Followers

Monday, November 08, 2010

HAPPY BIRTHDAY MAK

hari ni birthday my mak. genap usianya ke-58. 

nama my mak RADZIAH SAAD. my mak kahwin dengan HJ.SALLEH. dah lama dah. my mak ada lima orang anak. saya anak yang paling kecik tetapi tinggi dan paling manja. itu sudah pasti sebab saya anak bangsu. sapa suruh tak nak jadi anak bangu. untung sangat! sebab jadi anak manja. my mak asal dari KAMPUNG KEDAH, parit buntar , perak. ala, biasa orang parit buntar panggil masjid hijau tu, belakang masjid hijau la rumah mak kepada my mak.

my mak anak yatim piatu. tapi my mak ada anak-anak yang sayang my mak dan suami yang lagi sayang my mak. mana hj.salleh pergi my mak akan ikot. teman pergi IJN, tidur dekat IJN, teman pergi hospital selayang, tunggu hj.salleh cek darah every month dan lain-lain. my mak makan B'young dari Zhulian. my mak nampak muda. my mak suka menjual macam-macam. sebab tu anak-anak dia pon suka menjual macam-macam. my mak pandai menjahit. baju raya anak-anak, menantu, cucu-cucu semua my mak jahitkan. sampai baju sekolah pon my mak jahitkan.

my mak pandai masak. semua jenis masakan my mak pandai masak. resepi dia selalu ada "letak garam secukup rasa" tapi saya dan kakak saya selalu failed bab nak letak secukup rasa. cuma my mak je dapat letak garam secukup rasa. my mak suka tanam pokok. macam-macam pokok my mak tanam. lagi satu my mak suka ambil pokok tepi jalan. pernah sekali tu my mak suruh hj.salleh berhenti tepi highway sebab dia berkenan dengan pokok bunga tepi highway tu. hj.salleh berhenti! demi my mak semua hj.salleh sanggup!

my mak cantik, sebab my mak is my mak. lagi satu my mak ade lesung pipit. lastly, happy birthday my mak! adik doakan agar mak sentiasa sihat dan panjang umur. semoga ALLAH memberkati kehidupan mak selama usia ini. SAYANG MAK!



with❤:izan®

1 comment :

  1. happy birthday mak! angah saaaaayang mak!

    ReplyDelete

leave me some words ;)