Followers

Tuesday, December 24, 2013

Dec 14, 2013 (Inside my tummy)

Hai,

Pada Dec 14, 2013 (8.00 malam). Alhamdulillah.


Heeeee :D

As expected dah sebenarnya. Because symptoms yang sangat dasyat. Antaranya :

  1. Malas - Yang ini sangat ketara. Sampaikan nak melawa untuk diri sendiri aku malas. Mira tegur apasal muka aku selekeh gila dalam gambar pergi kenduri masa Sabtu, 14hb tu. Serius, nak tempek bedak pon aku pikir lapanploh kali sekarang.
  2. Marah - Kerap gila marah Alan padahal benda cinonet je. Tapi sebelum tidur aku cium-cium tangan sikit minta ampun. Mihmihmih
  3. Memeningkan dan Meloyakan - Peliknya bukan pagi, tapi start dari lepas lunch sampai ke malam before tidur. Kena wek wek sket atleast sekali. Pernah aku nak wek wek dalam kereta tengah drive balik kerja. Disebabkan aku di line kanan dan laju. Ter-wek dan ter-telan balik. Erk, kedengaran seperti kotor. 
  4. Makan - Nafsu umpama gajah. Tapi sekarang nafsu semut. 
Oleh kerana these symptoms, aku isytiharkan IT IS INSIDE MY TUMMY. Duduk baik-baik na. Bonda and Ayah (ececeeeeee) will feed IT with healthy food and ayat Al-Quran everyday insyaAllah. 

p/s : Maybe dah 6weeks kot.


with❤:izan®

Monday, December 23, 2013

Cara kawal emosi ketika transformasi.

Hai,

Aku suka baca blog mummy to be. Sebab nanti diorang akan share, perubahan fizikal, perubahan mental dan perubahan emosi sepanjang proses transformasi. Lain orang lain la perubahan yang diorang alami. Sekarang bila aku tengah alami apa yang aku baca-baca dulu terus aku sedar, "berat mulut membaca, berat lagi bahu memikul" Eceh.

Transformasi fizikal tu next entry la kalau rajin aku update. Tapi sama je macam mummy to be yang lain. Bab emosi ni yang orang kata suami kena sabar, tabah dan releks melayan kerenah kita-kita ni. HAHAHA. Benda yang paling aku perasan, sifat malas tu makin menjadi-jadi. Makin hari makin malas. Ni nak taip entry pon mood dia lapanploh kali seru.

Bab malas tu memang aku malas nak atasi. Kalau kepala otak aku ni kata tidur, memang automatik aku tidur je la. Periuk belanga dalam sinki ke atas dapur ke, lantak kan aje. Mak aku kata nanti 2-3 bulan ok la. mood tu automatik hilang. Lagipon Alan tak pernah bising pon dapur sepah ke apa. Janji ada benda makan untuk dia telan. HAHAHA

Emosi swing macam ceeeeeeepattt sangat nak menangis. Aku tengok cerita 3 idiots pon boleh nangis. What the bonda betul la. Kalau dulu Alan jeling-jeling paku aku boleh senyum-senyum lagi. Sekarang jeling paku pakis je pon, dah meleleh air mata. Punya sensitif, sampai kadang-kadang muntah sorang-sorang dalam bilik air, Alan tengok tv pon aku boleh nangis. Kekonon Alan tak caring. Muahahaha. Padahal semua kerja rumah Alan yang buat sekarang. Cuma lipat kain and masak je aku buat.

Mood nak tengok runningman masih segar bugar. Membara dalam jiwa. Mood nak menjahit pon ok lagi. Mood nak kutip cili depan rumah pon ditahap yang memuaskan. Buat setakat ni masih belum pergi klinik. Next week kot. 

-Entry Tamat-

with❤:izan®

Thursday, December 19, 2013

Ramai Orang Salah Faham.

Hai, 

Sihat semua? Ecece. Dah lama tak update blog memang kena macam ni. Ramah mesra dan bertanya khabar. Sekarang aku tengah mengalami satu transformasi menjadi satu makhluk lain. Mood adalah tidak berapa syok untuk meng-update blog. 

Ramai dah tahu kan aku ada jual shawl home made with love. Ye, aku jahit sendiri shawl itu dirumah. Lalu aku jual. Lepas tu ramai la memuji "gila la kau ni izan. Dah la siang bekerja. Bila masa nak menjahit?" Aku anggap je ni pujian. Sekarang kena pikir +ve je. Yang -ve kita lempar jauh-jauh. Tidak elok untuk kondisi aku sekarang. Sekarang aku kena happy-happy and gelak-gelak je. Tak boleh marah-marah and makan nasi kerabu pon tak boleh. *tiba-tiba*

Semua orang ada 24 jam kan? Kau ada 25jam ke sehari? So, depends pada kita how to handle the 24 hours yang fix tu kan? Apa ni asyik kan kan. Boring la. Straight to the point. Memang aku tak ada masa sangat pon nak menjahit shawl-shawl tu semua. Oh, baru menjawab soalan kawan-kawan. Serius, aku amat busy di rumah. And I love it.

Balik kerja pukul 7ptg aku terus masuk bilik letak handbag dan ke dapur panaskan air dalam heater. Kalau Alan kerja malam. Aku tanya nak air tak? Kalau nak terus pergi bancuh air nescafe febret ku namun aku dapat bau je sekarang. Semua kenikmatan nescafe Alan rasai. *ini pengorbanan terbesar dalam hidup*

Selesai Alan minum nescafe, dia pakai stokin dan kasut. Alan akan hulur tangan minta salam. Aku bagi kiss sikit kiri kanan and tengah *paham-paham la ye* baru Alan pergi kerja. Aku akan tunggu depan pintu pagar rumah sampai tak nampak Alan baru tutup pintu. Then terus pergi dapur masak apa-apa yang patut untuk aku makan malam tu. Paling malas adalah makan megi goreng perencah sendiri *katanya perencah segera adalah bahaya*

Sambil menonton TV sekejap sambil makan aku akan tengok-tengok Imtinan Collection. Ada order or tidak. Selepas tu cau cin cau mandi, solat dan membelek Al-Quran sehelai dua. *kata orang perbanyakkan membaca Al-Quran dalam proses transformasi ni* Sampai Isyak then solat and kemas dapur masak tadi. Keluarkan Ikan, Ayam atau Daging nak masak pagi esok letak dekat peti ais tak beku belah bawah. 

Ok, Dah settle semua kan?

Baru aku masuk bilik menjahit yang mungkin sekarang boleh diklasifikasikan sebagai bilik campak semua barang. Sampai Alan stress cari beg dia tak jumpa. Nanti la kalau ada mood mengemas aku cari beg Alan tu. Mihmihmih. Aku akan menjahit sampai pukul 9.30 malam je. Dapat la dalam 5 helai 1 malam. Lepas tu pergi depan on TV sambil tonton runningman yang Alan record. Oh, I tak tengok berita. Sebab nanti Alan selalu buat ulasan berita hujung minggu. Kitorang akan borak-borak fakta sikit hari sabtu menceritakan kejadian seminggu di dunia fana ini.

Then masuk bilik dah berwhatsapp manja dengan Alan sampai aku tidur. Esok bangun, masak and pergi kerja. Kejadian diatas berulang seperti biasa selama Alan kerja shift malam. Kalau dia kerja shift siang beza nya cuma aku masak sedap sikit sampai pukul 7.45 malam. Baru mandi and solat. Then terus pergi jahit. Jam 8.45 mlm dah stop menjahit. Masuk bilik, solat and hidang nasi. Pukul 9mlm baru makan. Alan makan lambat. Kadang-kadang aku sampai kena minum milo dulu nak tunggu waktu makan dia. Mihmihmih.

Lepas makan baru tengok TV. Kan dah kata masa kita sama. Jangan lah salah faham pikir aku ni super wife gila ada 30jam sehari. Cuma bagaimana kita isi masa kita itu. Ececece. Macam penceramah motivasi pengendalian masa pula. Mihmihmih



Oleh itu boleh la like FB Imtinan Collection atau Instagram @IMTINAN_COLLECTION untuk hasil karya seni jahitan aku sendiri. Mostly shawl yang aku jahit mampu untuk menutup dada dari panahan syaitooonnnn nir rojimmmmm. Ha kau, ustazah terus. HAHAHA



Entry bersambung lagi nanti. Cuma nantikan saja bila.

with❤:izan®

Tuesday, December 10, 2013

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula Suami Isteri.

Hai,

Nampak nya seperti perancangan sehari satu entry amat payah untuk dilaksanakan. Tapi apakan daya. Usaha tangga kejayaan. *ini tiada kena mengena*

Sejak akhir-akhir ini aku mempunyai satu perangai yang amat dasyat untuk dikenang kembali. Dari minggu lepas aku punya tahap kemalasan sampai boleh bagi rating 11/10. Selalu kan aku masak kalau Alan kerja malam. Sebab siang nak makan. *berapa kali ntah nak terangkan keadaan ini*. Minggu lepas 2 hari je aku masak. Lagi 3 hari tu nauzubillah, malas nye la hai aku nak jenguk dapur. Ada 1 hari tu aku suruh Alan makan lauk semalam je. Aku panaskan balik pagi tu. Mihmihmih. Dasyat tak?

Nasib la Alan jenis ok je, janji ada lauk, boleh makan. Sabtu ahad tadi pon malas nye la hai. Buat sup ayam pada asalnya nak buat tomyam. Tapi tak cukup masam aku isytiharkan itu sebagai sup ayam. Yang tu Ahad punya lauk. Sabtu punya lauk ikan goreng. Mihmihmih. 

Semalam aku kena pergi outstation kat Bota, Perak. 

On the way nak balik tu dah call Alan

Malam ni tak nak masak boleh?

Nak makan kat luar ke?

Aah.

Ok.

Hi hip horey *dalam hati la yang ni* HAHAHA

Oleh itu, moral of the story, malam ni masak sedap-sedap. Esok kan coti! Kalau malas lagi tak tahu lah. Ape guna entah jadi pembini kalau macam ni. 

-Entry Tamat- 

with❤:izan®

Thursday, December 05, 2013

Bagaimana Nama Alan boleh jadi Alan.

Hai,

Siapa dengan HOT FM semalam? Pasal nama panggilan tu. Yang ada seorang akak tu orang panggil dia cekodok sebab dia suka makan cekodok. Lepas tu tiba-tiba teringat yang Alan dulu bukanlah yang sekarang. Eh, tak de kena mengena. Dulu kawan-kawan and aku tak da la panggil Alan tu Alan. Masa zaman sekolah menengah, masa form 1-3 kan aku sama sekolah dengan Alan. Kawan-kawan panggil Alan tu Ahcong. Sebab?

Ala, korang jawab la sendiri. Dah muka putih-putih macam tu. Mata sepet. Rambut lurus-lurus belah tengah. Dia punya minyak rambut berkilat silau biji mata I. Eceh, nampak sangat tengok Alan masa sekolah dulu. Tengok je la. Seperti entry-entry lepas aku kan dah kata Alan bukan lelaki idaman kalbu ketika disekolah. I suka lelaki gelap. Sasa. Dan berbulu. Tapi bukan KERL. Boleh tambah ing.
*maafkan saya kiranya biadap*

Oleh kerana masa zaman persekolahan begitu ramai yang ada nama panggilan. Sebagai contoh Nonot, Buyut, Bite, Apek, Panjang dan Ahcong. Ini contoh. Dan nama-nama panggilan ni ada yang kekal sehingga kini. Tapi malangnya nama Ahcong tidak panjang usianya. Berkubur sampai zaman sekolah saja. Namun bagi Alan ini adalah penentu masa depan. *kau jangan nak drama sangat izan*

Aku pernah tanya Alan, kenapa nama Ahcong tidak dikomersialkan sehingga sekarang. Sedap apa panggil Ahcong. Mesti penuhhhhhhh blog aku dengan nama ittew. Erk?? Alan jawab :

"Yes, abang berjaya membuat penjenamaan semula nama abang. Nama Alan sedap kan? Tapi kalau di pronounce *bukan porno* Ellen lagi sedap kan?."

Aku rasa macam nak muntah kalau panggil dia Ellen. Sungguh not u la. Alan. Fullstop. Cukup dah bagi aku. Ececece..*ada makna ni*

Sampaikan masa aku announce *kau kira kau artis nak umum bagai* aku dengan Alan masa 4 tahun lepas, *huyyoooooo* ada salah seorang kawan aku ingat Alan is Chinese Muslim or mualaf dalam bahasa senang. Sebab muka dan namanya menggambarkan kebegituan. *maafkan saya atas penggunaan tatabahasa ini*

Oleh itu, Alan telah berjaya menukar nama dari Ahcong ke Alan. Entah macam mana dia buat aku tak tahu. Mungkin masa memperkenalkan diri dekat tempat belajar (METC) dulu dia paksa kawan-kawan panggil dia Alan.



Alan is in the red circle. See, macam mana nak suka u masa sekolah. Very putih, very kurus, very not my type. Tergugat la kejelitaan masa zaman sekolah kalau bergandingan dengan u. Tapi kalau kau tanya sekarang pasal Alan. Aku boleh cerita 10 bakul BETAPA HEBATNYA SUAMIKU. 

HA HA HA

Sehingga mood memblog sampai kembali. Entry ini dengan rasminya TAMAT.


with❤:izan®

Thursday, November 21, 2013

Misteri Tapak Kaki di Dinding-Aku pencuri?

Hai,

Sabtu ahad lepas kan aku dengan Alan balik Trolak. Settlekan hal kenduri Aton. Dia amek pakej pelamin dengan mak aku. Memandangkan Aton kawan aku, kena la tolong mak aku pasang pelamin rumah and dewan. So, adik Alan tinggal sorang-sorang la dekat rumah. Kesian pula kat dia. Asal hujung minggu je aku dengan Alan tak de kat rumah. Minggu ni pon nak balik lagi. Mak ayah aku ajak balik kampung mak ayah diorang. Kampung tok and tokwan aku la. Nak kenal-kenal dengan saudara mara. 

Ye la, sejak kahwin ni. Mana ada aku bawa Alan jumpa saudara mara belah aku lagi. So hujung bulan nanti baru balik Johor. Alan pula bawa aku kenal-kenal saudara mara dia. Betul lah kata orang tua, kahwin ni bukan ko kahwin dengan laki ko sorang je, ko kena kahwin dengan seluruh kaum kerabat dia. Kena kenal and kasi rapat-rapat gitu. Tak tahu lah aku ni mampu buat ke tidak. I is pemalu kalau baru-baru jumpa ni. Mihmihmih

Kitorang balik Banting lepas kenduri Aton petang Ahad tu terus singgah Low Yat jap. Sebab Along aku minta tolong belikan PC untuk Kak Sarah. Dah beli-beli semua terus can cin cau balik rumah. Tu pon sampai dah pukul 11 malam lebih dah. Esok kan aku nak kerja. Alan kerja malam. Dia apa ada hal. Esok boleh tidur lagi. Aku mandi-mandi semua terus bongkang tidur. Tak kuasa la aku nak kemas dapur ke apa kan. *dasar bini solehah macam ni la*

Esok tu pergi kerja macam biasa. Dah sampai tu aku wsap Alan.

"Saya dah sampai office" *korang pon mesti kena cekin cekout macam aku kan?*

"Alhamdulillah. Awak ada ambil duit dalam laci tak?"

"Duit RM100 tu ke?"

"Aah, Duit belanja dapur tu"

"Tak de pula" *sentap I masa ni kena tuduh ambil duit laki*

"Abang tanye je"*dan-dan abang*

"Selalu sayang minta kan kalau nak pakai duit, sumpah sayang tak ambil duit dalam laci tu" *dan-dan sayang and beria aku mempertahankan diri*

"Ok-ok. Tak ambil tak pe la. Nanti balik awak kemas-kemas bilik tengokkan ok. If jatuh mana-mana"

"OK"

Malam tu aku kemas-kemas la kain baju, belakang almari, belakang meja solek. Celah-celah laci. Memang tak jumpa duit tu. Nak kata adik Alan ambil. Mustahil sangat. Sebab Alan kunci pintu bilik. Lagipon takkan la Lyn nak ambil. Dia pon kerja, ada duit sendiri. Aku ambil? Serius aku tak ingat kalau aku terambil *kalau la aku terambil*. Tapi biasa aku akan minta dengan Alan kalau aku nak pakai duit. Lepas tu Wsap Alan, sebab aku rasa tak sedap hati sangat macam mana duit tu boleh tiba-tiba hilang. 

"Tak de la duit tu"

"Dah tak de tak pe la"

"Tapi saya macam ada bau orang lain dalam rumah kita"*aku ni alert sikit bab bau, kalau aku dah biasa dengan rumah tu, aku kenal bau-bau dalam rumah*

"Bau macam mana?"

"Bau orang lain la selain orang dalam rumah kita"

Lepas tu Alan senyap je. 

Hari Selasa aku pergi kerja macam biasa. Aku terbaca status adik Alan yang duduk dengan kitorang.



Memang sah la bukan Lyn yang ambil. Sebab duit dia pon hilang. Aku dah start pikir bukan-bukan. Ni korang boleh pikir sekali. TOYOL! Hati aku kuat je kata Toyol.

Petang tu balik kerja sampai rumah aku kelam kabut masak-masak. Lepas tu Alan tegur aku. Tanya buat ape. Eh, kau ni tak nampak ke bini tengah sental bontot kuali ni. Tiba-tiba Alan tarik tangan aku ajak masuk bilik belakang *mula la tu nak pikir bukan-bukan*. Bilik belakang kan bilik jahit aku. Alan tunjuk kat dinding bilik jahit aku ada Tapak Kaki.



Untuk memudahkan penceritaan aku lukis tu ha. Nampak kan tapak kaki kat gambar dari camera Hp aku. Atas tu syiling boleh buka laluan ke bumbung. Alan kata rumah kitorang ni laluan bumbungnya bersambung. So, orang sebelah menyebelah boleh lintas atas bumbung. Masa Alan tunjuk ni, meremang bulu roma aku. Terus rasa rumah dah tak selamat. Aku dengan Alan syak, orang tu masuk ikut bumbung and pijak pintu bilik belakang yang terbuka tu. Then pijak iron board aku letak tepi pintu tu buat tangga untuk turun ke dalam rumah kitorang.

Nak dijadikan cerita, aku memang tak tutup bilik belakang ni. Sebab bilik ni aku selalu keluar masuk. Iron baju, jahit tudung even kalau solat pon kadang-kadang aku solat kat sini. Sambil-sambil masak. Kalau solat dalam master bedroom macam jauh aku nak bau kot-kot hangit ke ape ke kan.

Tapi yang pelik bilik aku dengan Alan kan kunci. Then aku tertinggal kunci tu dekat tepi almari tv. Masa balik haritu bilik kitorang terkunci dari dalam. Aku tengok kunci kat tepi TV tak de. Cari-cari dalam handbag aku pon tak de. Alan malas nak marah-marah aku sebab hilangkan kunci kononya, dia buka pintu bilik pakai kad. Lepas tu nampak kunci atas meja solek. Dalam hati aku masa tu lagi dah start tak sedap. Sebab aku macam kuat ingatan pula mengatakan dalam hati kunci memang aku tertinggal tepi meja Tv dekat ruang tamu. Ni mesti TOYOL tu yang tertinggalkan kunci dalam bilik pula. 

Nasib la duit je yang hilang. Barang-barang lain tak boleh angkat kot. Sebab ikut bumbung kan. Berat la nak angkut TV ke Mesin basuh ke. Mihmihmih

Semalam aku tak boleh tidur. Sebab hari selasa malam tu Alan tak kerja malam. Dia ada kelas siang. So malam dia ada kat rumah. Kelas dah habis hari rabu so malam tadi dia pergi kerja malam. Aku punya kepala hotak ni serius asyik pikirkan tapak kaki tu. Aku macam still bau orang lain dalam rumah aku malam tadi. Pagi tadi aku Iron baju kerja Alan dengan tudung aku pon aku macam ada bau orang lain. Haishhhhhh. Perasaan takut je ni. 

p/s: Malam ni tidur letak pisau bawah katil. I is penakut dengan orang melebihi takut dengan hantu.

with❤:izan®

Tuesday, November 19, 2013

Baling Belakang Baca Entry Lama-Alan Marah pagi tadi

Hai,

Semalam aku macam nak update blog. Macam la. Tapi mood tu hilang tiba-tiba. Terus entry tu masuk draft. Dah banyak entry masuk draft gara-gara macam ni la. Mood tu tak tetap. Sekejap je ada. Lepas tu hilang. Pagi tadi pon sama. Masa dalam kereta sikit punya excited jiwa ni nak update entry sampai office nanti. Lepas tu sampai je office perut meragam. Mungkin sebab semalam aku lewat makan. Lepas tu mood tu hilang.

Mood nak baca entry lama-lama pula. Dah baca kau. Mak aih!  POYO nak Mampos la kau ni Izan hoi. HAHA. Serius aku malu baca entry dulu-dulu. Aku start blogging masa 2009. Sekarang dah 2013 kot. Dari zaman baru masuk Uni, Kerja, Bercinta, Kahwin. Semua ada dalam ni. Rasa macam wak lu wak wak wak lu. Kenapa kau tulis benda-benda macam ni? Kenapa??

Dah, tak payah nak Kwang Soo sangat nak jerit-jerit kenapa. Biasa la, zaman budak-budak Uni. Aku dah lalui dulu aku coretkan. Masa dah malu-malu baca terus terdetik *sedetik lebih mungkin* nak draftkan semua entry itu. HAHAHA. Tapi tak buat pon. Macam sayang. Nanti kalau dah ada anak and anak-anak aku pandai baca aku hidekan dalam draft. Malu la, bonda ko poyo-poyo dulu dalam blog. Reputasi as a bonda harus dijaga. HAHAHA

Gambar adalah tiada kena mengena dengan cerita. 
Semalam masa pagi aku nak pergi kerja, aku tiba-tiba macam ada mood nak panaskan enjin kereta. Selalu aku start then jalannnn. Lepas start enjin aku keluar nak kunci pintu aku nampak macam ada minyak tersembur keluar dekat enzos kereta. Cuak aku. Serius cuak sampai semalam bawa kereta 60km/jam je. Aku takut ekzos aku tercabut. Sampai kerja pukul 10 pagi. Bagus kan?

Masa balik pon aku bawa slow je sebab masa lunch aku ngadu-ngadu dengan Alan.

Awak, kenapa ekzos saya megeluarkan minyak hitam?

Keluar macam mana?

Tersembur la.

Dah cek minyak hitam ke?

Dah. ok je minyak nye.

Cek masa enjin hidup ke enjin tak hidup.

Hidup.

Urm. Kena enjin mati la. Kalau tak, nanti tak accurate.

oooo, kena matikan enjin eh? *dasar pembini tahu bawa kereta je*

Dah, bawa slow-slow. Esok saya tengokkan.

Pagi tadi Alan cek before dia pergi kerja. Minyak hitam dah kering rupanya. HAHAHA. Dasyatnye la hai aku bawa je tak cek minyak hitam. Tahu isi angin tayar dengan cek air je. 

Lepas tu boleh tanya lagi. 

Minyak hitam tak de ke? *padahal nampak Alan pegang botol minyak hitam*

Aah. dah kering. Macam mana la awak cek semalam? *jeling-jeling paku dah laki ku itu*

Tapi pagi tadi masa salam Alan before dia pergi kerja saja je la peluk lama-lama sikit. Dengan harapan Alan tak marah pasal kejadian minyak kereta ku kering. Guess what? Its working! Alan senyummmmm je before pergi kerja. Itulah taktik ku sekarang. Peluk lama-lama and menggeletis sikit. Kompem Alan okey. HAHAHAHA

p/s: Taktik dah terbongkar. Lepas ni try taktik lain. Marriage is like a game. Play it and enjoy it.

with❤:izan®

Friday, November 15, 2013

Laki bini Malam Jumaat.

Hai, 

Asyik hai je kan. Aku tak pandai la nak mulakan entry dengan benda lain. Tahu Hai je. Boleh la kan. Eh, Mira nak beranak. Baby girl. Adra Marissa. Hamboih! Retis sangat nama anak ko Mira. Kalau ko bagi aku yang namakan memang nama-nama kampung je la aku bagi. Sebab nama aku pon nama kampung je. Mihmihmih

Lepas beranak terus call aku semalam. Beranak pukul 9.30pagi pukul 11.30pagi aku nampak misscall kat HP aku. Gila kuat perempuan tu. Kalau aku mahunya aku tidoq sampai esok. Apa-apa pon semoga Adra Marissa Binti Syahir Azfar menjadi anak yang solehah dan menyenangkan Ibu dan Ayah ye. Ha kau, nama laki mira pon dan urban. Mana nama anak tak urban. Kalau anak aku nanti Melur binti Noor Azlan. Kalau dia tanya,

"Bonda kenapa nama kita Melur je?"

"Untung bonda tak letak nama kau Telur" HAHAHA

Tak de la. Bonda gurau je. Nanti Bonda pikir nak letak nama kau apa ya. *lagi 10 tahun aku baca balik entry ni mesti geli-geli* HAHAHAHA

Semalam Alan pergi main bola. Laki aku tu lepas je 6 bulan operation kaki dia haritu terus laju je pergi main bola. Memang la ikut kata doktor. Sebab doktor kata after 6 month dah boleh main bola macam biasa. Masalahnya, fisio dia pergi 2 bulan je. Huh! *Dosa huh huh kan laki* 

Aku sampai rumah semalam pon dah lambat. Sebab sangkut kat traffic. Sampai rumah terus pergi potong kain pelamin Aton. Tengah jahit tiba-tiba dengar bunyi kereta Alan. Enjin kereta dia sebatu dah boleh dengar. Kalau dia panaskan enjin kereta before pergi mana-mana aku jadi macam takut je. Kang jiran-jiran keluar maki kitorang sebab enjin bunyi rupa jentera besar.

Kelam kabut pergi buka pintu sebab Alan panggil. Dia malas nak cari kunci rumah dalam beg. Aku ok je. Ape ada hal takat buka pintu. Pastu nampak Alan masuk rumah kaki incut-incut. Pastu hek hek hek. 

"sayang sakit kakiiiiiiii, hek hek hek"

Geram je aku tengok. Alan masuk bilik mandi-mandi solat then baring. Aku dah siap masak suruh Alan buangkan sampah. *ni memang kerja Alan, aku takkan buat kalau dia ada kat rumah*

Sakit kaki bukan alasan untuk tak buang sampah. Aku sakit perut semalam masak je. Sambil jalan pergi ambil sampah tu Alan bunyi-bunyi,

"Sayanggggggg, sakit kaki. Hek hek hek"

Hek elehhhh, ingat aku nak kesian? Tadi kau main bola tak de plak sakit kaki ke apa kan. Balik rumah hek hek hek. HAHAHAHA

Lepas makan semua Alan pergi ambil sendiri minyak sapu kat kaki dia. Sakit sangat la tu. Aku dah siap-siap kemas barang nak bawa balik Trolak malam ni, kemas dapur sikit, masuk la bilik nak tengok kaki Alan. Sekali dah tidur dah. Memang bengkak pon kaki dia. Pastu rasa macam kesian pula. Belek la sikit. Nak urut karang sakit pula. 

Alan kalau dia nak demam ke, sakit kaki ke, bahu ke. Mesti hek hek hek dia tu wat aku geram jeeeeee. Kecikkan mata minta kesian. Aku ni dah la mudah cair tengok mata macam tu. Urut la sikit. Pastu hek hek hek lagi. Nasib laki sendiri!

p/s: malam tadi aku sakit bahu, kekonon nak minta Alan urut. Sekali dah tidur. Urut sendiri je la sambil hek hek hek sendiri. 


with❤:izan®

Thursday, November 14, 2013

Pening, Mual dan Loya. Apakah maksudnya?

Hai,

Minggu lepas kan aku duduk rumah je sabtu and ahad. Actually ada kenduri depan rumah mak ayah kat Trolak. Tapi disebabkan lakiku kerja dan minggu ni nak balik lagi kenduri Aton pula dekat Sungai Klah so, minta maaf je la kepada mana-mana kenduri yang tidak dapat hadir tu. Tak terkejar kenduri dah start cuti sekolah ni. InsyaAllah kalau tak ada hal melintang panjang aku dengan Alan usahakan untuk pergi. Dont worry my friends. HAHAHA

Seminggu lepas kan, aku asyik pening je tiap kali petang lepas zuhur sampai la ke malam nak tidur. Mual dan loya tiap kali pagi dan sebelum tidur. Lama juga la. Ada la dalam 4 hari. Lepas tu hilang pening loya mual tu. *mula la tu nak pikir bukan-bukan*

Emosi kau usah tanya la. Alan tahan sabar dengan aku sampai dah tahap bawah hidung sikit lagi nak lemas tu. Paling kelakar ada ke patut aku suruh Alan caring aku? Hoi! Ko nak caring sampai tahap mana? Paling caring dah la tu Alan. Lepas tu semalam lepas masak. Aku sakit perut sampai nak pitam *nak pikir bukan-bukan lagi la tu*

Aku siap masak semua, masuk bilik, mandi semua lepas tu minta Alan hidangkan lauk semua atas meja. Serius aku tak larat dah nak berdiri. Gigil-gigil kaki aku. Alan jeling-jeling paku sebab selalu aku hidang je terus. *jeling-jeling paku is jeling-jeling manja* Tapi Alan buat je. Siap suruh aku tidur kat sofa sementara nak tunggu dia hidang *syorgaaaaaaaaa*

Rupanya aku nak period malam tadi. Pasal tu la sakit perut sampai gigil-gigil. Yang pening loya mual tu sebab gigi bongsu aku nak tumbuh. Dah selamat keluar dah pon. Seminggu hoi aku tahan sakit dia nak keluar. Aku adalah paling jarangggggg sakit gigi. Sekali dia datang sakit gigi tu seminggu minggu lepas sampai aku nak bukak mulut nak makan pon payah gila. Mungkin sebab aku pakai braces, jadi lagi sakit kot gigi bongsu tu nak keluar. Entah la, aku pon tak sure fakta ni.

So, bulan ni aku skip appointment dengan dentist. Sebab dah sakit gigi bongsu nak keluar kang tambah lagi dengan sakit ketatkan braces boleh pengsan aku.

p/s: Alan gelak gila tengok muka aku bagitahu aku period semalam. Cis!

with❤:izan®

Wednesday, November 13, 2013

Adakah pandai masak syarat untuk berkahwin?

Hai,

Tajuk entry aku sekarang dah macam mak-mak. Sikit-sikit masak. Sikit-sikit kahwin. Siki-sikit laki bini. Apa nak buat, persekitaran telah merubahku. HAHAHA

Ada ramai kawan-kawan dan termasuk aku sendiri sebelum kahwin semacam ragu-ragu nak kahwin sebab tak pandai masak. Aku selalu pikir, apa la nak sumbat perut Alan nanti. Dia makan ke macam apa yang aku makan.

Alan makan ke kalau nasi lembik.

Alan makan ke kalau sambal hangit.

Alan makan ke kalau sup tawar.

Alan makan ke kalau masak kicap pahit.

Alan makan ke kalau aku yang masak ni???

Serius talk. Aku bukanlah jenis yang pandai masak kebabom. Aku sekolah asrama since form 1 until form 5. Lepas tu masuk matrik duduk asrama lagi. Masuk Uni duduk asrama lagi. Lepas tu terus praktikal then kerja duduk rumah sewa. Jauh dari mak ayah. Memang tak de apa-apa gap lama untuk bersenang lenang dirumah mak ayah belajar masak. So how am I still standing masak untuk Alan?

Eceh, tak payah nak poyo sangat. Kalau aku balik Trolak cuti-cuti sem or cuti sabtu ahad masa kerja, aku bukanlah jenis yang selalu jenguk ke dapur. Selalu kalau korang balik kampung mesti nak makan masakan mak kan? Oleh tu, aku pon. Tak terkecuali. HAHAHA

Dipendekkan cerita yang dah melalut, aku start masak secara serius dan bersendirian masa duduk rumah sewa time practical. Aku tengok budak-budak rumah aku terer gila nak mampos masak. Masa tu timbul rasa kagum dengan diorang. What i did? Call emak, call Acik, call arwah Angah masa tu, tanya sikit-sikit resepi. Pergi tidur rumah arwah Angah intai sikit-sikit teknik ber kungfu didapur. Intai teknik Silat Dapur dari mak dan Acik. Intai je eh. Buatnye idok. 

Then bila dah start kerja aku praktikkan dirumah sewa masa kerja. Sekarang dah kahwin aku still try and error. Buat dan makan je. Sedap ke idok ke lantak. Kau dah masak kan? Makan jeeeeee. Nasib Alan jenis yang tak banyak songeh pasal makan. Apa aku masak dia telah. Eh, serius tak de songeh langsung. Dia makan je semua. Kalau sedap bertambah nasi. Licin kuah dia hirup. Kalau tak sedap habiskan nasi dalam pinggan cuci tangan settle. 

Tapi korang tak usah la risau kalau tak pandai-pandai masak nya. Aku ni ha, masak sambal je alik-alik. . Laki ko tengok usaha ko bersilat kat dapur confirm dia makan. Laki mana nak kecilkan hati pembini kalau dah rupa hantu kak limah kat dapur masak untuk dia? Apa yang penting? Try And Error. Try lagi dan lagi dan lagi.

Banyak aih, sumber resepi sekarang. Aku pon kaki print resepi internet. Dont worry. Aku pon sepertimu juaaaaa.

p/s: semalam masak sup ayam ala thai. Tapi dah rasa vietnam pula. 

with❤:izan®

Monday, November 11, 2013

Dapat tengok wayang-Lakiku yang prihatin.

Hai,

Isnin kan? Tok sah ko nak moody-moody sangat. Kejap je karang dah Jumaat. *padahal diri ni yang nak moody* Sabtu hari tu aku ajak Alan jalan-jalan kat paradigm mall. Nak beli bahan nak buat hantaran Aton. Lepas tu pergi Jakel kejap. *kejap sampai masuk cerah keluar gelap*

Dah masuk Jakel paham-paham je la *orang laki takkan pernah paham part ni*. Sampai Shah Alam dah kul 6 petang dah. Alan suruh solat dulu kat Petronas tepi Jakel tu. Kul 6.30 baru start pilih-pilih kain semua. Sekali nak keluar aku pandang muka Alan. "eh, dah gelapppppp" Hahaha. Tak payah nak eh-eh la. Pastu tiba-tiba je Alan ajak tengok wayang.

Aku dengan muka terkejut ni *buat-buat je terkejut* 

"kenapa tiba-tiba nak tengok wayang?"

"Eleh, awak tu karang cakap dah lama tak tengok wayang la hape la"

HAHAHAHA. Alan mengantoikan dirinya membaca blog aku. *sebenarmya tahu je dia baca, cuma dia tak pernah mengaku* Sebab aku mana pernah cakap depan-depan Alan yang kitorang dah lama tak tengok wayang. Ye la, bukan nak sangat pon tengok wayang. Sebab dekat rumah pakej Astro Alan amek pon dah penuh siaran siang malam pagi petang. Sampai tak tertengok pon ada. Tapi kalau Alan dah hajak I is ok je. Mihmihmih

Singgah solat maghrib jap kat petronas lepas tu terus can cin cau ke Alamanda menengok Thorrrrrrr... Masa Alan cakap nak tengok wayang tu aku dengan muka cover happy ni tanya-tanya sikit.

"Wayang pukul berapa?" *patut la lakiku pinjam hp aku, beli tiket online*

"10 malam"

"Kita terus pergi ke balik rumah dulu ni?"

"terus je la, kenapa?"

"Malam ni tak payah masak eh?"

Alan jeling-jeling paku dia tu aku paham dah. 

Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Coti! HAHAHA


Muka pen-isteri yang tanjat-tanjat sebab pen-laki ajak tengok wayang. 


Iklan jap. Bawal will coming soon at Imtinan Collection. Its Bawal Bebeh!

with❤:izan®

Friday, November 08, 2013

Cara Shopping ALAN vs IZAN

Hai,

Gambar kahwin Dayah nanti la aku share eh. Gambar kahwin aku pon belum share sibuk je nak share gambar kahwin orang lain. HAHAHA. Biasa ah, hutang baru settle. Mihmihmih. Bulan 8 kahwin bulan 11 baru habis bayar. Dasyat tak? *B2B jangan tiru*. Nasib la photographer kitorang haritu abang ipar BFF Alan. Tapi tu pon dah macam malu-malu je kitorang bayar lewat. Sekali OP kitorang cakap dia pon belum siapkan. Sebab bini dia otw nak bersalin haritu. Busy sikit. Legaaaaaaaaa sikit hati ni. 



Ok, settle dah bab hutang piutang. Serius wey, selagi tak habis hutang tu selagi tu la aku dengan Alan tak senang duduk dekat rumah. Aku jahit shawl pon stress. Sebab pulun gila nak habiskan bayar hutang. Sekarang dah boleh relek-relek jahit shawl. Sebab tak pikirkan dah nak bayar duit orang. Nak pikir making babies je. *phuuuuuuuiiiii*

Semenjak kahwin ni memang aku dengan Alan tak de shopping apa-apa pon untuk diri sendiri macam baju ke, kasut ke, handbag ke. Serius, dah 3 bulan tak shopping, 3 bulan tak tengok wayang. Yang ada dalam kepala otak 3 bulan ni cepatlah selesai segala hutang piutang. Tapi shopping barang rumah tu banyak la. Dari barang dapur, perabot, barang kecik-kecik keperluan tu ada la. Jangan la korang pikir sampai aku dengan Alan ni daif bebenor. Cuma dalam langkah berjimat cermat tu lagi banyak la.

Selama berkahwin ni *3 bulan baru kot* aku noticed something pasal Alan. Dia jenis yang kalau nak shopping kena plan awal. Contoh, dia simpan-simpan sikit duit belanja kahwin kitorang, dia tak habiskan semua duit yang dia ada. Lepas tu dia beli peti ais, mesin basuh and tv yang sangat easy user untuk aku yang pemalas. Contoh mesin basuh auto. Bukan manual. *bini pemalas memang macam ni*. Kalau ikutkan aku, duit yang dah ada depan mata habiskan je la. Tapi Alan bukan ye. Dia plan, bajet then buy.

Kalau shopping barang dapur pon macam tu. Alan akan suruh aku listkan dalam kertas. Tunjuk dekat dia. After get approval from him, baru pergi beli kat tesco ke giant ke. Kalau ada dalam list aku tu macam pelik-pelik sikit. Dia akan tanya untuk apa. Contoh : "Vanish" so aku kena terangkan, baju kerja dia warna biru, tak boleh pakai clorox, kena pakai vanish. Haaaaa, macam tu ye anak-anak bonda. Karang kalau ayah ajak korang pergi shopping, sila buat list macam bonda ni ha. *anak-anak yang baca, korang boleh skip kalau geli*

Lagi satu, aku jenis yang suka capai tambah dalam troli kalau masuk Giant or Tesco tu. Then Alan punya jeling kerut kening sampai aku akan explain secara sendiri tanpa Alan tanya untuk apa "eh, lupa la nak masukkan santan dalam list. HEHEHEHE". Kena gelak ye, kalau tak nanti tak dapat makan sedap-sedap. Kena balik masak. HAHAHA

Ha, ni lagi best. Korang orang perempuan mesti suka masuk-masuk kedai. Tapi tak beli pape pon. Saja nak cuci-cuci mata dan rehatkan minda kan. Aku pong! Aku kan perempuan Alan dia tak suka. Masuk kedai yang nak beli je. Takat tengok-tengok tak payahhhhhhh masuk. Karang jadi terbeli. mihmihmih

Walaupon Alan dan aku berbeza *walaupon???* aku faham, bukan senang nak menjadi ketua keluarga. Kalaulah aku kat tempat Alan, rasanya tak tertanggung dek bahu nak jadi Imam keluarga. Nasib la aku perempuan. Jadi makmum je la. Dan pengikis duit suami. Mihmihmih

p/s: ukur baju dibadan sendiri. Kalau kau ukur kat badan JLO tapi badan rupa tong itu namanya nonsense!

p/s/s : tips hamil plssss. mihmihmih

with❤:izan®

Thursday, November 07, 2013

DIY Langsir Dapur sampai mengamuk.

Hai.

Minggu lepas aku cuti lama kan. Dari sabtu sampai selasa. Tapi mandang je la orang lain pergi bercuti. Alan keja. Tak pe la. "Abang, nanti kita p tidoq kat morib eh" Motif? HAHAHA

So, Isnin and Selasa duduk rumah je la. Isnin tu Alan bawa pergi cari kain Jakel. Syurga duniawiwiwiwiwi tu. Okey lah, Sambil berjalan cari duit. HAHAHA. Dah tenghari aku macam malas pula nak masak. Ajak Alan pergi makan kat Wong Solo Shah Alam. Sekali sekala aku belanja. Selalu lakiku je yang bayar. Ni sebab dah ada duit lebih sikit beli kain tu, belanja la Alan makan lunch.

Balik sampai rumah tiba-tiba macam mengantuk gila. Tapi disebabkan malam ahad tu aku dah siap jahit langsir dapur. Nak juga gantung. Even dah penat and mengantuk. Gigih ni gigih sangat. Lepas tu cubaan macam failed. Kejut Alan suruh solat zuhur dulu. Sebab dia sampai-sampai rumah terus sambung tidur. Alan kalau kerja malam, siang dia tidur je. Kesian pula aku nak kejut suruh pasangkan langsir.

Dah sampai 4,5,6 kali macam failed je. Alan datang jenguk. Lepas tu aku tak puas hati sebab Alan pasang tak sampai hujung tingkap. Aku bukak pasang balik. Tapi dah umpama tikus membaiki labu. At last aku hempas-hempas langsir tu. Stress sebab susah gila nak pasang bagi tegang dan sampai hujung tingkap. Sebab kitorang just lilit dawai kat besi keselamatan tingkap tu. Entah korang paham ke idok. Lantak la. Tapi jiwa aku memang meroyan gila masa tu. 

Alan datang balik pasangkan sampai hujung tingkap. Baru boleh. 

Lepas tu masuk bilik minta maaf dengan Alan sebab nak tunjuk hebat pasang sendiri. HAHAHA




Abaikan perkakas dapurku yang tergantung-gantung tu. Memang tabiat mak, acik, and aku sama je macam ni. Suka gantung dekat tingkap. Senang nak nampak. Mihmihmih.


P/s: Lepas ni boleh buat bisnes langsir mungkin. *angan je la, kain beli kat jakel nak buat dress pon tak jadi apa lagi* 

with❤:izan®

Wednesday, November 06, 2013

Kelewatan tengok Dayah nikah-Pasang tempat makan Pengantin punya Pasal.

Hai,

Rindu tak? *rahim rindu blog aku tak?* HAHAHAHA

Biasa lah, kalau cuti tak masuk office, maka blog pon bercuti. Kalau duk rumah busy memanjang. Kat office goyang kaki je. *untung la*. Ni pon sambil-sambil update payment listing dengan update blog. Kan dari Jumaat haritu aku tak update. Jumaat tu aku tak masuk office. Pergi hantar barang office kat Bota, Perak. 

Baik punya planning dengan Alan. 

"Abang, halfday eh hari Jumaat ni. Kita balik kampung terus lepas Sayang hantar barang"

Nasib bos lakiku bagi balik awal. Tengahari macam tu terus gerak. Solat Jumaat musafir je la Alan. Sekali dah sampai Bota macam sengal-sengan ubi sikit proses nya. So, jadi lewat juga sampai Trolak. Dah kul 6 macam tu baru sampai. Terus salam-salam mak ayah, solat angkat bontot pergi pasang tempat makan pengantin.

Ha, tujuan asal aku balik awal sebab nak pasang tempat makan pengantin BFF *lahhhhh sangattttt*. Dayah kahwin wey, Dayah dah kahwin. Macam tak nak percaya je. HAHAHA. Budak tu dah la kecik, tapi kahwin awal bebenor. Kalau aku ni tak pe la, besar sikit dari dia. *motif?*. Pasang-pasang semua dalam kelam kabut juga la. Sebab Dayah nak nikah lepas maghrib. Aku bajet dalam pukul 8mlm macam tu.



Kul 7.30 mlm aku dah siap pasang pelamin semua. Mandi-mandi. Tunggu Paah ambil nak tengok Dayah nikah la. Sampai rumah Dayah, budak tu dah siap semua. Tok kadi dah kat pintu rumah nak keluar dah. Hoi! Awalnyaaaaaaa. Ye la, maghrib kan pukul 7 sekarang. Terus pergi depan pelamin tunjuk-tunjuk muka. Budak tu dah nak naik sawan la, aku dengan Paah lambat. HAHAHA. Sorry la Dayah. Aku memang kelam kelibut gila. Tapi Alhamdulillah. Semua dah selamat.



Dah settle Dayah nikah. Gambar masa majlis sanding, nanti la aku update. Kena belek-belek album Ecah upload kat FB. Kot-kot ada terselit muka aku. Aku kan busy mengalahkan pengantin masa tu. HAHAHA

To Norhidayah sahabat dari kecik sampai tua nanti hendaknya,
" Semoga perkahwinan ko berada dalam Rahmat Ilahi. Dilimpahi kasih sayang dan kekal bahagia sampai syurga. Kita lawan siapa dapat anak ramai!" HAHAHA
p/s: Sebenarnya busy jual shawl kat kawan-kawan masa kenduri. Hikhikhik

with❤:izan®

Thursday, October 31, 2013

Fasa Pertama Perkahwinan (3 bulan pertama)

Hai,

Belum sampai 3 bulan lagi. Saja nak juga buat entry ni awal-awal. Mihmihmih. 16 November 2013 ni baru cukup 3 bulan eh. Masih di dalam honeymoon mood bak kata omputih. Kalau bunting ni masih dikira bunting pelamin *aku kata kalau ye*. Jangan kau ingat pregnant je ada fasa-fasa. Kahwin pon ada eh. Lagi banyak fasa dalam paksa kau kena lalui. Redhakan diri dan ikhlas. *tiba-tiba*

Selama 2bulan15hari berkahwin. Masih dalam fasa pertama. Ini fasa hidup aku la. Kalau lain orang lain jenis fasa nya. Masih survive, try and error. Selesaikan hutang kahwin. *hutang kahwin ada banyak konsep*. Kalau dalam fasa ni as laki bini boleh cerai berai mengikut pemerhatian aku *minta simpang malaikat 44*. 

Fasa pertama as laki bini, kena tabah dan saling bantu membantu. Alhamdulillah, aku tak ambil mana-mana pakej pelamin ribu riban. Semua pakai mak aku punya. *nasib menyebelahi aku* aku tak salahkan pasangan yang ambil pelamin dengan orang. Dah emak kalian tidak membuat pelamin seperti emak aku. Ini semua rezeki masaing-masing. Makan pengantin abang aku masakkan. Kenduri jamu orang makan mak ayah aku sponser *ini memang melampau,kahwin pon mak pak sponser* Duit hantaran aku pakai beli baju kahwin and doorgift untuk tetamu. Selebihnya beli perabot rumah cenonet.

Untuk setakat ini, selepas perkahwinan kami as laki bini kami masih berhutang dengan Videographer and Photographer. So, nak manage duit *ini kerja Alan la* untuk selesaikan hutang tu semua memang amat perit untuk bulan pertama as laki bini. Alhamdulillah masuk bulan ke-2 kitorang dah settle payment dengan Videographer. *video kahwin nanti aku share* Sekarang tengah tunggu photographer siapkan album kahwin. InsyaAllah kalau tiada kejadian memerlukan penggunaan duit simpanan untuk bayar photographer boleh settlekan payment tengah bulan Nov ni. 

So, aku iktiraf 3 bulan pertama sebagai fasa laki bini tolak ansur dan bantu membantu. Aku takat bantu jual tudung je la. Berapa sen sangat la aku bantu nak dibandingkan dengan Alan yang keluar belanja semua. Tapi serius, bantulah laki anda selagi boleh. Nak hidup lama ni dengan dia *eh, apahal kau nak nasihat orang*. Walaupun laki kau mampu, kalau diringankan sedikit beban mungkin beliau akan bawa anda makan sedap atau berjalan-jalan. Mihmihmih *i ikhlas eh tolong u*

Kalau kau berjaya lepasi fasa pertama perkahwinan. *ada lagi 15 hari je ni nak lepas* syabas! Anda mungkin boleh pergi jauh as laki bini untuk fasa-fasa seterusnya. Laki pelengkap bini, bini melengkapi laki. Molek dak?


p/s: entry serius macam ni jarang orang nak baca. Kalau korang baca sampai habis, Syabas! Anda mungkin akan merasai fasa ini kelak. Untuk yang dah rasa, mesti faham fasa pertama ini macam mana.

with❤:izan®

Nak Jadi Agent?

Hai,

Selamat bekerja kembali. Tak payah nak Monday Blues sangat. Padahal hari ni aku pakai baju biru untuk menamatkan Monday Blues. Puiiiii. 

Hari Jumaat, Sabtu and Ahad haritu aku dah update kan dekat Imtinan Collection. Kalau belum tengok boleh pergi tengok. Alhamdulillah. Sambutan dari korang amatlah aku hargai dari hujung rambut hingga hujung jari kaki aku. Ada tinggal lagi sikit je lagi. Hamboih, korang kalau bab booking suruh aku bawa balik kampung laju je kan. Bagus juga, jimat duit minyak laki aku nak pergi pos. Mihmihmih. Semua nak suruh bawa time kenduri Dayah Amin.

Habislah kenduri Dayah nanti aku open bonet kereta korang pilih la. Untuk sesiapa yang belum pilih nak color apa, boleh book dulu nanti aku reserved untuk korang. Kalau nak C.O.D hanya area Seri Kembangan dan KLIA. Atau pon Trolak time aku balik kampung. Bila tu nak balik? Sabtu ni aku balik Trolak. Selain dari itu, semuanya pos. 

Untuk masa sekarang ni aku baru ada 2 orang agent yang jual shawl dari Imtinan Collection. Harga agent semua tu hanya agent yang tahu. Lepas tu disebabkan ada orang yang tanya nak ambil agent ke tak? Yes, i did. So, kalau ada yang berminat nak jadi agent bawah Imtinan Collection, aku boleh bagi special price. Tapi untuk batch kali ni dah habis. Maafkan saya. Hanya tinggal stok aku jual direct to customer. Harga dari agent dan yang beli direct dari aku adalah sama je. Jangan risau. Agent yang 2 orang tu jual offline. Jangan tanya area mana dia jual untuk c.o.d. Anak-anak buah aku yang jual. Mihmihmih

Eh, berbalik kepada kalau berminat nak jadi agent, boleh direct wsap 019-6738817 atau email kan ke izan.s89@gmail.com.


And kalau ada sapa-sapa nak hantar jahit tepi tudung pon boleh. Harga kita runding secara personal di email : izan.s89@gmail.com atau wsap 019-6738817 jangan call. Saya bekerja waktu siang adalah tidak elok melayan call di dalam office *main blog elok pulak?*

Akhir kata, saya kene keluar jadi despatch. Oleh itu, entry tamat secara tiba-tiba.

This is sticky entry. Untuk entry baru sila lihat bawah.
with❤:izan®

Wednesday, October 30, 2013

Puding Caramel tak Jadi.

Hai,

Semalam masa kerja dalam hati ni asyik la teringat-ingat nak buat puding caramel. Lepas tu angan-angan nak buat puding caramel tanpa telur macam Fatin Liyana and Cik Epal duk buat tu. Aku ni ha, copy paste la print nak try dekat rumah. Bahan-bahan dah ada masa beli barang kering dengan Alan haritu. Lagipon semalam panaskan lauk Ibu Mertua bagi je. Lepas tu goreng terung tambah buat sayur.

Tak sampai 10minit aku dah siap masak. Terus siap-siap bahan nak buat puding caramel. Dah siap semua aku biarkan atas meja, tutup sikit. Esok boleh la ni nak makan, jamu dekat Alan before pergi kerja.

Tapi semalam aku masak terung goreng keras. Agaknya sebab aku tak goreng dulu terung tu and aku potong panjang-panjang. Ibu mertua aku tapaukan rendang daging qurban haritu. Panaskan je. Disebabkan adik ipar aku cuti semalam, dia dah siap-siap masak sambal sotong dalam tin tu. Tapi semalam Alan makan sepinggan je. Selalu 2 3 kali tambah. Maybe sambal terung aku tak sedap kot. Aku pon makan 2 ketul je. HAHAHA

Before masuk tidur aku masukkan puding dalam peti ais. Dalam hati ni *sedapnya esok makan puding caramel sejuk-sejuk*

Bangun pagi tadi, dah siap mandi and solat semua. Pergi dapur nak keluarkan puding. Sekali aku baru perasan aku tutup peti ais tak rapat semalam. Peti ais aku tak sejuk. Dah la tak sejuk. Membazir elektrik pula tu. *nak nangis, tapi tahan je*

Keluarkan puding caramel nak telangkup atas pinggan. Dah siap telangkup puding aku retak 1000. *tak pe la, rupa tak lawa,janji sedap*

Potong letak atas pinggan kecil nak bagi Alan rasa. Tapi sebelum bagi Alan rasa baik aku rasa dulu. Mihmihmih. Makan sikit je lepas tu aku ludah dalam sink. Eyek! Rasa tepung. Aku masak semalam tak sempat tunggu didih aku dah curah atas caramel. *terus meleleh air mata*

Terus ke tong sampah la jawabnya. *pembaziran satu tin susu cair,agar-agar dan gula*

Aku paling stress kalau aku masak apa-apa tak jadi. Rasa macam apahal kau tak nak jadi makanan?? Lepas tu rasa macam stress tak nak buat dah lepas ni. Sebab takut membazir lagi. Tapi lepas dah nangis, pujuk diri sendiri. Biasa ah, kau kan baru kahwin. Kalau tak jadi buat lagi. *motif sangat nak salahkan baru kahwin* HAHAHAHA

Oleh itu, petang ni buat lagi. Kalau tak jadi juga buat lagi. Kalau tak jadi lagi lepas tu kau beli je la puding caramel tu. 

p/s: Yang aku duk tayang-tayang kat IG semua makanan yang jadi, yang tak jadi dah banyak dah makan ,telan, berak terus. HAHAHA

with❤:izan®

Monday, October 28, 2013

Perubahan Alan selepas kahwin.

Hai,

Macam dah kurang pula nama Alan dalam blog ni. Karang kata tak adil pula. Asyik nama Imtinan Collection je. Hahaha. *motif sangat nak jeles dengan Imtinan Collection (IC)*

Sabtu hari tu duduk rumah je, Kan aku ada post gambar kat IG suruh Alan bawa aku pergi jalan-jalan hujung minggu lepas. Aku pon memang macam ehhhhh, lamanya tak pergi jalan-jalan. *Padahal tiap minggu berjalan* Pergi, TESCO, GIANT, PASAR MALAM. Serious talk kalau ko dah kahwin, ini adalah aktiviti every week. Kalau tak beli barang masak, maybe beli barang rumah. 

Tiba-tiba family Acik aku nak datang Sabtu haritu bawa mak ayah. Mak ayah aku kan tak pernah datang rumah kitorang lagi lepas kahwin ni. Gembira sampai aku shopping barang basah hari Sabtu hari tu terlebih bajet. Sampai RM83 ++. Selalu Alan je yang pergi beli tiap-tiap minggu kat kedai depan taman rumah kitorang tu. Tapi apa ntah mimpi dia nak bagi aku shopping sendiri. Lepas tu siap bagi RM100. Kalau dia yang pergi beli mesti tak lebih dari RM50 untuk beli barang basah. Alan just pesan dekat aku "jangan habiskan". Memang aku ikut kata la, tak habiskan RM100 dia tu. Hewhewhew. RM83 ++ je. 

Kalau barang-barang kering ni Alan bawa aku pergi beli sebulan sekali. Macam toiletries, dry food and etc. So, masa sekali sebulan ni aku boleh angkut apa sahaja yang dah habis dirumah, and rengek-rengek sikit *sambil hentak kaki* minta benda-benda kemahuan. Macam iron board aku dapat semalam. Mihmihmih. Iron board ni nanti la cerita. *what the hell iron board pon ko nak buat entry??* Bajet masa beli barang dapur sebulan sekali ni tak lebih dari tak lebih dari RM300. 

Eh, apa hal cerita pasal berapa banyak laki aku spend every month untuk bela aku? Ha, sebab aku timbang berat aku hari jumaat lepas dah naik ke 52kg. Tapi aku redha je la. Dah makan banyak. Hari-hari masak. Cuma aku risau je nak ajak Alan pergi timbang. HAHAHA. Karang takut dia sentap pula. Sabtu Ahad lepas aku asyik tengok je perut Alan. Kalau aku pegang je, dia tarik nafas kempiskan perut sambil kembangkan hidung. Geram je aku. Aku bunyi-bunyi la sikit 

"eeeee, kenapa baju nampak sempit?"

"eeee, tak rasa baju tu sendat ke?"

"Eeeee, perut ke tu?" *tunjuk perut dia *

Hahaha. Lepas tu buat muka dunno. Tak nak layan soalan aku *kejam sangat*



Lepas tu semalam, Alan bawa juga aku keluar. Maybe dia tengok aku dah macam emosi tak stabil je duduk rumah. Ajak aku pergi beli barang kering. Ingatkan nak beli barang kering je. Sekali aku nampak Alan macam nak masuk IOI Mall. Mihmihmih. Nak belanja aku makan Papa Johns lettew. Dari bulan lepas aku bunyi-bunyi nak makan Papa Johns. Takut emosi aku tak stabil kembali lettew. HAHAHAHA

Lepas makan Papa Johns, aku pegang-pegang perut Alan. Terus tarik nafas *motif sangat nak sorok perut* HAHAHAHA

Aku suka je badan Alan naik macam ni. Sedap sikit nak peluk. Lalalala.

Entry tamat.

with❤:izan®

Thursday, October 24, 2013

Imtinan Collection.

Hai. 

Baru nak buat official entry pasal bisnes kecilan aku ni. 

Actualy sebelum ni aku ada je menjual macam-macam tapi tak da la nak take serius bagai. Tak da pon daftar dengan SSM ke apa ke. Tapi bila dah kahwin and bercampur dengan minat aku terhadap mesin jahit *gara-gara geram dress dan shawl lawa-lawa* aku macam nak buat benda ni jadi serius. Kot mana tahu nanti dapat buka kedai sendiri. Kalau tak dapat buka kedai pon, dapat bekerja sendiri. *anganku tinggi menggunung*

So, aku ajak Alan menjadi bisnes partner a.k.a life partner yang ni semua orang tahu. Laki ku selaku director and aku sebagai pekerja bawahan. Tukang jahit merangkap bini sepenuh masa. HAHAHA. Justeru itu *skema nye la hai* aku daftarkan sebuah perniagaan dan wujudlah Imtinan Collection. Siapa belum like boleh la like Imtinan Collection. Tak beli pon tak apa. Like je tanda sokongan. Sesungguhnya kalau korang like Imtinan Collection aku akan rasa macam YaAllah kenapalah kawan-kawan aku ni baik hati semuanya.



Imtinan Collection, wujud atas hasil aku percaya kalau aku usaha insyaAllah orang akan suka. Aku suka pakai shawl. Kenapa aku tak nak share dengan korang? So, apa yang aku suka je aku jual. kalau korang minta benda yang aku tak suka, aku kena pikir samada nak buat ke tak. Kemungkinan untuk aku tak buat benda yang aku tak suka adalah sangat tinggi. Tapi kalau aku cuba untuk suka, mungkin aku akan cuba untuk jual. Tapi ini hanya kemungkinan. *boleh memeningkan orang yang membaca sambil lewa*

Imtinan Collection membawa maksud Anugerah. Aku rasa kita dah patut syukur panjang dengan anugerah Allah yang kita ada sekarang. So, aku rasa macam nak pelihara Anugerah tu kena ada cara yang betul. *even aku sendiri tak betul kadang-kadang*. 

Sebelum jadi lebih panjang macam ustazah tak bertauliah. Sila lahhhhhhhhhhh like Imtinan Collection tanda anda membantu sesama insan. 

Terima kasih kerana membaca. 

with❤:izan®

Wednesday, October 23, 2013

360 Degree.

Hai,

Oleh kerana bos ke Jasin mari kita update blog. Eh, aku dah siapkan semua kerja mentaip. Oleh itu boleh mentaip blog. Kerja despatch petang lepas makan baru aku buat, sebab kerja-kerja sebegini memerlukan tenaga. Sekarang baru aku faham, bertapa susahnya kerja despatch.

Semalam aku jahit hampir 20 helai shawl tanpa henti. Sekali tapak mesin jahit tepi aku tercabut. Terus aku emo sampai pergi depan nangis tengok runningman. Padahal part yang aku tengok tu Jong Kook tengah buat muka harimau dia. Serius kelakar. Tapi sebab tapak mesin jahit aku tercabut terus merembes air mata bercucuran. Wsap Alan suruh dia tengokkan mesin jahit aku esok. Alan kerja malam minggu ni. Ini mungkin penambah sebab kenapa aku terlalu beremosi semalam.

Nasib laki aku kerja pomen-pomen ni. Kalau Alan pandai pomen kapal. Aku umpamakan mesin jahit aku tu kapal aku. So, Alan wajibulghunnah kena pandai service and repair kapal aku tu juga. *Dasar paksaan manja* 

Dah dua bulan lebih dah kahwin. Tapi masih selalu silap letak tittle Miss Izan dekat surat-surat office. Sampai bos aku tegur, "Maybe U should put picture kahwin u kat desktop, so everytime u nak put Miss u akan rasa bersalah" HAHAHA. Gila kejam. Untuk pengetahuan bos aku ni a man. Real man. Tapi tahap understanding dia kalah orang perempuan.

Kehidupan selama 2 bulan setengah setelah kahwin. Contoh :

  1. Kalau dulu aku iron baju kerja aku seminggu terus. Selalu aku buat hari Ahad malam Isnin. Malam tu dia punya peluh tahap sauna. Lepas iron baju terus rasa kurus. Tapi sekarang aku iron baju aku kadang-kadang je. Kadang-kadang tak iron. Pakai je baju yang tak kedut. Tapi aku iron baju kerja Alan seminggu terus tiap hari sabtu or ahad. Baju kerja Alan banyak poket. Seluar kerja dia pon banyak poket. Iron baju kerja Alan bukan rasa sauna dah. Dah mandi peluh aku. Lepas siap iron terus rasa keding. Lagi teruk dari kurus. Tapi aku still iron dengan ikhlasssssssss *sambil libas-libas rambut*
  2. Kalau dulu aku masak ikut mood. Kalau rasa rajin aku masak. Kalau malas aku beli. Kalau tak tahu rajin ke malas aku tidur. Sekarang hari-hari kena masak kecuali tiba-tiba Alan wsap "sayang, esok tak payah masak, abang bagi cuti". HAAAAAAAAAAaaaaaaaaaa, masa ni horey sangat. HAHAHAHA. Ni pon kalau Alan kerja malam. Siang dia ada kat rumah nak makan kan. So aku kena la masak pagi before pergi kerja tu. Tapi kalau dia ada hal nak keluar Alan makan kat luar je. Aku suka je masak tuk Alan. Sebab aku tak suka dia makan kat luar. Lepas tu bila tengok perut Alan cam buncit-buncit sikit rasa bangga sebab dengan hasil masakan aku. *motif nak bangga laki perut buncit*
  3. Kalau dulu aku kemas dapur 2 hari sekali. Sebab jarang masak kan? Tapi sekarang hari-hari aku lap lantai dapur dengan kain pakai tangan tau. Sebab dapur aku kecik je. Nak pakai mop tu rasa macam tak puas hati sebab celah-celah kecik tu tak boleh nak masuk mop aku tu ha. Pakai kain lagi senang. Lepas tu kalau ada orang cuci pinggan mangkuk kat sink tapi tak kutip sisa-sisa dalam sink tu aku rasa stress. Sebab aku tak tinggalkan sink tu macam tu. *tapi marah dalam hati je la* Dosa marah suami. HAHAHA
Tapi ada satu benda aku paling susah nak ubah. 
  1. Basuh, sidai and lipat baju. Selalu benda ni Alan buat. Tapi dia takat basuh and sidai je la. Alan memang failed bab lipat baju. So nanti aku kutip and lipat. tapi nak tunggu lipat tu ada la dalam 3 hari baju tu terperuk atas sofa buruk tu ha. Maybe yang ni kena kumpul semangat nak ubah. Slow-slow la. Tak semua orang kahwin boleh tup tup jadi isteri penrajin. I is malas tang tuuuuu je. Yang lain aku rajinnnnnnnnn *pffffttttt*
Tapi Alan sekarang rajin gila kemas katil. Tiap kali lepas tidur je mesti aku tengok katil clear. Tegang. Bantal cantik je susun. Sumpah aku tak de niat tuju kat sapa-sapa masa aku post kata-kata Ustaz Don ni. Tapi laki aku ni alert terlebih. Aku boleh je kemas. Sebab Alan jenis suka baring dalam bilik dalam erti kata lain kuat tidur. So, tak guna kalau kemas sebab nak tidur lagi lepas tu. HAHAHA


p/s: Pensuami idaman aku kejarkan. Entah aku ni penisteri dambaan ke idok. Hik hik hik


with❤:izan®

Tuesday, October 22, 2013

Sayang Bini tinggal-tinggalkan. Sayang Laki pon kau tinggal-tinggalkan.

Hai,

Baru je Jumaat lepas update macam mana nak bagi bersemangat update blog. Dah terbengkalai sehari semalam. Serius kalau semangat kau tinggi menggunung tapi masa nya tiada, tidak guna ye. Semalam serius aku busy. Dalam selama aku kerja semalam lah paling busy. Kehulu kehilir aku. Dah rupa despatch. Entah bila la boss aku nak amek despatch tuk aku ni. Eh, untuk company ni.

Curveshawl baru siap separuh. Eh, Actually suku. Sebab suku lagi dah pos dekat kawan-kawan yang dah cop kaler awal-awal masa aku pergi beli kain haritu. Siapa tak tahu aku tengah tungkus lumus buat shawl sekarang, sila like Imtinan Collection sekarang. Ape lagi, like sekarang *sambil buat muka gawang, jengil biji mata sampai nak keluar* Lagi separuh tu, slow-slow la eh. Aku ni dah rupa superwife dah. Nasib belum ada anak, kalau dah ada mungkin boleh jadi supermom. Hik Hik Hik

Eh, siapa ada jual shaklee? Nak try la set laki bini punya. *dasar gatal* HAHAHA

Sabtu Ahad lepas rasa kejap je cuti. Sabtu aku keluar meroyan dengan Amalina and Miza. Pergi beli kain kat Jakel. Tapi macam mana boleh tak ambil gambarrrrr. Pelik dan ajaibnya. Dah la nak jumpa pon 8 tahun sekali. Boleh tak ambil gambar? Hey hey hey. Teruk sungguh. Keluar rumah lepas zuhur teman Alan lunch dulu sambil aku makan gulai ikan bawal sepinggan. Terus berdesup tinggalkan Alan kemas meja makan. HAHAHA. Sebab janji ngan Miza nak gerak kul 12.30 tengahari. 

Sampai rumah dah nak dekat maghrib. Eh, bukan. Dah maghrib. Sekarang kan kul 7 dah masuk maghrib. Nasib masuk rumah tengok Alan tengah mengaji. *terus nak nangis, dosanya tinggal suami sorang-sorang hujung minggu* Lepas tu salam-salam Alan sikit. Nasib senyum je laki aku. Ok la, lepas ni boleh keluar ngan kawan-kawan lagi. HAHAHA *sekejap je rasa bersalah* Eh, aku dah minta izin dari Isnin haritu lagi. Alan izinkan. Bukanlah aku keluar tak bagitahu. Korang bukan boleh, kalau tak explain mula la pikir bukan-bukan. HAHAHA

Then, sebagai balasan esok Alan tinggalkan aku. Pergi main paintball dengan budak-budak shift dia. Kira fair and square la. Kul 9 pagi dah siap nak pergi main paintball katanya. Aku ni ha, bangun lah kul 7.30 pagi nak siapkan breakfast semua. *padahal buat nasi goreng je pon* Aku memang suka bangun awal kalau hari minggu. Hari kerja je aku liat-liat tanah liat sikit nak masak pagi. Hari minggu I is Rajinnnnnn sangat buat breakfast. Amboi, 7.30 kau kata awal. Datang bulan, awal la tu aku bangun. Kalau sihat kul 6.30 pagi aku dah siap masak *tipu*. Sekali kawan yang nak ambil Alan tu terlajak tidur. 11 pagi baru Alan gerak pergi Shah Alam. Sempat la layan movie seround dengan aku.

Oleh kerana Alan tak balik makan lunch dekat rumah, aku tungkus lumus la siapkan CurveShawl Wide and Halfmoon Wide Ahad haritu. Tapi sempat siap potong je. Ada dalam 40 kaler semua ye. Harap anda bersabar bagaimana Alan bersabar rumah umpama tongkang pecah hari minggu haritu. HAHAHA


Rumah umpama tongkang pecah.
 Aku suka potong kain kat hall. Sebab boleh sambil potong kain tengok tv. Sambil makan kuih,sambil kacau Alan tengok tv, Sambil berborak. Bagi aku dengan Alan inilah the best quality time we spend together. HAHAHA *ayat penyedap hati sendiri*

Lepas je Alan cau cin cau pergi main paintball aku laju-laju potong kain bagi siap semua. Lipat elok-elok asing ikut jenis kain and jenis shawl. Wide ke biasa ke halfmoon ke chiffon ke cotton ke. Lepas tu terus kemas hall. Kesian plak kat laki aku nak jalan asyik langgar kain aku je.
Ni baru separuh yang aku lipat. Lagi separuh dah masuk dalam bilik jahitan. Eh, siap iktiraf bilik belakang as bilik jahitan. Sebenarnya dah rupa store aku rasa. Semua benda Alan ngan aku campak dalam tu. Nak guna kena punggah-punggah baru jumpa. Rasa nya hujung minggu ni kena buat operasi gerak gempur bilik belakang tu. Kemas bagi selesa sikit aku nak menjahit.


Ini adalah contoh Wide Halfmoon Mieza. Kenapa nama macam tu? Saja bagi komersial sikit sempena nama Miza teman aku pergi cari kain. HEHEHE. *nampak sangat dah sebulan tak lap cermin* Actually kain tu hitam elok je. Bintik-bintik putih tu habuk. Maafkan saya. Saya terkejar-kejar nak buat semua benda. Nasib ada suami memahami. Tak kisah pakai cermin berhabuk. HAHAHA


Ni pula Wide CurveShawl Candy Cotton. Pergh *nama ni betul-betul baru wujud dalam otak aku time taip entry ni* Ni memang betul-betul XXL. Aku pakai siap atas tu aku boleh lipat buat macam pakai tudung patsegi biasa tu. Sebab kain ni jarang. And aku tak suka pakai inner neck. Sebab rasa macam tercekik. 

So, siapa belum like Imtinan Collection? Pergi like sekarang. Dalam minggu depan aku release semuanyaaaaaaa. Sebab tunggu la aku siapkan semua. Lagi pon semua belum gaji kan? Hik Hik Hik

Thanks kerana membaca sampai habis. Entry terpanjang dalam sejarah. Qada' semalam punya entry.

with❤:izan®

Friday, October 18, 2013

Bagaimana mendatangkan semangat nak update blog.

Hai,





Kalau nak kira dari awal-awal aku main blog tahun ni lah tahun paling rajin aku update blog dalam sejarah kehidupan blog aku ni. Since 2009 sekarang dah 2013. Huyyo, dah nak masuk 4 tahun main blog tapi follower duk takat 300 tu je lah. Hik hik. Macam mana korang main blog follower sampai ribu riban tu. I is tak pandai lah nak kumpul-kumpul follower ramai-ramai ni. Tapi bila tengok statistik viewer sehari lebih je dari 700 view.

Ke ramai yang baca blog aku senyap-senyap tanpa follow? Ke seorang viewer tu jengah blog aku 2 or 3 kali sehari? Lantak lah, janji ade juga yang baca, ini yang menaikkan semangat saya untuk men-update blog setiap hari. *tiba-tiba guna saya*. Aku pon tak paham macam mana statistik view blogspot dikira. Nak kena buat study case rasanya ni.

Pernah dulu masa zaman aku kerja kat 7E boleh kira dengan jari kaki je berapa entry aku update. Masa tu kat office tak boleh bukan internet suka-suka hati macam sekarang. Lepas tu balik rumah dah penat nak update blog bagai. Adala la dalam setahun kehidupan aku macam tu. Terus rasa macam "weyh, mana life aku ni mana?" . Aku paling tak suka kalau kena kerja lebih masa. Sebab aku nak rasa relek-relek kat rumah sambil jahit shawl macam sekarang. Boleh like Imtinan Collection untuk shawl labuh menutup dada *tiap entry aku nak promote* HAHAHA

So, nak kumpul balik semangat untuk update entry setiap hari macam zaman dekat uni bukanlah perkara mudah. Sampai kena solat hajat kau tahu. *tipulah ini*. 

Salah satu caranya, aku baca balik entry lama-lama. Mana entry yang bergantungan sampai ke sudah tiada penamat aku tamatkan entry tersebut. Macam entry HIMMA yang aku start pada tahun 2011 dan baru sahaja tamat masa aku kahwin haritu. Fuhhhh, ini kalau anak-anak (insyaAllah) aku baca mahunya pening dan menyampah, punyalah lama nak sambung bagi tamat.

Cara ke-dua, aku akan jenguk-jenguk blog insipirasi jiwa kalbu macam blog Nurulism, Sepet88, Namee Roslan (baru je follow, sebelum ni pembanca hantu) dan beberapa yang lain. Yang aku listkan ni adalah blog wajib kunjung tiap hari. Kalau tak update pon aku akan baca entry lama-lama diorang. Lepas tu semangat nak update tu datang bagai puting beliung. Terus update!

Ketiga, aku akan godek-godek gambar dalam handphone or camera aku. Tengok gambar mana yang aku belum cerita dalam blog. Bak kata yuna "setiap gambar ada ceritanya" lebih kurang la kan. Malas aku nak google phrase yang betul. Walaupon cerita tu lapanploh tahun lepas, kalau belum cerita dalam blog, kau sumbatkan aje. Bohong lah lapanploh tahun. Umur baru enambelas je kan. Pffftttt.

Kalau tiga-tiga cara diatas masih tak mampu buat aku rasa nak update tu memang dah kira penyakit L tahap ke empat orang kata. Lazy loser loser loserrrrrrr gila. Kena pergi bomoh pulih semangat kot untuk pulihkan semangat nak update blog.

Terima kasih kerana membaca sampai habis. 

Membaca dengan tekun pula tu.

I respect sama u.

with❤:izan®