hai semua.
finally sudah dua hari dua malam aku di UKM untuk Final Year..oyeah? kau dah final year la izan. tapi masih muda kerana ada yang tanya saya di fakulti tadi, "awak dah daftar subjek ni?" and that subject adalah untuk budak first year. ini bukan hinaan bagi aku. ianya merupakan satu pujian. HAHAHAHAHA... okey-okey. i maafkan u. sebab u junior paling comel yang i jumpa buat masa ni. sekarang ni agak sibuk untuk aku aktif berblog. macam semalam, ada terasa hati seperti ingin berblog. tapi bila perut asyik cari pasal je dua tiga hari ni. langsung melayan perut dahulu. last-last aku tertidur. sampai orang-orang duk sibuk mendaftar subjek malam tadi aku sibuk buat tahi mata. teruknya aku malam tadi sampai spain menang pon aku wat derk je. alan, siap pi dataran lagi nak tengok spain menang dengan kawan-kawan dia. so, u berbaloi la kan beli baju spain semalam. HAHAHAHA. sanggup ok, si alan beli baju spain... bola dan lelaki, tak dapat di pisahkan. ibarat isi dan kuku kaki.
akhirnya pagi tadi baru aku tahu yang dah boleh daftar subjek. itu pon my roomate baru yang bagitahu. ops! cerita pasal roomate kena rahsiakan dulu. sebab shes also a blogger. jeng jeng jeng. pasal ini nanti kita cerita dalam satu entry khas ya wahai roomate baru ku ;)) then pagi tadi yona mintak aku hantarkan dia ke komuter. mahu menonton eclips bersama azmi katanya. selepas itu aku bantai tidur kembali sampai jam 12.30 tengah hari. kejutkan alan, then sambung tidur. petang nya baru turun ke fakulti membuat perancangan bersama nur laila untuk masa hadapan kami. cerita pasal masa hadapan, aku tak tahu la nanti aku ni graduan dalam bahagian apa. nak kata management? its only about 50 percent je. sebab banyak subjek major yang aku patut ambil tidak ditawarkan oleh FEP. ketua pusat sarankan kami (budak-budak management) mengambil subjek major untuk kursus lain. seperti subjek untuk budak-budak yang mengkhusus marketing, IB, insurans or other else. tapi kalau kau budak bijak tak kan la nak pergi ambil subjek finance and accounting pula kan. itu namanya menggali lubang kubur sendiri. HAHAHAHAHA
so, kesimpulannya. aku mengkhusus dalam semua program yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan. nampak seperti menarik bukan? fakulti kau ada buat macam ni? tak da kan...jangan jeles! bluergh! sikit pon orang tak ambil kesah. pity u izan..
iklan sebentar.
suasana bilik baru amat sejuk. sampai malam-malam aku bergulung seperti tenggiling. maybe sebab paras bilik aku adalah di ground floor. dan aras aku ini penuh dengan junior-junior fakulti ekonomi dan perniagaan. semua mereka ini ramah-ramah. sampaikan aku di bilik air tadi tengah menggosok gigi dengan berhati-hati sebab mulut penuh dengan ulser tertonyoh ulser berulang kali. kerana terpaksa menjawap soalan-soalan cepu emas dari junior-junior yang ramah. commom questions are like "akak major ape?", "akak 2nd year ke 3rd year?". and last but not least..."result akak okey tak?". OMG! please jangan tanya akak yang tak berapa nak cukup pointer ni. HAHAHAHA
kita sambung balik.
oh, nampaknya idea sudah kering. esok-esok aku update lagi. mahu meminta belas kasihan rakan-rakan untuk tunjukkan freshie ni jalan memenuhkan subjek sem ni. demyu FEP!
with❤:izan®
hoh, dah berakhir pun cuti. selamat berblog kembali. hoho...
ReplyDeletegud luck final year ok...
ReplyDelete