Followers

Showing posts with label braces. Show all posts
Showing posts with label braces. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Braces Progress, Bulan keberapa entah. Warna Warni.

Hai,

Sesungguhnya aku memang lupa bulan keberapa punya progress. Itulah, malas lagi nak update every month. So, semenjak bertunang last aku punya entry pakai warna pink kan. Lepas pink is hijau. Yang ni aku ingat sebab ada gambar pergi berbuka puasa dengan kawan-kawan. Dah la makan steamboat. Kawan-kawan asyik bahankan aku konon sayur melekat celah braces. Cis!

Masa pakai getah hijau ni, tak de apa-apa perubahan sangat. Cuma ruang antara gigi aku yang doc cabut sebelah kanan makin mengecil. Gigi yang dicabut adalah gigi sebelah gigi taring. 2-2 batang belah bawah sebelah gigi taring aku kena cabut. Doc cakap dia nak tarik gigi aku belah bawah pergi kesebelah kanan. So dia kuatkan tarikan gigi bawah aku ke kanan. Korang mesti tak paham kan? Lantak lah, gigi aku korang tak payah pening-pening nak pahamkan juga. HAHAHA

Bulan ni tiba-tiba rajin nak update, sebab warna getah braces aku kelakar. Masa sebelum kahwin haritu aku pergi klinik. Sekali Doc dah cuti raya. Oleh itu, Doc punya assistant tukarkan getah je. Sebab I is malu la nak kahwin pakai getah warna hijau sama baju. Aku minta la tukar warna kelabu. Dengan harapan braces aku tak nampak sangat dalam gambar. Harapan tinggal harapan. Kalau dah menyegih sampai ke tulang pipi mana kau nak sorok braces kau tu.



Sebabkan bulan lepas tak tarik ke ape gigi aku ni, bulan ni gagahkan juga diri yang malasssssss ya amat pergi jumpa Doc. Sekali dia tarik gigi bawah aku pakai power chain, suruh pakai getah berselirat bagai. yang kelakarnya aku minta warna merah. Doc tukarkan belah bawah je pakai power chain merah. Belah atas dia biarkan je getah kelabu tu.

Nasib la hai. Cepat-cepat la kau tersusun gigi oi. Tuan ko ni dah malas nak layan kerenah kau. Tapi sakit gigi bulan ini adalah yang paling sakit dalam sejarah aku pakai braces. Serius! Memang betullah kata orang, cantik itu sakit. Kali ni aku bersetuju. Tapi 3 hari je aku tak lalu makan, lepas tu lalu je kedai makan aku bedal. Asyik-asyik bising tepi telinga Alan. Lapar, Lapar, Lapar. HAHAHA

Gigi aku sekarang macam ni. Malas nak ambil gambar muka. Sebab jerawat naik umpama cendawan lepas hujan.



p/s: Curve shawl dah habis. Bulan depan pula aku buat ye. TQ kerana menyoping.

with❤:izan®

Tuesday, July 23, 2013

Jangan la tanya macam aku doktor gigi.

Hai, salam.

Semenjak aku pakai braces ni. Lepas tu duk rajin pula buat entry pasal braces ni. Ramai yang tanya soalan. 

Apa nak kena buat masa mula-mula pergi klinik.

Berapa kos buat braces.

Kenapa tak boleh makan benda keras.

Kalau besi braces tercabut macam mana.

So far kalau aku pernah alami benda tu. InsyaAllah aku jawab. Tapi kalau ko komen then aku tak jawab-jawab ko refer la balik entry-entry lama aku pasal braces. Maksudnya aku dah cerita la tu. Aku ni bukan la rajin sangat nak menjawab pertanyaan bebanyak kali. Aku jua manusia biasa Uols. Ecewah!

TAPiiiiiiiiiii...

Kalau ko tanya soalan yang macam susah je otak aku yang bukan dalam bidang kedoktoran ni nak pikir. Itu pon berkemungkinan besar aku tak balas komen ko. Contoh macam :

Kak, kalau saya tak nak pakai bawah. Nak pakai atas saja boleh tak?

Awak, kalau pakai retainer lain harga ke?

Oh my Allah.

I ni pon baru nak masuk 2 tahun pakai braces. Bukanlah dentist yang dah nak masuk lapanploh juta patient dia tu. Ada baiknya adik-adik, akak-akak pergi ke klinik gigi dan bertanya sendiri. Kang aku salah membagi maklumat. Korang marah pula. HUHUHU

Oleh itu, aku kasi tayang gigi aku time berpuasa ni. Kang nak raya kasi tukar lagi getah.

 Bila la hai ko nak betul gigi. Lama sangat dah ni. Dah nak kahwin dah ponnnnnnnnn..*padahal aku yang selalu skip appointment.*

with❤:izan®

Monday, March 25, 2013

Braces 8th month - Braces band pink yang cantik..

Hai, salam.

Maaf atas kelewatan mengupdate braces bulan ke-8. Disebabkan bulan februari hari tu ada special event in my life so, desperately I choose pink again sebab pink make me look nice bebeh. HAHAHA.

Bulan ke-8 adalah biasa-biasa. Dentist ada tanya nak cabut ke gigi atas? And dengan pantas aku menjawab!  NO! Takkan I nak tayang gigi rongak lagi. Then my dentist gelak. He said, he will try not to pull out any teeth yang sebelah atas. Baru la hati ni rasa lega sikit. " Alhamdulillah.."

So, secara kesimpulannya. Bulan ke-8 biasa-biasa je tak ada sebarang kejutan dalam proses pemakaian braces aku. HIK HIK HIK. 

As I mentioned earlier, pink makes me look nice bebeh.

Oleh itu, tamat sudah cerita bulan ke-8. Bulan ke-9 next entry k. Kepada sesiapa yang aku belum reply or sengaja tak reply sebarang pertanyaan mengenai braces, harap maaf. Kadang-kadang soalan anda dah aku jawap dalam entry-entry or komen komen sebelum ini. I is malas nak jawap or mention banyak kali. Sebab aku ni pemalas. HAHA. So, kalau agak-agak macam tak de je jawapan kepada pertanyaan korang, sila sound aku lagi sekali. InsyaAllah aku akan jawap.

I sayang Uols! :)

with❤:izan®

Monday, February 04, 2013

Braces 7th month-Pasang getah dalam mulut

Hai, salam.

Dah lama kan aku stop cerita pasal braces. Meh kita sambung balik memandangkan permintaan ramai terhadap progress braces aku. *fefeling artis.

Braces untuk bulan ke7. Eh, dah tujuh bulan eh? Sepatutnya dah jadi lapan bulan. Tapi memandangkan aku terskip sebulan so still on 7th month. Tak ada apa sangat pon pasal bulan ke lapan ni. Cuma my dentist dengan tiba-tiba tak nak pakai power chain. Dia pasangkan aku band biasa. TAPI! *harus capsLock. Dia minta aku pakai getah merentangi dari gigi atas ke gigi bawah.

Seperti aku pernah mention dulu.

Masalah utama gigi aku bukan lah sebab susunan gigi tak teratur ke apa. Ada tu still ada sebatang dua yang terkeluar or masuk kedalam. Tapi itu hanya masalah kecil. Masalah utamanya ialah gigi tengah atas dan bawah aku tidak center. Gigi bawah aku lebih cenderung ke kiri. Sebagai alternatif untul doc sama kan gigi atas dan bawah, dia suruh aku pasang getah.

Nampak tak perubahan center gigi tengah atas dan bawah aku. Gambar paling atas adalah masa mula-mula aku pakai getah tu. Gambar bawah after 2 weeks aku pakai getah. Getah ni aku kena pakai 24/7. Tapi kadang-kadang ianya terputus di dalam mulut dan aku kena pakai getah baru. Nurse ada bagi aku sepeket getah. Nak buat ikat rambut pon boleh. HAHA

Oleh itu, tamat sudah cerita braces bulan ke 7. Sabtu ni aku nak pergi check up. Sesiapa yang buat dekat klinik Dr.Zarin juga. Jumpa di sana. 

Bye uolls.

with❤:izan®

Friday, November 30, 2012

Braces 6th Month - Power Chain yang memang power

Hi, salam.

Cerita braces bulan ke-6. Memang bulan ke-enam ni aku rasa macam "kalau aku tahu sakitnya macam ni, tak payah pasang pon tak pe".

Selama 6 bulan aku pakai braces ini lah bulan yang paling menguji kesabaran aku. Masa cabut gigi lagi okey aku rasa dari bulan ke-enam ni. My dentist pasang getah berantai. Kalau dalam bahasa braces nya "power chains band". Dah nama pon POWER, tahap ketarikan pada gigi memang POWER habis wa cakap sama uolls. Sakit denyut-denyut pada gusi tu sampai tahap boleh buat aku pening kepala. Ini serius, aku tak tipu. 

Nasib Dentist aku pasang belah bawah sahaja dahulu. Untuk belah atas aku tak sure samada akan dipasang atau tak nanti. Selama 2 hari aku tahan je nafsu makan tahap gajah aku ni. Sebab nak kunyah memang dasyat kalau aku berani buat. Gigi berlaga sama gigi pon sakit. Tambah nak kunyah solid food. Lastly aku buat tindakan seperti pemakai-pemakai braces lain, makan bubur and nestum. Walaweyh, ini memang bukan aku la.

Makanan macam tu takat celah gigi je. Tapi syukur Alhamdulillah. Dapat juga aku makan. Sedih pula tiba-tiba teringat GAZA.

And the color for the 6th Month is Yellow.

Nah, nampak je cerah ni. Padahal, effect cahaya. HAHA

Bulan ke-7 nanti ye. Bye uolls ;)

with❤:izan®

Wednesday, November 07, 2012

Braces 5th Month - Biasa je la. Mesti nak tayang.

Hai, salam. 

Maaf, lambat update pasal braces bulan ke-5. Sampaikan dah masuk check-up bulan ke-6 baru nak update. Biasa lah, aku kalau datang mood rajin. Rajin sangat nak update. Kalau malas, Nauzubillah. Boleh bilang dengan jari berapa entry je sebulan aku update. 

Bulan ke-5 aku tak takut apa-apa.Sakit gigi kena cabut pon tak rasa dah. Cuma gigi makin jarang pada bahagian sebelah gigi yang kene cabut. 

Maybe sebab space tu yang buatkan gigi tu jarang, Rasa seronok sangat bila nampak gigi tu macam dah ada perubahan. Rasa macam. Hey, please la cepat sikit gigi ni.  The color for 5th month is turqoise. Sangat cool. Rasa macam. Walllawey. Lawa nya gigi aku. 

Wait for the next entry about my braces. Its pain but I still can smile.

with❤:izan®

Wednesday, August 15, 2012

Braces 4th Month-Cabut gigi memang sakit!

Hai, salam.

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Kan aku pernah mention yang aku adalah insan yang berbasib baik memakai braces tanpa perlu mencabut walau sebatang gigi. Kalau tak jumpa dekat mana aku mention. Boleh refer kat previous entry pasal braces yang aku ade letak link kat sidebar blog.

Rupanya hanya anganan sahaja. Dentist aku ade mention pasal nak cabut gigi ni, tapi dia kata sebolehnya dia akan cuba untuk tidak cabut but ini bergantung kepada sejauh mana progress gigi belah atas aku akan pergi. Memandang kes aku sedikit rumit, iaitu jaw sebelah bawah aku senget ke sebelah kiri. So, susunan gigi bawah aku sedikit sukar untuk masuk kedalah. Kalau aku tak cabut, dentist hanya akan susun gigi aku bagi teratur tapi jaw bawah still akan senget ke kiri. So, aku decide, Jumaat lepas aku pergi cabut.

Menurut pandangan my dentist, dia akan cabut 2 batang gigi sebelah bawah pada kiri dan kanan sebelah gigi taring bawah. Takpe-takpe, jangan pening nak bayangkan gigi yang mana. Aku sertakan gambar dibawah untuk rujukan. Sila abaikan gusi yang masih berdarah saat itu. 


Selepas cabut, my dentist kata dia tak boleh pasang dawai dan band sebelah bawah until gusi aku stop bleeding. Kau bayangkan la, gigi yang kuat dan sihat dicabut begitu sahaja. Aku sempat minta nak tengok rupa gigi aku yang dicabut tu. Banyak darah tok sah cerita, pastu aku rasa nak menangis sebab kesian kat gigi tu dibuang macam tu je. Sorry baby, mommy have throw you away. Bius adalah sebanyak 6 suntikan. Pada mulanya hanya 2 suntikan. Tapi my dentist kata gigi aku sangat kuat. So dia terpaksa tambah lagi 4 suntikan untuk pastikan aku tak menangis after that.

Tapi semuanya dusta, selang 6jam after that, aku nangis dalam toilet office. Nak nangis kat meja malu ngan bos. So, aku memerap dalam toilet selama 30minit hanya untuk melepaskan rasa sakit dengan menangis. Mesej Alan, " Awak, sakitnya gigi saya". "Sabarlah baby, kata nak cantik kan, Sian awak" Then automatic rasa lega. HAHAHA. Lega tak sama dengan rasa hilang sakit ye. Hanya lega.

Lepas 3 hari aku menanggung denyut-denyut akibat bius dah hilang, Isnin tu aku pergi untuk pasang band dan dawai sebelah bawah pula. Aku pilih merah, sebab kereta aku warna merah. Boleh? HAHA.


Dah macam bridge kat dalam mulut aku. Sangat cool rasanya. Tipu la cool. Sangat sakit rasanya okey!


Selesai pasang, masih tak rasa apa-apa. Masuk ke petang, aku dah tak boleh tahan dah. Rasa nak telan pain killer je. Tapi memandangkan aku puasa. Sabaaaaaaarrrr aje la.

Esoknya selasa ingat dah okey la tak rasa apa-apa. Deym. Lansung tak boleh nak kunyah solid food. Akibatnya hanya masak bubur cha-cha.


Okey, hari ni rabu. Dah rasa okey sket. Gusi dah tak denyut-denyut. Cuma gigi belah atas and bawah langsung tak bertemu. Maknya kalau kunyah makanan pon takkan lumat. Aku kene pikirkan cara lain nak makan bagi kenyang perut aku ni ha.

Okey, tamat la cerita bulan ke-empat aku pakai braces. Memandangkan raya dah nak dekat. Aku wish awal-awal k.


p/s: tahun ni aku beli kebaya. Tapi berat badan macam turun. Jangan pakai kebaya rupa pakai baju kurung dah la. HAHA

with❤:izan®

Tuesday, July 03, 2012

Braces 3rd Month

Hai, salam.

Braces pada bulan ketiga. Yeay! Alhamdulillah, akhirnya doc pasang juga yang belah bawah. Kan selama ni braces sebelah atas aje. Bila dah pasang yang bawah ni, rasa balik la macam first time pakai dulu. Nasib la doc aku ni pasang tak serentak. Kalau serentak dulu, ha kau bayang sendiri la sakit macam mana kan. 

One of my cousin pon dah pakai, Siap kena cabut 4 batang gigi sekaligus. Oh my Allah. Nasib la gigi aku tak kena cabut walau sebatang. Alhamdulillah. Semuanya dengan perancangan Allah. Alhamdulillah once again.

Braces pada bulan ketiga ni, amat teruja. Sebab dengan ini I am fully braces. Pergh, English kau kalau bawa pergi London boleh kena halau. HAHAHA. So, aku pilih band jernih. Kenapa jernih? Sebab gigi bawah aku adalah sebatang dua yang senget kedudukannya. Untuk mengurangkan kenampakan ketidakcantikan susunan braces tu, aku pilih band warna jernih. Kalau bahasa melayu macam ni pon silap haribulan kau boleh kene buang negeri. Ada hati kau dah pakai braces still nak nampak cantik. Padahal sama ja kot.

Gambar? Harap maaf. Aku tak nak letak. *pengsan la kalau aku TAK NAK LETAK*. Laptop buat hal lagi. Aku tak boleh nak transfer gambar. Nanti balik kerja if aku ingat aku tempek okey. Kalau nak cepat boleh tengok kat instagram aku. Melambak aku jaja kat sana.

p/s: Kerja tempat baru yang dah nak masuk bulan kedua ni memang relek. Masuk kerja online. Hujung bulan gaji masuk. HAHA

with❤:izan®

Friday, June 08, 2012

Braces Second Month

Hai, Salam.

Aku menaip entry dalam keadaan yang gembira sangat. Sekarang balik kerja jam 6 petang jam 6.40 ptg dah sampai rumah. Balik tolong nana masak, makan sambil tengok drama Fasha Sanda berlakon, then mandi rehat-rehat tengok berita, update blog and lastly tidur. Esok pula jam 8.30 am baru keluar rumah. Nikmatnya bekerja baru. So far aku bgai rating 7/10 untuk new job. HAHA

InshaAllah aku akan update atleast an entry a day. Ini pon bukan janji. Biasalah sebelum ni pon aku ade janji macam ni. Tapi haremmmmm. Sampai 2,3 bulan pon ade tak hupdate pape. Almaklum lah, orang bekerja ni memang busy. Okey, sila lah lempang.

So, the second time untuk check up braces tak lah mendebarkan sangat. Pergi klinik macam biasa, eh terlalu awal kot aku sampai. Dalam jam 9 pagi aku dah sampai. Padahal janjitemu jam 11.30. Konon pergi awal boleh potong que la kan. memang tidak ye anak-anak. Tetap jua jam 11.30 pagi bari turn bonda ni sampai ye. So, pergi makan KFC dulu kat bawah klinik. Nasib la ade KFC. Jam 11 aku masuk klinik balik, then nurse panggil. Semangatnya nak pasang braces sebelah bawah pula. 

Tapi, tak pasang! Doktor kata dia tak puas hati lagi dengan susunan gigi belah atas. So, dia takkan pasang lagi sebelah bawah. Wait until the gigi memuaskan hati dia. Now, aku yang tak puas hati. Semangat gila dah den ni nak pasang yang bawah pula. Ikut je la cakap doktor. Jangan nak memandai-mandai kalau tak pandai. Oleh itu, nurse suruh aku pilih nak pakai band warna ape. Alan pesan pilih warna pink. Huh! asyik nama Alan je dalam entry braces aku kan. Muak? Kalau muak aku tulis NoorAzlan pula. HAHAHA

Here the pink braces on me.

besarnya lubang hidung, kalah biji mata.
Semacam lain sikit kan muka aku. Orang kata pakai braces ni memang boleh menyebabkan muka berubah. Samada semasa pemakaian, ini memang la berubah. Bibir akan nampak macam bengkak sikit. Cara senyum pon lain. Dan selepas dah cabut braces pon mungkin muka kau akan berubah. Ini orang kata la. Bukan aku kata. Kalau nak tengok berubah ke tak, tunggu je la dua tahun lagi. Aku tempek muka aku kat dalam blog ni ha. Tu pon kalau blog ni masih wujud. 

Tapi kan, pink make me look nice kan. HAHAHA. Sakit gigi tak seteruk masa 1st month. Kali ni rasa kebas sikit-sikit je one day after check up. Makan pon aku masih hentam saja apa ada depan mata. Sampai kadang-kadang terlupa aku pakai braces.

Sampai sini sahaja. Bulan depan baru update pasal braces. Bye you alls.

with❤:izan®

Wednesday, June 06, 2012

Braces On First Month.

Hai, salam.

Kita tak payah buat mukadimah bagai la kali ni. Lets straight to the point je. So for the first time in my life nak pakai braces dan perkara ini menjadikan aku sangat berdebar-debar. Siap put reminder at calender kat office (masa ni dekat office lama). Hari-hari ingatkan the one and only my man, Alan to apply cuti. Sebab nak dia juga temankan aku masa proses pakai braces. Walaupon the day before dia keje malam. Balik kerja jam 6 pagi, sleep for a few hours only then pick me up at rumah sewa. Appointment was at 12 noon. 

Sampai je kat klinik, tak ramai pon. Maybe sebab hari rabu and semuanya dah ade temujanji kot dengan doktor. Bila doktor panggil masuk bilik bedah. Eceh nak bedah konon. Tak de, bilik tu just tulis bilik rawatan. Jangan bimbang ye kawan-kawan. Aku kan memang suka hyperbola kan cerita. Macam la korang tak tahu kan. HAHAHA

Then doktor tunjukkan aku replika gigi yang doktor ambil dari acuan gigi aku 2 minggu lepas. Punya la huduh. Eh, punyalah tak teratur. Semacam gigi yang bawah tu terkeluar sikit. Tak nak mengaku jongang la tu. Eceh. Diam kau! Doktor terangkan apa yang dia akan buat pada gigi aku, dan apa yang akan berlaku pada gigi aku. Doktor kata dia akan keluarkan gigi atas aku dahulu. Make sure semua gigi aku teratur then baru dia akan pasangkan bahagian bawah pula.

Ni aku tayang bentuk gigi lepas seminggu aku pasang.

Maaf, aku terlupa nak rotate. Boleh la rotate kan pc/lappy anda.
Dalam masa seminggu begitu banyak onak dan duri telah aku lalui. Pergh, hyperbola lagi kan. Tapi it is real. Malam masa lepas pasang braces aku boleh makan macam biasa lagi. Siap Alan bawa aku pergi makan kat Anjang Sup Tulang lagi. Kuat lagi masa ni. Gigit sampai hampir-hampir terpelanting tulang nya. 

Masuk hari kedua dan ketiga aku dah boleh rasa gigi aku semacam dah lari sikit dari kedudukan asal. Its means gigi tu gonna be nice soon. Setiap kesakitan mendekatkan aku dengan susunan gigi yang cantik. So, boleh lah dikatakan "kalau nak cantik memang la sakit sikit kan?". Harap anda yang terpamggil untuk memasang braces menyediakan diri anda dalam kekuatan fizikal dan mental.hari keempat and seterusnya dah okey. Cuma nak gigit-gigit makanan keras macam susah sikit. 

And aku not sure sama ada aku je mengalami masalah ini or orang lain pon sama. Yang mana, dawai yang paling hujung pada graham aku tidak dipotong habis. Dan dawai tu telah menerajang bahagian pipi sebelah dalam. Ini telah menyebabkan sedikit kelukaan. Dengan usaha sendiri aku berjaya melipatkan sedikit dawai yang berlebihan tu keatas dan iannya tidak lagi menganggu bahagian dalam pipi aku. 

Ha! lagi satu. One of the brace telah tercabut. Sebab gigi bawah panjang sangat. Aku call klinik macam mana nak buat. Kena datang klinik ke nak pasang semula or whatever yang boleh buat. The nurse told me as long as tak menganggu aku nak makan dan bercakap. No need to come to clinic. Just wait for the next janjitemu.

So, here the lawa version of my First month braces. Yang atas tak lawa sungguh. HAHAHA

Berapa kali ntah nak tayang gambaq ni. HAHAHA
with❤:izan®

Tuesday, June 05, 2012

Kos Memakai Braces

Hai, Salam.

Sihat ke tak sihat? Sekarang ni hujan dan panas tak menentu. Banyakkan minum air masak okey anak-anak. Demam nanti susah. Semua jadi susah. Kepada student yang tengah bertungkus lumus menelaah pelajaran untuk final exam. Good luck girls! Boys? Lain kali la aku wish. Hahaha. Okey-okey, Good Luck to you alls!

Seperti yang dijanjikan semalam. Meh kita bincang meh pasal kos untuk memasang braces. Untuk permulaan, boleh la anda kumpul sikit-sikit sehingga mencapai RM1k. Ini adalah untuk bayaran permulaan memasang braces. Untuk x-ray, modul gigi dan cek gigi aku kena bayar RM100. Then nurse telah arrange kan appointment dengan doctor. Selang 2 minggu je. Ini pon bergantung pada kekosongan jadual doctor. 

Pada hari memasang braces tu, boleh la standby dalam RM700. Nanti nurse akan tanya berapa korang nak bayar. But at least RM500 kalau tak silap aku. Dan pada hari ni juga doctor akan bagitahu nurse and nurse akan bagitahu korang how much the total cost for your braces. Its normally between RM3500-RM5000 ikut pada masalah ketidakteraturan gigi korang. Ha, amek kau tatabahasa ape ntah yang keluar ni. HAHA

Balance ni korang boleh bayar secara ansuran tiap-tiap bulan. Biasa dalam RM100 minimum. Maksimum suka hati korang. Kalau nak bayar sampai habis pon boleh. Let say la if doctor kata tempoh pakai braces korang dalam 2 tahun. Then after 2 tahun. Korang tak habis bayar lagi. Bukan bermakna tak payah bayar eh. Pihak klinik akan meminta kebenaran korang untuk membuat pemotongan gaji secara automatik dari akaun bank korang tiap bulan. Kalau semasa pemasangan korang nak buat pemotongan automatik pon boleh. Cakap je dekat nurse yang kerja kat situ. Yang mana-mana pon boleh.

Buat masa ini, hanya ini yang aku rasa nak share. Next entry aku tayang braces bulan pertama okey. Sangat la tak bersih. Sebab aku pakai band warna hitam. Nampak kotoq sangat. Tapi pada hakikatnya aku adalah sangat pembersih ye anak-anak. Harap maklumat tidak disangkal. HAHAHA

p/s: sekarang memang tak cun la. Kau tunggu lagi 2 tahun, aku sengih sampai telinga. 

with❤:izan®

Monday, June 04, 2012

Alamat Klinik Gigi Dr Zarin

Hai, Salam.

Seperti yang aku janjikan tadi. Ni aku sertakan Kad Klinik Gigi Dr. Zarin.



with❤:izan®

Sunday, June 03, 2012

Braces Survey and Details Price.

Hai, salam.

Sekarang aku kat rumah. Rumah means adalah rumah emak dan ayah. Kalau rumah sewa aku akan sebut "sekarang i kat rumah KL you alls". Ha, terus tukar pakai I hokey. Oleh kerana aku dekat rumah, so adalah banyak masanya untuk ber atas talian. Dan aku merancang untuk mewajibkan diri update about MY BRACES sebulan sekali. Fyi, kepada sesiapa yang belum tahu, aku dah pakai braces. "Eh. bukan gigi awak lawa ke izan?". Meh aku jawab siap-siap. "Eh-Eh awak pernah tgk gigi saya depan-depan and secara terus tanpa diselindungi bibir cantik saya ke?". Okey boleh start maki. HAHA. Eh-eh 10 hours ago ada someone tanpa nama yang tanya aku pasal cost braces. So. I am sharing here dear.

Struktur gigi saya adalah senget dan sangat pelik
Aku plan nak pasang braces ni dah lama. Since dekat Matrikulasi lagi. But mana la nak cekau duit kan nak buat braces masa tu. I am student hokeyh time tu. Bila dah kerja aku simpan duit minyak. Eh duit minyak je? Sebab emak den setuju nak sponser duit permulaan memasang braces. Dan aku hanya bayar ansuran bulanan. Fyi juga, buat braces ni jangan gelojoh. Sebey dulu kat mana yang murah, mudah nak pergi check-up every month, and doctor yang best!

Aku tak de la sebey banyak sangat. 2 orang je yang dah pakai braces yang aku tanya. Salah sorang nya adalah ex-officemate aku. Klinik dia kat ampang. Klinik gigi Dr. Zarin. Details card adalah seberti gambarajah dibawah. (Maaf, aku tak jumpa cable nak transfer name card doc yang ada dalam fon aku). Next entry aku letak k.

Prosedur pertama adalah aku call dulu klinik tu and tanya boleh ke nak jumpa doktor. Gila kau tak boleh jumpa. Mestilah nurse kat situ kata boleh. So, aku ajak my one and only partner which is Alan untuk teman. Hari sabtu aku pergi. Oh ye, hari Ahad klinik tutup ye. Sampai je kat klinik, sekali punya la banyak kasut depan pintu klinik. Masuk dalam tu dah macam jamuan hari raya. Cuma juadah je tak de. Ramai okey. Ramai! Sampai sana dalam jam 11 pagi, jam 3 ptg baru aku siap. Cek gigi 30 minit je. Tapi nak tunggu turn tu adalah lama. Dan itulah padahnya kalau pakai main terjah tanpa membuat janji temu. Learn from it ye kawan-kawan.

Prosedur seterusnya,pada hari yang sama, pembantu doktor telah buat x-ray pada gigi aku. Ambil acuan bentuk gigi and berbincang sedikit pasal masalah gigi aku. Then nurse telah arrange kan date untuk aku pasang braces. Pada hari pertama aku pergi cek gigi, buat x-ray and ambil acuan gigi kene bayar sebanyak RM100.

Nak tengok braces untuk bulan pertama aku? Next entry ye. Bye you alls! Eh, Total cost pon next entry. Saja nak wat korang tak sabar. HAHAHA

with❤:izan®