Followers

Thursday, November 14, 2013

Pening, Mual dan Loya. Apakah maksudnya?

Hai,

Minggu lepas kan aku duduk rumah je sabtu and ahad. Actually ada kenduri depan rumah mak ayah kat Trolak. Tapi disebabkan lakiku kerja dan minggu ni nak balik lagi kenduri Aton pula dekat Sungai Klah so, minta maaf je la kepada mana-mana kenduri yang tidak dapat hadir tu. Tak terkejar kenduri dah start cuti sekolah ni. InsyaAllah kalau tak ada hal melintang panjang aku dengan Alan usahakan untuk pergi. Dont worry my friends. HAHAHA

Seminggu lepas kan, aku asyik pening je tiap kali petang lepas zuhur sampai la ke malam nak tidur. Mual dan loya tiap kali pagi dan sebelum tidur. Lama juga la. Ada la dalam 4 hari. Lepas tu hilang pening loya mual tu. *mula la tu nak pikir bukan-bukan*

Emosi kau usah tanya la. Alan tahan sabar dengan aku sampai dah tahap bawah hidung sikit lagi nak lemas tu. Paling kelakar ada ke patut aku suruh Alan caring aku? Hoi! Ko nak caring sampai tahap mana? Paling caring dah la tu Alan. Lepas tu semalam lepas masak. Aku sakit perut sampai nak pitam *nak pikir bukan-bukan lagi la tu*

Aku siap masak semua, masuk bilik, mandi semua lepas tu minta Alan hidangkan lauk semua atas meja. Serius aku tak larat dah nak berdiri. Gigil-gigil kaki aku. Alan jeling-jeling paku sebab selalu aku hidang je terus. *jeling-jeling paku is jeling-jeling manja* Tapi Alan buat je. Siap suruh aku tidur kat sofa sementara nak tunggu dia hidang *syorgaaaaaaaaa*

Rupanya aku nak period malam tadi. Pasal tu la sakit perut sampai gigil-gigil. Yang pening loya mual tu sebab gigi bongsu aku nak tumbuh. Dah selamat keluar dah pon. Seminggu hoi aku tahan sakit dia nak keluar. Aku adalah paling jarangggggg sakit gigi. Sekali dia datang sakit gigi tu seminggu minggu lepas sampai aku nak bukak mulut nak makan pon payah gila. Mungkin sebab aku pakai braces, jadi lagi sakit kot gigi bongsu tu nak keluar. Entah la, aku pon tak sure fakta ni.

So, bulan ni aku skip appointment dengan dentist. Sebab dah sakit gigi bongsu nak keluar kang tambah lagi dengan sakit ketatkan braces boleh pengsan aku.

p/s: Alan gelak gila tengok muka aku bagitahu aku period semalam. Cis!

with❤:izan®

7 comments :

  1. hahahaha ingat kan ada isi.hehehe.rupanya nk P.plus ngan tumbuh gg ag.mmg lah hazabbbb~

    ReplyDelete
  2. hehe..mmg dah pk dah..xpe..mana tau lepas-lepas ni adalah kan..

    ReplyDelete
  3. Mestilah nak pk bukan2.. hehe. Oh ha before pregnant pun dh boleh start makan folic acid tau. Elok utk baby. Bleh google folic acid before pregnant. Hehe. Haritu hana amik sebulan lebih before pregnant.. beli kt watson jek. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Mestila pk bukan2.. eh before prgnant pun boleh start makan folic acid. Elok utk baby.. hana beli kat watson jek. Hehe. Sbulan stgah bfore prgnant start amik tu

    ReplyDelete
  5. Mestilah nak pk bukan2.. hehe. Oh ha before pregnant pun dh boleh start makan folic acid tau. Elok utk baby. Bleh google folic acid before pregnant. Hehe. Haritu hana amik sebulan lebih before pregnant.. beli kt watson jek. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Mestilah nak pk bukan2.. hehe. Oh ha before pregnant pun dh boleh start makan folic acid tau. Elok utk baby. Bleh google folic acid before pregnant. Hehe. Haritu hana amik sebulan lebih before pregnant.. beli kt watson jek. Hehe.

    ReplyDelete

leave me some words ;)