habiskan masa di mines dengan tujuan asal nak tengok adnan sempit. tapi tak berjaya. rasa macam ketinggalan gila bila semua orang asyik bercerita pasal adnan sempit. kelakar la,lawak gila la. tapi tak pula aku rasa ketinggalan kan bila assignment tak start buat lagi. padahal nak kena hantar minggu depan. erk,kau ni memang macam paku. pahat ketuk baru terbenam. encik pahat,ketuk kuat sikit. ada masalah penerimaan arahan pada aku si paku ni. gamak nya sebab dah rasa kaya sebentar kot. tu jadi macam ni.
atie dah beli hp baru menggantikan hp dia yang hilang masa jemput aku di komuter. sekarang tengah menikmati big apple dalam perasaan yang sungguh kaya kerana coklat melimpah-limpah dari perut donut. sambil menarik-narik mukus sebab terlalu mudah cair. kalau letak ais atas hidung ni,mungkin dia akan beku kan? rumate telah tidur awal gara-gara serik terbangun lewat hendak ke kelas esok. and aku sedang menaip entry tanpa motif. perlu di ulang di sini. ini merupakan entry tanpa motif. cuma aku hanya ingin menaip. rasa kalau taip ni macam dapat melepaskan sesuatu. macam cubaan melepaskan anjing tersepit! ah,buat mood jadi buruk ja cerita pasal anjing tersepit ni.dah la,bila mood tiba-tiba tak da nak taip pon rasa malas. esok aku tak da kelas. so akan update lagi. peninjauan tapak pembinaan masjid berjalan lancar.
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)