Followers

Friday, July 30, 2010

kalau mimpi la...

tiba-tiba rasa macam nak pergi shopping. eh-eh silap. bukan shopping. window shopping. maybe mid valley. siapa senang lenang petang ni. jom. ni pon kalau jadi la. kejap eh. aku tidur jap. kalau dalam mimpi ada keluar nama mid valley aku pergi. kalau keluar mimpi lain aku sambung tidur sampai petang.

hai koke, kenapalah kau nak buat kelas pula esok! GERAMMMMMMMMMM!



with❤:izan®

Thursday, July 29, 2010

book mark




cubaan pertama menghasilkan book mark sendiri. not bad la izan. tak sangka ok aku boleh buat sendiri. even jahitan tunggang langgang sikit. but its ok for me ;) now tengah gigih nak buat elmo pula. owh, sebelum terlupa yang aku buat tu namanya kero keroppi. dulu masa aku kecik-kecik aku tak ingat la sapa yang beli kan. aku rasa angah kot yang beli. mainan yang ala-ala boleh bela dari kecik sampai besar tu. ala yang macam korang main bela-bela digimon dulu tu. bagi makan la, kalau tak sihat bagi ubat. suruh dia tidur. cucikan puu puu dia.
ha, ada paham? tak paham. lantak korang la. HAHAHAHA

with❤:izan®

Tuesday, July 27, 2010

malaysia VS korea selatan 1-0


nasib MALAYSIA MENANG. kalau kalah malu lah pak cik kat sebelah aku yang semangat pakai ikat kepala malaysia tu. semangat okey dia suruh aku belikan ikat kepala tu. siap tanya, nampak macam pahlawan ke tak? motif? nak tengok bola nak kena nampak macam pahlawan. HAHAHA. layan je la pak cik.

eh, perasan kan baju sama warna. kata pon sehati sejiwa. MUNTOH lagi...

p/s: aku terlepas tengok jaringan malaysia. sebab beli kacang rebus dekat atas! ;( pity me!!!!

with❤:izan®

Nestle Nutrition Month

ahad kelmarin, UKM tak ada elektrik. oleh itu haruslah aku ni gigih ajak alan jalan-jalan. alasan oh tak da elektrik kena ajak alan jalan-jalan. eh, mesti kot. dengan atie keluar ngedate sama cd. dengan yona balik rumah. dengan roomate pon balik rumah. tak kan aku nak berpanas dalam bilik sorang-sorang. tapi dah panas pon duk tunggu alan. lambat!

alan : saya lambat sikit boleh?
aku : kalau lambat nanti merajuk. mogok tak nak make up!
alan : okey.

HAHAHA. cantik punya jawapan. okey??? gedik oh. merajuk then mogok tak nak make up. heaven gila kau izan. last-last aku make up juga. kalau alan tak minta aku make up pon aku nak juga. dulu ye la kot. rasa macam malu-malu nyah gitu nak letak eyeshadow kat mata. sekarang kau, kalau tak letak rasa tak cun gitu. boleh? MUNTOH!

dalam jam 1 petang baru alan ambil aku. kitorang pergi mid valley. jalan-jalan sampai aku terbeli kasut kuliah sepasang. TERBELI adalah perbuatan tidak sengaja. esok aku pakai. kasi tayang dekat atie. "babe, esok u ambil gambar i pakai kasut baru okey, please....". jalan-jalan dekat mid valley sampai termasuk dalam exhibition centre dia. sekali nestle ada buat Nestle Nutrition Month. macam-macam booth ada..yang paling laku booth megi and milo la. aku dengan alan, hentam beratur dua tiga kali. makan free. jangan kasi peluang keemasan ini terlepas begitu sahaja. sampai kenyang la kot kitorang hentam makan dalam tu. oleh itu, jimat la duit untuk LUNCH. hahaha. tipu. padahal dah makan nasi kat bangi.

terbukti lelaki ini beratur lebih dari sekali. sebab ada dua mangkuk megi dekat dia.

alan ambil, aku makan je. alan ambil lagi. aku makan lagi.


sudah kenyang? jom tengok bola! MALAYSIA vs KOREA SELATAN.

with❤:izan®

AMALINA RASHID. aku ade sesuatu untuk kau ;)

hai amalina,

sudah lama bukan kita tidak ketemu. mungkin hampir setahun. aku ada sesuatu buat kamu. tapi kamu kena datang ketemu aku, atau mungkin kita kena buat satu perjumpaan bersama. sila nyatakan tarikh, hari dan masa kamu free. supaya aku boleh pastikan bila kita boleh jumpa.

mahu benda-benda di atas bukan? HAHAHA. aku pasti jawapan ko. YA! SUDAH PASTI AKU NAK! oleh itu. jom jumpa. SEKARANG! ;D

p/s: untuk amalina je free. korang kalau nak. kena bayar la...

with❤:izan®

ENAM BELAS

hasil percubaan kedua selepas percubaan pertama nampak macam huduh gila. malas nak tunjuk dalam blog. memalukan diri sendiri sahaja. percubaan kedua ini mungkin baik sedikit. tak pe izan. slow-slow. semua orang bermula dari bawah. mana ada lahir-lahir terus pandai berjalan kan. mesti lahir-lahir menangis dulu. so, ini adalah hasil tangisan pertama. HAHAHA. sungguh hiperbola. 



alan cakap. erk, dia tak kata pape. maybe cantik. aku hanya berkata dalam hati. eh, baru dia kata tadi dalam mesej. ok je la. OK je? but still love u!

with❤:izan®

Monday, July 26, 2010

cerita JALAN TAR

peringatan : ini cerita sabtu minggu lepas.

sabtu minggu lepas kami ke JALAN TAR. kami adalah seperti biasa. paham kan? ke sana mencari baju sama rona seperti yang telah di ceritakan di dalam entry ini. ini adalah merupakan entry lanjutan dari cerita tak da mood semasa bershopping. apa? ya, saya kehilangan mood mencari baju sama rona di sama. semua gara-gara memakai wedges. selepas ini, saya beringat. kalau mahu berjalan jauh dengan alan kena memakai kasut sukan. alan jalan sangat laju. kalau dia jalan. sama dengan kita berlari. kalau dia berlari mungkin sama dengan saya menari. HAHAHA. tak-tak-tak lawak langsung okey.

sebab tak lawak, kita sambung cerita. dan berjaya nya kami ke sana dengan membawa pulang baju sama rona. eh bukan baju lagi. hanya membeli kain. boleh-boleh alan nak cari yang paling murah sekali kain baju dia.

alan : kita cari yang ada sales okey?
aku : baiklah pak cik.

last-last, dapat la kain baju dia untuk 4 meter RM28. kilat-kilat macam orang nak nikah gitu. HAHAHA. aku ni bukan lah jenis yang tahu sangat nak beli kain baju melayu orang laki ni. dia pula sibuk suruh aku pilihkan. dia ingat aku ni hebat sangat ke bab kain-kain ni. kalau hebat tak kan la sampai telepon mak aku tanya berapa meter nak buat baju melayu orang lelaki. tapi aku tak direct la call tanya mak aku. kang mesti mak aku curiga semacam je kan. kot dia pikir aku nak pi buat baju nikah nak kahwen lari ke hape pulak nanti. tiba-tiba tanya pasal kain baju melayu kat dia.

aku : acik, cuba tanya mak. biasa mak beli kain nak buat baju melayu ayah berapa meter?
acik : (tanya mak, tapi aku dengar dalam telepon)
acik : dalam 4 meter kalau laki ko kurus, HAHAHAHA.

cis! acik aku tahu rupanya aku tanya sebab aku nak beli kain baju melayu alan. HAHAHA. dan kedengaran sekali mak aku tumpang gelak sekaki. siap perli "tanya baju melayu ayah konon..."

nanti baju aku dengan alan dah siap aku tayang ok. tapi tunggu raya la. nanti basi. puasa belum dah sibuk pikir RAYA...izan, izan!


sila perhatikan mata i. aw...HAHAHA

with❤:izan®

Thursday, July 22, 2010

random

hai and hello,

eh dah semacam blog orang putih tak sedar diri pula. ASSALAMUALAIKUM. ha, ini baru betul. semacam sudah lama tidak mentaip apa-apa. so entry ini mungkin mengambil masa yang panjang untuk di siapkan oleh saya, dan juga mengambil masa anda untuk membaca. itu pon jika aku mentaip dengan mood yang agak baik. maybe just straight to the point. kalau mood swing merata-rata. maka meratap-ratap lah juga kalian membaca untuk memahami isi kandungan yang tak pernah tepat untuk di sampaikan.

hari sabtu lepas ke JALAN TAR. melayan kehendak alan mencari kain baju raya beliau. eceh! semacam pelik sahaja kan ayat tu. dan mungin juga dia melayan kehendak aku mencari baju raya. ha, ini semacam boleh percaya sikit. dan akhirnya kami berjaya. yes! we made it. mencari baju sama rona. HAHAHAHA. konon macam orang sudah kahwin-kahwin la. membeli baju raya sama rona warna. padahal alan tak cuti pon time raya nanti. berayalah kau sambil bermain minyak hitam dengan memakai baju melayu kilat-kilat. tapi mood aku di sana time membeli belah adalah sangat tidak dijangka. sepatutnya aku adalah orang yang gigih sekali untuk membeli belah. disebabkan kaki sangat sakit gara-gara memakai wedges berjalan di jalan yang sesak lagi sempit. mood telah lari kepada alan. maka, dia lah yang gigih mengheret aku ke sana ke sini mencari baju sama rona.

okey, tamat cerita pasal mood lari ntah kemana. mari bercerita tentang kelas pada sem ini. buat masa ini aku baru berjaya mendaftar tiga subjek secara rasmi. lagi empat subjek belum rasmi masuk ke dalam akaun persendirian aku. tapi boleh la nak berlagak mengambil tujuh subjek secara total pada sem ini. kelas pula, sehari hanya satu kelas. dan pada hari jumaat dan isnin sahaja kelas menjadi dua. tapi perkhabaran ini hanyalah BUAT MASA INI sahaja. masa hadapan mungkin ada perubahan. ini saya tidak tahu lagi. 

semalam acik call, minta aku buatkan goodies bag untuk birthday party isha. eh, sudah nak masuk 2 tahun ini budak rupanya. now, dia selalu ajuk apa yang aku dengan ibu dia cakap. kalau aku panggil ibu dia acik. so, acik lah yang akan dia keluarkan dari mulut. HAHAHA. comel la isha ni. macam mak su juga. motif...


sudah lah. semacam bosan pula menaip sambil makan jeruk salak. mahu menjahit sesuatu rasanya. nanti kalau dah siap aku jaja hasilnya di sini. tapi kalau cantik lah. kalau semacam senyap sahaja tanpa apa-apa perkhabaran. anggap sajalah jasil jahitan aku terlalu cantik. HAHAHA. buat apa kita buka pekung di dada. inikan tidak digalakkan. aib harus dijaga. sudah-sudah. babai!


with❤:izan®

Tuesday, July 20, 2010

bendahari UKM

DUIT JPA masuk awal sem ni, aku telah membuat perancangan dari awal. aku telah bank in duit yang secukupnya untuk bayar duit motor kepada angah aku. so pandai-pandai dia la nak bayar bila. aku dah bayar yuran pengajian yang mencecah RM1700 gara-gara aku mengambil short sem. erk, apa la mahal bebenor yuran UKM ini jika di bandingkan dengan UITM. amboi, sudah dapat subsidi kerajaan masih mahu merungut ini budak. menurut DR.ROHAYU, hampir 80% yuran pengajian pelajar UKM ditanggung oleh kerajaan. adakah benar? nantilah, sekiranya aku dapat masuk dalam jabatan kewangan negara akan aku selidiki hal ini. dan khabarkan pada anda semua. HAHAHA. nampak macam lama lagi la nak kena tunggu. ntah masa itu aku masih berblog atau blog hanya tinggal nama, orang mentulis blog entah kemana-mana. lol, dah jadi pepatah pula di pagi hari ni.

eh, hari ni aku puasa. semalam memang aku dah niat malam sebelum semalam itu untuk puasa. namun, bangun pagi semalam terminum nescafe bancuhan sendiri. bila kat kelas baru laila bercerita yang dia sebenanrnya mahu berpuasa. baru aku teringat aku pon nak berpuasa semalam. sebagai akibat dari tak puasa, kami pergi membayar yuran, dan mendapatkan makan tengah hari di canselori. kasihan pula pada yuni. dah la puasa, mengikut kami menunggu hampir 70 nombor sebelum sampai giliran kami. tak la lama mana. cuma hampir 2 jam. macam-macam kami boleh buat. seperti bersembang, bersembang dan bersembang. nampak mentarik bukan? cubalah buat. kalau bersembang dengan kawan-kawan, susah hendak mengantuk. cuba buka buku pengurusan sumber manusia. haih, laju la mata ni di tarik syaitooonnn...

kalau la, kaunter pembayaran semalam tiga kaunter semuanya di buka. aku rasa dalam satu jam je aku tunggu. atau mungkin lebih cepat dari itu. ni yang menjadi masalah. mula-mula 2 kaunter buka, then dalam 30 minit lepas tu. tinggal satu kaunter je. ye la, waktu makan tengah hari. abang jaga kaunter pon lapar. bukan nya robot. diorang pon jeles sebab tengok yang menuggu boleh makan. tapi yang di tunggu hanya duduk di kerusi melayan kami-kami yang gigih nak bayar yuran di awal-awal sem. sedangkan tahu, nanti akan ada penambahan yuran di hujung-hujung sem.

sudah lah, entry makin boring bila mentaip dalam keadaan belum mandi. semakin hambar dan tak bermaya. lalu terkulai jatuh ke katil dan terasa seingin menyambung tidur semula. erk! tidak-tidak. saya tidak tidur balik, saya mandi sekarang ;))

pergi ambil baju kotor masing-masing. dan mari membasuh!

with❤:izan®

Monday, July 19, 2010

kau tak ensem kalau

eh-eh. semalam kan, selepas aku makan burger sambil menjelajah foto-foto sahabat di facebook. semua dah berubah. macam-macam perubahan yang aku jumpa. ada yang baik, ada yang kurag baik. namum tidak ketinggalan yang menjadi baik-baik belaka. kawan-kawan saya tidak ada yang tidak baik. yang ada cuma kurang nya kebaikan itu. ala, kebaikan ni kadang kala kita boleh berpura-pura. bukan nya susah mana pon. hanya bermanis muka dan berkata indah kita akan dikatakan baik. padahal dalam hati...mana la nak tahu dalam hati orang kan. 

ha, berbalik kepada perubahan-perubahan yang saya nampak. eh, saya pula. ye la mahu mencerita sesuatu yang kurang enak kena la menggunakan perkataan saya. eh, tak mahu la. nanti tidak menjadi sesuatu yang serius pula. begini cerita nya, suatu masa dahulu kau lah imam di surau sekolah. tapi sekarang nak jadi makmum pun payah. eh, aku tidak berkata pada sesiapa. ini hanya contoh. harap maklum. sekejap. saya ada pertanyaan :
handsome kah seseorang jejaka itu kiranya dia memakai rantai? 
akan kelihatan seksikah kiranya mengambil gambar perlu mempetontonkan rantai tersebut seolah-olah. "saya seorang lelaki kacak dengan hanya kiranya saya memakai rantai"

bluergh %$&^#+&^. tidak okey! saya lebih suka kan lelaki yang tidak memakai rantai. okey-okey. itu adalah hak individu. kiranya terasa aku bukan berkata tentang kau. aku berkata tentang orang lain. kenapa nak terasa pula? HAHAHAHA...

babai, sehingga kena marah lagi.

with❤:izan®

Sunday, July 18, 2010

my friend dah ada blog

dear diary,

ecececeee.. diary la konon. eh, ikut suka hati aku la nak tulis dear diary ke, dear buku ke, dear azlan ke. eh, kenapa ada dear azlan pula ni. HAHAHAHA. saja, dah lama tak mentulis nama azlan dalam blog. karang kata aku sudah melupakan beliau sahaja. pemberitahuan. saya dan azlan masih dalam keadaan baik-baik sahaja. kepada sesiapa yang ada terlintas mendoakan kami tidak baik-baik itu, adalah di sini dimaklumkan bahawa sila doakan baik-baik. kalau siapa mendoakan sesuatu yang buruk untuk orang lain, doanya itu akan kembali kepada pendoa. eh, faham kan apa yang aku nak sampaikan ni. kalau tak paham, sila baca berulang kali. kerana pembacaan yang berulang kali akan membuatkan kita lebih faham. begitu lah juga dengan kehidupan, kesilapan yang berulang kali berlaku pasti ada hikmah nya. okey, tak da kena mengena. aku faham. sila boikot dalam blog anda sendiri. sini blog aku..

eh, tergarang pula. bukan apa. bila dalam keadaan sejuk ini mood untuk marah itu semacam kurang kan. so nak warm up balik la ni. eh, tadi semasa mambuka facebook saya ada nampak seorang kawan saya post status sebegini :
"ak xreti men blog neh..so, kalo blog ak boring..xinteresting...lame...kire markah ak rendah la? adil ke? bleh eh camtu? ape? boleyh? abes tu, ak nk bwat mcm mane? ..............~"
hahaha. finally kau ade blog. eh, dia ni kan dulu. semasa aku baru-baru hingusan sekarang dah kering baru membuat blog. dia adalah manusia yang sering tanya aku. ape kes best sangat la kau main-main blog ni. then apa kau dapat dengan jaja cerita kau dalam blog. ape ke hal plak la nak metaip-taip hari-hari bagi orang lain baca. sekali dia kena buat blog da. tadi selepas sahaja membaca status yang berbaur hiburan hangat buat aku. lalu aku mencari no telefon beliau. dan bertanya khabar. al-maklum lah. sudah lama tidak bergurau senda. padahal dalam hati aku nak ucap "TAHNIAH! SELAMAT BERBLOG".

terasa seperti sudah memulangkan paku ke dalam kepala dia. sedap kan paku aku bagi? sebenarnya dia kena buat blog sebab kena buat. ala, nanti kalau dia dah bagi link dia dekat aku. aku jaja sampai laku dalam blog aku. lepas tu aku nak tanya dia balik soalan yang dia pernah tanya aku dulu. wah! apa perasaan anda berblog sekarag? hahahaha.. puas hati!

eh, sudah lah. nanti kita berborak lagi eh diary. hari pon makin sejuk mencengkam sampai ke tulang. kalau melayan blog. sampai ke sudah aku tidak iron baju. oleh itu mari layan katil. eh, layan azlan dulu pon best juga ;)

sehingga ketemu lagi.

with❤:izan®

Saturday, July 17, 2010

its time for katak pulak

semalam bertungkus lumus aku nak siapkan keras tangan yang seterusnya. bertungkus lumus? tak de la sangat. aku start buat dalam jam 12 malam. jam 1 pagi dah siap. sejam je kot nak buat tiga ekor katak hijau ni. baru aku tahu yang tangan aku ni tak da la sekeras mana. hanya keras-keras kerak nasi. di simbah air lama-lama lembut juga. ha, pepatah melayu pernah berkata, kalau tak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. ini adalah bersesuaian dengan pepatah omputih. practice make almost perfect. tak de benda yang sempurna dalam dunia ini kecuali YANG MAHA PENCIPTA.

okey-okey, ustazah izan dah penat bagi ceramah. mari kita lihat hasil katak-katak comel dari saya. taraaaaaa ;)



with❤:izan®

Friday, July 16, 2010

sekumpulan ikan kecil yang comel

malam semalam aku tak boleh tidur. aku rasa gara-gara makan nasi goreng seefood yang rasa macam nasi goreng ikan masin. tapi okey la dari yuni dan yona makan bihun goreng tapi umpama tali tangsi keras sahaja. tahu apa itu tali tangsi? sejenis tali yang digunakan untuk memancing tu. kalau tak tahu anggaplah sahajalah ini ilmu baru untuk hari ini. sudah jadi blog ilmu nampaknya blog ini. HAHAHAHA.

tadi ke kelas teori organisasi bersama DR.Rohayu. bersama di sini bukanlah bermaksud aku berjalan kaki bersama ke kelas dengan beliau mahupun duduk bersebelahan dengan beliau. namun bersama di sini bermaksud DR.Rohayu is my pensyarah for this subject. shes always mention about we are gonna be prepare for our latihan industri. bila dia sebut je latihan industri terus kepala lutut aku bergetar-getar. bak kata orang kedah ketaq pala lutut cek. padahal before ni kalau sesiapa yang lain selain dr.rohayu yang sebut LATIHAN INDUSTRI. tak menjadi masalah pon buat aku. tapi kenapa bila dr. rahayu yang sebut terus terasa semacam angin laju lalu di tepi telinga. dengan bunyi zapppppp...okey, its enough! you are already exagerate the situation.

oh, berbalik kerana aku tidak boleh tidur malam tadi. aku telah menghasilkan sekumpulan ikan kecil yang comel. aku namakan mereka kawanan ikan comel. kenapa mereka bolah jadi kawanan? sebab penjodoh bilangan la kan? sekawan ikan berenang. tak pon sekawan burung berterbangan. walaupun penjodoh bilangan ini salah. namum aku nak gunakan juga. sebab ini blog aku. jangan kau pertikaikan apa yang salah dalam blog ni. kau pergi buat pembetulan di blog kau! HAHAHAHA.

kejam!

dan ini dia, sekawan ikan ;))



with❤:izan®

Thursday, July 15, 2010

ahli rumate baru

oh, lamanya berjanji baru nak tepati kan. entry yang dua tiga hari lepas aku ada janji nak perkenalkan rumate baru aku kan? hari ni baru terlaksana nak memperkenalkan si rumate baru aku ini. okey, sebelum tu aku nak bagi hint sikit-sikit. kalau ada sapa-sapa kenal sila angkat tangan ditengah-tengah pembacaan hint nanti. HAHAHA.

nama bermula dengan huruf S. merupakan orang ampang. dari sem satu dia duduk dekat ibu zain. cuma aku tak pernah nak kenal pon dia ni. bila masuk sem 4, aku ada terbaca blog dia. baru la kenal di blog. dia ni cantik orang nya. kalau tak kan la ada blogger lain yang nak try masuk line kan. ini tidak ditujukan kepada sesiapa. harap ambil nota.  then dia ada blogshop. jual shawl. semua shawl-shawl dia latest design. aku belum pernah beli shawl dari dia. blog peribadi beliau sama macam blog gadis-gadis lain. menceritakan perihal hidup beliau. aku selalu jugak  jengah blog dia. tapi jarang nak komen. and baru-baru ni beliau ada buat entry pasal aku. hik hik hik. malu pula bila i di label sebagai rumate yang comel. kamu pon comel wahai rumate baru ku.

erk, dah panjang dah ni izan kau membebel. siapakan dia? pi la jengah sendiri. ni ha, klik disini. ala-ala promoter gitu. wallah!!! :)) eh sebelum terlupa, ini pula link ke blogshop beliau. kalau nak tempah kat aku pon boleh. boleh aku ambil komisyen sikit nanti. HAHAHAHA

oh, rumate baru tak de. balik rumah. demam. kesian rumate baru ku. so, family day ahad ni macam malas je nak join. sebab rumate baru tak de. HAHAHAHA

with❤:izan®

beruang gemuk kaler pink


inilah hasil keras tangan ketiga. beruang kutub kene malaria. sebab tu kaler dia pink. HAHAHAHA. so far, beruang ni palinh leceh nak buat. ikan dan katak so easy like kacang putih. ececece...belagak ya kau izan oi. eh, itu harus. kalau tak belagak tu bukan izan. so belagak la selagi mampu. (syaitonnnn)

eh, ahad ni IBU ZAIN ada family day la. kalau tak pergi boleh? haip! i pergi la. nak maen ape ye? lari dalam guni boleh lagi ke untuk orang tua bangka macam aku ni. tak ke nampak macam budak-budak? hantam sajalah labu...asalkan kau bahagia. HAHAHAHA

with❤:izan®

Dni & Contest @ Giveaway



syarat-syarat :
  1. buat satu entry mengenai giveaway ini.. 
  2.  tag 3 orang rakan korang untuk join giveaway ini dan pastikan diorang tahu bahawasanya diorang kena tag...  dan tiga orang tersebut adalah 
  3. tinggalkan link penyertaan korang pada kotak komen entry 4th Giveawat ni. tulis macam ni : Penyertaan : http://____
    Referral : http://_____ (link referral korang)
  4. letakkan banner giveaway ni pada sidebar blog korang dan linkkan pada entry 4th Giveaway ini.. kalau gambo ni besau sangat, kecikkan ye. hehehe..
  5.  kalau korang ada banyak blog, nak join guna semua blog tu pun tak kisah, dibenarkan..
  6. follow? ohhh dni tak mengamalkan dasar paksaan. nak follow, follow. tak mo follow, no poblem..
  7. dni tak janji dapat jejak entry korang secepat mungkin maka jangan merajuk ye.. (haha, jadi syarat gak menda ni ;p)
  8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada:
    8 Ogos 2010 jam 1 tengahari
sila klik pada gambar untuk melihat hadiah yang ditawarkan oleh Dni ;). dan di sini saya tag tiga orang sahabat handai saya iaitu :
  1. atie halmy
  2. izzaty hamdan
  3. violetless
sila buat tag ini kalau anggap aku kawan korang. kalau tak, putus sahabat! ini bukan main-main. ini dinamakan paksa rela. aku memaksa dan korang kena rela untuk melakukan taged ini. HAHAHAHA

with❤:izan®

si ikan biru pula


okey, setelah mentelaah buku keras tangan aku. akhirnya jadi ikan kaler biru pulak. HAHAHAHA. ikan ni mulut dia belum siap lagi. esok aku siapkan okey. sebab bahagian mulut tu kena lubangkan badan ikan tu. macam sayang pula. so aku tengah fikirkan inisiatif lain untuk tidak melubangkan mulut ikan tu.

aku hanya menggunakan bentuk bulat dan love untuk menghasilkan ikan ini. rasa macam nak buat tutorial pula. tengoklah kalau rajin. HAHAHAHA. seperti biasa ini bukan janji.

babai. dan akan bertemu kembali nanti ;))

with❤:izan®

Wednesday, July 14, 2010

katak pink

ini lah hasil keras tangan aku yang tak ada seni ni. berusaha okey buat katak pink ni. semata-mata nak bagi pada...jeng jeng jeng. okey, nanti dah bagi baru masuk gambar dalam ni. mata katak tu aku guna pensil je. sebab aku cari puncher nak tebuk kertas tak jumpa plak. and katak ni macam gemuk sikit sebab sengaja buat gemuk. sebab gemuk tu comel. sapa kata tak comel, bagi aku sepuluh sebab yang munasabah. malam ni nak try buat beruang dan ikan pula. nanti aku jaja dalam ni lagi.

sekarang nak pikir, macam mana nak potong kertas ni bagi betul-betul bulat. sebab tangan aku ni kalau pegang pisau atau gunting asyik gigil-gigl je. macam orang sakit parkinson pon ada la....

babai! dan sehingga ketemu lagi ;))

with❤:izan®

koleksi keras tangan

tangan aku bukan lah jenis tangan yang berseni untuk membuat aktiviti-aktiviti seni ni. tapi boleh la kalau nak gatal-gatal tangan nak membuat keras tangan. aku sekarang tengah gila membela katak,zirafah,beruang, dan ikan. agak-agak korang la kan. boleh jadi ke tak eh? setakat ni dah berjaya melahirkan seekor katak pink. namum bahan macam tak cukup je nak siapkan bahagian mata katak tu. last-last aku biarkan katak tu tak bermata. lepas ni nak try buat beruang dan zirafah. kalau jadi nanti aku tayang dalam ni. aktiviti di waktu senggang ini adalah untuk mengelakkan aku dari ketiduran sepanjang hari.

kelas memang la full sepanjang minggu. tapi tak la full untuk setiap hari. paham ke ayat aku ni. makanya tiap-tiap hari aku ade kelas. tapi sehari satu kelas je. satu kelas tiga jam. maknanya banyak masa terluang aku. rasa macam nak berbisnes plak. HAHAHAHA

bisnes jual diri ada orang nak beli tak agak-agak?

with❤:izan®

Tuesday, July 13, 2010

tembamnya...

selama 2 minggu aku bercuti, makanya dua minggu jugalah si tembam bersenang lenang sahaja. duduk terperuk di corok parking blok D kolej. akhirnya semalam aku manjakan sedikit beliau. mula-mula cari nahas juga. tak mau hidup la ape la. memang saja la kan nak cari pasal. di sebabkan alan suka pesan "cuba awak buat slow-slow. bersabar" memang tak nak hidup la u! alan jugak yang datang start kan si tembam. 2,3 hari ni berulang alik alan masuk UKM. hantar barang, bawa aku pi beli barang. angkat barang masuk dalam bilik. semua alan. aku? apa lagi, ambil kesempatan la. HAHAHAHA

dasar wanita suci kau izan. okey-okey. thanks so muchoooo dear. esok-esok i susahkan u lagi okey?

dan semalam mandikan tembam. dah macam hape je tengok. berabuk-rabuk. erk, kenapa la perut aku ni;. asyik nak membuang aje. salah makan ke??? dah la. malas nak mentaip lagi. perut wat hal korang yang kena marah!



with❤:izan®

Monday, July 12, 2010

it is Final Year!

hai semua.


finally sudah dua hari dua malam aku di UKM untuk Final Year..oyeah? kau dah final year la izan. tapi masih muda kerana ada yang tanya saya di fakulti tadi, "awak dah daftar subjek ni?" and that subject adalah untuk budak first year. ini bukan hinaan bagi aku. ianya merupakan satu pujian. HAHAHAHAHA... okey-okey. i maafkan u. sebab u junior paling comel yang i jumpa buat masa ni. sekarang ni agak sibuk untuk aku aktif berblog. macam semalam, ada terasa hati seperti ingin berblog. tapi bila perut asyik cari pasal je dua tiga hari ni. langsung melayan perut dahulu. last-last aku tertidur. sampai orang-orang duk sibuk mendaftar subjek malam tadi aku sibuk buat tahi mata. teruknya aku malam tadi sampai spain menang pon aku wat derk je. alan, siap pi dataran lagi nak tengok spain menang dengan kawan-kawan dia. so, u berbaloi la kan beli baju spain semalam. HAHAHAHA. sanggup ok, si alan beli baju spain... bola dan lelaki, tak dapat di pisahkan. ibarat isi dan kuku kaki.

akhirnya pagi tadi baru aku tahu yang dah boleh daftar subjek. itu pon my roomate baru yang bagitahu. ops! cerita pasal roomate kena rahsiakan dulu. sebab shes also a blogger. jeng jeng jeng. pasal ini nanti kita cerita dalam satu entry khas ya wahai roomate baru ku ;)) then pagi tadi yona mintak aku hantarkan dia ke komuter. mahu menonton eclips bersama azmi katanya. selepas itu aku bantai tidur kembali sampai jam 12.30 tengah hari. kejutkan alan, then sambung tidur. petang nya baru turun ke fakulti membuat perancangan bersama nur laila untuk masa hadapan kami. cerita pasal masa hadapan, aku tak tahu la nanti aku ni graduan dalam bahagian apa. nak kata management? its only about 50 percent je. sebab banyak subjek major yang aku patut ambil tidak ditawarkan oleh FEP. ketua pusat sarankan kami (budak-budak management) mengambil subjek major untuk kursus lain. seperti subjek untuk budak-budak yang mengkhusus marketing, IB, insurans or other else. tapi kalau kau budak bijak tak kan la nak pergi ambil subjek finance and accounting pula kan. itu namanya menggali lubang kubur sendiri. HAHAHAHAHA

so, kesimpulannya. aku mengkhusus dalam semua program yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan. nampak seperti menarik bukan? fakulti kau ada buat macam ni? tak da kan...jangan jeles! bluergh! sikit pon orang tak ambil kesah. pity u izan..

iklan sebentar.
suasana bilik baru amat sejuk. sampai malam-malam aku bergulung seperti tenggiling. maybe sebab paras bilik aku adalah di ground floor. dan aras aku ini penuh dengan junior-junior fakulti ekonomi dan perniagaan. semua mereka ini ramah-ramah. sampaikan aku di bilik air tadi tengah menggosok gigi dengan berhati-hati sebab mulut penuh dengan ulser tertonyoh ulser berulang kali. kerana terpaksa menjawap soalan-soalan cepu emas dari junior-junior yang ramah. commom questions are like "akak major ape?", "akak 2nd year ke 3rd year?". and last but not least..."result akak okey tak?". OMG! please jangan tanya akak yang tak berapa nak cukup pointer ni. HAHAHAHA

kita sambung balik.
oh, nampaknya idea sudah kering. esok-esok aku update lagi. mahu meminta belas kasihan rakan-rakan untuk tunjukkan freshie ni jalan memenuhkan subjek sem ni. demyu FEP!


with❤:izan®

Thursday, July 08, 2010

the twilight saga eclipse


bila la nak pi tengok ni...dah berdebar-debar dah jantung aku tengok vampire ni....

with❤:izan®

FAIZAL TAHIR , HANYUT

aku dapat tahu pasal lagu faizal tahir ni dari salah seorang blogger juga. ops! sekarang dia bukan blogger lagi. dulu sahaja. apa sebab dia berhenti dari berblog aku tak tahu. lepas tu kenal di facebook, then di ym. mungkin persahabatan alam maya ini lebih senang dari alam realiti mungkin. bercerita tanpa pernah berjumpa. namum terasa lebih mudah begitu. kau mendengar aku bercerita. kemudian kau bercerita aku pula mendengar. kalau dulu kita namakan sahabat pena. sekarang kita boleh namakan sahabat alam maya. tak perlu belanja makan, tak perlu manis-manis muka untuk minta bantuan. tak perlu hipokrit. depan kata baik, belakang...nauzubillah...pijak semut pon tak mati oh.

eh, dah jadi sesi luahan perasaan pulak kan. nah-nah. lagu faizal tahir. HANYUT...




with❤:izan®

ekspedisi mencari jeruk di pulau pinang

bak kata pepatah, alang sudah sampai baik kita jelajah sampai puas. dan akhirnya kami mencari jeruk di pulau pinang. ku sangka hj. salleh enggak mahu. rupanya dia pon nak membeli jeruk. memang la ayah aku ni jenis yang kuat makan asam dan jeruk-jeruk ni. tapi nak membeli di pulau pinang mungkin dia tak berfikiran sampai ke situ. biasanya dia akan membeli jeruk dan asam di pasar malam sahaja.

abang en, mahu membeli untuk mak dan sahabat handai. akhirnya, tercapai juga hasrat dengan adanya jurupandu iaitu sepupu ku sendiri.




with❤:izan®

video miss world atas feri mewah


with❤:izan®

janngan nak buat hal!

kenapa bila aku senang. aku da banyak kesenangan di sekeliling aku baru dia ada. kenapa dari dulu tak datang je dekat-dekat. kita kawan rapat-rapat, sampai rasa nak gaduh pon susah. tapi bila orang lain ada kesenangan yang lebih dari apa yang aku ada. dia hilang. bila jumpa, selisih muka kena manis. kang kata aku tak pandai nak bermanis muka. tapi bila aku manis muka kau kata aku buat-buat baik dengan kau. bila aku cerita apa-apa. kau tokok tambah. jadi la nasi tambah sampai bila-bila. memang sedap jadi nasi tambah ni. 

nanti cerita dengan orang lain, yang aku ni macam ni macam tu dan macam nun. padahal kau pernah tanya ka dekat aku perkara sebenar? tanya apa yang aku fikir. jangan nak main teka lepas tu cerita sana sini. jangan nak buat mulut cerita pasal keburukan orang lain boleh? kau ingat kau baik sangat? eh, dia baik la izan. cerita benda-benda baik je. bukak hadis sana-sini. kata-kata ulamak merata dia ingat. kau apa ada? bukan sekolah agama sampai sekolah menegah pon. setakat sekolah agama rakyat je izan oi. mana layak nak lawan dia.

dia kan semuanya elok. cerita pasal kau belakang-belakang kan elok. jaja cerita tak betul pasal kau. lepas tu manis-manis muka pula. alhamdulillah sahajalah ye. kang aku kata pasal ko mula la kata aku ni mulut jahat. kadang-kadang rasa nak buat juga macam mana ko buat tu. tapi rasa macam tak kena pula. aku duk marah ko kat sini, lepas tu aku pon buat sama. nanti kau buat blog buat macam mana aku buat mula la rasa "apehal la minah ni, kecoh sangat".

tapi serius, aku dah sampai tahap nak benci dah dekat ko ni. ade satu tahap je lagi nak sampai meluat. sekali lagi ko buat-buat cerita pasal aku. jangan terkejut kalau aku bukak pekung di dada ko plak. cerita pasal benda yang aku betul-betul buat tak pe. ni ko reka cerita pasal aku. memang nak kena sedaih la kan....

aku marah ni! MARAH!

with❤:izan®

Wednesday, July 07, 2010

kereta naik feri


kami ke penang, sebenarnya tak rancang pon nak ke sana. pulau pinang singkatanya penang okey. jangan tanya lagi penang tu apa. aku bagi sedaih! berpusing kepala hang. nak rasa? mai sini! HAHAHAHA. orang tak takut sama ugutan itu. blah...

kami ke sana untuk melawat pak njang iaitu adik kepada ayah aku. pan njang aziz dan mak njang timah. alang-alang sudah ke sana kami singgah membeli jeruk. mungkin itu akan aku masukkan ke dalam entry lain. ini bukan janji. karang ada pula yang menuntut minta entry pasal jeruk. kami pulang tidak melalui jambatan. tapi kami menaiki feri dari pulau pinang ke bukan kawasan bukan pulau pinang. ala, susah la nak explain. kan pulau pinang ada dua bahagian. satu sebelah pulau, satu lagi bukan dalam kawasan pulau. kalau mahu ke pulau kena lalui jambatan pulau pinang bukan? okey, kami ke sana melalui jambatan pulau pinang tersebut. namun, balik ke kawasan bukan pulau kami meniki feri. dengan kereta-kereta sekali naik feri. rm 7 sahaja. sama dengan bayaran tol kiranya menggunakan jambatan pulau pinang.

mungkin akan di selitkan video kelak. ini pon bukan janji ya. kalau aku rajin, aku masukkan. kalau tak da, anggaplah bukan rezeki kamu semua. HAHAHAHA

buat masa ini, hanya aisyah yang gayat melihat pemandangan laut dari atas. HAHAHA

kelihatan seperti aku memberi penerangan kepada mak bukan? salah! terbalik situasi tersebut.

with❤:izan®


taman tepi sungai

kami ada beberapa rutin harian kalau pulang ke kampung. akan ke rumah tok esah, mak kepada ayah aku. dan akan lepak-lepak di rumah tok selama beberapa malam. lalu akan ke rumah arwah tok yam, mak kepada mak aku. dan hanya beberapa jam sahaja. sebab tok yam dah tak ada. rindunya sama tok yam. tok yam meninggal masa aku dekat matrik. tok esah ada di rumah sekarang. tak berapa nak sihat. ayah aku ajak duduk sama dengan kami. hopefully boleh la kami jaga supaya sihat kembali. aku berharap agar kelak bila mak ayah dah tak larat aku boleh jaga mereka sebagaimana mak ayah aku menjaga mak dan ayah mereka.

oh, sebelum pulang kami akan singgah di tepi sungai. banyak acara di sana. mak akan mebeli pinggan mangkuk, ayah akan membeli tembakau dan ikan kering untuk dijual. dan aku akan membawa anak-anak buah ke tepi sungai bermain taman. kalau mereka mengikut golongan ibu-ibu maka acara shopping akan terganggu. ibu-ibu akan merajuk lalu tak jadi menbeli belah. aku sebagai mak su akan bertindak sebagai pengasuh tanpa upah menjaga anak kepada golongan ibu-ibu.

dan sebagai upah, kena bermain-main dengan mereka sama. kalau kau biar je mereka bermain sesama mereka hanyut la ke dalam sungai.


the two girls yang always make their mak su jerit " hoi! jatuh kang!" HAHAHA... when kita pegang status MAK di depan nama kita. memang tak kan lari dari perkataan "jangan lari! nanti jatuh!" HAHAHAHA
then the budak-budak akan jatuh! gebedek!



with❤:izan®

hint aktiviti di kampung

agak-agak kan. kat mana aku hasilkan gambar ni. ada angin-angin. ada bau-bau masin. ada udara nyaman. ada budak-budak nanges. ada ombak. ada feri. ada kereta atas feri...

okey-okey. aku cerita nanti okey ;))

babai!

with❤:izan®

Tuesday, July 06, 2010

lembab

oleh kerana internet dah lembab nak upload picture, aku jadi tak de mood nak update blog. salahkan internet yang lembab. bukan aku yang malas nak update. bukan salah AKU.

alan ni pi mana pulak dah hari ni. nanti malam la cari dia. eh, baru perasan. dah lama tak de nama alan dalam blog ni kan. adakah?....

oh, malam ni nak pergi hari peneroka dekat felda jaya trolak. kalau ada gambar, adala cerita ya ;))

babai!

with❤:izan®

kerja part time di rumah

hai semua ;)

okey, kite skip introduction for this time. selalu kalau buat introduction mesti berjela-jela. nanti kalau tak buat jadi macam tak sedap pula. see, kata nak skip pon still jadi juga. okey-okey kita teruskan kepada kerja part time dirumah. hanya menjalankan kerja emak-emak. kerja emak-emak adalah seperti :

  1. membasuh baju.
  2. memasak.
  3. mengemop lantai.
  4. mandikan isha.
  5. sapu daun di laman rumah.
selain itu, aku juga menjalankan tugas ayah-ayah. tugas ayah-ayah adalah seperti :
  1. membawa kak long keluar shopping.
  2. bawa mak pergi klinik.
  3. belikan barang dapur seperti telur dan gula sahaja di kedai.
  4. mencuci kereta dan motor.
  5. menonton world cup.
dan tambahan pula tugas anak-anak, seperti :
  1. menonton tv.
  2. tolong along aku edit gambar.
  3. tidur!
ops! anak-anak buah aku dah balik ke rumah opahnye. so nanti malam aku update lagi. babai ;))


with❤:izan®

Saturday, July 03, 2010

hanger tudung

Anda ada masalah mana nak letak tudung² yang ada "awning"? Di sini jawapan kepada masalah anda!!!!

Untuk tempahan sila emailkan ke roslina4177@yahoo.com @ hantar message di FB

HARGA: RM30 tidak termasuk kos pos

Nama:
Alamat
No Tel:
Produk kod:

Bayaran penuh sahaja akan diambil pesanan.

ROSLINA BT MUHAMAD SALLEH
019-2624177

Bank details akan diberi kemudian.

(ayat kopipes dari fb angah aku)


personally aku suka hanger tudung ni. aku adalah sejenis gadis yang suka pakai tudung yang ada awning atas kepala tu. beli mahal-mahal lepas tu kau sangkut ikut suka hati. memang sayang la sangat dengan tudung aku yang mahal-mahal tu. kalau kau jenis yang tak sayang tudung tak payah beli. KALAU SAYANG! BELI!
haaaaaaa...ugut ni, nampak tak muka ugutan aku! HAHAHAHA





with❤:izan®

busha legging

im going to tolong my sis promote busha legging. kepada sesiapa yang tak tahu busha legging tu macam mana. ini dia rupanya.

ini untuk budak-budak ye. yang dah agak-agak boleh jadi mak budak or bapak budak usah kau gatal nak belikan untuk ko. belikan untuk anak ko ke anak buah ko ke boleh laaaaaaa...

BUSHA LEGGING

------- READY STOCK--------

PRICE: RM 12/pc
RM 10/pc (3pc n above)

B1
95 (18-24M)-Booked
90 (12-18M)
80 (6-12M)

B2
95 (18-24M)-Booked
90 (12-18M)
80 (6-12M)

B3
95 (18-24M)
90 (12-18M)
80 (6-12M)

B4
95 (18-24M)
90 (12-18M)
80 (6-12M)

B5
95 (18-24M)-Booked
90 (12-18M)
80 (6-12M)

B6
95 (18-24M)
90 (12-18M)
80 (6-12M)

okey, sesiapa yang nak belikan untuk anak ke, anak buah ke, anak jiran ke boleh komen kat entry ni or add aku kat YM at izan_bumm90@yahoo.com. atau boleh email aku untuk pape yang lebih detail. also guna email yang sama. kalau nak senang. add je akak aku denat fb. INA SALLEH.

p/s: sekarang kena pandai ambil hati anak buah. belikan diorang pape, baru senang nak simpan rahsia. HAHAHAHA
with❤:izan®

Friday, July 02, 2010

cool jumper contest

Rules and regulations:
  1. Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool.
  2. Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
  3. Be my follower --> Nina Aman
  4. Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
  5. 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
  6. Tarikh tutup: 4 JULAI 2010
okey, ini adalah kali pertama aku join contest dalam blog ini. sumpah sebelum-sebelum ini aku belum pernah join mana-mana contest walaupun dah nak dekat setahun lebih aku berblog. keinginan tu ada, namum bila terasa diri macam tak layak je kan..HAHAHAHA. sumpah gletis nak layan kau izan oi.

keyna yang taged aku supaya join contest ni ;) thanks to keyna once again.

empat orang yang aku nak diorang join contest ini adalah :
  1. ezzaty
  2. acan
  3. atie
  4. topex

okey, ini gambar yang aku rasa macam nak layak tak layak je nak masuk bertanding. HAHAHA. semoga aku beruah kali ini untuk menang! oleyh!


okey, done for today. hanya update pasal taged dan contest. HAHAHA. aci tak? aci tak? aci kannn...kau nak aci pi India la izan oi...


with❤:izan®

ke masuk bakul tertinggal di belakang.


1. lima perkara tentang pemberi award ni :

  1. putih
  2. tinggi
  3. lemah lembut
  4. sopan santun
  5. ayu
2. sepuluh perkara tentang diri sendiri :

  1. perempuan
  2. tinggi
  3. tak putih macam keyna ;P
  4. masih belajar
  5. anak ke lima dari lima adik beradik
  6. ada 12 orang anak buah
  7. tinggal di felda trolak selatan
  8. suka makan
  9. suka tidur
  10. suka gaduh dengan anak-anak buah.
3. sepuluh orang yang layak dapat award ni :
  1. ezzaty hamdan
  2. amalina rashid
  3. acancapik
  4. adli
  5. aliapeng
  6. meri
  7. athiah halmy ( i tahu, u takkan buat babe) hahahaha
  8. topex
  9. roslina salleh (yang ni pon dia takkan layan taged ki)
  10. myself! NI JENIS YANG GILA AWARD ;))
setinggi terima kasih kepada keyna kerana memberi aku award ini. walaupon aku jarang komen blog beliau. ha, boleh la tambah follower keyna ni ye. kerana beliau masih single. kalau tak percaya sila ke blog beliau ;)

with❤:izan®