salam, dan selamat pagi semua.
setelah sekian lama baru ini saja aku ada masa nak menulis. eh silap-silap. menaip. hujung minggu lepas sungguh seronok. menjalani hujung minggu dengan memanjakan diri di katil katil dan katil. okey-okey panjang sangat. dalam bahasa mudah. aku DEMAM. semacam jarang pula kan aku rasa aku nak tulis aku demam dalam blog. ke tak pernah? sudah, abaikan.
cerita nya begini.
jumaat lepas kan aku ada trip ke MTDC. semasa perjalanan ke kelas pagi tu. eh tadi kata pergi MTDC ni kata perjalanan ke kelas pula. sabar-sabar. ke fakulti maksud saya sebentar tadi. kerana berkumpul di sana dan akan berangkat ke MTDC. kami naik bus UKM bukan naik tikar terbang. walaupun ianya tiada kaitan, saya mahu taip juga. kerana ianya masih early morning, kena hujan rentai-renyai pula tu dan lalu naik bus berhawa dingin. OMG! memang sangat sejuk, tambahan pula aku memakai baju kurung kain cotton yang tipis sedikit dari biasa.
sampai di MTDC pula masih awal. seawal jam 9 pagi. sedangkan perjanjian yang dibuat oleh Amir (selaku ketua trip) dengan pihak MTDC adalah pada jam 10 pagi. lalu kami ke kafeteria yang almost look like food court dekat terminal one, seremban. paham kan macam mana? tapi usah kau nilai pada rupanya. nilailah pada rasa nasi lemaknya. sedap ooohhh! memang dari 10 bintang aku bagi 8 bintang la. sebab still tak boleh lawan nasi lemak mak aku buat. kan mak kan? okey, elaun bulan ni up sikit lagi. HAHAHA
--->hari sudah mulai hujan.
selesai makan dah jam 10 pagi, kami naik ke level 9. di sana kami di sambut oleh dua orang kakak cantik dan lemah lembut untuk masuk ke bilik mesyuarat mereka. ahhh..semacam laporan time sekolah rendah! dan akhirnya penerangan dari pihak MTDC berakhir selewat jam 1 petang.
sampai UKM pula pada jam 2petang dan hujan lagi. aku redah je dengan tembam. malam masa nak pergi exam kualiti tu pon renyai-renyai lagi. then masuk dalam dewan pon air-cond pulak kan. memang cantik la sepanjang hari tak berpeluh, kena hujan, study bagai nak gila. bukan aku yang nak gila, study je la yang nak gila. balik je dari exam malam tu aku tidur, dengan muntah-muntah bagai.
siap letak baldi tepi katil muntah dalam tu. selalu kalau dekat umah mak aku yang sediakan. ni dah duduk kat hostel sorang-sorang. rumate pulak balik rumah. ohhhmai... memang tersyahdu lebih la aku time tu. tiap kali batuk je nangis, seseme nangis, muntah nangis...ok, itu sahajalah cerita trip kali ni walaupon jauh menyimpang masuk simpang empat dekat parit buntar. kita berjumpa di lain entry. panjang sungguh entry kali ni...
haihhhhhhh...
with❤:izan®
errr demam smpai muntah2.. huhuu... jg kesihatan tau
ReplyDeleteadoiii..zan..makan ubat..jangan muntah2 nanti ko lagi kurus.
ReplyDelete