Followers

Thursday, September 30, 2010

leen's order

order ni spesial sikit. sebab wani yang orderkan. HAHAHA. owh, yang ni pon sarung hanphone yer adik-adik. kak izan malas nak nak tulis panjang-panjang sekarang ni. kalau boleh rasa macam nak letak gambar je. boleh???


with❤:izan®

Wednesday, September 29, 2010

my anak buah order lagi ;)






with❤:izan®

wani's order

wani : izan aku nak tempat letak hanphone mahai aku ni..hang boleh buat dak?
aku : tengok sikit hp mahai hang tu? tu diaaaaaaaaaaa..mahai nya! hahaha

oleh kerana wani ada dua buah hp mahal aku kena buat sarung untuk kedua-dua hp mahal wani tu. tapi nak ala-ala 2in1 la. boleh letak dua-dua sekali dalam satu sarung.




with❤:izan®

Tuesday, September 28, 2010

amalina's order ;)

rantai tidak disertakan sekali. hanya burung hantu yang tidak boleh terbang sahaja yang akan di pos ;) kepada miss amalina mahmud anda boleh bank in duit sebelum jumaat ini. once dah bank in sila beritakan di fb, di kotak komen mahupun di mana-mana dan pastikan saya baca dan balas. eceh! sangat formal berbincang pasal bisnes.



with❤:izan®

lawatan ke MTDC

salam, dan selamat pagi semua.

setelah sekian lama baru ini saja aku ada masa nak menulis. eh silap-silap. menaip. hujung minggu lepas sungguh seronok. menjalani hujung minggu dengan memanjakan diri di katil katil dan katil. okey-okey panjang sangat. dalam bahasa mudah. aku DEMAM. semacam jarang pula kan aku rasa aku nak tulis aku demam dalam blog. ke tak pernah? sudah, abaikan.

cerita nya begini.

jumaat lepas kan aku ada trip ke MTDC. semasa perjalanan ke kelas pagi tu. eh tadi kata pergi MTDC ni kata perjalanan ke kelas pula. sabar-sabar. ke fakulti maksud saya sebentar tadi. kerana berkumpul di sana dan akan berangkat ke MTDC. kami naik bus UKM bukan naik tikar terbang. walaupun ianya tiada kaitan, saya mahu taip juga. kerana ianya masih early morning, kena hujan rentai-renyai pula tu dan lalu naik bus berhawa dingin. OMG! memang sangat sejuk, tambahan pula aku memakai baju kurung kain cotton yang tipis sedikit dari biasa.

sampai di MTDC pula masih awal. seawal jam 9 pagi. sedangkan perjanjian yang dibuat oleh Amir (selaku ketua trip) dengan pihak MTDC adalah pada jam 10 pagi. lalu kami ke kafeteria yang almost look like food court dekat terminal one, seremban. paham kan macam mana? tapi usah kau nilai pada rupanya. nilailah pada rasa nasi lemaknya. sedap ooohhh! memang dari 10 bintang aku bagi 8 bintang la. sebab still tak boleh lawan nasi lemak mak aku buat. kan mak kan? okey, elaun bulan ni up sikit lagi. HAHAHA

--->hari sudah mulai hujan.

selesai makan dah jam 10 pagi, kami naik ke level 9. di sana kami di sambut oleh dua orang kakak cantik dan lemah lembut untuk masuk ke bilik mesyuarat mereka. ahhh..semacam laporan time sekolah rendah! dan akhirnya penerangan dari pihak MTDC berakhir selewat jam 1 petang.

sampai UKM pula pada jam 2petang dan hujan lagi. aku redah je dengan tembam. malam masa nak pergi exam kualiti tu pon renyai-renyai lagi. then masuk dalam dewan pon air-cond pulak kan. memang cantik la sepanjang hari tak berpeluh, kena hujan, study bagai nak gila. bukan aku yang nak gila, study je la yang nak gila. balik je dari exam malam tu aku tidur, dengan muntah-muntah bagai.

siap letak baldi tepi katil muntah dalam tu. selalu kalau dekat umah mak aku yang sediakan. ni dah duduk kat hostel sorang-sorang. rumate pulak balik rumah. ohhhmai... memang tersyahdu lebih la aku time tu. tiap kali batuk je nangis, seseme nangis, muntah nangis...ok, itu sahajalah cerita trip kali ni walaupon jauh menyimpang masuk simpang empat dekat parit buntar. kita berjumpa di lain entry. panjang sungguh entry kali ni...

haihhhhhhh...


with❤:izan®

Friday, September 24, 2010

baru sahaja tiba

aku baru sahaja sampai di bilik dan masih berbaki satu bab untuk dihabiskan untuk exam malam ni. sepagi di
MTDC sangat seronok. seronok ke? HAHAHA. cerita pasal trip akan datang pada entry akan datang. sekarang harus study untuk exam kualiti malam ni. dan kemudian berseronok sekejap mungkin pada malam nya.

selepas itu sambung buat kerja sekolah...

sampai sini sahaja entry ringkas kali ini.

saya norizan melaporkan untuk izan salleh.

with❤:izan®

Thursday, September 23, 2010

masalah yang tak sudah

semasa aku kecil aku adalah budak yang sangat bersemangat. bersemangat disini aku maksudkan sunguh sunguh dan sungguh berisi pejal. ini sungguh aku tidak tipu. kalau tak percaya nanti balik rumah akan aku cari gambar semasa kecil dan masukkan ke dalam sini. sampai bila aku tengok balik gambar aku semasa kecil-kecil boleh buat aku tanya dekat mak "adik ke ni mak????"  "eh,tak la. mak tu" dan masa tu baju aku dengan acik mesti lebih kurang sama tak pon dalam bahasa lainnya sama. kata pon adik beradik. baju kena sama, baru senang mak nak cakap "oh, yang baju sama itulah anak-anak saya." ha.begitulah ceritanya.


tapi bila makin besar makin kecil badan. cantik pula ayat hipotesis aku. bukan bermakna aku menjadi kecil seperti budak-budak kecilan. tapi nisbah antara ketinggian dan berat badan adalah tidak berpadanan. seingat aku semasa tingkatan 1-3 ketika di asrama berat aku dalam linkungan 55kg dan ini amat memuaskan hati dan pandangan aku. tapi bila masuk tingkatan 4 ketika di mrsm sehingga sekarang berat aku tak pernah lebih dari 50kg. dan tadi timbang pon berat aku baru 48 kg. sungguh penat nak makan banyak-banyak tapi tak jadi lemak. yang keluar hanya tinja. baca betul-betul. saya taip TINJA bukan NINJA.


tapi alhamdulillah kerana badan sepapan begini aku tak punya penyakit kronik selain dari kerabunan yang terpaksa di tanggung akibat faktor keturunan. eh, tapi abg pen dan acik tidak pula rabun. aku dengan angah sahaja. along pon tidak. anggaplah ini rezeki untuk meminta-minta spek dari ayah. HAHAHA. dan sepapan begini masih di sayangi oleh alan. u sayang i kan? apa tidak! u nampak kaki i nak buat sup bagi u makan ni. baik u cakap sayang i cepat.okey-okey. dialog manja begini hanya wujud dalam imiginasi. sebab bila aku tanya alan,

 " awak sayang saya tak?" 

" sayang laaaa"

"sayang banyak ke sikit?"

"banyakkkkk sangat..."

PITAM!

ohmai...dah jumpa baldi ke belum? nah-nah aku bagi pinjam. muntah la kalau nak. HAHAHA. lepas cuci jangan lupa pulangkan. kerana baju-baju tak basuh tu nak kena perap biar masam baru basuh sabtu ni. jumaat ni aku ada exam kualiti. tapi baru dua bab aku sentuh. lagi empat bab esok la. boleh? suka hati kau la labuuuuu..tapi kan kalau labu buat lepat sedap juga. eh-eh, esok kena cari. kalau tak sampai lusa asyik tulis pasal lepat labu dalam entry. okey tak da kena mengena.

pasal praktikal? boleh tak kita bincang lain kali. perut jadi senak la sebut pasal tempat praktikal. orang lain dah berpusu-pusu dapat tawaran. tapi aku pusat pon tak da. ala, seperti peribahasa batang hidung pon tak nampak.

oleh sebab mood dah dipunahkan dengan word praktikal. sampai disini sahajalah entry kali ini. jumpa di lain waktu. muah!

ini sahaja masalah di saat ini. bak kata izan "hidup tanpa masalah baik tidur".

with❤:izan®

Wednesday, September 22, 2010

hari yang sungguh bermakna

selamat petang nak masuk ke malam Malaysia...

kepada orang bukan malaysia aku tak tahu korang time apa sekarang. tapi di malaysia sekarang maghrib dah ni.hari ni beberapa kerja telah selesai. kerja hari esok, esok-esok la pikir. otak aku hari ni rasanya telah berfungsi sebanyak 2%. kebiasaannya aku hanya menggunakan otak sebanyak 0.0002% untuk sehari. nampaknya peningkatan yang agak banyak untuk hari ni. tahniah izan! anda memang cemerlang! HAHAHA

kerja hari ni :

  1. kelas pagi tadi ----> done!
  2. print resume untuk kali yang keberapa puluh dah tak ingat -----> done!
  3. beli sampul surat -----> done!
  4. pos resume ---->done!
  5. discussion HRM ----> done!
  6. survey BI ---> done!
  7. meeting koke ---->cancel!
fuh! nasib la meeting malam ni cancel. aku rasa kalau meeting jadi malam ni lembik lesu la aku hari ni. oh, dah maghrib. jumpa lagi update esok ;))


with❤:izan®

Tuesday, September 21, 2010

serba tak kena

duduk tak kena...

berdiri tak kena...

makan tak kena...

mandi tak kena...

nak kena apa dengan aku ni...

kena penampar nak????


with❤:izan®

Monday, September 20, 2010

busy dan sungguh busy

mulai hari ini aku akan cuba update satu entry sahaja untuk satu hari. sebab memang sungguh memenatkan bila dah masuk tahun akhir untuk menghabiskan pengajian. saya tak give up! saya akan cuba sampai dapat. mencari tempat praktikal bukan sesuatu yang mudah. sangat leceh untuk memenuhi spesifikasi fakulti, syarikat yang di minta dan diri sendiri terutamanya.

tapi tak pe, saya kuat! izan pasti boleh! olleyh!

with❤:izan®

Sunday, September 19, 2010

felt lagi















with❤:izan®

picnic time







plan untuk berpicnic adalah secara kebetulan. mahu pergi beraya lalu terpergi bermandi manda. lihat huruf TER itu. ini menandakan ketidaksengajaan kami GGG pergi picnic. sungguh tidak sengaja. semuanya diluar jangkaan. kepada kawan-kawan sekolah yang sibuk-sibuk plan nak buat reunion tapi tak pernah menjadi, ini kami GGG lampirkan reunion kecil-kecilan kami. harap anda semua terhibur. HAHAHA. sungguh dasyat ayat tersebut.

alahai, tak jauh pon ber-reunion. hanya sekangkang gorilla dari rumah. ke HOT SPRING hanya perlu duit minyak rm10 dan yuran pendaftaran untuk mandi manda sebanyak rm10. memang berbaloi-baloi. tambah pula dengan kehadiran gelak tawa teman-teman. cukup bermakna. tidak perlu bbq tak perlu berbelanja besar. cukup lah kadarnya dengah air sebotol besar dan jajan 2 bungkus. tapi untuk 6 orang lah. kalau 60 orang mungkin akan jadi perang makanan pula nanti.






with❤:izan®

with❤:izan®

GGG

salam satu Malaysia.

aku sudah di UKM. erk, kenapa balik awal? saja je. kena ambil feel UKM dulu awal-awal baru boleh pergi kelas hari Isnin tepat jam 8 pagi. malas nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee la hai!

baru tahun ni aku rasa seperti beraya di tempat kelahiran sendiri. pergi beraya dengan teman-teman. kalau tahun-tahun lepas pergi rumah dayah, farah then balik rumah tidur! itu je lah. tapi tahun ni sampai ke rumah aina, dila dan lalu berpicnic dengan GGG. hoyeah!

sebelum cerita pasal picnic kita cerita pasal beraya dengan GGG dulu. jangan tanya GGG tu apa. nanti last sekali aku bagitahu.




thanks to ayah sebab pinjamkan adik kereta ayah. nanti tahun depan pinjam lagi. anak beranak mana boleh berkira sangat kana ayah kan. HAHAHA. eh before terlupa, GGG stand for Gedik-Gedik Girl.


with❤:izan®

Friday, September 17, 2010

raya kedua

oleh kerana aku ni tak ramai kawan di trolak. eceh..ramai je tapi itu dulu. dah dari form 1 aku can cin cau sekolah dekat luar, mana nak ade kawan rapat sangat time besor-besor ni. yang ada dayah dengan farah je la. rumah tu je la tiap-tiap tahun aku pi beraya. sedih tak? sedih tak? ok, abaikan. so kami sekeluarga balik ke kampung. ayah yang ajak. balik la. kang kata kacang lupakan kulit pulak. bukan-bukan. aku sangat suka beraya di kampung. ada sawah, ada tok esah, ada sedara mara. ada sepupu-sepupu aku yang sangat sporting. memang tak kan dapat dimana-mana. ianya hanya ada di kampung aku. saya ulang, di kampung saya. bukan kampung kamu dan kamu-kamu yang lain. sila jeles!

kampung mak dengan ayah aku dekat-dekat je. dekat parit buntar.kampung ayah aku dekat parit kasa. kampung mak dekat kampung kedah masjid hijau. sangat la dekat. kalau mak aku merajuk mintak ayah aku hantar balik rumah mak dia ayah aku boleh jawap " pi balik jalan kaki sendiri" HAHAHA

mak, aleesya and mak su

holoh holoh holoh..sifat keibuan sungguh


gaya seperti in jangan di cuba ok. sungguh bukan untuk anak-anak dara. mak dara je boleh buat. hahaha

with❤:izan®

gambar ikut family

oleh kerana semua beraya di rumah mak ayah aku tahun ni wajip amek gambar secara berfamily. eh jap-jap. acik je yang tak de. yang lain ade. harap dimaafkan eh suzana. anda bukan dipinggirkan. cuma tahun ni bukan rezeki anda. sila cuba di tahun depan. SELAMAT MAJU JAYA! ok tek de kena mengena. HAHAHA

family along

family abg pen

family angah
oleh kerana aku sahaja yang belum berfamily sendiri. maka mak dan ayah aku punya. HAHAHA

with❤:izan®

Wednesday, September 15, 2010

sessi sebak lagi teriak

sebak bukan sebab anak-anak buah aku dapat duit raya lebih dari aku, teriak bukan sebab diorg punya baju raya lagi glemer dari aku. biasa la kan, pagi-pagi raya. time ni la nak mengaku aku ambil spenda ko rendam dalam air tea pastu bagi ko minum balik. ambil handphone ko misscall gf ko kata aku gf baru...semua rahsia terbongkar la pagi raya ni. time ni nak nak teriak mintak ampun sampai cair maskara aku. cis! cis! cis! kena make up semula.
along
kak long
shahrul my anak buah
angah
abg farizal
kak etun
anak kesayangan yang masih bujang
ahmad appendi. yang ni nampak ke bujang, tapi tak.


with❤:izan®