Followers

Monday, October 18, 2010

dan akhirnya cerita bersambung

seperti yang telah lama di janjikan, kita sambung kembali cerita pasal ke sunway lagoon bersama alan. cerita nya tidak habis di part 1 sahaja. masa kami cuba untuk masuk ke dalam rumah hantu kat dalam sunway tu, hanya kami berdua sahaja. makanya memang menjadi lauk-lauk hantu tersebut la. sebelum masuk dalam tu akak yang bagi arahan depan pintu tu macam nak cari gaduh pon ada. siap marah alan, suruh berdiri betul-betul depan dia. nasib alan tak angkat tangan je kat akak tu. aku dah terkebil-kebil dengar akak tu bagi amaran jangan sentuh apa-apa hantu pon dalam tu.

belum akak tu abes cakap lagi tiba-tiba tekeluar seekor hantu. belum masuk lagi ni aku dah jerit separuh anak tekak dah. masuk je dalam tu, memang la gelap uuuu...sorry alan if i teraba u, i tak sengaja ohhh.. MUAHAHAHA -----> setan punya gelak.

setahu aku setelah di ceritakan oleh alan, rumah hantu tu ada 5 stage kot. correct me if salah. dan kami hanya lepas 1 stage sahaja. sebab??? ALAN MENANGIS DALAM TU! hahahaha..tipu! aku yang nangis. ok, boleh gelak sampai muntah sekarang. tak de la menangis macam budak-budak tu. cuma nangis macam mak budak je.

muka mak budak baru lepas menangis kena kejar hantu memang selalu comel macam ni. harap maaf ;)

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)