Followers

Showing posts with label make up. Show all posts
Showing posts with label make up. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Bride Makeup by Izan Salleh

Salam, Hi.

Sabtu lepas aku telah diberi kepercayaan untuk makeup satu bride kat Felda Residence Trolak. Actually before ni aku ada juga makeup beberapa orang. Cuma this time rasa nak share dalam blog and timbul keyakinan mungkin untuk membuat pekerjaan ini sebagai part time insyaAllah one fine day mana kita tahu rezeki Allah kan boleh jadi pekerjaan tetap. *alasan malas nak kerja ikut ofis hour. HAHA

So here is the lucky bride *ko tak tahu dia menyumpah ko dalam hati (hape la izan ni tonyoh muka aku). HAHAHA

 A BIG congratulation to the bride and thank you so much for choosing me as your mak andam that day. *Mak andam kata kau!

p/s: Boleh tanya terus kalau nak aku makeupkan korang :)

with❤:izan®

Wednesday, August 08, 2012

Produk Review- Setelah 2 Bulan Makan VCO dari Catalyst

Hai, salam.

Anda puasa ke hari ni? Saya baru sambung puasa semula. Break for a week, buat aku rasa lapar sangat bila sambung semula ibadah puasa ni. Eh, lagi seminggu je nak raya. Kan? Sedar tak sedar je. Saja je buat-buat tak sedar. Sebab aku sibuk belikan baju raya and kelengkapan raya untuk orang lain (ahli keluarga) tapi tak beli apa-apa lagi untuk aku sendiri. 

"Alan, nanti malam raya teman saya pergi jalan TAR boleh?"

Hahaha. melampau la malam raya nak ajak dia.

Eh, apa topik aku mcam lari je ni. Nak buat review pasal kesan pemakanan supliment VCO dari Catalyst, dah jadi tajuk persiapan raya pula. Kesan dari pemakanan supliment VCO ni pada diri aku (kalau orang lain aku tak tahu) antaranya :

  1. Period pain kurang. Takkan la boleh hilang terus kan?
  2. Rambut macam soft,ikal mayang bak maya karin gitu. Boleh?
  3. Jerawat i semua lari tak tahu pergi mana.
  4. Minyak kat muka macam kurang. tapi still ada. Kalau peluh takkan la muka kau still boleh flawless kan?
  5. Aku dah tak payah tempek concelar untuk tutup jerawat.
  6. Kuku tangan makin berkilat.
  7. Berat badan ideal. (sebab aku jog everyday juga kot)
Malas la nak tulis je kan. Aku sertakan bukti sekali.


Yang ni muka aku after seharian berpanas mencari nursing wear untuk Acik aku pakai for hari raya. SEHARIAN OKEY. Jangan la nak banding dengan kulit mulus Amalina sebelah aku tu. Kalau dulu seharian berpanas muka aku, takkan okey macam ni. Silap hari bulan kau kikis minyak tu boleh buat goreng ikan or goreng mee goreng. Pergh! sedap pula sebut mee goreng bulan puasa ni.


Masuk kerja dengan muka nak pelempang. Without any make up pon still confident! Cayalah Izan!
Yang ni betul-betul tanpa make up. Bedak pon aku tak tempek. Kau berani? HAHAHA. Blah la kau izan. baru nak rasa nikmat Allah bagi kau dah riak. Syukur YaAllah. Alhamdulillah. Akhirnya kau makbulkan  diantara doa-doaku. (Kantoi hari-hari doa minta kulit licin) HAHA

p/s: Wait for another review. Sayangsssss youalls!


with❤:izan®

Thursday, July 19, 2012

Saya baru belajar make up.

Hai, salam.

Actually benda ni dah berlaku Ahad lepas. Tapi baru nak post. Sebab busy. HAHA. Macam nak lempang kan kalau aku sebut busy. Malas sebenarnya. Aku belajar dari kawan masa dekat MRSM dulu. Kalau nak booking untuk make up tunang or kahwin boleh refer blog ni. Kalau nak aku yang make up gamaknya kena tunggu la ye. Sebab aku nak penuhkan kotak make up dulu. Kang make up orang tanpa keyakinan barang make up jadi ape pula kan. Nanti dah penuh aku kasi tayang pastu boleh la kan nak makeup orang. Pergh!

Aku tak sure kawan aku ni nak ke tak ajar orang lain. HAHA. Ayat macam bangga nak mampos. Sebenarnya aku yang paksa dengan sungguh-sungguh supaya kawan aku ni ajar aku. Dengan sedikit sogokan blueberry cheese tart yang aku buat sendiri bersama mira. Akhirnya rahsia andaman berjaya dikorek. Eceh! Konon banyak sangat la kan rahsia.

Mula-mula aku ajak ex-officemate aku untuk jadi model. Tapi masaing-masing ada hal. So aku ajak mira and ayin. Nasib kawan-kawan aku ni sporting and memberikan kepercayaan penuh kepada aku untuk menconteng arang ke muka mereka. Ha? Oh no, mentata rias muka diorang. Aku sogokkan juga mereka dengan kata-kata manis dan sedikit makanan ringan. HAHA

Memang kerja kau main sogok orang je la Izan oi. Sesungguhnya orang yang memberi dan menerima adalah dosa hukumnya. Tapi aku rasa niat aku adalah untuk membalas jasa diorang. So, aku namakan dengan sedekah. Semoga Allah redha.

Nah kau hasilnya.

Left : Mira. Right : Ayin.
Sehingga kotak make up aku penuh, so sampai sini sahaja segmen andaman kita. Bye.

with❤:izan®

Monday, March 28, 2011

Make Up apa yang saya pakai.

Hai, Salam kembali. Banyak pula kan entry hari ni. Aku ni kalau dah mai meroyan nak mentaip, sehari boleh sampai 4 5 entry. Tapi ini masa dulu la. Masa bujang tran-tang-tang. Sekarang pon bujang. Cuma tak berapa nak tran-tang-tang je.

Make Up dengan wanita ni memang macam isi dengan kuku kan. Tak pon macam aur dengan tebing. Atau dalam erti kata senang, memang tak dapat di pisahkan lah. Ada juga wanita yang tak suka bermake-up. Sebab mungkin golongan ini dah neutral beauty. But aku ni bukanlah dalam golongan tu. Macam beast sikit. Kasi make up baru nampak ala-ala Angelina Jolie gitu. Kalau tak...

Aku nak share sikit, jenis-jenis make up yang aku pakai. Murah-murah je. Idok la teman ni mampu nak pakai cosmetic mahal-mahal gitu. Teman ni tak berduit sangat. Cukup-cukup nak menyara hidup je pon. Oleh itu, aku pakai apa yang termampu sahaja.

Yang paling asas adalah concealer. Sebab muka aku ni berkawah sana sini sikit. Erk, al-maklumlah. Kulit muka tak berapa nak gebu macam Irine Nadia Marcello. Kena la repair sikit before pakai bedak kan. So, concealer yang aku pakai maybelline perfect concealer.
RM 20 + 

Aku pakai no 2 punya. Sebab i ni kan gelap sikit nok. Kang pakai yang putih-putih sangat dah rupe pakai tepung gomak. 

Untuk bedak pula. Aku pakai brand Silkygirl sudah. I tak banyak duit nak beli bedak Maybelline. HEHEHE

RM 19.90
Mata i kecik la you all. Jangan tertipu dengan nampak je macam besar. Sebenanrnya itu adalah ilusi optik. HAHAHA. Mungkin disebabkan lens atau eyeliner yang aku pakai. Eyeliner aku pakai in2it. Cukup murah. RM15.00 sahaja. Diwaktu promosi la. Jagan beli time mahal.


Maskara pula aku pakai yang Avon aje. HAHAHA. Yang ni aku rasa dah nak masuk 2 tahun kot aku guna botol yang sama. Beli masa dekat UKM dulu. Punya la malas nak beli maskara baru. Rajin je tengok dekat kedai. Bila nak beli rasa macam ada yang lagi penting. Oleh itu, memang yang Avon tu je aku bedal pakai sampai sekarang.


Untuk blusher. Dulu aku pakai MAC. Ala yang beli kat pasar malam je pon. RM10 sebekas. Tapi muka aku macam naik jerawat dengan ketara pula kan. Aku stop pakai MAC celup tu. Then pakai Elianto pula. Okey la. Ini pon aku beli time 70% punya discount. HAHAHA. Punya nak jimat. So masa aku beli. Dapat dalam RM7 je. 


Lastly untuk my lip. Aku just pakai lipbalm. Yang ni banyak jenis. Tapi yang aku paling suka. Maybelline and Cosway.


Itu sahaja barang make up yang aku ada. Bukan tiap-tiap bulan aku beli baru. Bulan ni aku beli bedak. Bulan depan beli blusher. Then bulan depan lipbalm pula. Macam itu la ye. Saya bukan banyak duit untuk beli make up tiap-tiap bulan. Bunkrup laki aku. HAHAHAHA

p/s: Buat review macam ni terasa artis pula. HAHAHA

with❤:izan®