Followers

Monday, October 18, 2010

kita harus mencuba

ini lah antara petanda bila exam dah nak dekat. blog akan terupdate dengan hebat. ini adalah perkara normal. susah nak tentukan kenapa ini ada kaitan dengan jumlah update dan makin dekat dengan nak exam. mungkin sebab makin tension makan hanya blog tempat nak buat segala macam luahan hati. nak buat luahan kat orang lain takut nanti tersekat-sekat sebab sambil nak bercerita sambil nak menangis. kalau dekat blog, menangis tak mengganggu pentaipan. ianya still akan berjalan dengan lancar.

presentation pagi tadi berjalan lancar. lebih banyak kumpulan yang membuat lakonan yang agak kreatif untuk perbentangan HRM PAGI TADI. sangat seronok bergelak melihat para bakal pelakon keluaran ukm. seungguh berbakat. berbakat membuat lawak.walau apa pon tahniah! kita semua berjaya.

maka hanya tinggal untuk sediakan report sahaja. itu pon due date nya selepas exam nanti. kerana hanya group aku sahaja yang kena buat report tersebut. kerja kualiti nanti kena fikirkan bagaimana nak buat. sesi temuduga esok mungkin akan di tunda pada khamis. saya ada hal lain esok. sehingga ada idea lain lagi di lain waktu, entry ini secara tiba-tiba tamat!




with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)