Followers

Sunday, January 31, 2010

hidup tanpa emosi

dua tiga hari ni hidup umpama tanpa emosi. selalu orang kata apahal nak emo-emo ni. emo is emosi right? tapi aku rasa aku hidup macam tak da emosi. macam mana? apa kes? mana pergi ntah. selera makan berkurangan. itu yang aku paling tak beremosi. makan pagi pukul 10 pagi. tu pon kuih beli kat fakulti. 3 rm1. tapi hanya makan 2 sahaja. menantikan nugget sedap. hanya ada di waktu petang. malangnya aku tiada kelas petang. kecuali untuk esok. tapi kelas petang aku berakhir pada jam 2. nugget hanya akan ada time 4 petang. so terlepas lagi. lihat...nugget pon tak beremosi dengan aku. jangan katakan nugget. mcflurry di depan ku ini pon hanya aku pandang dan biarkan ia cair. wargh! sangat terseksa bila emosi makan hilang ntah ke mana. setelah menjalani pandu laju dengan menggunakan motor dan mendapat senyuman comel dari orang-orang yang memandu laju menggunakan kereta. still tiada emosi. mana nak cari ni. tapi ada satu emosi dalam diri aku sekarang. masa orang-orang yang melihat aku dan athiah memandu laju menggunakan motor mesti dalam hati meraka berkata;
"comel sungguh budak berdua ni"
berhenti sebentar menikmati mcflurry yang dah cair dan nugget mcdonald yang makin menyejuk. dan sedang melayan lagu poker face. p p p p poker face. yeah! oh,still tiada apa-apa tindak balas emosi dalam diri ku. agaknya ia mengikut suhu persekitaran. suhu sekarang dalam keadaan lembab. maka emosi pon menjadi lembab untuk bergerak. kan best kalau emosi boleh di beli seperti beli panty liner yang tak da di jual di desanika. hanya ada di warta. aku tak menulis untuk kepuasan orang lain. tapi hanya untuk peringatan aku di hari tua nanti. aku tak kisah kalau ada yang hendak membaca,memberi sumbang saran atau apa saja. tapi aku hanya mahukan sedikit emosi untuk menulis supaya di hari tua nanti aku membaca kembali entry-entry aku dengan ber-emosi. masa diner makan bihun goreng basah tadi aku tanya hayyan.
"yan,ko rasa macam mana?" "aku rasa ko belum bersedia la izan"
itu jawapan nya. aku pon rasa benda yang sama. izan,tak semua orang sama. ada yang sebulan dah ok. setahun mungkin. atau 2 tahun. atau saja masa nya belum tiba. bersabar satu sifat yang susah nak cari. mak aku kata.
"benda yang senang nak dapat,senang juga pergi"

"benda yang susah nak dapat,mungkin akan kekal lama dengan kita"


"pulangkan emosi ku tika ini"




No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)