Followers

Sunday, October 31, 2010

kenapa hujung minggu tak ramai orang baca blog

hari ni sepatutnya aku nak kemas barang masuk dalam kotak dan beg bagai. tapi dah dari pagi aku bantai tidur ja. mana kerja nak jalan. esok nak bawa barang mana yang nak pindah masuk rumah baru. yang bakinya hj salleh suruh pos sekali dengan tembam nanti. sangat la malas hokeyh nak start kemas. kang dah start nak kena selesaikan semua. aku ni jenis kalau buat kerja nak bagi sudah terus. senang. tak menyemak mata aku nak memandang. 

eh, semalam ke nilai. beli almari baju dengan tilam untuk masuk rumah baru nanti. dah ke nilai kompem la alan yang jemput aku kat komuter dan ke giant dengan  dia. aku ni jenis suka selongkar barang-barang dia dekat dalam kereta tu. sekali jumpa..ok, abaikan dulu part tu. nanti kita buat entry lain k. anyway, THANKS SO MUCH DEAR!

sejak dua menjak ni aku rajin nak buat tinjauan sikit. tiap kali aku update blog hujung minggu je mesti tak ramai yang baca. jadi macam malas plak nak update hujung minggu ni. aku telah membuat andaian sendiri kanapa tak ramai baca blog hujung minggu.

  1. sebab adanya blogger macam aku. yang bila hujung minggu jadi malas nak update.
  2. sebab hujung minggu banyak kenduri nak kena pergi.
  3. sebab hujung minggu jalan-jalan ke luar. bukan 24/7 nak duduk depan lappy!
alasan lain aku malas nak pikir. sebab tengok baju aku pon dah macam ape betimbun-timbun atas katil mintak nak lipat. okey-okey dear. mommy coming...eceh!



with❤:izan®

Thursday, October 28, 2010

Day 03 - A picture of you and your friends

cabaran seterusnya. untuk hari ketiga ini aku nak kena mintak maaf awal-awal sebab tak update blog siang-siang. exam dari pagi sampai petang ko. pagi mengira petang membaca. memang cukup stabil la kepala hotak aku ni kiri dan kanan. entry ini juga merupakan kesinambungan dari entry ini. (klik)

sometimes a picture can tell everything without any caption. how i miss my old days with my old friend.



with❤:izan®

Wednesday, October 27, 2010

Day 02 - The meaning behind your blog name

cerita ini merupakan cerita sambungan dari sini. (klik)

untuk menyempurnakan cabaran hari ke-2. sebenarnya dah banyak kali aku tukar nama blog. dari izandaughtersalleh pergi ke miss izan, lalu terjun ke izan sahaja. dan sekarang izan salleh. sebab senang rasanya bila guna nama sendiri. kalau dilihat balik, memang semua nama yang aku pernah aku guna adalah nama sendiri. maybe sebab aku rasa nama aku sedap kot. IZAN SALLEH. comel, padat dan ringkas. macam ngam gitu. 

or maybe sebab aku lihat ramai je blog yang menggunakan nama sendiri jadi meletup-letup. contoh macam hanis zalikha. sedap kan nama dia? aku pon nak perasan nama aku sedap. so letak la nama izan salleh. tak kan nak letak alan azwan pulak kan? very tak sesuai gitu nak letak kat blog. kalau letak dekat KAD WALIMATULURUS nanti baru la sangat sesuai. bagai dolphin dengan air. tak dapat dipisahkan. HAHAHA

blahhhh..kalau bagi kat aku bab nak bangga diri sampai esok pon aku rasa macam tak siap entry ni.esok aku exam. pagi dan petang ;)

sebelum terlupa, nak tengok bag murah? (klik) , (klik)

with❤:izan®

Tuesday, October 26, 2010

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

maka hari ini bermulalah 30 hari dengan cabaran.

gambar terbaru semasa memjadi model kedai runcit sendiri.
15 interesting facts about izan salleh.

  1. sedang belajar di UKM untuk semester terakhir.
  2. merupakan anak bongsu yang sangat MANJA.
  3. sedang berusaha untuk pulihkan parut jerawat gatal yang telah tumbuh sejak form 4.
  4. heart NESCAFE.
  5. suka bersolek sejak ada boyfriend.
  6. suka tidur lepas subuh.
  7. ada 12 anak sedara.
  8. tak pernah hafal sifir. tapi bukan bermakna aku tak suka mengira.
  9. love MONEY!
  10. sebab tu aku tengah jual bag sekarang. boleh klik sini, sini, dan sini juga.
  11. mula bercinta sejak tingkatan 2 lagi. tapi bukan dengan alan la. HAHAHA
  12. seorang yang RABUN. 
  13. dan sebab tu suka pakai lens.
  14. tidur dengan lasak. sebab tu bantal suka berterabur kat lantai esok pagi.
  15. saya ada banyak handbag dan kasut! (part hj. salleh selalu bising...)



with❤:izan®

alhamdulillah

selamat hari selasa. lusa saya ada peksa. peksa = exam. 

ni nak elakkan mengantuk. aku update lagi satu entry. ALHAMDULILLAH. akhirnya menjadi juga aku menjalankan bisnes secara kecil-kecilan. untuk setakat ini, hanya tinggal lagi 3 bag sahaja yang belum terjual. kepada sesiapa yang telah book nanti aku bawa balik rumah aku bagi k. sebab mostly orang-orang kampung aku yang nak. orang bandar ni eksen sikit. kata MAHAL la. hape la kan. cuba ko tambah harga bag tu dengan duit minyak dengan tol? ade dapat harga aku jual? eceh..emo oh izan. okey-okey. korang boleh cari kat tempat lain yang lagi murah. FINE! emotional lagi. hahaha

and sekiranya ada sesiapa yang nak order bag yang dah sold out tu, boleh inform aku di mana-mana as long as korang yakin yang aku boleh baca dan reply. nanti aku akan restock ok bebeh! 

sebelum aku tertidur, thanks so much kepada yang menyokong bisnes kecil-kecilan aku ni ;)

with❤:izan®

review just like heaven

kali ini review JUST LIKE HEAVEN edisi musim exam. aku ni kalau jenis study mengira suka sambil-sambil tengok movie. maka secara tuntasnya..eceh..masa darjah 6 ni aku blaja guna perkataan tuntasnya. kita sambung kembali, secara tuntasnya habislah beberapa buah movie yang aku ambil dari teha. buat masa ini hanya mampu buat review JUST LIKE HEAVEN. nanti-nanti lain kali aku buat review lain pula. seperti biasa apa? ini bukan janji.




Genre: Drama, Romance, Comedy
Synopsis: When David sublets his quaint San Francisco apartment, the last thing he expected or wanted was a roommate. He had only begun to make a complete mess of the place when a pretty young woman named Elizabeth suddenly shows up, adamantly insisting the apartment is hers. David assumes there's been a giant misunderstanding... until Elizabeth disappears as mysteriously as she appeared. Changing the locks does nothing to deter Elizabeth, who begins to appear and disappear at will -- mostly to rebuke David for his personal living habits in her apartment. Convinced that she is a ghost, David tries to help Elizabeth cross over to the "other side." But while Elizabeth has discovered she does have a distinctly ethereal quality -- she can walk through walls -- she is equally convinced that she is somehow still alive and isn't crossing over anywhere. As Elizabeth and David search for the truth about who Elizabeth is and how she came to be in her present state, their relationship deepens into love. Unfortunately, they have very little time before their prospects for a future together permanently fade away. 


ini adalah review yang aku ambil dari sini...terima kasih ;)


tetapi selepas ini adalah review dari aku. bagi aku cerita ni ok la, ada moral value nya. tapi ending tak best sangat sebab tiba-tiba je commolot! cis! kena la bagi panjang sikit TANG BAB MACAM MANA elizabeth boleh ingat balik kat david..itu sahajalah review dari aku. HAHAHA





with❤:izan®

Monday, October 25, 2010

30 days of challenges !

30 days of challenges ! 

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 - The meaning behind your blog name
Day 03 - A picture of you and your friends
Day 04 - A habit that you wish you didn’t have
Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to
Day 06 - Favorite superhero and why
Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08 - Short term goals for this month and why
Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter to your parents
Day 25 - What I would find in your bag
Day 26 - What you think about your friends
Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned?
Day 30 - Who are you?

aku suka baca blog nada. oleh kerana dah suka dok belek-belek blog dia sekarang ni, rajin plak si nada ni buat 30 days of challenges ni. tiba-tiba aku rasa nak buat plak. hopefully terlaksanalah 30 dyas of challanges aku ni. ;)

maka, mulai esok akan ada tajuk-tajuk entry cabaran dalam masa 30 hari ni. nak kena jujur ke dak aih? HAHAHA





with❤:izan®

exam telah tiba

seperti yang sedia maklum, seperti yang telah di war-warkan dalam entry sebelum-sebelum ini, minggu ni adalah minggu exam. seperti biasa. makin dekat nak exam makin ligat membuat entry. semua adalah faktor hujan. sebab bila hujan rasa nak tidur. dan kalau tidur rasa macam tak study. so bila udpate blog dengan entry rasa macam dah study. boleh dak macam tu? nur athiah dah deactive account fb dia. aku perasan pon sebab semalam nak tag nama dia kat album bag aku tak keluar plak list name dia. aku bile nak deactive? memang tak da la. biar je la on. sama ja aku ni deactive ke active. tak meninggalkan kesan. good luck sayang ku athiah!

jadual exam aku sem last ni memang best.rasa macam tak nak tinggalkan ukm kalau jadual aku setiap sem macam ni. sayang UKM! 

khamis, 28/10, 8:30 pagi, pengurusan kualiti
                        03:15 ptg, teori organisasi

sabtu, 30/10, 08:30 pagi, pengurusan sumber manusia

rabu, 10/11, 08:30 pagi, sistem maklumat pengurusan

khamis,11/11, 03:15 ptg, pengurusan operasi

gap sampai 10 hari tu. memang kompem aku balik rumah. kalau duduk ukm,memang sesak la aku nak cari duit makan. ni pon tengah sesak wal nafas aku nak korek duit tabung. lepas ni kena plan baik-baik belanjawan aku. kalau tak nahas tak cukup makan aku time praktikal. ah! tiap sem ko cakap cam tu. tapi kau akan end up dengan masalah yang sama izan. HAHAHA. nampak sangat belum pakar mentadbir kewangan sendiri. macam mana nak tadbir kewangan rumah tangga sendiri nanti? memang kena hire pembantu kewangan ni. sudah-sudah. sebelum makin panjang tanpa trafic light untuk berhenti. entry mati di sini untuk pagi ini. esok kita cari entry lain.
with❤:izan®

Sunday, October 24, 2010

rm 35

yang ni kita up rm5 dari rm 30 menjadi rm 35. kira dah murah dah ni oi. eceh...ini semua taktik mengambil hati pelanggan. sebab apa up sikit. haaaaaaaa...lu pikir la sendiri. tengok dulu bag nye baru bagitaw aku kenapa. kalau tak nak bagitaw pon tak pe. i relaaaaaaaa uuuuuuu...


KOD : 006
WARNA : PUTIH
HARGA : RM 35


KOD : 004
WARNA : PURPLE
HARGA : RM35

KOD : 005
WARNA : HITAM
HARGA : RM 35

KOD : 008
WARNA : HITAM
HARGA : RM35

with❤:izan®

RM30

apa yang rm 30? yang pasti bukan hantaran aku. harga bag okeyh. selamat membeli. harga adalah tidak termasuk kos pos. kalau kau tu duk sebelah bilik aku je, takkan nak kena pos jugak kan. meh je la datang bilik aku nak belek-belek. semua barang hanya ada satu sahaja. tidak ada pilihan warna yang lain. kalau nak, kena tunggu. aku kena pergi merempuh laluan-laluan genting untuk aku membeli bag-bag ini untuk korang. harap maklumat!

KOD : 001
WARNA : COKLAT
HARGA : RM30

KOD : OO9
WARNA : KELABU
HARGA : RM30

KOD : 007
WARNA : JALUR HITAM, TALI COKLAT
HARGA : RM30

KOD : 002
WARNA : MERAH
HARGA : RM30

KOD : 003
WARNA : COKLAT
HARGA : RM 30

KALAU NAK TENGOK GAYA AKU MENGGAYAKAN BEG-BEG DI ATAS, BOLEH LIHAT DI FB AKU. ;)



with❤:izan®

Saturday, October 23, 2010

sunsilk free

selamat pagi sabtu semua.

ada apa-apa perancangan di hujung minggu ini? jika tiada buat-buat la duduk rumah tu berkemas. ada juga faedahnya.jangan kerjanya nak dating je hujung-hujung minggu ni. tambah-tambah student UKM macam aku ni. khamis ni dah start exam. ape ke bagus kiranya engkau study sekarang izan oi? sekejap, tengah menikmati nescafe setelah 3 bulan aku tak telan. oh mai...tersiksa okeyh, jiwa batin aku. tapi its ok, aku dah dapat control selama 3 bulan. so lepas ni, dalam seminggu boleh minum secawan je.

kenapa bila aku taip entry ni, hurufnya lambat benar nak keluar. sampai dah abes taip baru huruf meluru keluar. rasanya dia merajuk kot dengan aku sebab semalaman pasang lagu sambil teman aku study sampai ke pagi lagu tu tak habis-habis. banyak sungguh rupanya lagu dalam laptop aku ni. baru perasan.

kita masuk ke cerita sebenar, cerita nya begini.

masa petang, eh petang ke? bukan-bukan dah lepas waktu maghrib, dalam jam 8 malam gitu. ada orang ketuk pintu bilik aku. masa tu aku dengan su masing-masing kat meja sendiri. su pandang aku, aku pandang su. MALAS nak bukak pintu. then kami biarkan sahaja orang yang ketuk tu berbual dengan kawan dia. dari apa yang aku dengar "tak de orang kot". kami bantai gelak dalam hati. maaf lah orang diluar. kami ni kalau dah masuk bilik, melekat atas kerusi amat payah untuk menapak ke pintu. padahal hanya 5 tapak je dari meja.

setelah selesai aku tukar langsir seperti apa yang terpapar semalam. aku buka slide kualiti konon nak study. dalam konon tak konon tu aku habiskan 2 chapter dengan gigih. tak pe izan, ade lagi 4 chapter sebelum khamis ni. then have to study subjek TEORI ORGANISASI yang exam nya sama juga hari khamis yang sama. eh, semacam dah tulis banyak kali kan pasal ni. nampak sangat aku suka dengan table exam untuk sem ni. what the H!

tiba-tiba dalam jam 10 macam tu ada orang ketuk pintu lagi. kali ni dah tak boleh nak pura-pura tak de kat bilik. sebab aku ni jenis yang cepat kesian. aku bayangkan kalaulah aku yang kat luar tu ketuk pintu kan. kot-kot ada hal mustahil ke. bukan-bukan. mustahak. aku bukakan jugalah. ada seorang junior. aku tahu dia junior sebab dia bahasakan aku akak.

adik: akak dah dapat sample sunsilk?
akak: erk, belum.
adik: ni ha, free je. amek la...
akak: ok, thanks.

oh, nampak benar ko bukan akak yang peramah izan. itu je kau jawap? dah tu nak jawap apa lagi..mana boleh ramah mesra sangat. nanti i dapat award akak senior paling sporting plak time dinner. HAHAHA
dan apabila aku hendak memendekkan cerita, maka dapatlah aku dengan su sample sunsilk yang free sorang 2. dua okeyh, kitorang dapat! diulang, dua sample.

boleh abaikan cawan nescafe aku atas buku kualiti tu. baru nak breakfast anak dara ni dah jam 10. normal la kan. jangan nak kata aku sorang je yang baru nak breakfast. aku tahu, korang tu bangun-bangun dah bukak fb kan? jangan la kata bangun-bangun je dah nak bukak blog aku. malu i! KAH KAH KAH

SUNSILK bagi sample shampoo and conditioner. tapi kenapa HIJAU? aku ni kalau bab-bab shampoo aku suka ambil warna pink. itu pon kalau banyak pilihan warna la kan.sebab nampak macam perempuan gitu kalau botol shampoo warna pink. kepada perempuan-perempuan yang pakai botol shampoo kaler lain selain pada pink tu baik korang tukar shampoo yang botol kaler pink. baru gegirl gitu! 

dan disertakan juga bersama SIKAT PINK! tiba-tiba aku rasa macam perempuan sepenuhnya. eh, jangan salah faham. i memang gegirl u dari azali lagi. kalau tak, tak kan la nama aku ada binti. ingatkan saja je lah kan dia bagi sikat free. rupa-rupanya ini adalah alat kawalan kualiti. seperti mana yang aku belajar dalam subjek kualiti. that book said, there are seven tools of quality. nak tahu ape? pergi beli buku ESSENTIAL OF QUALITY by Victor E. Sower. ape ni izan? tak paham langsung apa kau merepek ni labu...

okey, mari kita ceritakan bagaimana sikat ni berfungsi sebagai alat kawalan kualiti. standard yang di tetapkan oleh pihak SUNSILK ialah, sikat tidak akan bengkok selepas menggunakan perapi rambut keluaran SUNSILK. bagaimana sikat ini boleh bengkok? dekat leher sikat yang disediakan terdapat satu besi yang mudah lentur. sekiranya rambut korang kusut sebelum menggunakan perapi SUNSILK maka, sikat akan bengkok. dan selepas menggunakan perapi SUNSILK, mereka menjaminkan bahawasanya sikat TIDAK AKAN BENGKOK. 

sejauh mana kah kebenaran fakta ini? nanti masa aku mandi pagi aku akan try. erk, tapi macam dah nak masuk tengahari kan? so, kita namakan ianya mandi pagi nak ke tengahari. macam tak sabar-sabar nak try test dan cuba!


siapa kata wanita bertudung tak perlu menjaga rambut? lagi bertudung lagi la nak kena jaga. kerana rambut itu mahkota setiap wanita. ecehhhhhhhhhh...

sehingga aku membuat entry seterusnya, kita berhenti di sini dahulu. babai!


with❤:izan®

Friday, October 22, 2010

langsir deepavali

salam sejahtera,

sebenarnya malam ni ingat nak menghadap slide KUALITI kot-kot dapat la habiskan dalam se-bab dua. tapi macam tinggal ingatan sajalah. sebab ter-kasik-tukar-langsir-rumah-sempena-nak-deepavali-pulak. tapi tak pe, malam masih muda. so aku akan gigih menghadap slide KUALITI malam ni. dan sebagai denda sebab menangguhkan study, mari kita stay up sikit malam ni. jangan panjat atas katil tu selagi kau tak habiskan mana-mana chapter untuk KUALITI malam ni hokeyh!

dan berbalik kepada langsir rumah baru, harap ianya lebih tenang dan menggamit ramai sedara-mara untuk menikmati maruku dalam hayalan. raya lambat lagi kan? so masih sempat nak bershopping ke JALAN TAR esok. jikalau esok ternampak aku di sana, anggaplah aku berhajat membeli sari buang dua tiga pasang. hahaha. cukup izan cukup. jangan kau tambah panjangkan entry yang memang akan panjang ini.

sebelum apa-apa, progress untuk praktikal bulan 11 ini masih di tahap 50%. mari kita tinjau check list untuk ke praktikal.

  1. tempat praktikal (done)
  2. rumah sewa (done) <----thanks to my bestfren aqilah and her bestfren or maybe they will be my bestfren juga dalam masa sebulan akan datang. amin!
  3. kenderaan (done) LRT dan BUS akan sangat membantu.
  4. surat menyurat (done)
  5. mental??? ( not ready yet!)
sebab masih dalam mood hendak melepasi exam final yang terakhir di UKM. then i will become alumi of UKM. eceh... dalam hati tak sabar, cuma kat muka tak berapa nak boleh tunjuk. mungkin sebab muka ni dah selalu sangat buat muka. so, dah keras sikit. tapi kalau muka macam ni agak-agak muka nak mintak apa?

mintak PENYEPAK! BAIK KO PERGI STUDY SEKARANG IZAN!


with❤:izan®

Thursday, October 21, 2010

surat daripada seorang lelaki kepada 'FUTURE WIFE'

Kehadapan my future wife(s)
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.


with❤:izan®

Wednesday, October 20, 2010

the child's eye

perlu diingatkan cerita ini PG 13. so membaca entry ini juga kena mendapatkan bimbingan orang yang terlebih dewasa. agar tidak silahertikan oleh anak-anak dibawah usia 13 tahun. harap maklum.

perlu dimaklumkan terlebih dahulu ini review yang aku ambil dari sini.


The Child’s Eye in 3D tells the story of six stranded Hong Kong travelers during the shutdown of the Bangkok airport in the November 2008 anti-government protest and their supernatural encounters after the disappearance of three in the group. 

Stranded in Thailand by the political uprising and airport closure, Rainie and her friends were unable to return home. Reluctantly, they decide to stay in an aged and shabby hotel. Among them is Rainie’s almost-breakup boyfriend, Lok, Ling and her brother Rex and Ciwi with her beloved boyfriend, Hei. The moment they check into the hotel…they come across three weird children and a puppy that seems slightly odd. As strange and sinister things start to happen, they begin disappearing one after another.

manakala, dibawah ini merupakan review dari aku. sekiranya tak nak percaya apa yang aku cerita. maka boleh berhenti membaca sampai di sini sahaja. review di atas rasanya telah mencukupi.


bagi aku cerita ini bukan dalam kategori PG 13. sepatutnya dalam kategori PG18! sangat menggerunkan. sampai tercampak kasut aku. athiah yang mengajak aku tapi dia yang terlebih jerit dari aku. dah la cerita hantu. tengok pula dengan 3D. ko bayangkan la, macam mana hantu tu terkeluat dari skrin nak capai kepala ko. boleh bayang? tak bukan? haaaaaaaa..aku nasihatkan pergi tengok. memang berbaloi. aku tengok dengan yona, and atie. thanks sebab menghasut aku tengok cerita yang berbaloi ni!

cerita ni ada 3 heroin yang cun dan 3 hero yang bukan taste aku. tapi boleh la. so-so je la kan...tak de hensem sampai aku duk terbayang-bayang. cuma aku asyik duk terbayang hantu tu kat atas kepala aku. seperti biasa pelakon utama cerita hantu mestilah perempuan. iaitu Rinie. boifren dia nama Lok. diorang berenam ni pergi bercuti kat thailand. on that day diorang nak balik tu, diorang terkandas kat jalan. and pemandu teksi yang nak hantar diorang pergi airport hantar diorang kat satu hotel yang akan menyebabkan bermulalah cerita hantu. oh, sebelum terlupa, sebab diorang terkandas kat jalan raya? sebab ada mogok dari rakyat thailand.


bila diorang start masuk kat hotel tu diorang nampak 3 orang budak dengan seorang anjing. anjing ni akan menyalak bila nampak hantu. bila anjing tu nampak je diorang enam orang ni, anjing ni akan menyalak. masa diorang order makan. tempat duduk kat meja tu ada tujuh. mak cik yang ambil order ni ambil order diorang tapi macam ada tujuh orang yang order. bila hantar makanan, diorang tanya la, kenapa ada tujuh. mak cik tu dengan selambe kata, dah tujuh orang tujuh la makanan kan. itu pon nak kena ajar ke? bukan-bukan. itu ayat aku tambah sendiri.

dan bla bla bla. malas nak taip. cuma bayangkan saje lah. kalau tangan hantu boleh lekuar skrin depan mata ko. bila kerusi melayang sendiri atas kepala ko dan tiba-tiba hantu terjengul depan muka ko dengan kesan 3D. kalau tak menjerit bagi perempuan aku respek korang. sebab atie jerit sangat kuat! HAHAHA. lelaki macam biasa la, tak kan menjerit cuma, seluar je la basah sikit berpeluh nak tahan jerit. KAN???

oleh itu, sampai disini sahajalah review kali ini...

with❤:izan®

Monday, October 18, 2010

kita harus mencuba

ini lah antara petanda bila exam dah nak dekat. blog akan terupdate dengan hebat. ini adalah perkara normal. susah nak tentukan kenapa ini ada kaitan dengan jumlah update dan makin dekat dengan nak exam. mungkin sebab makin tension makan hanya blog tempat nak buat segala macam luahan hati. nak buat luahan kat orang lain takut nanti tersekat-sekat sebab sambil nak bercerita sambil nak menangis. kalau dekat blog, menangis tak mengganggu pentaipan. ianya still akan berjalan dengan lancar.

presentation pagi tadi berjalan lancar. lebih banyak kumpulan yang membuat lakonan yang agak kreatif untuk perbentangan HRM PAGI TADI. sangat seronok bergelak melihat para bakal pelakon keluaran ukm. seungguh berbakat. berbakat membuat lawak.walau apa pon tahniah! kita semua berjaya.

maka hanya tinggal untuk sediakan report sahaja. itu pon due date nya selepas exam nanti. kerana hanya group aku sahaja yang kena buat report tersebut. kerja kualiti nanti kena fikirkan bagaimana nak buat. sesi temuduga esok mungkin akan di tunda pada khamis. saya ada hal lain esok. sehingga ada idea lain lagi di lain waktu, entry ini secara tiba-tiba tamat!




with❤:izan®

dan akhirnya cerita bersambung

seperti yang telah lama di janjikan, kita sambung kembali cerita pasal ke sunway lagoon bersama alan. cerita nya tidak habis di part 1 sahaja. masa kami cuba untuk masuk ke dalam rumah hantu kat dalam sunway tu, hanya kami berdua sahaja. makanya memang menjadi lauk-lauk hantu tersebut la. sebelum masuk dalam tu akak yang bagi arahan depan pintu tu macam nak cari gaduh pon ada. siap marah alan, suruh berdiri betul-betul depan dia. nasib alan tak angkat tangan je kat akak tu. aku dah terkebil-kebil dengar akak tu bagi amaran jangan sentuh apa-apa hantu pon dalam tu.

belum akak tu abes cakap lagi tiba-tiba tekeluar seekor hantu. belum masuk lagi ni aku dah jerit separuh anak tekak dah. masuk je dalam tu, memang la gelap uuuu...sorry alan if i teraba u, i tak sengaja ohhh.. MUAHAHAHA -----> setan punya gelak.

setahu aku setelah di ceritakan oleh alan, rumah hantu tu ada 5 stage kot. correct me if salah. dan kami hanya lepas 1 stage sahaja. sebab??? ALAN MENANGIS DALAM TU! hahahaha..tipu! aku yang nangis. ok, boleh gelak sampai muntah sekarang. tak de la menangis macam budak-budak tu. cuma nangis macam mak budak je.

muka mak budak baru lepas menangis kena kejar hantu memang selalu comel macam ni. harap maaf ;)

with❤:izan®

Thursday, October 14, 2010

sunway lagoon (part 1)

percutian di tengah waktu aku sangat busy. eceh...tak da la busy mana sangat pon. cuma time ni aku ada 5 assignment, 3 pembentangan dan sedang sibuk menghabiskan kredit untuk call mana-mana company yang sudi untuk ambil aku praktikal. tak la busy mana kan..berbanding orang lain yang nak praktikal short sem nanti, bukannya sem depan macam aku ni ha, tapi still tak da masa nak siapkan kerja kumpulan kan? sapa la tu..malas nak ungkit banyak-banyak, sebab tu aku ungkit sikit je dalam blog ni ha. sebab aku tak busy pon. HAHAHA. tapi tak pe, semuanya telah selesai. kerja pon dah siap. thanks to all my group member, tanpa anda siapalah saya ini. eceh...

untutk pengetahuan, aku dengan alan je yang ke sunway lagoon ni. ajak ramai, tapi semua cancel last minute. kami teguh dengan pendirian masing-masing gigih nak nak pergi juga. sebab kalau tak pergi cik izan kita ni akan hamuk satu kampung. biasalah dah biasa dimanjakan. penat saya nasihat dia, pergi lain kali, sebab kerja banyak yang tertangguh...tapi nak buat macam mana? saya hanya pembantu beliau...(perenggan ini di karang oleh my PA)

thanks to alan for all the ticket, lunch, duit minyak and tol. dan haku? hanya pergi sana dan enjoy! hujung bulan ni kita makan meggi je la kan uuuu...duit masing-masing dah tak da. ini lah seperti kata pepatah, "biar papa asalkan bergaya". contoh yang sangat tepat saya rasa untuk perenggan ini. kita teruskan dengan sajian gambar di sana. harapnya gambar-gambar ini cukup untutk menceritakan segalanya. kalau tak cukup, aku akan tambah caption kat bawah tu. harap maklum.

 ini adalah bertujuan untuk tunjuk jam sunway lagoon itu.

mainan wajib untuk kami...

hati ku di tusuk duri..ecehhh...

holoh holoh holohhh..jinak!

berjumpa lagi di part yang seterusnya jika ada. muah!



with❤:izan®

Wednesday, October 13, 2010

tips temuduga kepada wanita/perempuan

sebelum apa-apa berlaku, aku ingin tegaskan disini, ini hanyalah tips dari aku. so jangan la korang nak compare dengan mana-mana doktor falsafah mahupon ahli kaji minda yang hebat-hebat dan pakar di luar sana. bawasanya saya hanyalah student yang belum grad pon. tapi gatal nak share tips temuduga yang adooo ni... kita akan masuk dari satu bahagian ke bahagian yang seterusnya. sila baca sampai habis, kalau ada yang tanya soalan yang aku akan terangkan sebentar lagi, aku block ko terus dari baca blog aku. HAHAHA

BAHAGIAN 1 : PEMAKAIAN

  1. sila pakai pakaian formal. walaupon ko tahu company tu environment dia jenis yang tak ambil pusing ko nak pakai jeans ke hape ke kan, tapi for the first time diorang nak tengok bakal pekerja diorang mestilah nak nampak sesuai gitu.
  2. ini penting kepada WANITA! jangan nak pakai tudung yuna ke, syria ke, ekin ke, ala-ala gipsi ke...tak payah! ko pakai je tudung bawal biasa. mana la tau, kot-kot penemuduga ko tu anti ekin wife si mawi tu ke, anti yuna oh bulan tu ke, tak ke naya ko punya sesi temuduga tu nanti?? jawap!
  3. pakai high heel. jangan pakai selipar! dimaklumkan high heel yang sesuai. bukan yang baju merah heel nak warna kuning! meh aku ketuk pala ko!
BAHAGIAN 2 : APA YANG PERLU DI BAWA
  1. sesungguhnya, bawalah segala resume, sijil dan apa yang patut walaupun sehari sebelum ko pergi interview tu ko dapat panggilan yang ko tak payah bawa pape kan? ko jangan PERCAYA! tu semua psikologi teraputik semata-mata!
  2. bawa pen, selit la dalam handbag korang tu, kang dia suruh isi borang, mula nak terhegeh-hegeh mintak pinjam pen dekat receptionist kan? blah! receptionist tu banyak lagi kerja nak buat selain nak tolong ko si budak baru nak mintak kerja/latihan industri ni ha...
  3. bawa tisu, sebab ko kompem peluh dingin la.
  4. lastly, make up sikit. bagi nampak bersemangat dan bersungguh-sungguh mahu minta kerja. kalau muka tu lawa tak pa la, tak payah make up. bak kata orang putih, natural beauty. kalau muka ko level-level aku je ni ha, aku nasihatkan make up la woi. bagi lawa sikit. mintak bantuan rakan-rakan untuk nilai.
BAHAGIAN 3 : SEMASA TEMUDUGA
  1. sekiranya soalan di tanya dalam bahasa melayu, sila jawap dalam bahasa melayu. jangan nak over ko nyah jawap dalam bahasa inggeris. TAPI! kalau dia dah  tanya dalam english jangan ko mintak pula nak jawap dalam bahasa melayu. ko nampak pintu keluar dari bilik temuduga tu? haaa..baik ko minta diri je la..lebih afdal!
  2. dengar soalan tu betul-betul. contoh nya kalau dia tanya: how can i address u? jawapan nya? u can just call me izan. tak payah nak terang lebih-lebih! ingat! berpada-pada.
  3. seterusnya, jawap soalan yang di tanya, bukan ko tanya balik soalan kat dia. tapi kalau ko tak sure dengan soalan tu, ko boleh mintak dia explain sikit la. supaya ko dapat gambaran apa nak jawap.
oleh itu, aku rasa sampai sini sahajalah tips dari aku. ini semua pengalaman yang ada. semua ini betul semata-mata. harap membantu ;)


with❤:izan®

my beloved one

seperti yang dijanjikan, nah aku sajikan entry sambutan hari jadi anak buah aku yang sulung SHAHRUL SHAFIQ bin rosni. oleh kerana along aku kahwin awal, so aku dapat anak buah sekitar umur aku baru 6 tahun. kau boleh bayangkan? selaku anak bongsu di dalam keluarga selama lebih 6 tahun, dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah, cakap je nak ape...nak mainan masak-masak? dapat...nak mandi hujan? dapat...nak kereta kelisa sebijik? dapat! haaa..dah lebih la kan, dapat penamporrr!

tiba-tiba kak long aku which is kak ipar aku, bagi aku anak buah. memang kasih sayang yang selama ini untuk aku di belah-belah la jadinya. semua nak kena share dengan shahrul. dia nak tengok kartun kat astro, sampai aku sorok remote astro atas palang pintu. then dia ngadu kat opahnye iaitu mak aku terus mak aku ambil bagi kat dia remote. then aku masuk bilik, nanges! tak puas hati sebab mak aku lebihkan cucu dari anak. padahal aku nak jugak tengok kartun tu, disebabkan menyampah dengan manja si shahrul saje je cari point nak gaduh. HAHAHAHA

tup tap tup tap dah 15 tahun dah ko shahrul masa 2 okt haritu. maksu ucapkan Happy Birthday! semoga abg peroleh kejayaan di dalam PMR tahun ni. kalau ade rezeki mak su belikan hadiah yang mak su janjikan tu. ko kena la paham mak su ko ni belum bekerja. harap duit JPA tu tak cukup pon...(alasan hokeyh!)

ni ha anak buah aku yang sulung. sedap nak buat peluk!

tukang sibuk mesti ada. kalau tak, tak meriah majlis. HAHAHA

tudung hijau : kak long aku, akak ipar and ummi shahrul
tudung kuning : adik shahrul, nurul

baju pink : aisyah (adik kepada shahrul)
baju oren : aliff (adik kepada iman iaitu anak abg pen aku)

tu tak kan tak kenal hj salleh. masih kacak!
dan si kecil molek qistina humaira anak abg pen aku juga.

ni namanya lauk! buat nak cubit2 pipi boleh la...

mak aku dengan along.

maira!!!!
oh, sebelum terlupa. kitorg sambut birthday si shahrul dekat sekolah asrama dia. sebab dah nak dekat pmr so dia tak boleh balik rumah masa tu. sebab tu la nampak macam picnic bagai kan...

with❤:izan®

Tuesday, October 12, 2010

blog aku ke ni?

salam satu malaysia...

urmmm...sekejap ya, aku kena ambil mood betul-betul mood untuk memulakan entry yang sudah lama aku tinggalkan. harap maklumat kepada semua. saya merupakan pelajar tahun akhir UKM. semester depan saya akan menjalani latihan industri atau dalam kata lain praktikal. dan bulan ogos tahun depan insyaAllah aku akan bergraduat! ok, aku baru tahu ada word bergraduat sebab nampak kak siti buat ayat ni dalam surat permohonan latihan industri aku.

selama seminggu aku berhibernasi memantapkan diri untuk ke alam yang lebih mencabar pada sem depan, rasa macam cerita tu berlambak-lambak nak diluahkan dan sudah tidak mampu untuk ditahan. kalau boleh, okey, ini kalau boleh la. aku rasa akan menaip entry dengan sepenuh jiwa malam ini. sebelum terlupa saya ingin ingatkan di sini ini bukan janji. saya hanya merancang, dan siapa yang tentukan? haaaaaaaa..pandai! ALLAH!

mungkin akan dimulakan dengan bissmillah, disudahi dengan alhamdulillah (baca dengan nada lagu raihan).abaikan. mungkin akan dimulakan dengan cerita sambutan birthday shahrul. my beloved one. alan? kami tiada apa-apa lagi ;( sad kan..

hoi! berani kau cakap semacam itu! memang la kami tiada punya apa-apa. tiada kerata, tiada rumah. tapi kami punya CINTA. eceh...shahrul is my 1st anak buah. dah form 3 dah pon. kitorang..ops! akan di ceritakan pada entry lain. kalau terbuat lah. sekiranya tiada MOHON MAAF sekali lagi. dan mungkin akan memberi beberapa tips untuk temuduga. sebab saya telah di temuduga untuk pertama kalinya di alam kerja yang real oleh wakil dari HQ 7eleven. pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup ini. oh, ini pon akan diceritakan dilain entry. sekiranya apa? sekiranya terbuat la...terlebih dahulu, saya mohon ampun dan MAAF awal-awal lagi agar semua tidak menuntut janji. ini bukan janji tapi tidak pasti.

selepas itu cerita seterusnya akan berkisar mengenai percutian yang amat menseronokkan. saya telah mencuba sepenuhnya segala permainan yang termasuk dalam pakej, yang kena buat bayaran tambahan saya tidak buat. kerana semua terlalu berbahaya untuk saya dan anak saya pada masa hadapan. ini hanya bayangan, saya belum mempunyai tanda-tanda punya anak. sebab saya masih belum berkahwin. mungkin dalam masa 5 tahun lagi, entry hanya akan berkisar mengenai anak. di sini juga saya tidak janji sekalian.

oleh kerana keterbatasan masa saya, saya kena mandi dan bersiap ke kelas. bye semua. saya sayang anda! eceh...

with❤:izan®