Followers

Sunday, March 31, 2013

Percutian Bajet-Cameron (Air Terjun)

Hai, salam.

Esok nya sebelum kami balik. Singgah dekat air terjun. Tak tahu pula kat Cameron ni ada air terjun selain Lata Iskandar.









Okey, tamat sudah trip bajet kali ni. Tunggu untuk next trip okey. Aku rasa kena buat sidebar tentang Cuti-cuti Malaysia pulak la.

Satu lagi nak kena tambah B2B punya side. Eh?

HAHAHA

Bye Sayang!
with❤:izan®

Saturday, March 30, 2013

Percutian Bajet-Cameron (Pasar Malam Berinchang)

Hai, salam.

Malam tu lepas rehat-rehat kitorang kuar mencari sesuap nasi. Tapi berjalan kat pasar malam saja je kot la jumpa apa-apa nak beli. Aku beli la fridge mangnet rm1 satu buat nak bagi kat budak-budak klinik and family. Kata pon percutian bajet. Kena la jimat dari segala segi. Ye dak?

 Kenapa ntah perut aku macam mengandung 5 bulan. Tension hai!

Yang ni plak macam mengandung 8 bulan. tensionnnnnnnn!

Yang belakang tu macam dah nak deliver. hahaha Aku pon tak tahu masa bila pompuan arab tu masuk dalam gambar.

Eh eh eh, sebenarnya sebelum kitorang balik hotel, ada singgah makan strawberry kat Raju Farm.





Jangan sampai ada yang merengek ngan mak ayah ajak pergi cameron dah la ye. hik hik hik

Bye!

with❤:izan®

Friday, March 29, 2013

Percutian bajet-Cameron (Taman Rama-Rama)

Hai, salam.

Lepas jalan-jalan sambil brunch kat Strawberry Farm, kitorang singgah Taman Rama-Rama. Untuk masuk, seorang kena rm5 sahaja. Boleh la. Tapi kalau aku dah kahwin ada anak nanti, aku akan cakap macam ni dengan anak-anak "Tak best la boy masuk dalam tu, dulu bonda masuk rama-rama sikit je". Ini adalah tips ekonomi rumah tangga. HAHAHA

Bergambar menggunakan teknik self timer kadang kala bagus kalau datang bertiga and tak de orang lain nak ambilkan gambar. 
Jangan kau tanya kenapa mulut aku macam tu. Jaga kau, cabut je braces aku nanti kompem muka iras-iras emma maembong.





Lepas tu kitorang terus balik hotel. Tidur baring dan bermalas-malas. 

Malam nanti nak pergi pasar malam!

with❤:izan®

Thursday, March 28, 2013

Percutian Bajet-Cameron (Strawberry Farm)

Hai, salam.
Destinasi seterusnya Strawberry Farm. Ini adalah suggestion from Dayah. Memang puas hati. Dayah kata dia pernah singgah sini ngan family dia haritu, and makan salad sedap kat sini. Haaaa! Memang sedap salad dia. Sampai sekarang aku duk terpikiaq ke salad dia.

























Gambar je aku masukkan. Eleh! korang pon nak tengok gambar je kan. Kang aku tulis panjang lebar bukan ko nak baca pon. HAHA


with❤:izan®

Wednesday, March 27, 2013

Percutian Bajet-Cameron (Lata Iskandar)

Hai, salam.

Persinggahan pertama adalah Lata Iskandar.

Sesiapa yang pergi Cameron kena singgah Lata Iskandar untuk membuktikan bahawasanya anda melalui jalan darat untuk sampai ke Puncak Cameron Highland. Kalau sesiapa yang tak singgah sini untuk ambil gambar maknanya ko tak cukup syarat ke Cameron Highland. Baik ko pergi semula amek gambar kat sini. HAHA

Dayah bawa bekal dari rumah. Kek sodap ya amat makan time sejuk! Dah boleh jimat belanja disitu ye kawan-kawan. 






Sebungkus nasi lemak share sampai 3 orang. Baru lah namanya sikit rasa sama sikit, banyak kita hentam sama kenyang. *pepatah macam kena tak kena je




Kebetulan time kitorang amek-amek gambar kat Lata Iskandar ada a group of master student dari UPM ngan wat survey pasal alam sekitar. Diorang bagi kitorang main a game pasal alam sekitar. Layan kan je la, mana taw time aku nanti kot kena macam ni. Orang berbudi kita berbahasa. Ye dak?




P/s : Semua masih bujang masa ni.

with❤:izan®