jogging pusing tasik baru sekali round tapi basah macam 10 round. basah lencun aku dengan yuni jog petang tadi. namun bukan basah dek peluk,basah dek hujan. baru 10 minit sampai tasik dah balik kolej balik. mandi-mandi janji nak keluar makan western food plak dengan yuni and ezk. baru setengah perjalanan,hujan lagi! basah lagiiiiiiiiii...sekarang ni aku rasa macam nak demam kura-kura. kejap nak demam and kejap rasa tak nak demam. demam ni pon pandai nak manja-manja dengan aku. tapi usah khuatir. telah ditelan 2 biji panadol tanpa rasa strawberi tadi. hope esok berpeluh. baju telah 3 lapis aku sarung. berseluar panjang dan bersarung kaki. selimut paling tebal aku guna. dan kipas di tahap 1 sahaja. kalau tak pasang nyamuk datang cium-cium aku pula nanti. jeles korang dengan nyamuk tu. aku juga yang susah nak pujuk...blah kau izan!
p/s: kalau aku demam no more entry tuk 2,3 hari. sebab aku rasa macam betul-betul nak demam ni. demm!
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)