Followers

Showing posts with label HIMMA. Show all posts
Showing posts with label HIMMA. Show all posts

Thursday, December 05, 2013

Bagaimana Nama Alan boleh jadi Alan.

Hai,

Siapa dengan HOT FM semalam? Pasal nama panggilan tu. Yang ada seorang akak tu orang panggil dia cekodok sebab dia suka makan cekodok. Lepas tu tiba-tiba teringat yang Alan dulu bukanlah yang sekarang. Eh, tak de kena mengena. Dulu kawan-kawan and aku tak da la panggil Alan tu Alan. Masa zaman sekolah menengah, masa form 1-3 kan aku sama sekolah dengan Alan. Kawan-kawan panggil Alan tu Ahcong. Sebab?

Ala, korang jawab la sendiri. Dah muka putih-putih macam tu. Mata sepet. Rambut lurus-lurus belah tengah. Dia punya minyak rambut berkilat silau biji mata I. Eceh, nampak sangat tengok Alan masa sekolah dulu. Tengok je la. Seperti entry-entry lepas aku kan dah kata Alan bukan lelaki idaman kalbu ketika disekolah. I suka lelaki gelap. Sasa. Dan berbulu. Tapi bukan KERL. Boleh tambah ing.
*maafkan saya kiranya biadap*

Oleh kerana masa zaman persekolahan begitu ramai yang ada nama panggilan. Sebagai contoh Nonot, Buyut, Bite, Apek, Panjang dan Ahcong. Ini contoh. Dan nama-nama panggilan ni ada yang kekal sehingga kini. Tapi malangnya nama Ahcong tidak panjang usianya. Berkubur sampai zaman sekolah saja. Namun bagi Alan ini adalah penentu masa depan. *kau jangan nak drama sangat izan*

Aku pernah tanya Alan, kenapa nama Ahcong tidak dikomersialkan sehingga sekarang. Sedap apa panggil Ahcong. Mesti penuhhhhhhh blog aku dengan nama ittew. Erk?? Alan jawab :

"Yes, abang berjaya membuat penjenamaan semula nama abang. Nama Alan sedap kan? Tapi kalau di pronounce *bukan porno* Ellen lagi sedap kan?."

Aku rasa macam nak muntah kalau panggil dia Ellen. Sungguh not u la. Alan. Fullstop. Cukup dah bagi aku. Ececece..*ada makna ni*

Sampaikan masa aku announce *kau kira kau artis nak umum bagai* aku dengan Alan masa 4 tahun lepas, *huyyoooooo* ada salah seorang kawan aku ingat Alan is Chinese Muslim or mualaf dalam bahasa senang. Sebab muka dan namanya menggambarkan kebegituan. *maafkan saya atas penggunaan tatabahasa ini*

Oleh itu, Alan telah berjaya menukar nama dari Ahcong ke Alan. Entah macam mana dia buat aku tak tahu. Mungkin masa memperkenalkan diri dekat tempat belajar (METC) dulu dia paksa kawan-kawan panggil dia Alan.



Alan is in the red circle. See, macam mana nak suka u masa sekolah. Very putih, very kurus, very not my type. Tergugat la kejelitaan masa zaman sekolah kalau bergandingan dengan u. Tapi kalau kau tanya sekarang pasal Alan. Aku boleh cerita 10 bakul BETAPA HEBATNYA SUAMIKU. 

HA HA HA

Sehingga mood memblog sampai kembali. Entry ini dengan rasminya TAMAT.


with❤:izan®

Saturday, September 21, 2013

Bagaimana Alan Merisik Aku?

Hai,

Hari ni sabtu. Tanjat tak titew update hari sabtu. Hik Hik Hik. Semalam ada orang tanya mana cerita Alan risik aku. Pastu baru teringat aku belum bagi entry tu. Okey-okey ni nak bagi ni. 

Aku baru perasan something dalam jiwa raga aku ni. Aku paling tak boleh kalau nak buat video-video bersuara ni. Kalau tgk video bersuara aku dekat instagram aku rasa nak delete je. Sebab tu aku buat video tutorial curve shawl dalam instagram tu bisu-bisu je. Sebab I is pemalu. HAHAHA

Cerita Alan pinang aku bermula. *gaya pengembaraan Saladin*

Alan bagitahu family dia nak kenal-kenal dengan family aku. So aku okey jela. Memang minggu yang family Alan nak datang tu aku nak balik Trolak. Aku pon bagitahu je la mak ayah aku yang family Alan nak datang. Mak ayah aku ajak adik beradik aku semua suruh balik makan tengahari kat rumah hari yang family Alan nak datang tu. Aku okey jela. Sebab memang tujuan nak kenal-kenal kan.

Adik-adik Alan nak mandi kat Hot Spring Klah pagi tu before pergi rumah aku. Ye la, dah alang-alang berjalan baik berjalan sungguh kan. Aku bawa la Acik, Esha and Aisy pergi Hot Spring Klah juga. Konon-konon nak teman family Alan mandi-mandi kat sana.

Aku pakai baju nak mandi je la pagi tu. Tapi tak mandi pon. Takat tengok-tengok Esha pastu pegang Aisy bagi dia main tepi tepi kolam je. Malu la I nak tunjuk perangai kuat mandi kolam I ni kat Family In Law. HAHAHAHA. Lepas dah siap-siap mandi bagai. Aku balik dulu sebab nak prepare lauk-lauk semua. Kan Family Alan nak datang kan.

Aku tanya la mak.

Mak, nak kena pakai baju kurung ke?

Tak payah. Pakai je baju sekarang ni. *tshirt buruk dengan seluar bunga-bunga*

Tak pe ke mak?

Tak pa aih, kan nak mai menyembang ja.

Aku kan anak yang tak menderhaka. Aku ikut je la ape mak aku cakap. HAHAHA

Sampai-sampai umah kelam kabut tolong mak aku hidang semua. Family Alan sampai pastu makan-makan. Lepas makan-makan ayah Alan borak-borak la dengan Mak Ayah aku. Adik-adik Alan mak aku jamu dengan durian and manggis. Aku dengan adik beradik lain duduk kat dapur je. Malas la aih nak join borak-borak hal orang tua ni. I kan pemalu. 

Lepas tu tiba-tiba mak pergi dapur bagi aku cincin. HAHAHA. Motip sangat kena risik dengan baju tidur! Ini semua salah mak. Salah makkkkkk. Tapi I ok je. Asalkan dapat cincin EMAS. *mata duitan* 

Yang belah rotan tu cincin risik. Batu cincin tunang. Cincin risik besar.
Kena sendal dengan cincin tunang. Pakai je 1 jari.
Senanggggg..HAHAHA.
Perempuan mata duitan memang tamak pakai cincin 1 jari.
p/s: Curve shawl dah ada.

with❤:izan®

Friday, September 20, 2013

Cara Aku Merajuk-Boleh hilang sabar orang yang pujuk.

Hai,

Aku kan anak bongsu, mana boleh tak pandai merajuk. Aku adalah sangat hebat bab merajuk dan menunjuk perasaan. HAHAHA. Ini merupakan kehebatan anak bongsu Haji Salleh.

Macam semalam, balik kerja jam 6. Selalu jam 6.40 aku dah sampai rumah. Entah kenapa semalam jem teruk kat area simpang nak masuk Banting. Rupanya ada kereta eksiden. Semalam dah la banyak gila kerja luar. Berapa kali kena pergi bank. Lepas tu rasa macam, bestnya kalau dapat baring dekat tilam kat rumah. On the way nak balik semalam, dalam hati aku ingat tilam je. Tilam, tilammm, tilammmmmm. *baca gaya zombie minta otak*

Sampai rumah nampak motor Alan dah ada. Kembang-kembang hati dan perasaan ini. Konon-konon nak minta Alan urut sikit bahu aku ni. 

Assalamualaikum

Walaikumussalam, Nape lambat balik?

Jem tadi *buat muka sedih*

Nape tak sidai kain?

Lupa *buat muka double sedih*

Letak handbag terus angkat bakul kain pergi sidai. Semalam Alan yang basuhkan baju-baju. Memang aku kena sidai baju patutnya pagi tadi before pergi kerja. Tapi pagi tu aku sakit perut+malas. Aku memang ada penyakit malas nak buat apa-apa pon pagi-pagi. Habit dari bujang. HAHAHA 

Sayang, tak payah la. Esok je sidai.

Sikit je *sampai hati buli kite suruh sidai baju*

Tak payah. Esok je buat. Karang hujan basah baju tu

Sidai kat pagar ni tak kena hujan.*degil ni,nak tunjuk degil*

*Alan malas nak layan tunjuk perangai aku*

Tension kan bini macam aku. HAHAHA. Sebenarnya aku takut Alan marah, sebab tu aku terus pergi sidai. Dah la dia yang basuhkan baju-baju tu. Nak sidai pon aku malas. Lepas tu masuk bilik nangis. Konon-konon kena marah sebab tak sidai baju. Padahal Alan tanya je kot.

Nasib ada Laki pandai pujuk macam Alan. Ayat-ayat pujuk malas ah nak kongsi. Kang korang muntah. HAHAHA

Gambar 2011.
p/s: Minggu ni nak pergi COD curveshawl kat Alamanda. 

with❤:izan®

Wednesday, August 28, 2013

Persandingan Alan&Izan Carca Merba tapi Meriah-Rasa nak menangis(Gambar dari OP yang Awesome)

Hai, As salam

Actually masa petang before nikah tu aku ada tanya Emak. *kakak and kak-kak ipar aku pon ada masa ni*

"Emak, nantikan malam ni lepas nikah. Alan boleh tidur kat rumah kita tak?"

Belum sempat mak aku nak jawab, acik and kak-kak ipar aku gelak pastu siap jeling-jeling mata tu. Kak Etun *kak ipar mulut paling laser tapi aku sayang* terus balas.

"Hamboih! Gatainya, malam esok baru Alan boleh tidur rumah mak. HAHAHAHA"

Gatal sangat ke? Tanya je pon. HAHAHA. Baru mak aku balas.

"Tidoq la kalau nak, dulu masa duk bertunang pon Alan tidoq sini. Ni kan pulak dah kahwin. Takkan mak nak halang"

Dulu masa bertunang Alan ada la tidur rumah emak ayah aku 3 kali. Tapi dia tidur takat kat ruang tamu je la. Aku tidur dalam bilik. Pastu terus malu sendiri tanya soalan vunguk macam tu. Sengih-sengih pastu masuk bilik sorok muka bawah bantal.

Esok nya untuk majlis persandingan aku dengan Alan. Aku nak buat dekat luar rumah je semua. Senang kawan-kawan nak ambil gambar. Bukan nak bersanding sangat pon. Just syarat je buat pelamin. But lebih kepada nak ambil gambar dengan rakan-rakan and sedara mara yang hadir je. Tapi memang kelam kabut juga la. Sebab selama ni bila abang-abang and kakak-kakak aku kahwin aku lah wedding planner diorang. But when it become to my turn semua dah beranak pinak. Mana nak handle anak lagi nak layankan pengantin macam aku ni lagi. So aku handle sendiri je la.

Masa ni aku rasa macam "if she still be with me, she is  the person yang akan ke hulu ke hilir aturkan perjalanan majlis aku, dia yang akan buat semua. And suddenly I miss her so much masa aku duk atas pelamin hari tu" Semoga Allah menjaga mu disana. Al fatihah. Tapi Alhamdulillah. Selesai dah pon majlis nya. Kalau tak de siblings aku yang lain memang kalut and kelaut la majlis aku. Adik love Along, Abg Pen and Acik! 

Dah la, kalau cerita lebih-lebih korang bukan nak baca sangat. Aku kasi gambar dari OP yang sangat Awesome dulu ok. Ni sahaja yang ada buat masa ni. Ini pon aku copy dari FB beliau. Yang selebihnya kena bayar bagi habis dulu la baru boleh dapat full. HAHAHA

Alan kalau bab ambil gambar candid macam ni memang kayu sikit. Jenuh nak kena plan. Nasib la Alan dapat isteri gila camera macam aku. Tapi aku tak suka pegang camera. Aku suka orang ambil gambar aku. HAHAHA
 Yang ni pon tak candid actually. Tapi nasib muka Alan menjadi buat-buat candid. 
Tangan my BFF. Nanti Dayah kahwin tangan aku dengan ko pula eh Paah. Karang ko kahwin tangan aku, Dayah dan anak-anak kitorang pula. HAHAHA
Aku langsung tak da plan nak ambil gambar dalam bilik. Tapi nasib Alan bisik-bisik ajak ambil gambar dalam bilik. Bagus juga laki aku ni. Serius, Alan sangat bagus bab planning. 
After a few shoot. Tangan kejung keras macam tu sebab tak nak bagi tutup muka. Mata jegil besar-besar walaupon kelopak-kelopak bunga tu dan macam nak masuk dalam mata dah. But hasil sangat cantik. *libas-libas tudung*
Last but not least, aku bukan dapat cincin untuk batal air sembahyang. Aku dapat rantai leher. Nanti aku tayang ok. 

I love u suami. 

with❤:izan®

Thursday, August 22, 2013

Suami ku kacak,romantik dan GAGAH.-Cerita Laki Bini part 1

Hai, As-salam.

Abang, esok kan. Esok kan. Cuuuukup seminggu kite nikah. Hik Hik Hik. Kau tak usah nak poyo*nada johan raja lawak pls* sangat!

Sekejap je. Biasa la orang tengah angau dengan laki sendiri ini la rupa nya. Aku rasa semua bini-bini kat dunia ni masa dalam tempoh macam aku sekarang ni merasakan bahawa laki dia tu lah paling kacak melapaui Si Won. Lebih romantik mengalahkan Gary Oppa. Lebih gagah mengalahkan Jong Kok. Dan semestinya aku haruslah perasan lebih cantik mengalahkan Ji Hyo. HAHAHA

Rumah sewa baru duk kelam kabut lagi. Kemas takat apa yang aku dengan Alan nak pakai je dulu. Yang sepah-sepah tu sepak-sepak je ke tepi sambil-sambil jalan bagi ada laluan sikit untuk ke dapur dan bilik air. Yang lain tu buat-buat tak nampak. Karang dah start kemas aku mesti nak habiskan. Aku ni jenis buat kerja kalau tak siap semua tak puas hati. Duk terkenang-kenang dalam hati. So, kau tunggu je la Sabtu Ahad ni baru aku kemaskan. *isteri mithali macam ni la*

Baru-baru kahwin ni aku rasa macam pelik-pelik sikit nak aturkan masa. Alan pergi kerja awal-awal pagi lagi ha. Kul 7.30 dah masuk kerja. Kul 6.45 pagi dah nak gerak. Aku ni kul 6.15 pagi baru jenis nak bangun solat subuh pastu nak tidur balik lepas tu *nampak tak lifestyle yang berbeza tu*. Tapi sekarang ni, Pukul 6.45 pagi aku bangun, pergi bancuh nescafe Alan, mandi and solat. Kul 7.00 pagi duk cangok depan pintu nak bye-bye and tium-tium sikit hantar Alan pergi kerja. Hantar depan pintu je pon. Pandai-pandai la laki aku bawa motor pergi kerja. 

Then baru aku siap-siap nak pergi kerja pula. Drive pergi kerja macam ngantuk-ngantuk sikit. Sebab dah tak boleh tidur balik lepas subuh. Dah 2 pagi dah duk ngadu dengan Alan, asyik ngantuk je. Aku ni ada 2 jenis keadaan yang tak boleh nak kawal kalau dia sampai. Satu ngantuk, satu lagi lapar. Kalau tak dapat boleh menyinga sehari. Slow-slow la ye nak adapt dalam diri. 

Part paling kelakar sekarang dalam life cycle hidup aku, aku rasa pelik bila tengok baju Alan and baju aku ada dalam satu almari. Sungguh pelik. Pastu Alan sibuk bising-bising kata portion dia dalam almari tu suku je. Haruslah! Aku yang kemas almari, suka hati la nak letak baju Alan ke baju aku banyak-banyak dalam tu. HAHAHA. *Alan, malam karang I minta maaf eh*

Dah-dah. Esok baru aku wat entry nikah kahwin semua. Review semua benda mana aku dapat selepas itu.

p/s : Kahwin dengan Alan macam kahwin dengan BFF. Cuma Alan macam makin romantik tahap aku rasa macam susah nak caye ke tak ni Alan. HAHAHA

with❤:izan®

Thursday, August 08, 2013

How I Met My Alan 6-Akhir Mungkin

Hai, salam.

Semalam dah update bukan pasal HIMMA part 5. Hari ini sempena raya *Selamat Hari Raya* aku tamatkan sahaja HIMMA ini. Malas la aih, nak memanjang cerita bagai. Sebab nya next week sudah mahu bernikah. Adalah baik aku buat persediaan dari membebel tak tahu arah di dalam blog.

After Alan proposed aku, aku tak de la gelojoh tahap rasa nak cakap yes yes yes. Aku mahu! Tak de tak de. Aku diam je. Then Alan cakap,

"So hari ni 24 hb Januari 2010 kite punya declaration date okey"

Kau ape hal nak declare bagai kan.HAHA. Sangat kebudak-budakan. Yes, We are. Tapi bila dah sampai UKM, malam tu aku tanya Alan balik. Serius ke nak couple. Sebab aku masa itu muka macam kawah bulan. Alan pula umpama matahari menyinar. Malu lah kiranya berdating berjalan berdua nanti.

Disebabkan Alan beria-ria sangat nak dekat aku *padahal nak tak nak hampir Alan cakap gurau je nak couple* aku terima je la Alan tu. Memang ayat boleh bikin gaduh malam ni. 

One thing aku tanya Alan. Kenapa nak couple dengan saya. Saya? Yeeeeeee laaaaaaa, dah couple kena la saya awak. Takkan aku kau lagi. Alan cakap aku sweet and tak kedekut. Sebab masa nak balik dari The Mines, aku beria-ria nak belanja dia ais krim mcD. Sebab aku cakap dengan dia, 

"hari ni Alan je belanja. Izan tak belanja apa-apa lagi." *Izan Alan pon boleh*

Sebab tu je kau nak dekat aku? Kalau sekarang baru nak couple confirm cancel kot. Asyik Alan je belanja sekarang. Aku mencekik je duit dia. HAHAHA

Selepas itu terjadilah beberapa entry mengenai Alan di dalam blog. Untung lah Alan boleh masuk blog aku selalu. Lelaki lain susah nak masuk sini.

Oleh kerana lagi seminggu sahaja mahu menikah. Activity blog akan bercuti. Aku bagi cuti raya pada blog. Dan ini mungkin entry terakhir sebagai Cik Izan Salleh. Selepas ini mungkin kita akan guna Cik Puan.


with❤:izan®

Wednesday, August 07, 2013

How I Met My Alan (5) - 1st Date.

Hai salam.

Hamek kau. Dah masuk part 5 baru nak 1st date. Kalau dalam drama Indo ni baru nak kenal-kenal pastu ko kena sakit masuk hospital. HAHAHA. Sesiapa yang terlepas episode HIMMA part 4, boleh klik.

Selepas 2 minggu berSMS. Alan ajak aku jumpa. Actually bukan lah dating bagai. Masa ni Alan minta aku belikan dia handphone. Sebab dalam UKM ada PC fair. Ala, dalam U kan selalu buat fair-fair macam ni. So, aku belikan pakai duit Alan then ada la alasan nak jumpa bagi handphone dia. 

Tempat pilihan adalah The Mines. Sebab kitorang masing-masing ada motor je masa ni. Takkan 1st date nak naik motor berdua ken. Tak manis la status anak dara Hj Salleh naik motor dengan lelaki. HAHAHA. So naik KTM sudah ke The Mines.

Expectation aku sebelum jumpa Alan.
  1. Kompem dia ni putih macam dulu-dulu.
  2. Ada misai and janggut yang lebat *sebab Alan pernah hantar MMS gambar dia ada misai.
  3. Rambut pendek cacak-cacak *sama macam dalam MMS dia hantar*
Masa jumpe?
  1. Masih putih lepak-lepak.
  2. Rambut pacak.
  3. Pakai jersey warna biru. Jersey PUMA.
  4. Misai HILANG okey. Sebab aku pernah cakap aku tak suka lelaki ada misai. HAHAHA
Then duduk sebelah Alan tunggu train bagi HP dia. Pastu macam malu-malu kucing nak borak tengok dia. *tolong la jangan nak gletis sangat* masa borak-borak train sampai. Berdiri dalam train pon masa tu rasa best sangat. Romantik je suasana. Sanggup aku tak nak duduk walaupon ada tempat duduk sebelah mak cik tu semata nak teman Alan berdiri. *what the betulllll la* Kalau sekarang naik train dengan Alan, nampak  je seat kosong, 2-2 berebut nak duduk. HAHA

Dari KTM ke Mines kitorang jalan kaki. Lepas tu masa nak balik. Naik bot. Masa dalam KTM on the way nak balik UKM, Alan nak balik Nilai. Alan proposed aku. Gile ah! 1st date dah propose. Well, aku kan sweet. HAHAHA

To be continued...Part 6 klik sini.



with❤:izan®

Tuesday, August 06, 2013

How I Met My Alan (4)-Sambungan entry tahun 2011

Hai salam.

Memandangkan aku dengan Alan beberapa hari je lagi nak nikah ni. Tiba-tiba aku rasa macam nak sambung cerita HIMMA yang dari tahun 2011 tergendala dek rasa malas nak menyambung cerita. Alang-alang mood sampai umpama angin sepoi-sepoi bahasa baik aku teruskan niat. Karang mood tu hilang macam puting beliung kesian korang ternanti-nanti sambungan entry HIMMA.

Kat mana nak sambung ni. Lost pula. Okey-okey. Sambungan dari HIMMA part 3 dua tahun yang lalu. Kan aku geletis-geletis intai Alan dari side mirror cermin kereta. Alan hantar aku and Dayah balik sampai rumah. Tapi dia tak ada la singgah salam mak ayah aku bagai. Masa tu budak-budak lagi. Baru 19tahun iols ni. Sekarang je dah 16 tahun. Pfffttt.

Tamat la cerita perjumpaan kami masa itu. Aku dapat masuk UKM. Masa ni aku memang single aje la. Kawan-kawan tu biasa la. Mesti la dalam hati ni ada juga rasa nak couple-couple bila aku tengok kawan-kawan aku semua ada partner. Masa ni aku paling rapat dengan Atie Halmy. *Ntah bila la ko nak sapu sawang blog ko tu atie*. Sebab masa ni kitorang dua-dua pisang. Bujang tran-tang-tang. (Bebeh, baru perasan ko private blog ko).

Masuk 2nd year. Masa aku tidur rumah arwah Angah aku *tetibe macam sedih sebab cerita ni start dari masa arwah Angah aku ada lagi*, aku guna laptop Angah main fb. Kebetulan masa tu Alan pm aku dekat fb. Minta no telefon. Fine, lama okey since masa aku last jumpa dia time 19tahun masa ni umur aku 21tahun baru dia nak minta no telefon. HAHAHA

So malam tu kitorang ada la sms-sms macam biasa. Guna aku , kau lagi masa tu. Then for the first time aku offer dia something. Padahal masa tu aku baru je start sms dia. Aku cakap nak tidur. So, esok pagi aku kejutkan dia. HAHAHA. Kelakar okey. Agak-agak aku kejutkan Alan ke Alan kejutkan aku?

Gaya ketika usia 21tahun HAHA
To be continued....Part 5 klik Sini.

p/s : Rasa macam baru je sms-sms Alan. Berapa hari je ni lagi weyhhhh...

with❤:izan®

Wednesday, September 26, 2012

Kenapa aku suka lelaki 'chinese look'

Hai, salam.

Sebelum ada yang bertanya mana entry braces berikutnya. Aku maklumkan disini. Entry tersebut bakal menyusul kelak. Sabarlah wahai pentanya-pentanya sekalian. Ada banyak lagi entry dalam draft yang tersimpan kemas menanti saat aku nak publish je. Biasalah, semenjak bekerja office hour ni sibuk makin menjadi-jadi. Sibuk tengok tv, sibuk masak, sibuk berangan.

Merujuk kepada tajuk "Kenapa aku suka lelaki 'chinese look'?".

Kalau korang perasan. Eh, mesti la perasan, lelaki jenis macam ni diorang biasa putih-putih gitu. Aku kan tak berapa nak putih. So kalau boleh aku nak la ada genetik putih untuk bakal anak-anak aku nanti. Ahaks. Gatalnya la hai. Jangan nanti semua ikut kulit aku dah la. Berkawah,gelap,tak gebu dan semuanya tak la. Anak-anak bonda, nanti ikut ayah korang eh. Dia putih,gebu,mulus,tulus dan syahdu. HAHAHA

Lagi satu, lelaki 'chinese look' mempunyai mata yang sepet. Kadang-kadang sampai tak nampak diorang ni buka mata ke tak. So nanti, kalau aku tengah bebel-bebel marah manja, aku still ingat lelaki jenis ni pandang aku dan paham apa yang aku sampaikan. Padahal dah sampai langit ketujuh mungkin lena dibuai mimpi. Ini akan mengurangkan rasa kesakitan hati apabila tidak dilayan. Lagi satu, mata yang macam ni boleh buat aku tergoda. Like sepet-sepet manja gitu.

Lastly, eh dah last? Malas la nak puji sangat lelaki 'chinese look' ni. Bagi tiga sebab sudah. Diorang ni kalau ade janggut and sedikit jambang rasa macam sangat sexy. Sebab kan kulit putih, and bila jambang-jambang anak baru nak tumbuh, warna macam biru nak hijau-hijau sket (jambang ke lumut tu). HAHAHA. Macam sexy la wey. Sexy bukan bererti kena bukak baju and naked. Tiba-tiba naked nak kena English kan. Sexy ada banyak cara. One of them adalah lelaki 'chinese look' dengan jambang anak. 

Aku sertakan contoh yang senang untuk difahami. Sila lihat lelaki dibawah. Soooooo Ah Chong.

Perhatikan jambang-jambang anak. Rasa nak tarik bagi tercabut. Nasib kau manusia hidup. Kalau patung dah lama aku buat.


Okey, mata sepet sebelah? Sepatutnya dua-dua belah. Tak pe la. Asalkan sepet. And putih, gebu, mulus, tulus dan syahdu. Rasa nak sumbat straw dalam hidung kau.

Oleh itu, begitulah sebabnya kenapa, mengapa dan bagaimana aku memilih lelaki 'chinese look'.

with❤:izan®

Thursday, July 07, 2011

How I met my Alan (3)

Hai, salam.
Ini merupakan sambungan dari Drama HIMMA. Episode How I met my Alan (2) sebelum ini adalah disini. (Klik).  

Oleh itu, jawapan kepada persoalan Drama HIMMA sebelum ini adalah, TIDAK. Aku dengan Alan langsung tidak menjalinkan apa-apa hubungan masa kami dekat ASBKL. Aku pon tak berapa nak tahu masa ni Alan sekolah dekat mana. Buat apa. Sombong okey I masa ni. HAHAHA. Then masa bulan 2 aku dapat offer masuk MRSM Serting. So, aku pon pergi. Alan stay kat ASBKL. 

Masa aku dekat MRSM aku ada BF. Alan dekat ASBKL pon ada GF. Pendek cerita memang tak ambil pusing pon pasal each other. Memang aku tak ada hati pon dengan Alan masa ni. Alan kata pon dia tak ada hati langsung dekat aku. Pergh! Sentap mak!

Bermakna lepas aku keluar dari ASBKL memang aku tak pernah jumpa dengan Alan. Sampai la aku masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, baru kitorang ada jumpa. 

Masa ni aku baru lepas clash. Jumpa dekat Hot Spring Sg.Klah. Alan datang tidur rumah Syafiq, kawan kitorang masa form1-form3. Lepas mandi-mandi dekat Hot Spring, Alan ada ajak aku ambil gambar berdua. Hai, dah la aku tengah single masa tu. Malu-malu kucing I ambil gambar berdua dengan Alan. Dayah yang ambilkan gambar aku dengan Alan. Oh, kami pergi mandi ramai-ramai masa ni. Tapi masa ni Alan masih ada GF. Aku nak bluetooh gambar tu dari hp Alan. Tapi hp aku tak boleh receive. Belum ada jodoh la masa ni.

Eceh...Tapi masa OTW nak pergi Hot Spring Alan bawa kereta aku duduk dekat belakang seat driver. So, aku boleh nampak Alan dari side mirror sebelah pemandu. Aku intai-intai sikit Alan masa tu. Pengakuan ni weyh. Alan pon tak tau. HAHAHA. Gletisnya! (Geli+Gediks=Gletis)

Dah-dah. Malas aku nak sambung lagi. Nak stop Drama HIMMA ni sampai sini ja boleh dak?


with❤:izan®

Thursday, June 30, 2011

How I met my Alan (2)

Hai, salam.

Kat mana nak sambung ni. Tu la padah nak buat drama bersiri bagai kan. Dah aku tak tau nak sambung kat mana. So aku copy balik perenggan akhir drama HIMMA part 1 haritu okey.
Alan masa ni aku tak tau dia ada girlfriend ke tak. Tapi menurut cerita dia, ada la few of my friend yang admire kat dia.(erk, perasan nyeeeeeeeeeee). Ini cerita dia kat aku la kan. Kalau tak betul pi sekeh dia. Yang lawaknya dia kata masa ni dia tak tau macam mana nak bagi respond terhadap perempuan-perempuan tersebut. And, time ni dia pon ada admire dengan one of my friend. Sampaikan nak dating kan dia kata masa ni, dia tanya kawan-kawan dia, apa yang nak buat time dating. Nak cakap apa, and whatever la. OMG, naif nya kamu...Ini dulu la eh. Sekarang?

Tapi sekarang? Ha, pikir apa tu. Sekarang okey la. Dia dah tau nak bawa aku pergi makan dekat mana yang sedap, makan dekat mana yang kenyang, makan dekat mana yang mahal. Eh, cerita pasal makan je. Nasib la dapat awek kuat makan macam aku memang Alan kena pikir pasal makan je time dating. Okey-okey aku sambung Drama HIMMA

So, masa form 2 ni aku tak ambil kesah la pasal Alan walaupon kami sekelas. Aku dah ada BF and Alan pon dah menjadi peminat kepada salah seorang kawan aku. Tapi masa aku naik form 3 aku single. Pergh, cam chipsmore kan bercinta. Suka hati je nak single ke couple. Nama pon budak-budak. Dah single apa lagi kan? Aku pon ngorat la Alan. HAHAHA. Okey-okey. Aku tipu. AKU LANGSUNG TAK PANDANG ALAN masa ni. Sekelas ni weyh, sekelas. Antara sebab-sebab aku tak pandang Alan masa ni :
  1. Alan pendek daripada aku. Eh, aku model tau tak dulu kat sekolah. Budak lelaki ade berapa kerat je yang lagi tinggi dari aku. Sebab tu aku ramai admire dari golongan senior je. Ayat nak mintak kaki. 
  2. Alan tak handsome masa ni. Cuma jambu-jambu je. Rambut belah tengah. Minyak atas kepala berkilat dari jauh.
  3. Alan kurus sangat. Aku rasa tak selamat.
  4. Sebenarnya ALAN PON TAK PANDANG AKU. Senang cerita.
Bila tamat tingkatan tiga, masing-masing pindah sekolah. Sebab asrama yang kitorang duduk hanya jaga sampai tingkatan tiga sahaja. Bila masuk tingkatan 4 kitorang kena pergi sekolah lain. Sapa yang dapat MRSM pergi MRSM, dapat Sek.Teknik pegi Sek.Teknik. Dan siapa yang dapat sambung dekat Asrama Semai Bakti cawangan Kuala Lumpur, Kelana Jaya or Johor pergi la ikut mana yang kitorang dapat. 
Aku dengan Alan masih dapat asrama yang sama. ASBKL. Adakah masa ini kami menjalinkan hubungan?

Bersambung...Part 3 klik sini.
with❤:izan®

Wednesday, June 29, 2011

How I met my Alan (1)

Hai, Salam.
Meh kita sambung meh edisi drama How I met my Alan (HIMMA) part 1. Fuh! Fuh! Fuh! Minta-minta la tiada yang terasa or nak marah sebab buat rentetan cerita ni. Saya hanya ingin melampirkan kenangan dimasa tua kelak. Eceh, dan-dan nak guna saya apa hal?

Okey-okey, kita mulakan. Kalau diikutkan secara tepatnya aku kenal Alan dari aku form 1 lagi. Aku dengan Alan sama sekolah, sama asrama. Aku kan anak peneroka, Alan anak kakitangan Felda. So, kitorang dapat masuk Asrama Semai Bakti Felda Trolak (ASBT). Eh, Alan je dapat. Aku mula-mula dapat Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (ASBKL). Dalam bulan 4 aku minta pindah ASBT. Sebab dekat dengan rumah. Masa form 1 aku tak ingat aku satu kelas ke tak dengan Alan. Tak kot. Eh, sama kot. Ntah la. Aku bukannye kisah pon Alan ni ade ke tak masa tu. HAHAHA.

Tapi masa form 2 aku yakin dengan pastinya, kami sekelas. Kelas 2C. Masa ni umur kitorang 14 tahun la kan. Budak-budak lagi masa ni. Eh, budak-budak pon I dah ada boyfriend tau. Nampak sangat miang bebenor aku masa sekolah dulu. Normal la, budak perempuan time ni kan memang rasa macam gatal-gatal keladi kan. Kalau ada senior minta no telefon, rasa macam WALAWEYH...aku ada peminat kot?

Alan masa ni aku tak tau dia ada girlfriend ke tak. Tapi menurut cerita dia, ada la few of my friend yang admire kat dia.(erk, perasan nyeeeeeeeeeee). Ini cerita dia kat aku la kan. Kalau tak betul pi sekeh dia. Yang lawaknya dia kata masa ni dia tak tau macam mana nak bagi respond terhadap perempuan-perempuan tersebut. And, time ni dia pon ada admire dengan one of my friend. Sampaikan nak dating kan dia kata masa ni, dia tanya kawan-kawan dia, apa yang nak buat time dating. Nak cakap apa, and whatever la. OMG, naif nya kamu...Ini dulu la eh. Sekarang?

Bersambung...Part 2 klik sini.

with❤:izan®

Sunday, June 26, 2011

How I Met My Alan.

Hai, salam.

Terasa seperti handak membuat rentetan cerita mengenai How I Met My Alan. Tapi nanti mesti ada orang kata. Hek eleh. Ponyo la hai minah ni nak buat drama cinta bagai. Tapi mesti ada orang komen gak nanti, sweet ohh korang. Bila nak makan nasi minyak ni. 

Argh, memang tak de la nasi minyak. Aku bagi makan nasi putih dengan sup je. HAHAHAHA. Tak-tak. Aku terasa je nak buat rentetan. Tapi belum confident nak buat. Bila sebut rentetan, banyak episode kan? So next episode yang tidak diketahui bila la aku start. Anggap je la ini hanya prelude.

Bye.



with❤:izan®