Followers

Thursday, September 23, 2010

masalah yang tak sudah

semasa aku kecil aku adalah budak yang sangat bersemangat. bersemangat disini aku maksudkan sunguh sunguh dan sungguh berisi pejal. ini sungguh aku tidak tipu. kalau tak percaya nanti balik rumah akan aku cari gambar semasa kecil dan masukkan ke dalam sini. sampai bila aku tengok balik gambar aku semasa kecil-kecil boleh buat aku tanya dekat mak "adik ke ni mak????"  "eh,tak la. mak tu" dan masa tu baju aku dengan acik mesti lebih kurang sama tak pon dalam bahasa lainnya sama. kata pon adik beradik. baju kena sama, baru senang mak nak cakap "oh, yang baju sama itulah anak-anak saya." ha.begitulah ceritanya.


tapi bila makin besar makin kecil badan. cantik pula ayat hipotesis aku. bukan bermakna aku menjadi kecil seperti budak-budak kecilan. tapi nisbah antara ketinggian dan berat badan adalah tidak berpadanan. seingat aku semasa tingkatan 1-3 ketika di asrama berat aku dalam linkungan 55kg dan ini amat memuaskan hati dan pandangan aku. tapi bila masuk tingkatan 4 ketika di mrsm sehingga sekarang berat aku tak pernah lebih dari 50kg. dan tadi timbang pon berat aku baru 48 kg. sungguh penat nak makan banyak-banyak tapi tak jadi lemak. yang keluar hanya tinja. baca betul-betul. saya taip TINJA bukan NINJA.


tapi alhamdulillah kerana badan sepapan begini aku tak punya penyakit kronik selain dari kerabunan yang terpaksa di tanggung akibat faktor keturunan. eh, tapi abg pen dan acik tidak pula rabun. aku dengan angah sahaja. along pon tidak. anggaplah ini rezeki untuk meminta-minta spek dari ayah. HAHAHA. dan sepapan begini masih di sayangi oleh alan. u sayang i kan? apa tidak! u nampak kaki i nak buat sup bagi u makan ni. baik u cakap sayang i cepat.okey-okey. dialog manja begini hanya wujud dalam imiginasi. sebab bila aku tanya alan,

 " awak sayang saya tak?" 

" sayang laaaa"

"sayang banyak ke sikit?"

"banyakkkkk sangat..."

PITAM!

ohmai...dah jumpa baldi ke belum? nah-nah aku bagi pinjam. muntah la kalau nak. HAHAHA. lepas cuci jangan lupa pulangkan. kerana baju-baju tak basuh tu nak kena perap biar masam baru basuh sabtu ni. jumaat ni aku ada exam kualiti. tapi baru dua bab aku sentuh. lagi empat bab esok la. boleh? suka hati kau la labuuuuu..tapi kan kalau labu buat lepat sedap juga. eh-eh, esok kena cari. kalau tak sampai lusa asyik tulis pasal lepat labu dalam entry. okey tak da kena mengena.

pasal praktikal? boleh tak kita bincang lain kali. perut jadi senak la sebut pasal tempat praktikal. orang lain dah berpusu-pusu dapat tawaran. tapi aku pusat pon tak da. ala, seperti peribahasa batang hidung pon tak nampak.

oleh sebab mood dah dipunahkan dengan word praktikal. sampai disini sahajalah entry kali ini. jumpa di lain waktu. muah!

ini sahaja masalah di saat ini. bak kata izan "hidup tanpa masalah baik tidur".

with❤:izan®

1 comment :

  1. I always motivated by you, your thoughts and attitude, again, appreciate for this nice post.

    - Murk

    ReplyDelete

leave me some words ;)