perlu diingatkan cerita ini PG 13. so membaca entry ini juga kena mendapatkan bimbingan orang yang terlebih dewasa. agar tidak silahertikan oleh anak-anak dibawah usia 13 tahun. harap maklum.
perlu dimaklumkan terlebih dahulu ini review yang aku ambil dari sini.
The Child’s Eye in 3D tells the story of six stranded Hong Kong travelers during the shutdown of the Bangkok airport in the November 2008 anti-government protest and their supernatural encounters after the disappearance of three in the group.
Stranded in Thailand by the political uprising and airport closure, Rainie and her friends were unable to return home. Reluctantly, they decide to stay in an aged and shabby hotel. Among them is Rainie’s almost-breakup boyfriend, Lok, Ling and her brother Rex and Ciwi with her beloved boyfriend, Hei. The moment they check into the hotel…they come across three weird children and a puppy that seems slightly odd. As strange and sinister things start to happen, they begin disappearing one after another.
manakala, dibawah ini merupakan review dari aku. sekiranya tak nak percaya apa yang aku cerita. maka boleh berhenti membaca sampai di sini sahaja. review di atas rasanya telah mencukupi.
bagi aku cerita ini bukan dalam kategori PG 13. sepatutnya dalam kategori PG18! sangat menggerunkan. sampai tercampak kasut aku. athiah yang mengajak aku tapi dia yang terlebih jerit dari aku. dah la cerita hantu. tengok pula dengan 3D. ko bayangkan la, macam mana hantu tu terkeluat dari skrin nak capai kepala ko. boleh bayang? tak bukan? haaaaaaaa..aku nasihatkan pergi tengok. memang berbaloi. aku tengok dengan yona, and atie. thanks sebab menghasut aku tengok cerita yang berbaloi ni!
cerita ni ada 3 heroin yang cun dan 3 hero yang bukan taste aku. tapi boleh la. so-so je la kan...tak de hensem sampai aku duk terbayang-bayang. cuma aku asyik duk terbayang hantu tu kat atas kepala aku. seperti biasa pelakon utama cerita hantu mestilah perempuan. iaitu Rinie. boifren dia nama Lok. diorang berenam ni pergi bercuti kat thailand. on that day diorang nak balik tu, diorang terkandas kat jalan. and pemandu teksi yang nak hantar diorang pergi airport hantar diorang kat satu hotel yang akan menyebabkan bermulalah cerita hantu. oh, sebelum terlupa, sebab diorang terkandas kat jalan raya? sebab ada mogok dari rakyat thailand.
bila diorang start masuk kat hotel tu diorang nampak 3 orang budak dengan seorang anjing. anjing ni akan menyalak bila nampak hantu. bila anjing tu nampak je diorang enam orang ni, anjing ni akan menyalak. masa diorang order makan. tempat duduk kat meja tu ada tujuh. mak cik yang ambil order ni ambil order diorang tapi macam ada tujuh orang yang order. bila hantar makanan, diorang tanya la, kenapa ada tujuh. mak cik tu dengan selambe kata, dah tujuh orang tujuh la makanan kan. itu pon nak kena ajar ke? bukan-bukan. itu ayat aku tambah sendiri.
dan bla bla bla. malas nak taip. cuma bayangkan saje lah. kalau tangan hantu boleh lekuar skrin depan mata ko. bila kerusi melayang sendiri atas kepala ko dan tiba-tiba hantu terjengul depan muka ko dengan kesan 3D. kalau tak menjerit bagi perempuan aku respek korang. sebab atie jerit sangat kuat! HAHAHA. lelaki macam biasa la, tak kan menjerit cuma, seluar je la basah sikit berpeluh nak tahan jerit. KAN???
oleh itu, sampai disini sahajalah review kali ini...
with❤:izan®
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)