Followers

Monday, July 02, 2012

Perginya dari dunia, namum masih kekal dijiwa.

Hai, salam.

Aku tak pasti samada aku kuat atau tidak menghabiskan entry ini.

Tarikh 28hb Jun 2012 akan menjadi tarikh yang akan aku ingati. Perginya Angah, kakak yang paling rapat dengan aku. Perginya Angah buat selamanya, namun kenangan aku dengan Angah sampai bila-bila melekat dijiwa. Perginya Angah meninggalkan suami yang mencintainya dan 4 orang anak yang masih menagih kasih seorang ibu.

Angah merupakan anak kedua dalam keluarga. Kakak pertama dan anak perempuan pertama untuk emak dan ayah. Angah berkahwin seawal usia 23 tahun. Dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Menghabiskan diploma di ITM, dan menyambung Ijazah di UiTM Shah Alam. Anak pertama emak dan ayah yang berjaya menbawa pulang segulung ijazah. Masih ingat betapa gembiranya hati emak dan ayah saat menghadiri majlis konvokesyen Angah. Yang mana saat itu Angah sudah punya anak satu.

Angah merupakan anak,adik dan kakak yang paling mengingati semua tarikh-tarikh penting dalam keluarga. Ulang tahun kelahiran, perkahwinan, perkenalan dan semua jenis tarikh Angah ingat dan akan mengingati kami yang lain supaya kami saling mengucapkan selamat antara satu sama lain. Tiap kali hari lahir aku, Angah akan usahakan supaya dia hadiahkan aku something. Antara hadiah yang aku paling ingat, kek yang Angah buat sendiri. 

Kalau nak buat family day, Angah adalah orang yang paling sibuk plan macam-macam sepanjang percutian. Angah akan usaha untuk jadikah percutian kami seronok. Hanya dengan gelak tawa Angah, kami boleh terhibur.

Angah merupakan penadah telinga untuk aku luahkan masalah dah cerita. Dari cerita bab cinta, kerja dan apa saja semua Angah akan beri tumpuan. Bagi Angah, aku merupakan adik yang paling banyak bicara, paling banyak mulut dan kepochi. Kalau aku cakap je nak pergi rumah dia hujung minggu, kalut la dia masak bukan-bukan nak bagi adik dia yang kuat makan ni makan.

Kalau nak dicertitakan semua dalam entry pasal Angah, mungkin tak kan cukup. Kerana aku hidup bersama Angah selama 23 tahun usiaku. Dari aku kecil hingga sekarang. Mana mungkin semuanya boleh diceritakan dalam satu entry. 

Kalau aku punya kekuatan untuk bercerita bagaimana rentetan sebelum Angah pergi tinggalkan kami di dunia yang sementara akan aku buat hari demi hari. Mohon kekuatan itu ada, untuk tatapan anak-anak Angah kelak dan mungkin anak-anak aku nanti. Supaya mereka kenal siapa Mak Ngah mereka.

p/s: al-fatehah


with❤:izan®

3 comments :

  1. Kak ina adalah kawan yg akak anggap mcm kakak. Dulu masa dok serumah, dialah yg sentiasa pastikan brg dapur cukup, Tolong buat assigment,masak sama,mkn sama, keluar sama. Walaupun kenal kejap tp kami jumpa balik tahun 2008. Masa tu akak baru bertudung.. Arwah puji..n ckp alhamdulillah....pastu. Kami byk contact tru FB, jumpa sekali sekala.pregnant pun sama tahun 2009/2010.. Byk kenangan manis. She will be always in my doa.
    Semoga kak ina ditempatkan dikalangan orang yg beriman
    Alfatehah...

    ReplyDelete
  2. Al fatihah utk arwah kak roslina

    ReplyDelete

leave me some words ;)