Followers

Sunday, January 31, 2010

membeli belah secara tingkap

semalam tak da mood nak update,mukus pekat sangat. bila nak update ja kena tarik nafas dalam-dalam. tapi still tak dalam sangat sebab banyak halangan dalam terowong sebelum udara dapat masuk dengan laju ke dalam. so,ini dijadikan alasan yang muna-sarawak kenapa aku tak update pada hari isnin. isnin depan cari alasan lain pula la. nanti nampak sangat pen-tipu mencari idea untuk tidak mengupdate blog pada hari isnin. sebenarnya aku bercadang nak bercuti hari isnin. cuti dari update blog dan cuti dari segala hal. sebab isnin banyak benda nak kena buat before masuk kuliah hari seterusnya. ini adalah rutin baru untuk sem ini kerana orang yang tak da kelas hari isnin kena bina jadual hujung minggu sendiri. hari ahad di anggap sebagai sabtu manakala isnin sebagai ahad. dan seterusnya.

hari sabtu aku yang lepas,ok,sabtu aku disini bermaksud hari ahad bagi orang-orang biasa ya. aku bukan orang luar biasa mahupun alien tapi sedikit terpilih dari ramai yang hendak di pilih. atie,yuni dan aku telah ke mines,serdang. ada mines kat tempat lain ka sampai nak kena tulis serdang? ada kot,kat trolak. bakal di buka time aku kaya. actually nak ke sana nak beli calculator scientific ja pon. and tanpa pengetahuan aku,ayuni dan athiah telah main belakang dimana merancang untuk menonton adnan sempit tanpa mengambil persetujuan aku. tapi tak pa,sebab aku pon memang nak tengok. malang berbau durian,kerana tiket semua dah sold out! kenapa semua orang nak tengok adnan sempit? tak fasha sendat? bukan besh pon kan? korang pi la tengok cerita lain. bagi la atie,yuni and i tengok adnan sempit...

kerana tak keciwa lansung tak dapat tengok adnan sempit. kitorang membeli belah secara tingkap dengan meriah. masuk kedai,keluar. masuk lagi,keluar. last-last melayang rm250 aku. tu baru shopping secara tingkap. kalau aku shopping secara tangkap? hj.salleh pon boleh bankrupt. telah membelanjakan diri dengan membeli;
  1. baju untuk qistina,alif,dan iman - rm 47
  2. calculator scientific - rm 45
  3. lens - rm 60
  4. complete multi purpose solution (3botol) -rm35
  5. sundae mcd - rm 1
  6. tiket komuter - rm 3.40
  7. big apple - rm6.90
  8. piza - rm 15
lagi rm 16.70 aku tak ingat. tapi rasa nya ini adalah perbelanjaan yang mengikut keperluan semata. serius,tak boleh bau pon nafsu makan aku kuat. kalau time boleh bau tak la kuat sangat. so,lepas ni. aku nak makan sambil tutup hidung. nafsu makan akan bertambah kuat! yeah!

Allah menggalakkan hambaNYA menghayati yang indah-indah belaka."]

qistina umairah

mohd aliff irfan

mohd amirul iman




No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)