Followers

Saturday, November 20, 2010

Day 12 - How you found out about blog and why you made one

cabaran hari ke-12. semuanya bermula di sini. (klik)

serasa aku semacam pernah bercerita pasal kenapa aku buat blog. dan dari mana aku jumpa pasal blog-blog ni semua. tapi tak apa lah, disebabkan dah 30 days of challenges ni nak tanya jugak. aku jawabbbb... aku start buat blog dalam february 2009. so dah nak masuk dua tahun la kalau bulan 2 tahun depan. dah lama juga kan. jangan kau cuba baca entry aku masa zaman mula-mula berblog dulu. sungguh aku pon malu nak baca semula. tapi aku takkan delete. sungguh aku takkan delete. aku nak nanti anak cucu aku baca balik sejarah hidup bonda dan opah deme ni. jujur gitu! kepada anak-anak bonda sila jangan dating! bonda je boleh buat dengan ayah korang. HAHAHA

ok, sekarang kena menjawap soalan. dari mana aku jumpa pasal blog ni? kakak aku, roslina yang memperkenalkan aku pasal blog ni. masa mula-mula dulu asyik promote je la pasal blog dia. suruh aku tengok-tengok. lepas tu plak my kawan sejati iaitu atie duk bagi link blog-blog yang best untuk aku baca. macam-macam link dia bagi. last-last aku dengan dia gigih buat blog sendiri. sebab rasa macam best plak kan ada blog ni. semua nak cerita. kalau tulis dalam diari diri sendiri je la baca. ni bila tulis dalam blog aku dapat kutukan dan hinaan membina dari anda semua. rasa macam, sungguh bermakna bila ada orang nak share pendapat pasal life aku. aku tekankan disini, bagi pendapat ok. bukan jaga tepi kain aku. ahah! ini adalah dua perkara berbeda ya anak-anak. bonda tak suka nanti anak-anak bonda jaga tepi kain orang.

makin lama rasa macam sungguh seronok. tambah-tambah masa aku rahsiakan pasal alan. sedangkan ramai yang dah dapat teka. tapi aku still nak rahsiakan. konon artis ohhh masa tu. best gila. eceh! sekarang ni berblog dah macam tak best. ramai orang berblog sebab nak kejar duit nuffnang. aku letak jugak nuffnang. memang best. berblog dapat duit. tapi jangan la sampai berblog, singgah blog orang just letak komen kat chatbox then hope aku akan pergi kat blog ko? no! i never do that. if ada aku buat, maknaya aku tengah perli korang. HAHAHAHA. Blog is more than that anak-anak bonda. please... if ada anak-anak bonda nak sambung blog bonda nanti, please tulis dengan hati bukan dengan niat tak da hati. bonda marah nanti! haip!

ok, nak mandi-mandi dah. jumpa lagi di lain entry. babai!



with❤:izan®

1 comment :

  1. hohohoho bonda, terkenang kesah lama zaman mude2 dulu ke? hoho

    ReplyDelete

leave me some words ;)