaku. Then Kechik gelak. Salah rupanya. Thanks Kechik bagi pinjam.




with❤:izan®

Day 9 : 10 ways to win Izan Salleh's heart

Hai, salam.

Lets continue the Sepuluh Perkara Game. How to win my heart? Easy like kacang putih. Rojak la kau Izan. Kang kena maki naya je. Kembali kepada topik. How to win my heart? Ask Alan. Pergh! Ada yang bagi aku pelempang kalau aku jawap macam tu je. HAHAHA

Aku ni jenis yang sensitif. Kepala hangin pon ada. Mood swing. Siapa yang kenal lama dengan aku mesti paham. Tapi kadang-kadang aku yang dah lama dengan diri aku ni pon aku tak paham. Korang paham? Jadi, aku bagi je la apa yang aku rasa boleh nak bagi award "Then Winner Of Izan Salleh's Heart"

  1. Cintai aku adanya. Pergh. Jiwang you.
  2. Call me before sleep. 
  3. Teman aku layan movie.
  4. Tolong aku jual tudung.
  5. Pinjamkan aku duit sebelum aku dapat gaji untuk bayar sewa rumah.
  6. Pinjamkan aku kereta dia kalau aku terdesak untuk berkereta.
  7. Jemput aku balik kerja kalau aku tak larat nak jalan kaki.
  8. Belanja aku makan tomyam dan ikan pari bakar.
  9. Always call me "Sayang"
  10. Nama lelaki tu mesti Noor Azlan.
Hahaha. Ada rasa nak lempang aku tak? So, please...

with❤:izan®

Thursday, June 09, 2011

Day 8 : 10 of your favourite songs

Hai, salam.

Mari bersambung bermain game. So today is the 8th day. 10 song that I love.
  1. Katy Perry : Hot n Cold
  2. Fynn Jamal : 150 Juta
  3. Meet Uncle Hussain : Pokok
  4. Katy Perry : Teenage Dream
  5. Colbie Caillat : I Do
  6. Avril : Alice
  7. Yuna : Rocket
  8. Yuna : Cinta Sempurna
  9. Natasha Bedingfield : Angel
  10. Alan Azwan : Any Songs ;P


with❤:izan®

Wednesday, June 08, 2011

Pemain Bolasepak Wanita Iran Dihambat Keluar di Amman.

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.

Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam."

"Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.


Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam. -tranungkite

Sumber dari Anak Jati Melayu.
with❤:izan®

All In Light by Hana Tajima



with❤:izan®

Day 7 : 10 important people

Hai, Salam.

Hari ke-7. Lets begin...

1. Emak dan Ayah.

 2. My family.
3. My friend.

4. My Bestfriend.
5. My best sis.
6.My Housemate.

7. My officemate

8. My blog's readers (dah macam femes)

9. My self.

10. My Azlan.

with❤:izan®

Tuesday, June 07, 2011

Perlukah cemburu?

Hai, salam.

Terasa seperti mahu membuat entry bercorak kecintaan. Pergh. Ini semua kerana penangan drama Nora Elena kat TV3 tu. Sampaikan rasa macam biar aku je bawa LRT time balik keje biar laju sikit. Pastu jalan kaki tu kalau boleh nak macam pelumba jalan kaki. Biar cepat sampai rumah. Nasib la kaki aku mengalami kecederaan ringan yang menyebabkan aku kena jalan slow-slow. Kalau tak dah terbang aku nak kejar drama Nora Elena jam 7 petang tu.

So, kita kembali ke pangkal jalan. Perlu ke cemburu ni? Kalau tak ada tak boleh ke? Kenapa bila berkahwin, bercinta, berkawan mesti nak kena cemburu? Tapi bila cemburu mesti pasangan kita kata kita ni mengongkong la ape la. Then kawan-kawan akan kata kita ni tak sporting dengan partner. Kata orang lama, cumburu tandanya sayang. Betul ke? Mari kita kupas. Bukan kupas bawang ye.

Mungkin betul. Mungkin ada yang tidak betul berkenaan dengan kata orang lama ini. Contohnya la kan, gf korang pergi kerja ada jiran lelaki yang hantarkan. Rasa nak jeles ke tak, patut ke tak nak jeles, wajar ke tak nak jeles? Jeles sikit boleh la. Takkan sebab tolong hantarkan awek korang pergi kerja pon nak jeles kan? Kata seorang BF yang sporting. Takkan nak cepat melatah kan?

Tapi bila time lunch awek korang mesej "Abang, saya nak lunch dengan jiran lelaki yang hantar saya pergi kerja tadi boleh?" Then ko jawap "Boleh sayang...".

Bila balik kerja, awek ko mesej lagi "Abang, jiran lelaki saya ni ajak pergi pasar malam la. Boleh tak saya temankan?". Ko jawap? "Boleh sayang..."

Hujung minggu. Awek ko ajak pergi jog. Then ko kena kerja. Awek ko minta izin " Abang, jiran lelaki saya ajak pergi tengok wayang la. Saya teman dia boleh?". Ko jawap? " Boleh sayang. Boleh berambus sekali dari hidup abang."

So, moral of the story. Cemburu itu boleh. Tapi jangan buta.Bukan senang nak menjaga hubungan. Jangan terlalu cepat melatah bila bercinta. Sometimes your partner need their own space. Tapi kalau lah aku ni sesuka hati berjalan beriringan tangan dengan lelaki lain haruslah Alan cepuk aku kan? HAHAHA. Alan, saya baik kan? hahaha. (aku sebut ni kalau lah okey). Tak percaya? Tanya Alan!

with❤:izan®

Day 6 : 10 items you can’t live without

Hai, salam.

Sambungan dari game !0 perkara.

10 things i can't live without.

  1. My motorola phone. Hadiah dari Alan.
  2. My Contact lens.
  3. Cermin mata.
  4. Ubat ketiak.
  5. Lip balm.
  6. Bedak Miami.
  7. Hijab.
  8. Touch N Go.
  9. Flat.
  10. Air Masak.
Okey. Bye!



with❤:izan®

Monday, June 06, 2011

Day 5 : 10 wishes

Hai, salam.

Mari sambung game sepuluh perkara yang telah berabad aku tinggalkan. Okey-okey. Aku janji aku alan langsaikan mulai malam ini juga. Dengan cara? Schedule entry la. Tak de masa de aku nak online tiap-tiap hari. Dah la pinjam laptop Nana. Thanks Nana! ;)

So, lets begin...
 1. Olympus E-PL1

2. Sony Experia Neo.




3. MyVi Merah. 

4.  I phone 4.
5. Kahwin. Awwwww..gatal!
6. Beautiful House.
7.
8.
9.
10.

Will be think later. Bye!


p/s: macam dah langgar rules je ni. hik hik hik

with❤:izan®

Sunday, June 05, 2011

How to make Your Anak Buah Listen to you.

Hai, Salam.

Bertemu kembali. Pertama sekali, aku mohon maaf atas kesilapan post kelmarin mengenai Pencerai Putera William. Itu semua hanya Propa. Cis! Dengan aku-aku tertipu. Malu nok...

So hari ni kita sambung mengenai Anak Buah. Ini bukan anak buah macam gangster tu okeyh. Ini anak kepada anak-anak abang dan kakak korang. FYI, aku ada 13 orang anak buah. Pergh, Minyak gamat rumah kalau semua balik. Tak payah semua la, separuh pon dah cukup. Tunggang langgang la rumah Hj.Salleh. But its okey, mak su suka korang bising-bising. Rasa macam hari raya gitu. Boleh?

But at one time when mak su pon dah tak tahan. Rasa macam "Lantak korang la nak buat ape pon, Mak su pasrah".

Jadi, mari aku senaraikan beberaa cara supaya anak-anak buah hampa boleh dengaq cakap hampa.

  1. Bercakap dengan mic. 
  2. Bercakap dengan suara lantang.
  3. And now, anak buah dah ajak pergi mandi sungai. Leceh sungguh! Mak su baru nak feeling layan blog. Nasib la ko anak abg aku. Kalau tak. Memang dah kena dah ni.
Bye.


with❤:izan®

Thursday, June 02, 2011

Penceraian Putera William and Kate.


Prince William Divorces Kate Middleton After 5 Weeks
'I Made A Terrible Mistake' Says Heir To British Throne

LONDON—Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2 billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace.

sumber : The Onion.







with❤:izan®