Followers

Sunday, January 31, 2010

wordpress tak best

blah la kau izan..dah sebulan guna baru kata tak best. apa kes? memang tak best sebab aku buta worpress sikit. hahaha...kepada sesiapa yang pandai wordpress tu memang best la guna. tapi mungkin juga sebab aku dah terbiasa dengan blogspot. tu la pasal. nak pindah rumah tak nak pikir 2,3 kali. pikir sekali ja. okey-okey. lepas ni aku pikir 60 ke 70 kali.

dah-dah nak kena study ni. nanti ada plak kena pelangkung ngan hj.salleh sebab pointer tak semegah mana. blah kau izannnnnnn....




i am not a pisang anymore

perubahan cuaca sekarang tak menentu kan? ada kala panas gila sampai tak boleh nak buka mata dengan buntang nya. tapi bila datang hujan mendung dan angin sepoi-sepoi bahasa pon sama aku tak boleh buka mata juga. tidur memanjang sampai kaki aku panjang. bukan dari azali kaki kau panjang badan kau pendek ka izan? eh? baru ingat la...

sejak dua menjak ni memory aku tak dapat berfungsi dengan baik sikit. macam ada kura-kura tengah berjalan dalam kepala hotak ni. dia jalan slow-slow ja. so aku lupa slow-slow. sebagai contoh,sekarang aku asyik terlupa yang aku ni comel. kena ingatkan diri sendiri yang aku ni comel. baru aku sedar yang aku ni comel. susah kan kalau terkena simptom-simptom pra-matang hubungan ni. tapi kena pasrah la,kalau dulu aku ada 10 masa untuk diri sendiri. sekarang kena bahagi 2. 5 masa untuk izan,5 masa untuk mr.izan. ini hanya contoh tau,jangan la kata aku tak spend masa untuk tuhan,kawan-kawan,family,study and so on la hape la. ini contoh sahaja. ulang kembali. ini contoh...nak lagi? ini hanya contohhhh...

okey,ini adalah alasan kukuh kenapa aku tak rajin nak update blog semacam dahulu kala. babe,boleh terima kan alasan ni? hahaha... kalau dulu,rasa macam diri ni pisang ja bila kawan-kawan semua keluar dating or text teman kesayangan masing-masing. untuk tidak menjadikan diri ni semacam pisang sangat aku update blog. sebab tu la,kadang tu sampai 3 ke 4 entry per day. tapi sekarang kalau kawan-kawan dating or text teman kesayangan mereka,aku sudah boleh jadi cekodok! join sama diorang. hik hik hik. i am not a pisang anymore. yeay! tapi ini bukan adalah alasan utama kenapa aku menerima cinta nya... ceyahhhhhh.. ayat tak boleh blah! kalau ayat tak boleh blah. izan,kau boleh blah...

some reason why i am ready to be in love again. again? haish...kena la cuba jaya baru boleh berjaya. semacam belajar prinsip kewangan korporat. kena guna kaedah cuba jaya kalau tak ada financial calculator. see,how important financial calculator? same as love. bukan financial calculator yang kita perlukan untuk kira balik segala pelaburan top up,makan time date,tiket movie dll. hanya kepercayaan terhadap pasangan. tapi jangan la kalau sampai bukti depan mata pon boleh buat-buat tutup mata ja sebab dah sayang kan? kena la gali sampai puas hati. hahaha..gila kejam kan orang bercita ni. bukan takat pegang status kekasih tetapi kena buat part time CSI. tugas berat tu. kerja amal pula. tak pa,kerja-kerja amal ni pahala banyak.

the reasons :
1. im just ready.
2. i am ready.
3. i am really-really ready.

kalau rasa macam bengang baca entry orang baru nak bercinta ni,boleh baca entry-entry lama time aku tak ingat dah apa makna cinta. aku tak minta korang bagi aku hadiah sebab aku nak bercinta. aku cuma minta sedikit ruang untuk aku kongsi bersama rasa bahagia ini. tak dapat 50% pon tak pa. bagi aku 10% pon jadi la. kalau bukan dekat korang aku nak share rasa hati ni,sapa lagi?




pengundi mengundi

selamat mengundi. semua universiti mengundi hari ni kan? aku pangkah apa? pangkah kepala hang. hamboih izan. kasar bahasa nampak...hahaha. sorry la. undi kan rahsia. aku hanya pangkah muka yang aku pernah nampak. kenapa? ok,aku adalah seorang yang kurang aktif di ukm. so secara tidak lansung aku jarang kelihatan di mana-mana program dan orang pon jarang melihat aku. kalau aku pernah nampak mana-mana calon yang masuk bertanding di mana-mana program terpilih antara yang banyak-banyak tu makna nya dia memang ada di mana-mana. sebab hanya insan bertuah ja dapat nampak aku di dalam ukm ni. blah la kau..boo izan..booo...

sudah-sudah. enough about pilihan raya tapi tak macam pilihan raya sebab tak semeriah tahun lepas. kenapa eh? sebab menghormati?? erk,takut nak sebut. aku bukan orang politik. aku hanya mengundi unutk menunaikan tanggungjawap yang diberi. kalau tanya pihak mana yang boleh memimpin aku tak tahu nak jawap apa. bagi aku bukan soalannya pihak mana. tapi insan mana yang boleh memimpin. kerana aku tak memegang pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. dah tahu nila tu biru. apa kata campurkan gula dalam susu. susu yang manis akan bertambah manis dengan kehadiran si gula. semanis diri ku.muahahaha

minggu depan dah start mid term. so hujung minggu ni kena memerap di bilik. kepada mr.izan;awak,awak pi main futsal eh. tak pon ajak kawan-kawan awak pi karaoke tak okey sampai malam. tak pa,saya tak marah. cuma akan perli-perli sikit ja seperti biasa. kalau awak tak nak pi karaoke tak okey or main futsal meh datang ukm teman saya study. teman study? pirahhhhhhhhh...

izan: kenapa awak pilih saya?
mr.izan: sebab awak norizan.

jawapan yang buat aku rasa macam nak terbang-terbang ja. bukan takat nak terbang. kalau boleh nak balik rumah sekarang. sebab teringin makan nasi daging yang mak masak. ok,tak da kaitan.

khas tuk violet

mak cik violetless,i dah pandai pakai tudung yang macam u pakai ni. comel lagi kan dari u? lalalala~ so,kesimpulan di sini. tak balik yer hujung minggu ni untuk sambut apa-apa perayaan. lagi pon aku tengok kat jalan masjid india,sari mahal-mahal belaka. tak mampu nak beli.




emosi melimpah ruah

jumaat ada kuiz sains pengurusan. subjek yang ala-ala satistik but lagi detail dari statistik. kalau subjek yang ala-ala statistik pon dah boleh buat aku pending bak kata ezk,tambah lagi nak study subjek sains pengurusan yang lagi detail dari statistik? bukan setakat pending. rasa nya message sending failed jadi nya.

sebagai penyelesaian kena study setengah jam setiap malam mengikut pesanan mr.izan. dia kata kalau tak paham pon tak pa. atleast tengok balik apa yang aku belajar tiap-tiap malam selama setengah jam sahaja. sebab lain-lain jam nak kena spend untuk mr.izan. kata dia nanti rindu. hahaha. okey,part rindu tu i tipu. sebaliknya okey.

kan aku ada kata aku ke mines bersama kapal terbang kan? semua tak nak percaya. mr.izan,diorang semua tak nak percaya yang u belikan i sebijik kapal terbang. gedik oh kau izan,sikit-sikit nak ngadu. macam kau sorang ja ada mr.izan. memang aku sorang ja ada. nak kata apa? meh sini babab vuntut tu kuat-kuat sikit. sebab terlalu gedik.memang aku dapat kapal terbang. but bukan yang boleh naik tu. just boleh di lihat dengan penuh kasih sayang dan di letakkan di atas meja.

izan: awak bagi apa ni?
mr.izan: nanti awak study, ingat la kat saya.
izan: awak bagi saya calculator ke?
mr.izan: hahaha...ada plak. bukak la.
izan: wahhhhhhhhh..kapal terbang! (part ni tak boleh blah,aku memang nampak jakun gila dapat kapal terbang dengan penuh kasih sayang)

tak nak percaya lagi? ni bukti! i tak suka cakap-cakap kosong ni. kalau ada,i cakap ada. kalau tak da. duk diam-diam.

nanti setahun sekali boleh naik kan sayang? izan sangat gedik sekarang.

mr.izan pesan; "ada banyak lagi bawah katil i ni. if ur friend jeles sebab u dapat kapal terbang dari i. suruh diorang beli dekat i. jangan ambil kapal terbang yang i bagi kat u dengan penuh kasih sayang tu"

sungguh tak boleh blah ayat ciptaan sendiri tersebut. dia tak kata macam tu. dia kata kalau nak, boleh beli dekat dia. rm45 ja. so nanti aku boleh pos kan kat korang. untuk aku ja free. sebab apa? lagi mahu tanya kan??? haish! malu la i..hahaha

rm24.90

selalu kalau ada pakwe mesti dia suka cakap macam ni kan; "saya tak berapa suka awek yang make up ni. tak naturally beauty la. saya suka yang simple-simple ja. saya jeles tengok lelaki laen pandang-pandang awak nanti"

but,mr.izan ni pelik sikit. he said; "saya suke tengok perempuan pakai eyeshadow. boleh awak pakai untuk saya?" ini bermakna yang aku ni tak natural beauty. so kena add on with eyeshadow baru nampak macam i ni beauty and he is the beast. mampos kau kena pujuk nanti izan! u,i gurau ja tau. tak nak sentap-sentap.

im the beginner. atie ask me to pekatkan lagi. but takut la

okey..enough about mr.izan. nanti dia asyik keep asking ada cerita pasal dia tak dalam blog then curi tulang time kerja nak baca blog. kesian,nak baca dekat rumah laptop dah hancus meletup gara-gara dia mimpi sepak bola time tidur,then pi sepak laptop dia yang kat hujung katil. tu la susah kalau dah gila bola. laptop dengan bola pon tak tahu nak beza.

p/s: arwah mak teh aku baru meninggal isnin lepas. eksiden. semoga arwah di cucuri rahmat.




i'll make you great to be a man


Just like a shadow
I'll be beside you
I'll be your comfort
And let it guide you home
I will provide you a place of shelter
I want a be your zone
Tell me what to do
Tell me what you wanted me to do
I'll make you great to be a man
With a woman who can stand
Who will never promise to leave her man
Making vows to please her man
If I could be your angel
Your angel,
Your angel Protect you from the pain
I'll keep you safe from danger
You'll never hurt again I
'll be your a.n.g.e.l
I'm gona be your a.n.g.e.l
I'll be your angel
Just like the moon
I'll step beside
And let your sun shine
While I follow behind
Cause baby what ya got
It is with all the props
With everything I'm not
Tell me what to do
Tell me what you wanted me to do
I'll make you great to be a man
With a woman who can stand
Who will never promise to leave her man
Making vows to please her man
If I could be your angel
Your angel,
Your angel
Protect you from the pain
I'll keep you safe from danger
You'll never hurt again
I'll be your a.n.g.e.l
I'm gona be your a.n.g.e.l
I'll be your angel
Tell me why there's so many good men
And the world's misunderstood
He's a dog,
he's no good
I wish somebody would
Disrespect my man
You're gona have to come see me
I go hard for my baby He's all that I need
So if you got a good one
Put your hands up,
Come on girl and stand up
Go ahead lift your man up
Get up If you got a good one,
put your hands up
Go ahead lift your man up
Get up If you got a good one,
stand up Come on girl, and stand up
If I could be your angel
Your angel,
Your angel Protect you from the pain
I'll keep you safe from danger
You'll never hurt again
I'll be your a.n.g.e.l
I'm gona be your a.n.g.e.l
I'll be your angel

the color

gambar larian satu malaysia boleh di lihat dalam akhbar tempatan. kalau anda bertuah akan dapat lihat aku memakai kasut adidas baru. tapi aku bukan berlari,hanya mampu berjalan sejauh 7km sahaja. itu pon di selang selikan dengan gurau senda manja bersama atie and yona. hayyan dan yuni dah berlepas lebih awal gara-gara semangat memakai baju meroon. tapi yang pelik kitorang berjaya memintas mereka di selekoh misteri kerana atie,yona and i memotong ikut jalan pintas. kira main aci ngelat la.

nasib yan dan yuni jujur,ikut jalan yang lurus. tapi still mereka berjaya pintas di depan pintu pagar stadium UKM. kira diorang la menang. selepas lari keliling UKM aku lari ke KTM pula. cuba mencari jalan pintas,namum tetap tak berjaya. sampai dah ada orang tunggu nak hadiah kan aku kapal terbang sebiji masa kat KTM. lihat,tak menang pon aku boleh dapat hadiah. bahagia kan? sapa nak? try la jadi NORIZAN MUHAMAD SALLEH. berani? tak payah la. life aku tak sehebat mana nak di ikutkan. but i am proud to be anak hjsalleh dan hjh radziah. and never be ashamed of what i did for the past. bayangkan,aku bawa kapal terbang ke mines. siap dapat cat nak tukar-tukarkan kaler kapal terbang lagi.

ramai orang bising la aku tak update blog. aku sebenarnya bukan tak nak update. tapi cerita pasal aku 2,3 menjak ni too personal to tell for the whole world. but aku akan cuba untuk menukarkan cerita-cerita panas aku kepada cerita-cerita tak sejuk. walaupun muka wa rock,dalam hati wa ada taman...hahaha aku tak menang dalam pertandingan larian satu malaysia. but aku menang dalam pencarian hidup selama ini.
if i got any chance to know you before,i refuse. because to know you now make me wanna create our own rainbow together.




larian 1 malaysia

pertama.mohon maaf kerana rutin berblog makin mundur. sibuk dengan urusan-urusan yang lebih penting. setelah menlengkapkan diri dengan beberapa ilmu yang wajib di study untuk menempuh mid term. kononnya. blah kau izan. kedua,makin tak boleh manaip secara fokus. sebab bila nak fokus ja mesti terpikir dia buat itu,dia buat ini,dia makan itu,dia makan ini. sapa dia? dia laaaaaaaa...ketiga,saja ja nak mengada-ngada tulis ketiga.

minggu ni tak da kelas hari sabtu,tapi kena pi larian 1 malaysia plak esok. ahad? ya,ahad ok. sangat la suka kena buat kerja-kerja amal ni hari ahad. rasa macam setiap ahad nak adakan larian 1 malaysia. kalau tak da larian 1 malaysia pon aku nak buat larian solo keliling UKM,sebab berkasut baru! hahaha...sangat teruja oh ada sport shoes baru yang sangat ringan dan mengikut bentuk tubuh kaki ku yang slim ini. nak tengok? esok la. dengan gambar larian 1 malaysia aku tayang. tapi jangan risau,seperti biasa pic miss izan akan di tayang dengan besar sekali nanti.

kalau mengikut perancangan,esok akan menjalankan aktiviti pacak tiang masjid. selepas berpenat lelah berlari,kita larikan diri ke tetttttt..tempat terpaksa di rahsiakan. i risau kalau-kalau ada paparazi yang kejar i semata-mata nak jadikan kisah non-matang relationship i dengan mr.izan sebagai pront page plak nanti.blah jauh-jauh sikit kau izan.

thanks athiah and yona coz pi belanja tembam minum ;)

ok,dah-dah. pi basuh kaki tu,baca doa tidur. tidur eh. esok kan nak buat larian amal 1 malaysia! so,kena bersemangat!




gatal-gatal ulat bulu

ada yang tunggu aku update? tak da. okeyh. malas sebenarnya nak mengaku tu. mood nak berblog dah pencen aku rasa. belum sampai setahun and tak pernah sambut ulang tahun bersama lagi dah malas? aku ada banyak hal lain la nak uruskan. dengan jadi part time promote hp C902. sampai 3 ketul aku dapat lariskan. dengan hanya rm560 sahaja. murah kan? kalau dekat luar aku pernah nampak paling murah pon rm700. tu pon belum janji apek jual tu boleh bagi aku 2 GB punya memory. ada sapa-sapa nak? ok,pc fair dah tamat! anda terlambat. hahaha

c902


masa bersama teman-teman masih ada. cuma atie and yona dah memang jarang untuk lunch bersama. ke kelas berjalan kaki bersama. meredah hujan dan panas bersama ke fakulti. hanya ada satu kelas saja bersama. kalau dulu semua kelas sama ngan atie. miss that moment la athiah. tu la,sapa suruh kawan dengan budak-budak bijak yang layak majoring accounting. aku ni? layak ambil meja dan kerusi ja la.

hayyan and wani pon dah nampak macam busy ja dengan jurnal-jurnal pelaburan and so on. kalau dulu tiap malam pi lepak pok tek makan tomyam. tak pon ke alamanda melayan mid night movie dan meyambut ulang tahun kelahiran insan-insan tersayang di putrajaya. dan yang tinggal kini? hanya tomyam sedap kafe ibu zain. nanum masih penuh kasih sayang,sebab di nikmati bersama teman-teman. yuni? dia pon memang kelihatan busy dengan kerja-kerja amal di kolej. aku respect yuni,macam mana dia boleh willing to do anything for kolej. if izan? erk..sorry.

bila semua orang dah start busy dengan their own life. luckly, i have found someone make me wanna create a rainbow with him. erk,him? abaikan. it is still in a non-matang hubungan. sebagai contoh,nak jadi rama-rama. mula dengan gatal-gatal ulat bulu. part ni dah lepas dah. dah gatal-gatal dah. dan sampai sekarang aku gatal gak. then cari pokok yang stabil nak bina kepompong dengan penuh curahan kasih sayang. pokok sendiri tak da. hanya menumpang dulu. tapi ok lah. atleast ada kasih sayang tu. ha,maybe aku di tahap ni. hahaha...and tahap seterusnya hanya tunggu ulat gatal menjadi rama-rama cantik dan kurang gatal. boleh?

p/s: bukan kah itu amanah dari yang kuasa. menjaga nya...




membeli belah secara tingkap

semalam tak da mood nak update,mukus pekat sangat. bila nak update ja kena tarik nafas dalam-dalam. tapi still tak dalam sangat sebab banyak halangan dalam terowong sebelum udara dapat masuk dengan laju ke dalam. so,ini dijadikan alasan yang muna-sarawak kenapa aku tak update pada hari isnin. isnin depan cari alasan lain pula la. nanti nampak sangat pen-tipu mencari idea untuk tidak mengupdate blog pada hari isnin. sebenarnya aku bercadang nak bercuti hari isnin. cuti dari update blog dan cuti dari segala hal. sebab isnin banyak benda nak kena buat before masuk kuliah hari seterusnya. ini adalah rutin baru untuk sem ini kerana orang yang tak da kelas hari isnin kena bina jadual hujung minggu sendiri. hari ahad di anggap sebagai sabtu manakala isnin sebagai ahad. dan seterusnya.

hari sabtu aku yang lepas,ok,sabtu aku disini bermaksud hari ahad bagi orang-orang biasa ya. aku bukan orang luar biasa mahupun alien tapi sedikit terpilih dari ramai yang hendak di pilih. atie,yuni dan aku telah ke mines,serdang. ada mines kat tempat lain ka sampai nak kena tulis serdang? ada kot,kat trolak. bakal di buka time aku kaya. actually nak ke sana nak beli calculator scientific ja pon. and tanpa pengetahuan aku,ayuni dan athiah telah main belakang dimana merancang untuk menonton adnan sempit tanpa mengambil persetujuan aku. tapi tak pa,sebab aku pon memang nak tengok. malang berbau durian,kerana tiket semua dah sold out! kenapa semua orang nak tengok adnan sempit? tak fasha sendat? bukan besh pon kan? korang pi la tengok cerita lain. bagi la atie,yuni and i tengok adnan sempit...

kerana tak keciwa lansung tak dapat tengok adnan sempit. kitorang membeli belah secara tingkap dengan meriah. masuk kedai,keluar. masuk lagi,keluar. last-last melayang rm250 aku. tu baru shopping secara tingkap. kalau aku shopping secara tangkap? hj.salleh pon boleh bankrupt. telah membelanjakan diri dengan membeli;
  1. baju untuk qistina,alif,dan iman - rm 47
  2. calculator scientific - rm 45
  3. lens - rm 60
  4. complete multi purpose solution (3botol) -rm35
  5. sundae mcd - rm 1
  6. tiket komuter - rm 3.40
  7. big apple - rm6.90
  8. piza - rm 15
lagi rm 16.70 aku tak ingat. tapi rasa nya ini adalah perbelanjaan yang mengikut keperluan semata. serius,tak boleh bau pon nafsu makan aku kuat. kalau time boleh bau tak la kuat sangat. so,lepas ni. aku nak makan sambil tutup hidung. nafsu makan akan bertambah kuat! yeah!

Allah menggalakkan hambaNYA menghayati yang indah-indah belaka."]

qistina umairah

mohd aliff irfan

mohd amirul iman




aku tersipu lalu malu

habiskan masa di mines dengan tujuan asal nak tengok adnan sempit. tapi tak berjaya. rasa macam ketinggalan gila bila semua orang asyik bercerita pasal adnan sempit. kelakar la,lawak gila la. tapi tak pula aku rasa ketinggalan kan bila assignment tak start buat lagi. padahal nak kena hantar minggu depan. erk,kau ni memang macam paku. pahat ketuk baru terbenam. encik pahat,ketuk kuat sikit. ada masalah penerimaan arahan pada aku si paku ni. gamak nya sebab dah rasa kaya sebentar kot. tu jadi macam ni.

atie dah beli hp baru menggantikan hp dia yang hilang masa jemput aku di komuter. sekarang tengah menikmati big apple dalam perasaan yang sungguh kaya kerana coklat melimpah-limpah dari perut donut. sambil menarik-narik mukus sebab terlalu mudah cair. kalau letak ais atas hidung ni,mungkin dia akan beku kan? rumate telah tidur awal gara-gara serik terbangun lewat hendak ke kelas esok. and aku sedang menaip entry tanpa motif. perlu di ulang di sini. ini merupakan entry tanpa motif. cuma aku hanya ingin menaip. rasa kalau taip ni macam dapat melepaskan sesuatu. macam cubaan melepaskan anjing tersepit! ah,buat mood jadi buruk ja cerita pasal anjing tersepit ni.

dah la,bila mood tiba-tiba tak da nak taip pon rasa malas. esok aku tak da kelas. so akan update lagi. peninjauan tapak pembinaan masjid berjalan lancar.

ketiak ubat paling mujarab

bila demam-demam ni ngidam ketiak mak pulak ;(

jogging pusing tasik baru sekali round tapi basah macam 10 round. basah lencun aku dengan yuni jog petang tadi. namun bukan basah dek peluk,basah dek hujan. baru 10 minit sampai tasik dah balik kolej balik. mandi-mandi janji nak keluar makan western food plak dengan yuni and ezk. baru setengah perjalanan,hujan lagi! basah lagiiiiiiiiii...sekarang ni aku rasa macam nak demam kura-kura. kejap nak demam and kejap rasa tak nak demam. demam ni pon pandai nak manja-manja dengan aku. tapi usah khuatir. telah ditelan 2 biji panadol tanpa rasa strawberi tadi. hope esok berpeluh. baju telah 3 lapis aku sarung. berseluar panjang dan bersarung kaki. selimut paling tebal aku guna. dan kipas di tahap 1 sahaja. kalau tak pasang nyamuk datang cium-cium aku pula nanti. jeles korang dengan nyamuk tu. aku juga yang susah nak pujuk...blah kau izan!

p/s: kalau aku demam no more entry tuk 2,3 hari. sebab aku rasa macam betul-betul nak demam ni. demm!



a moment to remember

baru bangun dari tidur setelah bersekolah di hari sabtu dengan matapelajaran yang amat menarik minat,iaitu pegurusan persatuan. dengan keadaan lecture hall yang dingin seperti di kutub utara. pernah pergi ka izan? erk,pernah! dalam mimpi basah ku petang semalam. sebelum bardating di tepi tasik aku tidur dulu. dating dengan seorang jejaka yang sentiasa membuatkan aku berasa dunia ini hanya milik kita berdua. porah kau izan! padahal ramai yang duk berjogging dan berjalan-jalan itik di tasik. tetapi aku sentiasa di temani oleh hayyan dan yuni. takut nanti,dah la dapat mimpi basah. kena tangkap basah pula. huh!

sebut ja mimpi basah semua sereng mereng ke arah yang tidak lurus. tapi serius aku mimpi basah petang semalam. aku bangun ja pipi aku meleleh-leleh air mata. siap sedu-sedu macam aku nangis time hj.salleh nak sesah belakang dulu sebab merengek tak tentu pasal. aku cuba juga nak ingat balik apa yang aku mimpi sampai aku boleh nangis macam tu. yang aku mampu ingat,hanya ada yuni, iphone, hj.salleh dan ukm.

so,mari kita buat kesimpulan cerita di sini. mungkin hj.salleh meminta yuni belikan aku iphone sempena hari jadi ke-21 aku nanti. dan peristiwa ini berlaku di ukm. erk.kalau cerita macam ni takkan aku boleh nangis sampai tersedu-sedu. sebalik nya aku melompat-lompat katak kerana tak reti nak guna iphone macam mana. atau kemungkinan ke-2. yuni beli iphone. dan kehilangan iphone tersebut di ukm. lalu meminta bantuan hj salleh untuk mancari kembali iphone yuni. tapi,kenapa aku yang nak kena nangis? bukan yuni ka yang patut nangis? dah,abaikan. biarlah mimpi basah ku menjadi misteri sampai bila-bila.

setelah kehadiran duit JPA dalam hidup aku, makin banyak benda nak kena fikir. bayar hutang dia ni,bayar hutang dia tu. bayar hutang kamu ni,and bayar hutang kamu itu. tapi bila orang nak bayar hutang aku? kepada aliff amirul hamzah bin adnan! sila bayar hutang aku! ok,part ni aku dah tak boleh nak sabar. kalau dulu aku tak tulis nama kau. tapi bila aku jadi macam perempuan cantik melepaskan anjing tersepit iaitu kau lalu kau gigit balik kaki aku sampai kena samak. memang aku tulis nama kau. bukan berniat nak memalukan. tapi cuba hargai sikit apa jasa orang yang dah tolong kau. aku dengar bukan aku ja kena. ramai lagi kawan-kawan kita yang menjadi seperti mangsa anjing tersepit. cuma mungkin mereka kurang cantik sedikit dari aku atau mereka dalam kalangan lelaki-lelaki handsome yang aku kenal. dan aku menyampaikan ini adalah bagi pihak mereka-mereka juga. bukan dari aku saja. ini adalah untuk mengelakkan dari aku di saman malu secara berseorangan. tapi secara beramai-ramai.

ok,abaikan emosi aku yang berlebihan sebentar tadi. dan aku sekarang cuba mencari idea bagaimana hendak men-taip supaya korang tak perasan yang aku ni perasan. masa aku couple dengan my first ex dulu. memang dia yang minta. but masa tu aku baru 14 tahun. tapi sudah mahu belajar erti kasih sayang dengan spesis yang berlainan. tapi hanya 2 bulan hubungan itu kekal. aku tak pernah dating,tak pernah keluar berpimpin tangan. hanya ada surat dan coklat di bawah meja. so,aku namakan cinta surat dan coklat.

masuk form 4,aku mula berasa aku sudah dewasa untuk sekali lagi mencium katak supaya ianya bertukar menjadi putera raja yang kacak. masa ni,memang aku sendiri mengaku aku terlalu desperate untuk mencari katak tersebut sampai aku sendiri yang melamar ex aku yang ke-2. gagah kan aku? haha. tetapi hanya 3 tahun sahaja hubungan ini kekal. sebab si katak telah merubah aku menjadi katak sama seperti dia. namum begitu aku still kenangi moment-moment aku dengan dia. aku tak pernah menyesal kenapa aku berkenalan dan lalu berpisah dengan dia. sudah tiada jodoh. nak buat macam mana. aku akan ceritakan dekat anak-anak aku nanti setiap kepayahan aku mengharungi liku-liku hidup. hotak kau liku izan. aku tengok lurus ja jalan yang kau lalui. kalau aku tak sempat nak cerita pon nanti,aku berharap agar kalian hebahkan kepada zuriat-zuriat aku yang aku mempunyai blog sebagai panduan hidup mereka kelak. jangan lupa cakap kat diorang;
" yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan"
untung mak aku.sekali cium je hj.salleh terus kacak

sebab lebih banyak yang buruk dari baik bila aku baca balik entry-entry lama aku. hahaha

sekarang aku di UKM, namun aku belum berani mencium mana-mana katak. sebab aku fobia dengan kulit katak yang aku terpijak pagi semalam! vunguk punya katak. sebab kau aku belum ada boyfriend!

p/s: bak kata athiah " u have to kiss a lot of toads before you find a handsome prince".