hai and hello,
eh dah semacam blog orang putih tak sedar diri pula. ASSALAMUALAIKUM. ha, ini baru betul. semacam sudah lama tidak mentaip apa-apa. so entry ini mungkin mengambil masa yang panjang untuk di siapkan oleh saya, dan juga mengambil masa anda untuk membaca. itu pon jika aku mentaip dengan mood yang agak baik. maybe just straight to the point. kalau mood swing merata-rata. maka meratap-ratap lah juga kalian membaca untuk memahami isi kandungan yang tak pernah tepat untuk di sampaikan.
hari sabtu lepas ke JALAN TAR. melayan kehendak alan mencari kain baju raya beliau. eceh! semacam pelik sahaja kan ayat tu. dan mungin juga dia melayan kehendak aku mencari baju raya. ha, ini semacam boleh percaya sikit. dan akhirnya kami berjaya. yes! we made it. mencari baju sama rona. HAHAHAHA. konon macam orang sudah kahwin-kahwin la. membeli baju raya sama rona warna. padahal alan tak cuti pon time raya nanti. berayalah kau sambil bermain minyak hitam dengan memakai baju melayu kilat-kilat. tapi mood aku di sana time membeli belah adalah sangat tidak dijangka. sepatutnya aku adalah orang yang gigih sekali untuk membeli belah. disebabkan kaki sangat sakit gara-gara memakai wedges berjalan di jalan yang sesak lagi sempit. mood telah lari kepada alan. maka, dia lah yang gigih mengheret aku ke sana ke sini mencari baju sama rona.
okey, tamat cerita pasal mood lari ntah kemana. mari bercerita tentang kelas pada sem ini. buat masa ini aku baru berjaya mendaftar tiga subjek secara rasmi. lagi empat subjek belum rasmi masuk ke dalam akaun persendirian aku. tapi boleh la nak berlagak mengambil tujuh subjek secara total pada sem ini. kelas pula, sehari hanya satu kelas. dan pada hari jumaat dan isnin sahaja kelas menjadi dua. tapi perkhabaran ini hanyalah BUAT MASA INI sahaja. masa hadapan mungkin ada perubahan. ini saya tidak tahu lagi.
semalam acik call, minta aku buatkan goodies bag untuk birthday party isha. eh, sudah nak masuk 2 tahun ini budak rupanya. now, dia selalu ajuk apa yang aku dengan ibu dia cakap. kalau aku panggil ibu dia acik. so, acik lah yang akan dia keluarkan dari mulut. HAHAHA. comel la isha ni. macam mak su juga. motif...
sudah lah. semacam bosan pula menaip sambil makan jeruk salak. mahu menjahit sesuatu rasanya. nanti kalau dah siap aku jaja hasilnya di sini. tapi kalau cantik lah. kalau semacam senyap sahaja tanpa apa-apa perkhabaran. anggap sajalah jasil jahitan aku terlalu cantik. HAHAHA. buat apa kita buka pekung di dada. inikan tidak digalakkan. aib harus dijaga. sudah-sudah. babai!
with❤:izan®
Hahaha tema baju raye wane pe taun ni wahai cik izan??
ReplyDeletebirlah rahsia. HAHAHA.
ReplyDeletefeeling artis jap boleh?
akak belum beli lagi kain utk dijahit, uhuhuh!!
ReplyDeletejom pergi lagi sekali kak ;))
ReplyDeletesempat lg ke nak menjahit nih..tak smpai 2bln nk raya..hehehe
ReplyDeleteamboi makcik ni dah sama rona warna sudaaah!
ReplyDeletehappy bday isha! u lg chomel dr mak su u okaay.
izaaaan, jahit la baju kat aku. igt taw, baju kurung satu. yg butterfly arituh satu. pastu aku blanje wayang. ( sile bw kad pelajar utk dptkn diskaun)
eh, jeruk ada lagi? nak jeruk buah salak... fevret tuh...
ReplyDeleteyang benda ikan n katak tu..untuk dijual ker
ReplyDeletejmr : yang nak di jahit bukan baju raya ;P
ReplyDeletehahahaha
amalina : baju aku boleh jahitkan. tapi kene ade upah lebih sikit...
ReplyDeletehahahaha
ko betul nak ke butterfly tu ma?
aku wat patern lain la eh?
jom jumpe!!!!
acan : and..tetiba jadi habis!
ReplyDeletehahahaha
mylife : erk, bukan lah. saja je suka-suka. kau nak ke?
ReplyDeletekalau nak aku boleh buatkan ;))