Followers

Sunday, January 31, 2010

pengundi mengundi

selamat mengundi. semua universiti mengundi hari ni kan? aku pangkah apa? pangkah kepala hang. hamboih izan. kasar bahasa nampak...hahaha. sorry la. undi kan rahsia. aku hanya pangkah muka yang aku pernah nampak. kenapa? ok,aku adalah seorang yang kurang aktif di ukm. so secara tidak lansung aku jarang kelihatan di mana-mana program dan orang pon jarang melihat aku. kalau aku pernah nampak mana-mana calon yang masuk bertanding di mana-mana program terpilih antara yang banyak-banyak tu makna nya dia memang ada di mana-mana. sebab hanya insan bertuah ja dapat nampak aku di dalam ukm ni. blah la kau..boo izan..booo...

sudah-sudah. enough about pilihan raya tapi tak macam pilihan raya sebab tak semeriah tahun lepas. kenapa eh? sebab menghormati?? erk,takut nak sebut. aku bukan orang politik. aku hanya mengundi unutk menunaikan tanggungjawap yang diberi. kalau tanya pihak mana yang boleh memimpin aku tak tahu nak jawap apa. bagi aku bukan soalannya pihak mana. tapi insan mana yang boleh memimpin. kerana aku tak memegang pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. dah tahu nila tu biru. apa kata campurkan gula dalam susu. susu yang manis akan bertambah manis dengan kehadiran si gula. semanis diri ku.muahahaha

minggu depan dah start mid term. so hujung minggu ni kena memerap di bilik. kepada mr.izan;awak,awak pi main futsal eh. tak pon ajak kawan-kawan awak pi karaoke tak okey sampai malam. tak pa,saya tak marah. cuma akan perli-perli sikit ja seperti biasa. kalau awak tak nak pi karaoke tak okey or main futsal meh datang ukm teman saya study. teman study? pirahhhhhhhhh...

izan: kenapa awak pilih saya?
mr.izan: sebab awak norizan.

jawapan yang buat aku rasa macam nak terbang-terbang ja. bukan takat nak terbang. kalau boleh nak balik rumah sekarang. sebab teringin makan nasi daging yang mak masak. ok,tak da kaitan.

khas tuk violet

mak cik violetless,i dah pandai pakai tudung yang macam u pakai ni. comel lagi kan dari u? lalalala~ so,kesimpulan di sini. tak balik yer hujung minggu ni untuk sambut apa-apa perayaan. lagi pon aku tengok kat jalan masjid india,sari mahal-mahal belaka. tak mampu nak beli.




No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)