Followers

Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Wednesday, September 04, 2013

Beraya ke Sungai Besar. Eh,sebelum Sungai Besar - Laki Bini Berjalan

Hai,


Rasa macam inilah entry pertama pasal raya. Sungguh-sungguh aku cakap, raya tahun ini langsung tak best. Aku sibuk pikirin hal perihal kenduri haritu. Lansung tidak ada masa beraya ke rumah kawan-kawan. Kalau tidak tiap-tiap tahun rumah Dayah dan Farah merupakan rumah wajib beraya di hari raya pertama. Ni aku sempat pergi rumah Farah je. Itu pon sebab depan rumah je pon. Kalau tidak sampai juga, memang Farah hempuk aku dengan motor ayah dia. Dah la pinjam motor ayah farah tanpa bagi tahu. Aduh! Malunya. Semua gara-gara motor ayah aku sebijik motor ayah Farah. HAHAHAHA


Lepas sahaja kenduri selesai, rumah emak masih terkontang kanting esoknya tu, aku dengan Alan terus balik rumah sewa. Sebab memang tak kemas apa pon lagi rumah tu. Isnin tu masih cuti, tapi Isnin tu la nak beli barang semua. Kesian Emak, Ayah and Acik dekat rumah. Tinggalkan macam tu je. Tak pe la, selama dua orang kakak dan dua orang aku dah kahwin asyik aku je kemas semua tiap kali lepas kenduri. Ni bagi la pula diorang buat kerja. HAHAHA


So, last week barulah ada mood nak beraya. Ayah ajak pergi rumah Tok Ngah. Adik kepada emak ayah aku. Aku pernah pergi dulu-dulu tapi tak pernah pula nak ingat jalan. Sebab dulu masa kecik-kecik aku selalu tidur dalam kereta. Sekarang pon kadang-kadang je kalau aku malas nak ingat jalan aku tidur dan biarkan Alan memandu dengan tenang. Kalau aku jaga, mulut tak berhenti-henti ajak borak. 


Lepas tu boleh pula terlajak. Ayah aku dah pesan sebelum Sungai Besar tunggu tepi jalan. Tapi dengan confident dua orang laki bini lajak sampai ke Sungai Besar. Last-last kena marah dengan ayah sebab laju sangat bawa kereta. Diorang dah nampak kereta Alan dari tepi jalan. Yang naik kereta dengan ayah ialah mak, acik, aisy, esha, shahrul and tok esah. Diorang dari Trolak. Aku dengan Alan dari Banting.


Nasib la dalam 20 minit je terlajak. So, patah balik jumpe tepi jalan. Terus pederaih pergi umah Tok Ngah. Tok Ngah tak datang kenduri aku dengan Alan haritu. Sebab tu ayah bersemangat nak ajak aku dengan Alan pergi rumah Tok Ngah. Bagus juga, Alan bukan biasa pergi kampung yang betul-betul kampung. Yang ada sawah padi semua tu.




Oleh itu, sampai sini beraya pertama kali sebagai suami isteri ke rumah Tok Ngah. Tahun depan kita jumpa lagi ye Tok Ngah *ini adalah hint supaya raya tahun depan rumah mak ayah aku* HAHAHAHA


with❤:izan®

Tuesday, September 03, 2013

1st time Alan pergi Cameron berlagak tak sejuk macam New Zealand-Laki Bini Berjalan

Hai,

Ha, dah rajin banyak kali pula nak update entry. Kalau malas sampai ke sudah duk tayang entry tu je la. Sabtu Ahad lepas ajak Alan jalan-jalan. Bukan la nak honeymoon sangt pon, saja gatal nak berjalan berdua, pegang tangan, ambil gambar peluk-peluk sambil fefeling "Akulah isteri paling bahagia dan romantis gila!". Dan yang penting tanpa rasa segan silu, tenang dan rasa macam hebat gila jalan berdua dengan Alan pegang tangan sambil buat muka "Jangan kau pandang laki kacak aku ni." HAHAHA.

Poyo gila entry sejak dah kahwin ni. Tak habis-habis nak banggakan Alan kacak. Tapi serius, bagi aku Alan kacak. Dah kahwin lagi la kacak. Tengok dia tidur mulut nganga pon rasa geram. Tambah lagi dibuatnya Alan berdengkur time tidur malam. Lagi la rasa GERAM. Tapi ni geram lain sikit. Rasa nak sumbat bantal dalam mulut Alan. HAHAHAHA. Aku ni dah la jenis tidur tak boleh ada bunyi-bunyi sikit. Kena senyap sunyi sepi. Baru boleh lelap.

Aku mula-mula plan nak tidur kat Smoke House. Tengok review macam best je. Then call, semua penuh. Yang ada rate bilik semalam 800++. Terus terkedu tak mampu. Then beralih ke Strawberry Park Resort. Terpengaruh dengan cerita Nora Elena lakonan Aaron Aziz and Siti Saleha. Terus call tanya rate semalam berapa. Dalam la dalam 300++. Terus booked.

Alan malas nak jalan-jalan sangat. Kalau aku dengan kawan-kawan aku habis aku tawaf satu cameron aku rasa. Kitorang pergi satu-satu tempat tu lepak lama-lama sambil makan banyak-banyak. Memang percutian laki bini pemalas kali ni. Aku dah bosan dah dengan Cameron ni. Alan je la first time sampai sana. Tapi ayat paling tak boleh blah bila aku tanya,

"abang, sejuk tak?"
"Sejuk la jugak, tapi tak macam New Zealand. HAHAHA"

Ini memang tak boleh terima dek akal. Bandingkan dengan New Zealand!



Sampai sini sahaja adegan romantic aku dengan Alan.
with❤:izan®

Friday, June 28, 2013

4Days 3Nights-Mabul Island,Sabah

Hai, salam.

Oh, kepada kawan-kawan cikgu yang dah dapat tahu posting dekat mana

"Tahniah and Alhamdulillah. Penantian anda berbaloi juga akhirnya. Jadi pendidik yang baik dan ikhlas okey."

Sambungan dari entry pengembaraan Mabul. Kitorang naik speed boat dalam 1 jam lebih juga la. Masa dah nak getting near to our chalet atas laut aku macam percaya dengan tidak je. Betul ke Pulau Mabul ni dalam Malaysia? MasyaAllah, cantik nya. Allah hu Akbar! Almaklumlah aku ni jenis cepat perak. Jakun kata orang. Nyaris nak menitik air mata tengok air laut dia.


Sampai je dekat chalet kitorang disambut oleh semua pekerja chalet dengan ramah tamah macam dah lapanploh tahun kenal.

Tentatif selama 4hari 3malam disana adalah seperti dibawah : *kes malas nak buat entry day by day
1st day
-sampai dalam tengahari
-dijamu lunch
-petang ada 1st snorkeling
-balik dari snorkeling berjalan dalam kawasan kampung
2nd Day
-Pagi ada satu sesi snorkeling
-Petang ada satu sesi snorkeling
-Berjalan kat kampung lagi *hari-hari jalan pon seronok
3rd Day
-Petang je ada snorkeling
-Pagi shoot pre-wed *Eh eh ada pre-wed kat mabul? Kelas kau jah
4rd Day
-Nak balik sudahhhhh...*serius tak nak balik

Selepas ni aku kasi tayang gambar je eh. Malas ah nak taip panjang-panjang. Aku tahu korang nak tengok gambar je kan.

Anak-anak kampung. Mengekor kitorang sebab dengar dalam poket seluar Alan ada duit syiling. HAHA

Laluan dari kawasan chalet kitorang nak ke kawasan kampung. Jalan macam ni tapi suasananya aman ya amatttt. Kalah kampung halaman. Hujan emas di tempat orang Hujan batu di tempat sendiri.

Untuk perkhidmatan naik sampan ni kene charge RM1 kepada budak yang bawa sampan ini. Bukan FREEEEEEEEEEEE..

 SubhanAllah. Berzikir panjang la aku dekat sana.

Our daily meal disana. Siapa jenis tak makan seafood. Sila abaikan part ini. 

 All the tripmate! *Lain kali nak pergi honeymoon nak ajak tripmate ini juga. Boleh? HAHA

 Senja dekat sana awal. Jam 5 dah macam ni. 

 Sampan ini untuk sewaan. Serius kagum tengok budak-budak ni mendayung sampan.

 Hai Ali! Rasa nak suruh Filzah tampar je muka ko masa ni.

 Abaikan Ali yang dah macam Bajau Laut. HAHAHA

 YaAllah...Berzikir lagi *Baguskan entry aku kali ni. Mengajak korang berzikir saja
 Bajau Laut ke-2

 Arghhhhh..nak beli instax!

 3rd day dapat tengok pelangi. Ya Rabb.

 Bajau Laut ke-3

 Habis sudah entry Mabul. HAHAHA.

Actually gambar semua dekat camera Ali Apeng. Ini semua gambar yang aku ambil dari fb aku dan yang lain-lain. Harap maaf pada kualiti cikai tahap camera handphone. Kalau nak tunggu Ali upload hentah bila la kennnnnnnnnnn *harap terasa. Hik hik hik


with❤:izan®

Saturday, June 22, 2013

Mabul,Sabah-Pengembaraan bermula

Hai, salam. 



Flight kami pada hari khamis petang. Sampai lapangan terbang Tawau seawal jam 9 malam. Tapi perut berkeroncong bak umpana dondang sayang. Siapa yang pernah turun lapangan terbang Tawau sure punya paham keadaan kitorang malam tu. Kitorang disini adalah aku, Filzah, Irma, Alan, Ali, AbgNgah. Lapangan terbang Tawau jam 9 malam dah closed already wa cakap sama lu. Perut ni lapaq baq hang. 

Dari lapangan terbang Tawau nak ke pekan berdekatan akan mengambil masa satu jam lebih. Dan kitorang tidak menempah mana-mana bilik hotel pada malam tersebut. Dan orang yang dijanjikan oleh pakej trip kitorang hanya akan datang ambil pagi esoknya. Nak call any delivery food malam tu hanya ada McD kalau x silap aku yang mana di ikhtiarkan oleh Filzah. 

Akhirnya, Ali selaku lelaki gagah mencari inisiatif untuk memenuhkan nafsu serakah kitorang berenam. Ali dan Alan *dah macam seorang melayu seorang cina pula* naik teksi pergi beli nasi bungkus malam tu. Sewa teksi kata kau pergi dan balik membeli nasi bungkus adalah RM30!! Itu baru teksi. Belum masuk makanan dan airnya. Tak pe la, sekali sekala dalam hidup nak rasa kan.

Malam tu tahu tak kitorang tidur mana? Surau. Alhamdulillah. Ada juga tempat berteduh *eceh, macam nak kena lempang* Tapi tak boleh tidur sangat pon. Jam 6pagi kat sana dah cerah macam jam 7pagi dekat sini. Pastu lepas solat subuh Abg Ngah ada mesej Irma kata ada orang tunggu kitorang dekat bawah.

Tapi macam mamai-mamai masa tu. Betul ke ada orang panggil kitorang. Sebab announcement macam ni :
"kepada orang yang tidur disurau ada orang menanti dibawah"

Mana pula Pak Cik Driver tu tahu kitorang tidur kat surau malam tu. So abaikan je la. Jam 8 pagi baru turun bawah. Sekali pakcik tu memang tunggu kitorang dari jam 5 pagi lagi. HAHAHAHA

Hasil budi bicara Ali juga. Dia minta Pak Cik tu bawa kitorang singgah sarapan sebelum naik speed boat ke Mabul Island!

Habis sudah pengembaraan doremon bersama Izan Salleh. Esok is the 1st day entry for trip to mabul!

with❤:izan®

Friday, June 21, 2013

Pergolakan emosi sebelum ke Mabul,Sabah

Hi, salam.

Kalau nak tahu aku dah tak kerja kat Nilai. Tak ada siapa pon nak ambil tahu mak cik oi. Tak pe la, aku nak tulis juga. Sebulan sebelum aku pergi Mabul. Ada banyak sangat halangan seperti tidak membenarkan aku ke Mabul. Dengan ketiadaan pekerjaan. Ketiadaan kewangan tapi ada hati nak berjalan ke Mabul. Punya la sampai tahap dah nak putus asa tak nak pergi dah ni.

Then aku baru teringat aku ada sugar daddy.

"Awak, tak yah la pergi Mabul"

"Kenapa?"

"Macam banyak sangat je halangan nak pergi sana"

Aku memang macam ni. Kalau aku nak buat something tapi macam banyak sangat halangan aku akan rasa macam Allah tak redha apa yang aku nak buat tu.

"Tak pe la, saya blanja pergi mabul k. Bila lagi kita nak pergi kalau bukan sekarang"

"OK! Tq sayanggggggggggggggggggg"

Panjang terus sayang nya. hahaha



Maka sampai lah kitorang ke sana. Tiket dari bulan 9 tahun lepas lagi dah beli. Masa tu Alan dengan Ali yang plan nak pergi jalan-jalan. Aku pon follow je la. Tak de la plak plan nak kahwin awal sangat kan masa tu. Bertunang pon belum. Hasil kuatkan semangat dan kecekalan kami gigih kan jua *dah macam hape plak ayat nye ni

Cerita pasal mabul next entry k. Boss dah masuk office. Bye!

with❤:izan®

Sunday, March 31, 2013

Percutian Bajet-Cameron (Air Terjun)

Hai, salam.

Esok nya sebelum kami balik. Singgah dekat air terjun. Tak tahu pula kat Cameron ni ada air terjun selain Lata Iskandar.









Okey, tamat sudah trip bajet kali ni. Tunggu untuk next trip okey. Aku rasa kena buat sidebar tentang Cuti-cuti Malaysia pulak la.

Satu lagi nak kena tambah B2B punya side. Eh?

HAHAHA

Bye Sayang!
with❤:izan®

Saturday, March 30, 2013

Percutian Bajet-Cameron (Pasar Malam Berinchang)

Hai, salam.

Malam tu lepas rehat-rehat kitorang kuar mencari sesuap nasi. Tapi berjalan kat pasar malam saja je kot la jumpa apa-apa nak beli. Aku beli la fridge mangnet rm1 satu buat nak bagi kat budak-budak klinik and family. Kata pon percutian bajet. Kena la jimat dari segala segi. Ye dak?

 Kenapa ntah perut aku macam mengandung 5 bulan. Tension hai!

Yang ni plak macam mengandung 8 bulan. tensionnnnnnnn!

Yang belakang tu macam dah nak deliver. hahaha Aku pon tak tahu masa bila pompuan arab tu masuk dalam gambar.

Eh eh eh, sebenarnya sebelum kitorang balik hotel, ada singgah makan strawberry kat Raju Farm.





Jangan sampai ada yang merengek ngan mak ayah ajak pergi cameron dah la ye. hik hik hik

Bye!

with❤:izan®