Followers

Sunday, January 31, 2010

penyu part 1

kenapa tajuk penyu? kenapa tak kura-kura? kenapa nak kena tanya ja ni. tak boleh ka kalau baca ja and terima aku seadanya. kau apa hal nak marah-marah izan? hahaha. esok kelas pukul 8 pagi. oleh itu kena mengupdatekan blog secara laju-laju dan penuh dengan unsur-unsur fakta sahaja. bukan rapikan membina seperi selalu.setelah menghabiskan masa memindahkan perkakas-perkakas dari rumah lama masuk rumah baru telah tiba masanya cerita pasal holiday ke terengganu. yang pergi ke sana hanya 3family ja.

antara yang hadir. aku tak tahu kenapa aku asyik kena buli ja di sana."]

kitorang tidur semalam sahaja di terengganu. sebab budjet homestay lari and ayah aku nak balik cepat sebab takut buah sawit dia busuk. bertolak pagi jumaat and sampai di sana dalam maghrib then terus ke homestay. siap-siap mandi and keluar makan. picture makanan pada malam tu tak da dalam simpanan aku. kalau aku ingat update later pasal makanan malam tu. tapi aku tak janji. sebab tahu kan,aku bukan senang nak menepati janji.

kalau picture makanan tak da,picture aku pon menyelerakan bukan?


esok nya baru berjalan-jalan keliling kota. destinasi pertama pantai batu buruk. aku tak tahu kenapa nama dia macam tu. batu pon aku tak nampak. aku ke sana hanya melompat-lompat gembira sahaja. sebab ombak kuat and tak boleh nak mandi. lagi pun aku tertinggal bikini aku di rumah. tak de feel la nak mandi tanpa bikini kan? pek! hamek ko kena sekeh dengan hj.salleh.ok2,taubat tak tulis lagi.

lihat,ombak macam ni nak mandi? kirim salam...

and untuk pengetahuan kalian. aku ke pantai hanya mengutip kulit siput untuk di bawa pulang ke rumah. oh,indah kan. jap-jap aku nak praktis.
"sayang,nanti kalau kita honeymoon mesti ada pantai eh,sebab i nak kutip kulit siput dengan u. boleh?"
"boleh blah! hahaha..."
ok,dah la eh. lain kali la update. pening kepala plak tiba-tiba bila ada orang call. hahaha

ok,berjaya dengan sekali lompatan!



No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)