Followers

Wednesday, September 10, 2014

Kehidupan seorang Bonda.

Hai salam.


Wahhhhh. Cliche nye tajuk sejak bergelar emak kepada seorang bay lelaki ini. Sejak akhir-akhir ini saya sering bermimipi menjadi seorang suri rumah yang bekerja dirumah menjana pendapayan ribuan ringgit. Tapi bila terjaga rupanya Ammar inginkan susu dan telah merengek sekian lama di tilam sendirian. Hapuslah mimpi enakku. *hint ini haruslah sampai ke pihak suami*

Hari ni sudah 20 hari berpantang. Tak ada la sampai menyayat hati sangat pantang ni. Cuma rasa bahagia tu je lebih. Sebab layanan orang terhadap insan berpantang ini lebih sangat. Seperti makan disediakan. Air mandi dipanaskan. Hari-hari mendapat rawatan tungku panas seperti di spa. Anak dimandikan. Cuma Bonda je kena mandi sendiri. Hik hik hik. Bab makanan saya tidak punya masalah. Sebab makanan pantang semua memenuhi citarasa saya. Ikan masak singgang adalah my favourite forever sejak kecil. Lada hitam dan bawang putih pon sedap dimakan dengan nasi panas.

Ahmar Ammar pon well behave je sebagai seorang bayi lelaki. Cuma sejak 2 malam ni dia sudah pandai berjaga malam dan tak mahu tidur langsung dari jam 11 sampai ke subuh. Bila orang semua bangun untuk mengerjakan subuh dia pon akan merengek-rengek minta susu dan lalu menunggu sesiapa yang rajin untuk bawa dia keliling rumah emak ni. *ini gara-gara ayah dia la ni, rajin bawa jalan lepas subuh*

Cepat lah balik wahai suami. Layankan perangai anak awak ni. Lepas mandikan baru Ammar nak tidur. Oleh itu, inilah masanya untuk saya update blog.

Mungkin nanti dah balik rumah sendiri saya kena cari masa lain untuk update blog. Atau mungkin membuat jadual giliran dengan suami siapa mahu melayan Ammar ketika Bonda update blog. Mihmihmih

Oh, sudah lah. Saya belum bertungku. Gambar Ammar semua di handphone. Belum transfer ke iPad. Saya jamukan dulu dengan gambar basi sebelum saya pregnant 9bulan yang lalu. HEHEHEHE

Tahun ni sambutan Raya Haji akan ada bayi kecil kami menyelit ditengah-tengah. Tak dapat lah Bonda mahu diriba oleh Ayah lagi. Profile picture ayah di fb pon telah diganti dengan gambar ayah dan Ammar sahaja. Saya ulang SAHAJA. Tiada lagi gambar ayah dan bonda. Malahan gambar di wsap pon gambar Ammar. Sob sob sob. Apalah nasib si penglahir bayi ini. *jeles melebih*


1 comment :

  1. Hahaha!! apa boleh, da ada chenta hati baru... Hahha!!

    ReplyDelete

leave me some words ;)