Followers

Friday, November 30, 2012

Braces 6th Month - Power Chain yang memang power

Hi, salam.

Cerita braces bulan ke-6. Memang bulan ke-enam ni aku rasa macam "kalau aku tahu sakitnya macam ni, tak payah pasang pon tak pe".

Selama 6 bulan aku pakai braces ini lah bulan yang paling menguji kesabaran aku. Masa cabut gigi lagi okey aku rasa dari bulan ke-enam ni. My dentist pasang getah berantai. Kalau dalam bahasa braces nya "power chains band". Dah nama pon POWER, tahap ketarikan pada gigi memang POWER habis wa cakap sama uolls. Sakit denyut-denyut pada gusi tu sampai tahap boleh buat aku pening kepala. Ini serius, aku tak tipu. 

Nasib Dentist aku pasang belah bawah sahaja dahulu. Untuk belah atas aku tak sure samada akan dipasang atau tak nanti. Selama 2 hari aku tahan je nafsu makan tahap gajah aku ni. Sebab nak kunyah memang dasyat kalau aku berani buat. Gigi berlaga sama gigi pon sakit. Tambah nak kunyah solid food. Lastly aku buat tindakan seperti pemakai-pemakai braces lain, makan bubur and nestum. Walaweyh, ini memang bukan aku la.

Makanan macam tu takat celah gigi je. Tapi syukur Alhamdulillah. Dapat juga aku makan. Sedih pula tiba-tiba teringat GAZA.

And the color for the 6th Month is Yellow.

Nah, nampak je cerah ni. Padahal, effect cahaya. HAHA

Bulan ke-7 nanti ye. Bye uolls ;)

with❤:izan®

2 comments :

  1. hi izan.. :) mia google pasal braces, n terkeluar la blog izan.. keep reading ur brace's storie... n terbaca jugak ur life storie.. hihihi.. sangat suka dgn cara pyampaian awk.. mcm rempittt jep.. hihihi.. follow u :)

    ReplyDelete

leave me some words ;)