Followers

Wednesday, October 13, 2010

my beloved one

seperti yang dijanjikan, nah aku sajikan entry sambutan hari jadi anak buah aku yang sulung SHAHRUL SHAFIQ bin rosni. oleh kerana along aku kahwin awal, so aku dapat anak buah sekitar umur aku baru 6 tahun. kau boleh bayangkan? selaku anak bongsu di dalam keluarga selama lebih 6 tahun, dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah, cakap je nak ape...nak mainan masak-masak? dapat...nak mandi hujan? dapat...nak kereta kelisa sebijik? dapat! haaa..dah lebih la kan, dapat penamporrr!

tiba-tiba kak long aku which is kak ipar aku, bagi aku anak buah. memang kasih sayang yang selama ini untuk aku di belah-belah la jadinya. semua nak kena share dengan shahrul. dia nak tengok kartun kat astro, sampai aku sorok remote astro atas palang pintu. then dia ngadu kat opahnye iaitu mak aku terus mak aku ambil bagi kat dia remote. then aku masuk bilik, nanges! tak puas hati sebab mak aku lebihkan cucu dari anak. padahal aku nak jugak tengok kartun tu, disebabkan menyampah dengan manja si shahrul saje je cari point nak gaduh. HAHAHAHA

tup tap tup tap dah 15 tahun dah ko shahrul masa 2 okt haritu. maksu ucapkan Happy Birthday! semoga abg peroleh kejayaan di dalam PMR tahun ni. kalau ade rezeki mak su belikan hadiah yang mak su janjikan tu. ko kena la paham mak su ko ni belum bekerja. harap duit JPA tu tak cukup pon...(alasan hokeyh!)

ni ha anak buah aku yang sulung. sedap nak buat peluk!

tukang sibuk mesti ada. kalau tak, tak meriah majlis. HAHAHA

tudung hijau : kak long aku, akak ipar and ummi shahrul
tudung kuning : adik shahrul, nurul

baju pink : aisyah (adik kepada shahrul)
baju oren : aliff (adik kepada iman iaitu anak abg pen aku)

tu tak kan tak kenal hj salleh. masih kacak!
dan si kecil molek qistina humaira anak abg pen aku juga.

ni namanya lauk! buat nak cubit2 pipi boleh la...

mak aku dengan along.

maira!!!!
oh, sebelum terlupa. kitorg sambut birthday si shahrul dekat sekolah asrama dia. sebab dah nak dekat pmr so dia tak boleh balik rumah masa tu. sebab tu la nampak macam picnic bagai kan...

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)