Followers

Saturday, July 30, 2011

Eh, dah lama.

Hai, salam.

Apa khabar semua? Dah lama kan tidak men-singgahkan diri di blog. Orang lain dah macam-macam cerita tayang. Aku duk melengung baca. Hati ni membuak-buak nak taip. Tapi mood tu tak sampai-sampai ke hati lalu ke jari. Akhirnya hanya bersemadi di dalam draft otak aku ni ha. 

Soooooooo000000000 many things and story to share. Tapi untuk entry kali ini, kita mulakan dengan entry berbaur RINDU. Alan tidak ada sekarang. Masuk esok hari telah seminggu lamanya peninggalan beliau. InsyaAllah esok Alan balik. Cepat la sikit hari esok. Kalau aku cakap macam tu, selalu dia akan kata "Pergi la tidur,esok buka-buka mata dah hari Ahad".

Tapi ini takkan aku nak tidur seminggu tak bukak-bukak mata. Koma ke hape. So, aku gagahkan diri ni. Tahan, sabar je. Cakap dengan hati ni "Sabar eh hati, tinggal esok je nak tunggu". Pergh, dah macam orang gila. Tapi bila rindu Alan ni (eh, tersebut pulak rindu Alan) jadi makin RINDUUUUUUUUUUU dekat rumah Trolak.

Semalam Acik call "Jadi ke balik, mak dah bising tanya adik tak call ke nak suruh ambil". Padahal baru minggu lepas aku balik rumah. Siap sampai Isnin lagi aku cuti. Minggu ni tanya lagi? Hai, la nasib menjadi anak kesayangan. HAHAHAHA. Minggu depan adik balik eh mak. Kita berbuka sama-sama tau. 

So, untuk tatapan Alan nun jauh disana. Tataplah wajah sejam men-setup tudung baru beli tadi. 


Aku belum jumpa cara nak pakai shawl jenis ni dengan kemas dan selesa. Nak kena google secara selamat malam ini. Sebelum terlupa, entry-entry yang bakal menyusul selepas ni akan di-schedule kan secara dari cerita terhampir kepada yang paling lama. Oleh itu, selamat membaca.

Bye sayang-sayangs!

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)