Followers

Saturday, October 23, 2010

sunsilk free

selamat pagi sabtu semua.

ada apa-apa perancangan di hujung minggu ini? jika tiada buat-buat la duduk rumah tu berkemas. ada juga faedahnya.jangan kerjanya nak dating je hujung-hujung minggu ni. tambah-tambah student UKM macam aku ni. khamis ni dah start exam. ape ke bagus kiranya engkau study sekarang izan oi? sekejap, tengah menikmati nescafe setelah 3 bulan aku tak telan. oh mai...tersiksa okeyh, jiwa batin aku. tapi its ok, aku dah dapat control selama 3 bulan. so lepas ni, dalam seminggu boleh minum secawan je.

kenapa bila aku taip entry ni, hurufnya lambat benar nak keluar. sampai dah abes taip baru huruf meluru keluar. rasanya dia merajuk kot dengan aku sebab semalaman pasang lagu sambil teman aku study sampai ke pagi lagu tu tak habis-habis. banyak sungguh rupanya lagu dalam laptop aku ni. baru perasan.

kita masuk ke cerita sebenar, cerita nya begini.

masa petang, eh petang ke? bukan-bukan dah lepas waktu maghrib, dalam jam 8 malam gitu. ada orang ketuk pintu bilik aku. masa tu aku dengan su masing-masing kat meja sendiri. su pandang aku, aku pandang su. MALAS nak bukak pintu. then kami biarkan sahaja orang yang ketuk tu berbual dengan kawan dia. dari apa yang aku dengar "tak de orang kot". kami bantai gelak dalam hati. maaf lah orang diluar. kami ni kalau dah masuk bilik, melekat atas kerusi amat payah untuk menapak ke pintu. padahal hanya 5 tapak je dari meja.

setelah selesai aku tukar langsir seperti apa yang terpapar semalam. aku buka slide kualiti konon nak study. dalam konon tak konon tu aku habiskan 2 chapter dengan gigih. tak pe izan, ade lagi 4 chapter sebelum khamis ni. then have to study subjek TEORI ORGANISASI yang exam nya sama juga hari khamis yang sama. eh, semacam dah tulis banyak kali kan pasal ni. nampak sangat aku suka dengan table exam untuk sem ni. what the H!

tiba-tiba dalam jam 10 macam tu ada orang ketuk pintu lagi. kali ni dah tak boleh nak pura-pura tak de kat bilik. sebab aku ni jenis yang cepat kesian. aku bayangkan kalaulah aku yang kat luar tu ketuk pintu kan. kot-kot ada hal mustahil ke. bukan-bukan. mustahak. aku bukakan jugalah. ada seorang junior. aku tahu dia junior sebab dia bahasakan aku akak.

adik: akak dah dapat sample sunsilk?
akak: erk, belum.
adik: ni ha, free je. amek la...
akak: ok, thanks.

oh, nampak benar ko bukan akak yang peramah izan. itu je kau jawap? dah tu nak jawap apa lagi..mana boleh ramah mesra sangat. nanti i dapat award akak senior paling sporting plak time dinner. HAHAHA
dan apabila aku hendak memendekkan cerita, maka dapatlah aku dengan su sample sunsilk yang free sorang 2. dua okeyh, kitorang dapat! diulang, dua sample.

boleh abaikan cawan nescafe aku atas buku kualiti tu. baru nak breakfast anak dara ni dah jam 10. normal la kan. jangan nak kata aku sorang je yang baru nak breakfast. aku tahu, korang tu bangun-bangun dah bukak fb kan? jangan la kata bangun-bangun je dah nak bukak blog aku. malu i! KAH KAH KAH

SUNSILK bagi sample shampoo and conditioner. tapi kenapa HIJAU? aku ni kalau bab-bab shampoo aku suka ambil warna pink. itu pon kalau banyak pilihan warna la kan.sebab nampak macam perempuan gitu kalau botol shampoo warna pink. kepada perempuan-perempuan yang pakai botol shampoo kaler lain selain pada pink tu baik korang tukar shampoo yang botol kaler pink. baru gegirl gitu! 

dan disertakan juga bersama SIKAT PINK! tiba-tiba aku rasa macam perempuan sepenuhnya. eh, jangan salah faham. i memang gegirl u dari azali lagi. kalau tak, tak kan la nama aku ada binti. ingatkan saja je lah kan dia bagi sikat free. rupa-rupanya ini adalah alat kawalan kualiti. seperti mana yang aku belajar dalam subjek kualiti. that book said, there are seven tools of quality. nak tahu ape? pergi beli buku ESSENTIAL OF QUALITY by Victor E. Sower. ape ni izan? tak paham langsung apa kau merepek ni labu...

okey, mari kita ceritakan bagaimana sikat ni berfungsi sebagai alat kawalan kualiti. standard yang di tetapkan oleh pihak SUNSILK ialah, sikat tidak akan bengkok selepas menggunakan perapi rambut keluaran SUNSILK. bagaimana sikat ini boleh bengkok? dekat leher sikat yang disediakan terdapat satu besi yang mudah lentur. sekiranya rambut korang kusut sebelum menggunakan perapi SUNSILK maka, sikat akan bengkok. dan selepas menggunakan perapi SUNSILK, mereka menjaminkan bahawasanya sikat TIDAK AKAN BENGKOK. 

sejauh mana kah kebenaran fakta ini? nanti masa aku mandi pagi aku akan try. erk, tapi macam dah nak masuk tengahari kan? so, kita namakan ianya mandi pagi nak ke tengahari. macam tak sabar-sabar nak try test dan cuba!


siapa kata wanita bertudung tak perlu menjaga rambut? lagi bertudung lagi la nak kena jaga. kerana rambut itu mahkota setiap wanita. ecehhhhhhhhhh...

sehingga aku membuat entry seterusnya, kita berhenti di sini dahulu. babai!


with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)