sejak dua menjak ni memory aku tak dapat berfungsi dengan baik sikit. macam ada kura-kura tengah berjalan dalam kepala hotak ni. dia jalan slow-slow ja. so aku lupa slow-slow. sebagai contoh,sekarang aku asyik terlupa yang aku ni comel. kena ingatkan diri sendiri yang aku ni comel. baru aku sedar yang aku ni comel. susah kan kalau terkena simptom-simptom pra-matang hubungan ni. tapi kena pasrah la,kalau dulu aku ada 10 masa untuk diri sendiri. sekarang kena bahagi 2. 5 masa untuk izan,5 masa untuk mr.izan. ini hanya contoh tau,jangan la kata aku tak spend masa untuk tuhan,kawan-kawan,family,study and so on la hape la. ini contoh sahaja. ulang kembali. ini contoh...nak lagi? ini hanya contohhhh...
okey,ini adalah alasan kukuh kenapa aku tak rajin nak update blog semacam dahulu kala. babe,boleh terima kan alasan ni? hahaha... kalau dulu,rasa macam diri ni pisang ja bila kawan-kawan semua keluar dating or text teman kesayangan masing-masing. untuk tidak menjadikan diri ni semacam pisang sangat aku update blog. sebab tu la,kadang tu sampai 3 ke 4 entry per day. tapi sekarang kalau kawan-kawan dating or text teman kesayangan mereka,aku sudah boleh jadi cekodok! join sama diorang. hik hik hik. i am not a pisang anymore. yeay! tapi ini bukan adalah alasan utama kenapa aku menerima cinta nya... ceyahhhhhh.. ayat tak boleh blah! kalau ayat tak boleh blah. izan,kau boleh blah...
some reason why i am ready to be in love again. again? haish...kena la cuba jaya baru boleh berjaya. semacam belajar prinsip kewangan korporat. kena guna kaedah cuba jaya kalau tak ada financial calculator. see,how important financial calculator? same as love. bukan financial calculator yang kita perlukan untuk kira balik segala pelaburan top up,makan time date,tiket movie dll. hanya kepercayaan terhadap pasangan. tapi jangan la kalau sampai bukti depan mata pon boleh buat-buat tutup mata ja sebab dah sayang kan? kena la gali sampai puas hati. hahaha..gila kejam kan orang bercita ni. bukan takat pegang status kekasih tetapi kena buat part time CSI. tugas berat tu. kerja amal pula. tak pa,kerja-kerja amal ni pahala banyak.
the reasons :
1. im just ready.
2. i am ready.
3. i am really-really ready.
kalau rasa macam bengang baca entry orang baru nak bercinta ni,boleh baca entry-entry lama time aku tak ingat dah apa makna cinta. aku tak minta korang bagi aku hadiah sebab aku nak bercinta. aku cuma minta sedikit ruang untuk aku kongsi bersama rasa bahagia ini. tak dapat 50% pon tak pa. bagi aku 10% pon jadi la. kalau bukan dekat korang aku nak share rasa hati ni,sapa lagi?
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)