Followers

Monday, January 25, 2016

Mengandung lagi?

Hi, Assalamualaikum.

Sebelum saya terlupa haruslah diblogkan dahulu. 

Bagaimana saya dapat kecam bahawasanya saya mengandung lagi sekali? Kekeke
Saya adalah sejenis ibu mengandung yang mempunyai sifat dan perangai yang tidak elok sungguh dibuat contoh. Alan yang dapat detect awal bahawasanya saya mengandung lagi. Antara perangai yang tidak boleh dicontohi adalah:

1. Kuat tidur dan sentiasa rasa nak tidur.
2. Malas nak mandi. Selalunya aku lah jenis yang peluh sikit nak mandi. Basah sikit nak mandi. Comot sikit nak mandi.
3. Malasnya la hai nak masak-memasak dan kemas-mengemas.

Dah la tu, kang listkan bayak-banyak macam teruk sangat pula perangai si Bonda mengandung ni. Kekeke. Oleh kerana aku sendiri pon merasakan bahawa diri ini mengandung makanya aku suruh la Alan belilan UPT. Eh lagi satu, even Ammar fully breastfeed time tu tapi periodku adalah tiap-tiap bulan jalan. Lepas tu tiba-tiba stop *takkan tiba-tiba 'sedangkan pepatah ada mengatakan takkan la pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya' kekeke

Saya dengan yakin buat UPT sendiri di rumah. Masa ni sebelum bulan puasa tahun 2015. So maknanya time tu dah dalam 7-9 weeks la dedek Ammar dalam perut I. Alan dekat depan tengok tv. Oleh kerana Bonda tak tahu nak bagitahu Ayah Ammar macam mana. Bonda whatsapp je *menggunakan kecanggihan teknologi sekarang.

'Tahniah Ayah. Ammar's junior comfirm'
*caption bawah picture

Perasaan selepas membuat UPT adalah seram sejuk. Pikir macam mana ni, Ammar baru 7 bulan. Jalan pon tak pandai lagi. I dah pregnant? Pastu terpikir, habislah apa aku nak jawab kat nurse nanti. Hahaha. Lepas tu apa nak jawab bila jumpa makcik pakcik kawan sahabat handai yang akan tanya or cakap "pregnant lagi? Tak kesian kat Ammar ke?"

Aiyoooooooooo......

So esok saya pergi la scan baby kat klinik biasa. Kantung baby okey and heartbeat is comfirm masa tu and mengikut scan dah 9weeks. Alhamdulillah. Lega sangat. Lepas je scan terus rasa loya and pening-pening. Bermulalah episode mabuk seperti Ammar dahulu. Ajaibnya kuasa UPT. Sebelum check tak mabuk pon. Dah check macam suis plak. Switch on button mabuk. Kekeke.

Sudah. Nanti sambung part bersalinkan dedek Ammar pulak. ☺️