Followers

Tuesday, November 09, 2010

botol hijau

dear blog,

terasa lama tak masuk blog sendiri padalah baru semalam update. esok aku ada exam MIS (management information systems) dan lusa ada exam OM (operation management). memang serius aku cakap, mood nak exam dah hilang sejak aku balik rumah. dah tujuh hari bermalas-malasan dirumah, terus jadi malas nak belek buku dan nota. kalau boleh nak exam terus dua-dua paper esok. senang otak, senang hati, senang failed! haissssh.. mintak simpang, jangan kau nak gatal-gatal failed kan paper dah last sem ni. orang lain grad kau extend. mahu begitu? tidak! katakan tidak pada failed.

paper esok memang tak berapa nak yakin untuk menjawap. sejak dari mid term, kerja projek, pembentangan semua macam hampeh sahaja. so final esok kita tawakal sama-sama. semoga ALLAH bagi kami betul semua. menang direct terus la mintak ni. amin! lusa punya paper baru 2 bab aku khatam. cuma belum aku khatankan sahaja lagi. eh, kenapa masuk bab khatan ni? silap ya, mohon maaf. selesai kedua-dua paper ni duduk melepak sebentar hari jumaat. then sabtu baru pindah barang masuk rumah sewa.

saya akan menginap di Pandan Indah dalam 4 bulan lebih kurang. maka sesiapa yang berdekatan di jemput hadir ke majlis kesyukuran naik rumah sewa baru saya pada esok hari di dalam mimpi. makan la apa sahaja yang diidamkan. saya benarkan. apa ni, ajak orang dalam mimpi. maaf lah, bukan rumah saya sendiri. rumah sewa. kalau rumah saya sendiri nanti insyaALLAH saya akan buat majilis kesyukuran naik rumah baru. tapi ini bukan janji. dibuatnya rumah aku nanti kat ABU DHABI mahu korang datang? eceh...ABU DHABI tuuu..hahaha

oh, belum masuk lagi pasal botol hijau. ceritanya hanya begini :



saya selema dan batuk. saya perlukan banyak air masak. memang saya telan banyak air masak sampai setiap sejam saya perlu ketandas. memang dasyat. namum selesema saya masih belum sembuh. ubat selesema sudah habis. panadol juga habis. maka saya kena kuatkan imunisasi badan saya dengan air. bukan dengan ubat. ingat esok saya ada exam. doakan saya. "YaAllah bagilah kami betul semua...amin."

babai, dan sehingga saya sembuh memang takkan ada entry. mungkin ya. ini bukan janji.

with❤:izan®

5 comments :

  1. good luck & moga cepat sembuh. antibodi x kuat tuh asik2 x sihat jer dik. eh eh mcm ku kenai itu botol hijau. heheheh

    ReplyDelete
  2. farah : thanks dear ;)

    angah : ala, botol acik adik amek sebijik. hahaha

    ReplyDelete
  3. i wish i can come!

    nice blog cik izan

    ReplyDelete

leave me some words ;)