Followers

Sunday, January 31, 2010

a moment to remember

baru bangun dari tidur setelah bersekolah di hari sabtu dengan matapelajaran yang amat menarik minat,iaitu pegurusan persatuan. dengan keadaan lecture hall yang dingin seperti di kutub utara. pernah pergi ka izan? erk,pernah! dalam mimpi basah ku petang semalam. sebelum bardating di tepi tasik aku tidur dulu. dating dengan seorang jejaka yang sentiasa membuatkan aku berasa dunia ini hanya milik kita berdua. porah kau izan! padahal ramai yang duk berjogging dan berjalan-jalan itik di tasik. tetapi aku sentiasa di temani oleh hayyan dan yuni. takut nanti,dah la dapat mimpi basah. kena tangkap basah pula. huh!

sebut ja mimpi basah semua sereng mereng ke arah yang tidak lurus. tapi serius aku mimpi basah petang semalam. aku bangun ja pipi aku meleleh-leleh air mata. siap sedu-sedu macam aku nangis time hj.salleh nak sesah belakang dulu sebab merengek tak tentu pasal. aku cuba juga nak ingat balik apa yang aku mimpi sampai aku boleh nangis macam tu. yang aku mampu ingat,hanya ada yuni, iphone, hj.salleh dan ukm.

so,mari kita buat kesimpulan cerita di sini. mungkin hj.salleh meminta yuni belikan aku iphone sempena hari jadi ke-21 aku nanti. dan peristiwa ini berlaku di ukm. erk.kalau cerita macam ni takkan aku boleh nangis sampai tersedu-sedu. sebalik nya aku melompat-lompat katak kerana tak reti nak guna iphone macam mana. atau kemungkinan ke-2. yuni beli iphone. dan kehilangan iphone tersebut di ukm. lalu meminta bantuan hj salleh untuk mancari kembali iphone yuni. tapi,kenapa aku yang nak kena nangis? bukan yuni ka yang patut nangis? dah,abaikan. biarlah mimpi basah ku menjadi misteri sampai bila-bila.

setelah kehadiran duit JPA dalam hidup aku, makin banyak benda nak kena fikir. bayar hutang dia ni,bayar hutang dia tu. bayar hutang kamu ni,and bayar hutang kamu itu. tapi bila orang nak bayar hutang aku? kepada aliff amirul hamzah bin adnan! sila bayar hutang aku! ok,part ni aku dah tak boleh nak sabar. kalau dulu aku tak tulis nama kau. tapi bila aku jadi macam perempuan cantik melepaskan anjing tersepit iaitu kau lalu kau gigit balik kaki aku sampai kena samak. memang aku tulis nama kau. bukan berniat nak memalukan. tapi cuba hargai sikit apa jasa orang yang dah tolong kau. aku dengar bukan aku ja kena. ramai lagi kawan-kawan kita yang menjadi seperti mangsa anjing tersepit. cuma mungkin mereka kurang cantik sedikit dari aku atau mereka dalam kalangan lelaki-lelaki handsome yang aku kenal. dan aku menyampaikan ini adalah bagi pihak mereka-mereka juga. bukan dari aku saja. ini adalah untuk mengelakkan dari aku di saman malu secara berseorangan. tapi secara beramai-ramai.

ok,abaikan emosi aku yang berlebihan sebentar tadi. dan aku sekarang cuba mencari idea bagaimana hendak men-taip supaya korang tak perasan yang aku ni perasan. masa aku couple dengan my first ex dulu. memang dia yang minta. but masa tu aku baru 14 tahun. tapi sudah mahu belajar erti kasih sayang dengan spesis yang berlainan. tapi hanya 2 bulan hubungan itu kekal. aku tak pernah dating,tak pernah keluar berpimpin tangan. hanya ada surat dan coklat di bawah meja. so,aku namakan cinta surat dan coklat.

masuk form 4,aku mula berasa aku sudah dewasa untuk sekali lagi mencium katak supaya ianya bertukar menjadi putera raja yang kacak. masa ni,memang aku sendiri mengaku aku terlalu desperate untuk mencari katak tersebut sampai aku sendiri yang melamar ex aku yang ke-2. gagah kan aku? haha. tetapi hanya 3 tahun sahaja hubungan ini kekal. sebab si katak telah merubah aku menjadi katak sama seperti dia. namum begitu aku still kenangi moment-moment aku dengan dia. aku tak pernah menyesal kenapa aku berkenalan dan lalu berpisah dengan dia. sudah tiada jodoh. nak buat macam mana. aku akan ceritakan dekat anak-anak aku nanti setiap kepayahan aku mengharungi liku-liku hidup. hotak kau liku izan. aku tengok lurus ja jalan yang kau lalui. kalau aku tak sempat nak cerita pon nanti,aku berharap agar kalian hebahkan kepada zuriat-zuriat aku yang aku mempunyai blog sebagai panduan hidup mereka kelak. jangan lupa cakap kat diorang;
" yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan"
untung mak aku.sekali cium je hj.salleh terus kacak

sebab lebih banyak yang buruk dari baik bila aku baca balik entry-entry lama aku. hahaha

sekarang aku di UKM, namun aku belum berani mencium mana-mana katak. sebab aku fobia dengan kulit katak yang aku terpijak pagi semalam! vunguk punya katak. sebab kau aku belum ada boyfriend!

p/s: bak kata athiah " u have to kiss a lot of toads before you find a handsome prince".




No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)