Followers

Tuesday, July 20, 2010

bendahari UKM

DUIT JPA masuk awal sem ni, aku telah membuat perancangan dari awal. aku telah bank in duit yang secukupnya untuk bayar duit motor kepada angah aku. so pandai-pandai dia la nak bayar bila. aku dah bayar yuran pengajian yang mencecah RM1700 gara-gara aku mengambil short sem. erk, apa la mahal bebenor yuran UKM ini jika di bandingkan dengan UITM. amboi, sudah dapat subsidi kerajaan masih mahu merungut ini budak. menurut DR.ROHAYU, hampir 80% yuran pengajian pelajar UKM ditanggung oleh kerajaan. adakah benar? nantilah, sekiranya aku dapat masuk dalam jabatan kewangan negara akan aku selidiki hal ini. dan khabarkan pada anda semua. HAHAHA. nampak macam lama lagi la nak kena tunggu. ntah masa itu aku masih berblog atau blog hanya tinggal nama, orang mentulis blog entah kemana-mana. lol, dah jadi pepatah pula di pagi hari ni.

eh, hari ni aku puasa. semalam memang aku dah niat malam sebelum semalam itu untuk puasa. namun, bangun pagi semalam terminum nescafe bancuhan sendiri. bila kat kelas baru laila bercerita yang dia sebenanrnya mahu berpuasa. baru aku teringat aku pon nak berpuasa semalam. sebagai akibat dari tak puasa, kami pergi membayar yuran, dan mendapatkan makan tengah hari di canselori. kasihan pula pada yuni. dah la puasa, mengikut kami menunggu hampir 70 nombor sebelum sampai giliran kami. tak la lama mana. cuma hampir 2 jam. macam-macam kami boleh buat. seperti bersembang, bersembang dan bersembang. nampak mentarik bukan? cubalah buat. kalau bersembang dengan kawan-kawan, susah hendak mengantuk. cuba buka buku pengurusan sumber manusia. haih, laju la mata ni di tarik syaitooonnn...

kalau la, kaunter pembayaran semalam tiga kaunter semuanya di buka. aku rasa dalam satu jam je aku tunggu. atau mungkin lebih cepat dari itu. ni yang menjadi masalah. mula-mula 2 kaunter buka, then dalam 30 minit lepas tu. tinggal satu kaunter je. ye la, waktu makan tengah hari. abang jaga kaunter pon lapar. bukan nya robot. diorang pon jeles sebab tengok yang menuggu boleh makan. tapi yang di tunggu hanya duduk di kerusi melayan kami-kami yang gigih nak bayar yuran di awal-awal sem. sedangkan tahu, nanti akan ada penambahan yuran di hujung-hujung sem.

sudah lah, entry makin boring bila mentaip dalam keadaan belum mandi. semakin hambar dan tak bermaya. lalu terkulai jatuh ke katil dan terasa seingin menyambung tidur semula. erk! tidak-tidak. saya tidak tidur balik, saya mandi sekarang ;))

pergi ambil baju kotor masing-masing. dan mari membasuh!

with❤:izan®

4 comments :

  1. wah..boleh tahan mahal yuran UKM...
    mmg beza sgt dgn uitm...



    salam kenal.... =)

    ReplyDelete
  2. mahal sungguh yuran UKM yer


    cuba ekau bagi pandangan sikit jik bro berada ditempat orang2 nih

    P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!

    ReplyDelete
  3. Kos apa kat UKM? Kalau kos yang mahal,mmg yuran mahal. under JPA lagi nih...mmg kos power kot..

    ReplyDelete
  4. ziela : hai zila. thanks for dropping me some comment. salam kenal juga ;)

    hans : kan...aku pon tak tahu kenapa mahal bebenor!
    haish!

    asyurul : business management ;)
    salam kenal ;))

    ReplyDelete

leave me some words ;)