Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Resepi Rojak Sayur Kuah Merah-Senang umpama 123

Hai,

Kali ni bukan resepi google eh. Ni resepi aku belajar dari emak.



Bahan-bahan.
3 biji telur
3 biji kentang
10 batang kacang panjang
1 biji sengkuang
Bawang goreang

Bahan untuk kuah
3 biji cili merah besar*
5 biji cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 sudu udang kering*
Sos Cili
1 sudu tepung jagung
garam and gula

Cara-cara
1. Telur dan kentang rebus. Lepas tu kupas kulit kentang dan telur. Goreng telur rebus tadi dalam minyak. Kentang tadi potong kepada 2 bahagian dan goreng dalam minyak.
2. Kacang panjang celur je. Jangan lembik sangat. Nanti tak sedap.
3. Sengkuang potong panjang-panjang.

Cara untuk kuah.
1. Kisar bahan bertanda*. Tumiskan tanpa minyak sampai naik bau.
2. Masukkan air dan sikit sos cili. masukkan garam dan gula.
3. Bancuh 1 sudu tepung gandum dan masukkan selepas bahan-bahan tadi mendidih.

Al kisah masa aku masak Rojak Sayur ni kitorang nak keluar tengahari tu. Nak persi UTC nak daftar bisnes cipotet aku yang duk jual shawl tu kan. Dah la bangun lambat. Kul 9 baru aku bangun. Lepas tu ada hati nak makan rojak bagai. Aku pikir perut aku je haritu. Perut laki aku yang mendambakan nasi tu langsung aku tak pikir. Ye la, kan dah nak tengahari.

Dah siap-siap masak aku kejut la Alan suruh bangun. Laki aku tu lagi la, kalau tak dikejut dia membuta je hari-hari cuti ni. HAHAHA. Tapi aku suka je Alan membuta, boleh aku membuta sama. HAHA

Hidang la dekat Alan, lepas tu boleh dia tanya.

"Apa ni sayang? Makan macam ni je ke?
*Padahal baru minggu sudah tu mak aku masak kat rumah trolak masa dia ada*

"Rojak Sayur la, macam mak buat haritu"

"Owh"
*Makan sikitttttt je*

Lepas tu dia bagi kat aku suruh habiskan. Dalam hati i yang tadi kembang setaman menjamu laki sendiri ni terus kecut macam tudung hangit kena iron. Terus sentap. Entah kenapa mood aku hari tu dia punya swing macam puting beliung. Nasib Alan jenis dia bila aku bebel-bebel dia wat derk je. Dia tunggu aku reda sikit baru dia pujuk. Tahap pujuk tu memang wa tangkap leleh. HAHAHA

Malas ah citer lebih-lebih. Nanti aku malu sendiri.

p/s: Asyik entry makan je.

with❤:izan®

Thursday, September 26, 2013

Resepi cucur cempedak rangup-Call mak minta resepi

Hai,

Hadap la korang hari ni cerita pasal resepi je. Kali ni betul aku buat sendiri. Tak beli yang instant dah. Marah korang eh, cerita resepi pancake pakai pancake instant. Hik Hik Hik

Hari Selasa minggu lepas adik ipar aku pergi interview kemas kat Melaka. So, ayah mertua aku turun Melaka tunjukkan jalan untuk adik ipar aku pergi interview. Lepas tu mak mertua kirimkan cempedak. Dua biji pula tu. 

Dari hari selasa, masa hari sabtu baru teringat nak buat cucur cempedak. Tu pon teringat sebab nampak cucur cempedak tepi jalan. Nak masak benda lain aku tak pandai. Cucur cempedak je la aku tahu. Tahu tahu aku pon kena call emak untuk mintak kepastian.

"mak, nak resepi cucur cempedak"

"pakai tepung beras la"*cakap kuat-kuat dalam telepon, saja lettew nak bagi ayah aku dengar*

"mak-mak, cakap la slow sikit. Malu ar minta resepi senang. HAHAHA"

"okey-okey. 1 cawan tepung beras, 1/2 cawan tepung gandum, kapur makan sikit, garam sikit. Bancuh dengan air sejuk" *sambil dengar ayah aku duk tanya-tanya aku minta apa*

"Okey mak Okey. nanti dah jadi adik bagi gambar dekat wsap acik"

Terus letak telepon ajak Alan singgah kedai beli kapur makan. Masa aku call mak aku tu duduk dalam kereta. Dengan Alan aku tak malu sangat kalau minta-minta resepi depan dia. Sebab dia tahu, aku bukannya hebat sangat bab masak ni. 

Nasib jadi cucur cempedak aku. Tapi sentap ada orang tanya, "Kuih ape tu Izan?" Tak de rupa cucur cempedak ke aku buat??? HAHAHA

with❤:izan®

Wednesday, September 25, 2013

Resepi Pancake paling senang didunia-Semudah ABC

Hai,

Hari Isnin hari tu balik rumah rasa nak makan pancake. Eleh pancake konon. Bahasa kampung lempeng je pon. HAHAHA

Aku ni jenis suka makan benda-benda yang senang and sedap. So, google-google la resepi pancake. Sekarang semua nak google. Kang kalau orang tanya ape nama makanan ko ni zan? Entah la, aku google. Senang je kan nama. Semua nama makanan aku kena letak Google. Pancake google nama kali ini. Hahaha. Macam harrrr je.

Hasil pancake aku. Nasib Alan telan je before pergi kerja.


So, mari kita mulakan. Resepi yang aku google ni adalah dari sini.

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sb gula
1sk soda bikarbonat
1 biji telur
200ml susu segar/susu cair
1 cawan air
3sb minyak masak/minyak sayuran/minyak jagung
secubit garam
Cara-Cara.

Kau masukkan semua bahan-bahan dan kacau. Serius. Ini adalah resepi paling mudah aku pernah jumpa. Tak payah ikut urutan. Kalau ada urutan masukkan bahan pon aku suka derhaka. Sama je kot. HAHAHA

Tapi kan, memandangkan rumah aku tak ada tepung nasik sendiri di campur dengan sifat malas. Aku beli je terus tepung pancake Nona ni ha. HAHAHA. Terus lawa pancake aku.



Lepas tu, aku suka makan dengan Syrup ni.


Senang kerja aku. Siap dah pon ha pancake pemalas. Nanti kalau aku dah buat ikut resepi diatas aku tayang lagi okey. Kali ni hasil daripada tepung pancake Nona je la aku tayang.

p/s: Dah rupa blog emak-emak. HAHAHA


with❤:izan®

Friday, September 13, 2013

Resepi Kek Coklat Moist-Resepi asal dari Namee Roslan

Hai,


Pagi-pagi masuk ofis dah macam lipas kudung. Desup-desup buat kerja dah siap terus update blog. Hari ni Jumaat wey, Jumaat. Isnin ni cuti. Nama je cuti tapi tak da plan nak ke mana-mana Aktiviti aku dengan Alan minggu ni, kemas rumah! HAHAHA


Semalam tak tahu mana angin sampai tiba-tiba nak makan kek coklat moist. Pastu google la resepi yang senang-senang sebab malas nak cari bahan bukan-bukan balik kerja semalam. Thanks to Namee Roslan sebab i copy resepi ni dari blog anda. Simple dan senang difahami. 



Bahan yang aku pakai. Ada sikit-sikit aku ubah dari resepi asal. Maafkan aku pencipta resepi, aku telah menderhakai resepimu.


Bahan X


  • 1 cawam gula perang
  • 1 cawan serbuk koko jenama hentam saja apa kau jumpa-ayak dulu. 
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu penuh lemak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan Y


  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanila

Bahan Z

  • 1 1/4 cawam tepung gandum
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik

Cara-cara aku masak. Ini memang menderhaka habis bab ni. HAHAHA




1.Masukkan semua bahan X. Kacau dalam periuk atas api. Api yang perlahan. Aku suggest korang masukkan susu+gula perang dulu. Kemudian baru masukkan susu dan akhir sekali baru serbuk koko. Ikut je, jangan tanya kenapa.



2. Sambil tunggu bahan X didih sikit je. Sediakan bahan Z. Campur dan ayakkan bersama.


3. Sediakan bahan Y. Masukkan 3 biji telur dan kacau dengan esen vanila. Senang je. Malas nak bg gambar.



4. Dah dapat kan bahan X, Y dan Z macam ni. Sila ikut urutan untuk campur. Masukkan Y dalam X dan kacau bersama. Lepas tu masukkan Z sikit-sikit. Kacau sampai tak ada ketul-ketul. Masukkan dalam loyang, loyang tu letak minyak masak sikit. Ini pon sama juga, ikut je arahan. Jangan tanya kenapa.



5. Kukus selama 1 jam 20 min menurut resepi asal.


Untuk topping. 

Bahan-bahan.


  • 1 cawan susu segar penuh lemak
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu tepung jagung bancuh dengan air

Cara, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Bila topping dah berkilat dan mendidih masukkan tepung jagung. Siap!




Selamat mencuba. Aku potong bahagian atas kek sebab gemuk. Rupa asal kek aku macam kat bawah ni. HAHAHA



Tapi jangan buang bahagian yang potong tu. Aku makan je. Eleh, masuk perut sama ja hasil nya nanti. HAHAHA


Tips: Guna loyang size besar sikit. Aku punya loyang kecil sebab tu kek naik gebu macam apam. Takpa, janji sedapppppppppppp. 


with❤:izan®

Thursday, July 26, 2012

Jemputan makan nasi minyak

Hai, salam.

Hari ni aku plan nak buat nasi minyak, ayam masak merah and sayur campur untuk berbuka. Biasa lah kan, time bulan puasa ni mana nak ade kenduri. Tiba-tiba tekak aku rasa nak makan nasi minyak. Respi aku ambil dari emak.

Jangan memandai kata aku nak buat jemputan makan nasi minyak pula. InsyaAllah bila sampai masanya nanti merasa la korang makan nasi minyak. HAHA.

Resepinya aku kongsi kemudian. Kalau aku sempat ambil gambar, aku tayang okey. Ni first time nak buat ni. Kalau aku tak tayang gambar or tak share resepi paham-paham la ye. Maknanya tak jadi la nasi minyak ku itu. 

Love you alls! 

p/s: Jangan lupe terawih ye anak-anak.

with❤:izan®

Wednesday, July 11, 2012

Resepi Pavlova-First try


Hai, salam.

Semua ni aku copy paste dari Kongsi Resepi. Sebab aku belum pernah buat lagi. Sabtu ni baru nak try. HAHAHA

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.




with❤:izan®

Monday, September 12, 2011

Cekodok milo.



Hai. Sorry for being late update resepi cekodok milo.

So let's begin.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung.

3 sudu besar milo.

1 sudu besar gula.

Sedikit soda.

Air suam.

Cara-cara:

Canpurkan kesemua bahan.

Bancuh dgn air suam.

Goreng.



Posted via HTC Salsa.

Monday, July 04, 2011

Resepi Bubur Nasi Kak Nani.

Hai, salam.

Sejak aku duduk rumah sewa kat Cheras ni macam-macam resepi aku belajar. Kalau dulu duduk rumah sendiri malas benor nak masak. Masuk dapur pon jenguk je tanya kat emak " Mak masak apa hari ni? ". Baguskan anak macam aku ni. Tapi sekarang bila dah duduk sendiri dengan tak semena-mena, tahu pulak aku bab masak-memasak ni. Secara automatik. Aku tak tahu mana datangnya kepakaran ni. Tapi mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan. Emak aku masak sedap, aku masak lagi la sedap. HAHAHA
So, hari ni aku share dulu resepi Bubur Nasi Resepi Kak Nani. Aku rasa kena buatkan slot resepi la dalam blog aku ni. Banyak sangat resepi dah aku tulis dalam blog ni. Kang dah kahwin senang aku nak refer back nak masak hape nanti. To Alan : Awak jangan pelik pulak nanti kalau saya masak laptop kat sebelah dapur. Itu tandanya saya tengah refer back resepi-resepi lama la eh.

Lets begin.
Bahan-Bahan.
  1. 1 kuntum bunga lawang.
  2. 1 biji buah keras.
  3. 1 batang kulit kayu manis.
  4. 4 biji buah pelaga.
  5. 1 sudu besar lada hitam.
  6. 3 ulas bawang putih.
  7. 3 biji bawang merah.
  8. 1/2 biji bawang besar (tiada dalam gambar)
  9. 1 inci halia (ponnnnnnnnnnn tak de dalam gambar, jangan nak cari-cari pulak)
  10. 1 pot beras.
  11. 4 mangkuk air (ini ko agak la sendiri k)
  12. 1 kiub ayam.
  13. 2 sudu teh garam.
Cara-cara.
Bahan A (Ditumbuk dengan lesung batu, lesung pipit tak boleh)
  1. Bawang merah.
  2. Bawang besar.
  3. Bawang putih.
  4. Buah keras.
  5. Halia.
  6. Lada hitam.

  1. Tumiskan bahan kulit kayu manis, buah pelaga, bungan lawang.
  2. Dah naik bau? Masukkan bahan A.
  3. Dah naik bau lagi? Masuk beras yang di cuci.
  4. Masukkan air.
  5. Masukkan Kiub ayam.
  6. Kacau.
  7. Dah masak beras nya? Masukkan garam.
  8. Dah masak? Makan daaaaaaaa, apa lagi kau nak tunggu.

Jumpa lagi di lain resepi bersama Chef Izanpandaipandaisendiri. Hahaha. Bye.

with❤:izan®

Friday, February 04, 2011

Blueberry Cheese Cake Unbaked

BAHAN-BAHAN


Lapis Dasar:
Kek Chiffon vanilla @
200 gm biskut Marie / OREO / Digestives
½ cawan butter yang dicairkan
(Nota: Tambah madu sikit jika suka)
Isian Atas Kek:
500gm cream cheese
350ml krim putar (whipping cream)
250gm pes blueberry @ Blueberry Filling
90gm gula castor
80gram air panas
20gm serbuk gelatin HALAL


Cara-cara:
  • Letakkan kek chiffon ke dalam acuan kek yang boleh dibuka dari bawah. Tekan perlahan hingga agak padat
  • Sekiranya menggunakan biskut sebagai dasar kek; gaulkan biskut yang telah dikisar hancur bersana butter yang telah dicairkan. Masukkan campuran biskut ke dalam acuan kek lalu ditekan hingga padat menggunakan belakang gelas. Sejukkan di dalam peti sejuk kira0kira 20 minit sehingga dasar kek menjadi keras.
  • Di dalam mangkuk pengadun, putar cream cheese bersama gula pada kelajuan perlahan sehingga menjadi sebati dan lembut (biarkan gula hancur) kira-kira 10-15 minit.
  • Sementara itu, larutkan gelatin di dalam air panas menggunakan garpu ( GARPU tau JGN SUDU). Kacau hingga serbuk gelatin larut lalu tuangkan ke dalam mangkuk pengadun tadi.
  • Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul krim putar hingga kembang dan ringan lalu campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi perlahan-lahan. Gaulkan dengan senduk kayu/plastic hingga kesemua bahan sebati.
  • Tuangkan adunan ini ke atas dasar kek tadi.
  • Letakkan 4 sudu / semua blueberry filling di tempat berasingan (di atas bancuhan cream cheese)
  • Dengan menggunakan garpu/ lidi/ stick, buat putaran pada permukaaan kek hingga menjadi kesan marble.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnyer 3 jam. Lagi lama lagi umphhhhh…
p/s : aku baru nak buat ni. kalau jadi malam nanti aku tayang kat korang.
with❤:izan®