Followers

Monday, November 29, 2010

first week practical

secara keseluruhannya, praktikal sangat seronok. sebab ofismate sangat funny dan baik-baik. semua sangat ramah tamah dan banyak makan. memang happening. tak pernah jangka aku akan diterima dengan baik. so far,semuanya lancar, kecuali bas rapid sahaja enggak lancar selancar perjalanan jika menaiki LRT atau monorail. nak kena pujuk hj.salleh bagi aku bawa tembam. kesian tembam, terpisah jauh dari aku.


with❤:izan®

Wednesday, November 24, 2010

selamat hari rabu

hai, salam kembali. aku pikir sampai setengah jam macam mana nak mula start entry. 

hari ni balik-balik rumah dah ada rezeki. tasha, kinah dengan azfar masak spageti untuk sambut aku pulang dari bekerja. terasa seperti bertuah hidup dalam kalangan mereka. mana tak nya, balik dah ada orang masak. tunggu nak ngap je masuk perut. buat masa sekarang hanya aku yang sudah start praktikal. mereka masih belum. 1st DIS ni baru start. kalau mereka dah start nanti tak tahu la sempat atau tak nak masak malam-malam macam sekarang. ye la, masing-masing dah penat nanti. tapi yang paling sakit hati time aku nak pergi kerja la. aku awal-awal pagi dah tergopoh gapah siap comel-comel nak pergi kerja, bebudak ni sedap-sedap lagi dalam selimut. pergh, memang tahap karma aku sabar. its okey. hari sabtu ahad ni aku bantai tidur sampai tengahari! 

buat pengetahuan kalian bukan khailan. itu sayur. sayur boleh makan ye anak-anak bonda. jangan jadi orang yang tak makan sayur. bonda tak suka. (boleh abaikan pesanan aku kepada anak-anak aku ni). sambung semula. buat pengetahuan kalian, aku ke tempat kerja dengan BAS! sangat best. naik-naik bas tidur. tiba-tiba dah sampai. okey, tak da la tiba-tiba. ayat sebenar "bila la nak sampai ni!!!!" bus tu akan ambil masa sampai sejam setengah untuk sampaikan aku ke tempat kerja. memang waddeF la. ok, F is for FUN. nak balik pon sama. kul 6 aku dah tunggu bus, jam 8.30 baru sampai rumah. kenapala kat KL ni tak buat jalan raya tu besor-besor sikit. tak la sesak perut aku pagi-pagi nak kena tahan melabur. sebab aku ni jenis sejam lepas aku bangun pagi kompem nak ke tandas untuk pelaburan. nak kena tahan dalam perut pastu bas pula tekemut-kemut jalan. 

its ok haji salleh. saya tak merungut ni. anak ayah yang bongsu ni kan baik ;) ok la ayah, kalau ayah nak bagi unser ayah tu adik tak tolak. eceh!

mak su rindu isha dengan ecah! ;(

with❤:izan®

Monday, November 22, 2010

rumah sewa


ehem! hai semua. maaf kerana tiba-tiba hilang. saya kehilangan sumber internet. dan sehingga hari ni baru ketemu. alhamdulillah syukur kepada Allah. saya masih bernafas dan boleh makan nasi lauk ayam masak minyak, ikan sardin tin dan sayur goreng masakan kinah dan tasha. 

ok, seperti biasa. ini nama-nama baru dalam blog. so kena kenalkan. housemate baru aku ada 4 orang. qilah (kawan masa form4 sampai matrik), tasha (kawan qilah), kinah (kawan qilah), azfar (kawan qilah). tapi semua dah jadi kawan aku. HAHAHA. so far ok, aku masih boleh bertahan. walaupon kena tunggu bus selama sejam lebih dan bus akan pusing bawa aku jalan-jalan selama sejam sebelum sampai rumah sewa aku ni ha. pergh! memang berbeda KL degan BANGI. its ok izan. sabar.

rumah sewa aku ade dua bilik. aku sebilik dengan qilah. kitorang berdua je sebab bilik kecik sikit. tasha,kinah dan azfar sebilik. bilik air, dapur dan hall kami kongsi. kalau tu pon nak kena bahagi parah aku. kinah dengan tasha ada bawa motor. tapi tempat praktikal diorang lain haluan dengan aku. aku nak bawa tembam hj.salleh tak bagi. nak pinjam kereta dia memang tak dapek la. erk! maaf. anakanda mu ini tidak merungut.

sebelum esok, saya berhenti sampai sini dengan sajian makan malam oleh tasha dan kinah (aku balik keje diorang tengah masak diner). mana tak nye, sampai rumah jam 9 malam. hebat kan KL????


with❤:izan®

Saturday, November 20, 2010

Day 12 - How you found out about blog and why you made one

cabaran hari ke-12. semuanya bermula di sini. (klik)

serasa aku semacam pernah bercerita pasal kenapa aku buat blog. dan dari mana aku jumpa pasal blog-blog ni semua. tapi tak apa lah, disebabkan dah 30 days of challenges ni nak tanya jugak. aku jawabbbb... aku start buat blog dalam february 2009. so dah nak masuk dua tahun la kalau bulan 2 tahun depan. dah lama juga kan. jangan kau cuba baca entry aku masa zaman mula-mula berblog dulu. sungguh aku pon malu nak baca semula. tapi aku takkan delete. sungguh aku takkan delete. aku nak nanti anak cucu aku baca balik sejarah hidup bonda dan opah deme ni. jujur gitu! kepada anak-anak bonda sila jangan dating! bonda je boleh buat dengan ayah korang. HAHAHA

ok, sekarang kena menjawap soalan. dari mana aku jumpa pasal blog ni? kakak aku, roslina yang memperkenalkan aku pasal blog ni. masa mula-mula dulu asyik promote je la pasal blog dia. suruh aku tengok-tengok. lepas tu plak my kawan sejati iaitu atie duk bagi link blog-blog yang best untuk aku baca. macam-macam link dia bagi. last-last aku dengan dia gigih buat blog sendiri. sebab rasa macam best plak kan ada blog ni. semua nak cerita. kalau tulis dalam diari diri sendiri je la baca. ni bila tulis dalam blog aku dapat kutukan dan hinaan membina dari anda semua. rasa macam, sungguh bermakna bila ada orang nak share pendapat pasal life aku. aku tekankan disini, bagi pendapat ok. bukan jaga tepi kain aku. ahah! ini adalah dua perkara berbeda ya anak-anak. bonda tak suka nanti anak-anak bonda jaga tepi kain orang.

makin lama rasa macam sungguh seronok. tambah-tambah masa aku rahsiakan pasal alan. sedangkan ramai yang dah dapat teka. tapi aku still nak rahsiakan. konon artis ohhh masa tu. best gila. eceh! sekarang ni berblog dah macam tak best. ramai orang berblog sebab nak kejar duit nuffnang. aku letak jugak nuffnang. memang best. berblog dapat duit. tapi jangan la sampai berblog, singgah blog orang just letak komen kat chatbox then hope aku akan pergi kat blog ko? no! i never do that. if ada aku buat, maknaya aku tengah perli korang. HAHAHAHA. Blog is more than that anak-anak bonda. please... if ada anak-anak bonda nak sambung blog bonda nanti, please tulis dengan hati bukan dengan niat tak da hati. bonda marah nanti! haip!

ok, nak mandi-mandi dah. jumpa lagi di lain entry. babai!



with❤:izan®

Thursday, November 18, 2010

Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

cabaran hari ke-10. semuanya bermula disini. (klik)

secara dasarnya aku bukanlah suka dengar lagu bila aku tengah happy, sad, bored, hyped or mad. aku lebih suka berkongsi semua perasaan tu dengan kawan-kawan dan teman. tapi seawalnya aku akan kongsi dengan alan. he is not just my soulmate, also can be my bestfriend. aku boleh kongsi semua perasaan dengan dia. dengan kawan-kawan lagi la. semua perasaan harus ditunjukkan bila bersama dengan teman dan alan. aku bukan jenis penyimpan. serius. sapa yang kenal aku memang paham aku macam mana.

aku jenis yang express my feelings. so, music bukanlah teman sejati diriku. eceh!

with❤:izan®

Saturday, November 13, 2010

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days

cabaran hari ke-9. semuanya bermula disini (klik).

banyak benda yang aku nak banggakan sejak dua menjak ni. eceh! takbur kau eh izan. bukan-bukan. maksud saya (tiba-tiba nak guna saya). maksud aku, ada banyak benda yang aku tak sangka aku mampu lakukan dalam masa terdekat ni. seperti, aku memang dah lama plan nak ada business sendiri, dan akhirnya berkat galakan orang sekeliling aku berjaya wujudkan TrendSetter. mula-mula memang aku macam yakin and tak yakin je nak buat. bila ramai yang macam "buat la izan, kau asyik pakai bag lawa-lawa je, kitorang nak jugak" eceh! lawa ke bag i. lawa la!

then, 22 nov ni dah nak start latihan industri. bermula episode baru dalam hidup. macam mana nak manage life bekerja pula lepas ni. hopefully semuanya akan berjalan lancar :) esok pula akan mula duduk rumah sewa. makin bertambah berdiri di atas kaki sendiri la lepas ni. "YaAllah, permudahkanlah segala urusan kami kelak"

p/s: hari ni makan nasi 2 kali je ohhh..hebat tak???


with❤:izan®

Friday, November 12, 2010

Day 08 - Short term goals for this month and why

aku rasa kan, bulan ni aku punya short term goals adalah :

  1. nak latih diri tidak tidur selepas subuh. sebab nak biasakan nanti nak kena siap terus pergi praktikal. eceh!
  2. nak kurangkan makan nasi, sebab dalam sehari aku makan nasi 4 kali. nanti kalau dah duduk rumah sewa nak kena berjimat cermat. 
  3. nak capai target jualan bag sebanyak 1000 unit! sebab...ehem! hahaha
ok, thats all! ;)

with❤:izan®

Thursday, November 11, 2010

Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you

cabaran hari ke-tujuh. semuanya bermula di sini (klik).

ini adalah penyebab kenapa tiap-tiap bulan aku nak balik rumah. bukan sebab mak aku masak kek tiap-tiap bulan. sebab FARISHA DAMIA. disebabkan dialah aku jadi macam kalau nak balik trolak tu nak kena beli coklat lah, baju lah, mainan lah. untuk budak kecik comel macam mak su dia ni lah. eceh. selain dari tu, suasana di rumah jauh berbeda dari di bangi. tiba-tiba nak nangis boleh? hah! tu yang tengah baca tuh, mai sat nak tumpang bahu...sob sob sob...

p/s: exam dan berakhir ;)


with❤:izan®

Wednesday, November 10, 2010

Day 06 - Favorite superhero and why

cabaran hari ke-enam. bermua dari entry ini (klik).

aku ni bukan la jenis yang tengok kartun. so aku pilih nak suka KELUANG MAN.


DAN kenapa? sebab aku rasa ni lah satu-satunya kartun hero yang aku layan dulu. sekian.

with❤:izan®

Tuesday, November 09, 2010

botol hijau

dear blog,

terasa lama tak masuk blog sendiri padalah baru semalam update. esok aku ada exam MIS (management information systems) dan lusa ada exam OM (operation management). memang serius aku cakap, mood nak exam dah hilang sejak aku balik rumah. dah tujuh hari bermalas-malasan dirumah, terus jadi malas nak belek buku dan nota. kalau boleh nak exam terus dua-dua paper esok. senang otak, senang hati, senang failed! haissssh.. mintak simpang, jangan kau nak gatal-gatal failed kan paper dah last sem ni. orang lain grad kau extend. mahu begitu? tidak! katakan tidak pada failed.

paper esok memang tak berapa nak yakin untuk menjawap. sejak dari mid term, kerja projek, pembentangan semua macam hampeh sahaja. so final esok kita tawakal sama-sama. semoga ALLAH bagi kami betul semua. menang direct terus la mintak ni. amin! lusa punya paper baru 2 bab aku khatam. cuma belum aku khatankan sahaja lagi. eh, kenapa masuk bab khatan ni? silap ya, mohon maaf. selesai kedua-dua paper ni duduk melepak sebentar hari jumaat. then sabtu baru pindah barang masuk rumah sewa.

saya akan menginap di Pandan Indah dalam 4 bulan lebih kurang. maka sesiapa yang berdekatan di jemput hadir ke majlis kesyukuran naik rumah sewa baru saya pada esok hari di dalam mimpi. makan la apa sahaja yang diidamkan. saya benarkan. apa ni, ajak orang dalam mimpi. maaf lah, bukan rumah saya sendiri. rumah sewa. kalau rumah saya sendiri nanti insyaALLAH saya akan buat majilis kesyukuran naik rumah baru. tapi ini bukan janji. dibuatnya rumah aku nanti kat ABU DHABI mahu korang datang? eceh...ABU DHABI tuuu..hahaha

oh, belum masuk lagi pasal botol hijau. ceritanya hanya begini :



saya selema dan batuk. saya perlukan banyak air masak. memang saya telan banyak air masak sampai setiap sejam saya perlu ketandas. memang dasyat. namum selesema saya masih belum sembuh. ubat selesema sudah habis. panadol juga habis. maka saya kena kuatkan imunisasi badan saya dengan air. bukan dengan ubat. ingat esok saya ada exam. doakan saya. "YaAllah bagilah kami betul semua...amin."

babai, dan sehingga saya sembuh memang takkan ada entry. mungkin ya. ini bukan janji.

with❤:izan®

Monday, November 08, 2010

HAPPY BIRTHDAY MAK

hari ni birthday my mak. genap usianya ke-58. 

nama my mak RADZIAH SAAD. my mak kahwin dengan HJ.SALLEH. dah lama dah. my mak ada lima orang anak. saya anak yang paling kecik tetapi tinggi dan paling manja. itu sudah pasti sebab saya anak bangsu. sapa suruh tak nak jadi anak bangu. untung sangat! sebab jadi anak manja. my mak asal dari KAMPUNG KEDAH, parit buntar , perak. ala, biasa orang parit buntar panggil masjid hijau tu, belakang masjid hijau la rumah mak kepada my mak.

my mak anak yatim piatu. tapi my mak ada anak-anak yang sayang my mak dan suami yang lagi sayang my mak. mana hj.salleh pergi my mak akan ikot. teman pergi IJN, tidur dekat IJN, teman pergi hospital selayang, tunggu hj.salleh cek darah every month dan lain-lain. my mak makan B'young dari Zhulian. my mak nampak muda. my mak suka menjual macam-macam. sebab tu anak-anak dia pon suka menjual macam-macam. my mak pandai menjahit. baju raya anak-anak, menantu, cucu-cucu semua my mak jahitkan. sampai baju sekolah pon my mak jahitkan.

my mak pandai masak. semua jenis masakan my mak pandai masak. resepi dia selalu ada "letak garam secukup rasa" tapi saya dan kakak saya selalu failed bab nak letak secukup rasa. cuma my mak je dapat letak garam secukup rasa. my mak suka tanam pokok. macam-macam pokok my mak tanam. lagi satu my mak suka ambil pokok tepi jalan. pernah sekali tu my mak suruh hj.salleh berhenti tepi highway sebab dia berkenan dengan pokok bunga tepi highway tu. hj.salleh berhenti! demi my mak semua hj.salleh sanggup!

my mak cantik, sebab my mak is my mak. lagi satu my mak ade lesung pipit. lastly, happy birthday my mak! adik doakan agar mak sentiasa sihat dan panjang umur. semoga ALLAH memberkati kehidupan mak selama usia ini. SAYANG MAK!



with❤:izan®

Saturday, November 06, 2010

Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to

merupakan rentetan dari entry 01, 02, dan 03. hari ni masuk cabaran hari yang ke-5. oh cabaran hari ke-4 aku dah terdelete. saya mohon maaf. nanti kalau rajin aku buat balik entry tu. tapi sure berbeda punya dari entry yang azali.


gambar ni masa aku dengan budak-budak kelas kualiti ke kilang pewter. bila tu aku kurang nak pasti. yang pasti bulan 10 tahun ni. picture ni aku ambil dari fb yang ain tagedkan. ain yang pakai baju putih tu. actually kena panggil kak ain. tapi tak terbiasa nak panggil ain. trip yang fun, tapi tak mampu la nak beli pape. satu mangkuk pewter dah ribu-ribu ringgit ko. tak dapek la den nak menghaso..tunggu mr.izan aku belikan je la nanti. ALAN bukan nama sebenar. hahahaha

with❤:izan®

kualiti

khamis lepas, kami ke selayang (kami is satu family). hantar ayah aku ada buat check up kat hospital selayang. disebabkan lama check up nye, mak dengan ayah aku stay kat hospital. aku, acik, abg en and isha pergi ambil stock bag untuk customers. buat masa ni aku akan pos bag-bag tu isnin. aku plan nak pos semalam. tapi lupa pulak semalam pos office tutup sebab deepavali. apa daaaa..aku boleh lupa plak.saya mohon maaf atas kecuaian ini.

aku ada kerja yang nak kena submit 10hb ni. kerja kualiti. tapi belum sentuh lagi. study lagi la belum. ok-ok malam ni saya sentuh. saya janji. saya sentuh. tapi sentuh je la kot. hahahaa

nampaknya goreng pisang acik aku dah siap. selamat menjamu selera ;)

with❤:izan®

happy birthday sayang!

selamat hari lahir sayang.

i tahu i buat schedule entry ni untuk u bukan lah romantik sangat kan. sebab i sepatutnya tunggu sampai jam 12 tengah malam ni untuk sambut birthday dengan u macam tahun lepas. wish birthday u and kita akan potong kek sama-sama. i minta maaf sebab i tak dapat nak celebrate dengan u tengah malam ni. i di rumah, u pon di rumah. i tahu even kita sama-sama dirumah tetapi adalah agak susah untuk i ke rumah u. sebab malam ni hujan u. i nak bawa kereta, tapi minyak pula dah tak da. tambahan pula, jauh la u nak ke rumah u tu. im sorry u...

bab hadiah u pula, i memang la tak berapa nak ada DUIT untuk beli hadiah u sempena tahun ni. tapi i akan usahakan supaya u ada hadiah tahun ni seperti tahun lepas. i mampu bagi u coklat je kan tahun lepas. okey-okey insyaALLAH i akan bagi u hadiah yang paling best tahun ni. harap u tak terkejut. tapi kan u, i rasa i dah dapat agak la hadiah u yang i nak bagi ni. never mind lah kan, i tetap nak bagi juga. sebab i memang dah niat nak bagi u pon. sebab dari bulan lepas lagi i dah beli untuk u. hope u suka ;)

uuuuuu...i nak ucapkan terima kasih sebab u always ada dengan i even semua orang tak suka i. semua orang kata i jahat. tapi u tetap ada dengan i. thank you. hope i dengan u akan bersama sampai bila-bila u. i really hope that our relationship will last forever.akhir kata dari i untuk u, i sayang u ketat-ketat. i heart u la macam mana u selalu kata kat boyfriend u. i ni kan girlfriend u. so u kena la sayang kat i juga.

and okey-okey. ni memang akhir kata ni, i janji. HAPPY BIRTHDAY NUR ATHIAH HALMY i hope u akan dapat apa yang u hajati dalam hidup ni dan juga di akhirat sana. i sayang u!


masa ni u nak suap i makan kan u. nampak sangat u sayang kat i. u jangan la selalu manjakan i macam ni. nanti i sedih nak duk jauh-jauh dengan u.lepas ni i duk pandan indah, u duk bangi. nanti i rindu u....

u, ingat tak kita panjat gunung sampai rasa nak pengsan. i jahatkan? tinggalkan u kat belakang then i jelajah sendiri je puncak. sampai je ka puncak separuh nafas i nampak u. tapi u still comel, cuma i je lebih comel sikit dari u. i mintak maaf sebab i sentiasa comel.

kita kemana ni ya? oh, funfair bukit jalil. sangat seronok.masa ni kita single kan, semua lelaki kacak kita nak sapu. yang kacak jela. sebab tu dapat boyfriend sekarang pon kacak-kacak semua. kalau tengok dress up sebijik budak baru nak up. kah kah kah
with❤:izan®

Friday, November 05, 2010

saya mohon maaf

dear blog, (eceh! macam la blog kesah)

pertama sekali aku mohon maaf kerana mengabaikan kau dua tiga hari ni. ye la, seperti biasa. bila dah di rumah kadar untuk aku menjenguk-jenguk kau adalah berada paras yang amat tidak sekali. lebih banyak hal yang lebih penting dan tinggi kepentingannya berbanding kau blog. tetapi dikau tetap di hati. usah kau membawa rajuk tu lama-lama. nanti bila aku balik kembali ke UKM isnin ni boleh la kau kembali berbangga blog. aku akan sentiasa disamping mu. <----ok, dah boleh muntah!

berbalik kepada cerita sebenar.

masuk hari ni sudah hari ke5 aku di rumah.gap exam yang agak panjang adalah penyebab. 10 dan 11 nov ni baru ada exam semula. then balik rumah balik untuk beraya korban dan 20 hb maybe aku akan pindah ke rumah sewa di pandan indah. ada sesiapa yang duduk dekat area sana? and boleh menjadi driver saya secara percuma selama 4 bulan? sila tinggalkan komen di kotak komen. pelawaan anda amat dihargai. nak bawa tembam bersama aku fikir bukan keberanian aku untuk membawa motorsikal di tengah-tengah bandar kuala lumpur. nak bawa kereta, memang tak dapat la. ingat hj.salleh kaya sangat nak belikan aku kereta sebijik. kalau nak, kena usaha sendiri la.

dengar kata ajen sewa rumah, bus ada lalu di kawasan rumah flat aku tu. tapi dia tak berapa sure seberapa kerapkah kawasan itu akan dilalui oleh bus. nak menggunakan LRT adalah jauh sedikit. tapi tak apa, NORIZAN adalah anak hj.salleh yang pandai berdikari. NORIZAN pasti boleh! tapi kalau ikut IZAN, semua tak boleh..HAHAHA

mengenai cabaran 30 hari tu aku akan tunaikan. jangan bimbang. ada lagi banyak entry bakal menyusul. buat masa ni nak kena siapkan kerja kualiti dulu. erk, okey-okey aku baru nak start buat. aku bukannya jenis yang rajin macam korang semua kerja nak siapkan awal. aku adalah orang yang jenis buat kerja last minute. jangan kau nak kondem-kondem aku. apa aku pakai, kot ketat ke, panas ke, itu memang aku. kalau tak suka, jangan nak kata apa-apa. ni dah kata macam-macam tapi sibuk plak kan nak try sama. memang letih la nak layan orang macam ni. okey, aku pon patut tak amek tahu pasal ko. tapi dah luah sikit rasa macam kau memang vouge la. kalau kat aku semua tak elok, tak okey. kalau kat orang lain semua okey. WTH!!! <---okey, ini entry marah. saya akui.

kepada semua yang belum melihat bag-bag yang aku jual dan shawl alladdin dari aku. boleh ke link sini, sini, dan sini.

with❤:izan®

Wednesday, November 03, 2010

all bag sold out

salam kalian (hai customers dan bakal customers) eceh...

apa kata kita tangguh dulu cabaran ini. aku janji. isnin depan aku sambung balik membuat cabaran ini. aku ni tak boleh nak buat banyak-banyak benda dalam satu masa. kepada sesiapa yang menjadi kawan alam maya aku di facebook mesti dah nampak kan gambar-gambar bergayaku dengan bag pinjam yang hanya aku mampu gayakan dalam beberapa minit. kemudian panas! nak kena pos pada customers. korang la tu. tak kasi chance langsung aku nak bergaya lama sikit. semua nak rembat kasi licin je kan. anyway, thanks to all yang support aku dalam hal ini. sama ada yang membeli mahupun yang memberi semangat.

aku tak pernah sangka sambutan yang begini aku terima dari kalian semua. tengok, aku tak boleh la bab-bab nak buat pengakuan jujur dan ikhlas ni. sesungguhnya aku terharu dengan sambutan yang begitu menggalakkan ini. jujur dari hati, aku mengucapkan THANKS SO MUCH to all my customers. tanpa korang siapalah aku hendak menjual beli bag ini.  <---kelihatan seperti membuat ucapan pelajar tebaik masa darjah enam. oh, jangan tertipu. sesungguhnya aku tak pernah dapat anugerah seperti itu.

sebelum terlupa. kepada sesiapa yang masih berminat untuk membuat tempahan bag dari aku, boleh berbuat demikian sebelum malam esok. iaitu 03/11/2010 sebelum jam 12 tengah malam. pada khamis (04/11/2010) aku akan restock order yang hanya dibuat pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan tadi. kepada sesiapa yang terlewat, anda hanya boleh membuat tempahan seperti biasa. namun, aku hanya akan ambil stock baru pada 12/11/2010(jumaat). bag akan dipos pada 15/11/2010(isnin). ini adalah kerana aku ada exam 10/11/2010 dan juga pada 11/11/2010 bersamaan dengan anniversary perkahwinan angah aku. okey, anda boleh abaikan info anniversary tersebut. ianya hanya penting buat diri penulis dan keluarga penulis.

pemberitahuan sebelum terlewat. saya telah pindah dari kolej kediaman UKM ke pandan indah. kerana saya akan berlatihan dengan amalinya di dalam industri atau dalam kata senangya "praktikal" di plaza berjaya berdekatan dengan times square. YaAllah, KAU teguhkanlah iman hambaMU ini dari bershopping di sana. amin...

with❤:izan®

Tuesday, November 02, 2010

RM 30 (BATCH 2)

CODE 011

Sling Bucket Bag 
H34cm x L24cm x W15cm
COLOR : ORANGE
RM 30


CODE 012
Sling Bucket Bag
H34cm x L24cm x W15cm
COLOR : RED
RM 30

CODE 013
Sling Bucket Bag
H34cm x L24cm x W15cm
COLOR : ORANGE
RM 30


CODE 014
Sling Bag
H30cm x L29cm x W10cm
COLOR : RED
RM 30


CODE 015
Sling Bag
H30cm x L29cm x W10cm
COLOR : YELLOW
RM 30

CODE 016
Sling Bucket Bag
H30cm x L24cm x W18cm
COLOR : RED
RM 30

CODE 017
H24cm. x L33cm. x W8cm.
Sling Bag
COLOR : BLACK
RM 30

CODE 018
H16cm. x L30cm. x W6cm.
Sling Bag
COLOR : WHITE
RM 30

CODE 019
H18cm. x L20cm. x W8cm.
Sling Bag
COLOR : EARTH BROWN
RM 30



berminat? berkenan? inginkan? boleh email ke : izan_bumm89@yahoo.com
sila tinggalkan no telefon anda untuk kemudahan saya. eceh! saya tu..HAHAHA. atau boleh add aku di fb. hanya search izan salleh. yang profile picture cun-cun tu aku la. ;D


with❤:izan®