Followers

Monday, February 04, 2013

Braces 7th month-Pasang getah dalam mulut

Hai, salam.

Dah lama kan aku stop cerita pasal braces. Meh kita sambung balik memandangkan permintaan ramai terhadap progress braces aku. *fefeling artis.

Braces untuk bulan ke7. Eh, dah tujuh bulan eh? Sepatutnya dah jadi lapan bulan. Tapi memandangkan aku terskip sebulan so still on 7th month. Tak ada apa sangat pon pasal bulan ke lapan ni. Cuma my dentist dengan tiba-tiba tak nak pakai power chain. Dia pasangkan aku band biasa. TAPI! *harus capsLock. Dia minta aku pakai getah merentangi dari gigi atas ke gigi bawah.

Seperti aku pernah mention dulu.

Masalah utama gigi aku bukan lah sebab susunan gigi tak teratur ke apa. Ada tu still ada sebatang dua yang terkeluar or masuk kedalam. Tapi itu hanya masalah kecil. Masalah utamanya ialah gigi tengah atas dan bawah aku tidak center. Gigi bawah aku lebih cenderung ke kiri. Sebagai alternatif untul doc sama kan gigi atas dan bawah, dia suruh aku pasang getah.

Nampak tak perubahan center gigi tengah atas dan bawah aku. Gambar paling atas adalah masa mula-mula aku pakai getah tu. Gambar bawah after 2 weeks aku pakai getah. Getah ni aku kena pakai 24/7. Tapi kadang-kadang ianya terputus di dalam mulut dan aku kena pakai getah baru. Nurse ada bagi aku sepeket getah. Nak buat ikat rambut pon boleh. HAHA

Oleh itu, tamat sudah cerita braces bulan ke 7. Sabtu ni aku nak pergi check up. Sesiapa yang buat dekat klinik Dr.Zarin juga. Jumpa di sana. 

Bye uolls.

with❤:izan®

Friday, February 01, 2013

Teluk Senangin-Lumut-Family Holiday 2012

Hai, salam.

Hari ni masuk klinik dengan tujuan memblogging. Sungguh dasyat. Mood ini datang dengan tiba-tiba tanpa diundang dan ianya juga akan pergi dengan sendiri tak lama lagi. Sebelum ianya pergi, molek lah aku catat dua-tiga-empat dan lima entry sebelum terlambat.

Siapa tahu Teluk Senangin dekat mana? Tak tahu bukan. *feeling cikgu

Siapa tahu lumut kat mana? So atas sikit dari Lumut akan jumpa Teluk Senangin. Aku memang sangat bagus dalam memeberi gambaran jalan. Senang kan? Kalau dari Trolak tahnah tumpah darahku hanya mengambil masa dalam 2 jam setengah sahaja.

Seperti biasa percutian Hj Salleh and family akan melibatkan semua ahli keluarga sendiri termasuk beberapa keluarga lain. Memandangkan hanya aku seorang sahaja adik yang bekerja makan gaji, so diorang telah membuat percutian di tengah-tengah minggu. Selasa-khamis. So nice! Sebab tak ramai orang lain selain ahli keluarga sendiri.

Alee paling suka bila aku tukarkan dia baju mandi. nak terjun ke laut saja. Maira nak kena orang teman baru nak mandi. Tapi budak dua orang ni memang jenis tak takut air. Sampai aku yang jadi takut.

Nampak tak cirit-cirit beibuan sangat terserlah dalam gambar ni. Mak pak deme taw bercuti je. Maksu yang single ni la kena jadi pemerhati. Pemantau dari jauh dan dekat, guard anak-anak deme. Maksu ni la *dongak ke langit

My handsome man aisy ni lagi la suka dapat berjemur je sepanjang duduk kat sana. Baguslah aisy, ko kan putih sangat, tak maskulin la putih-putih macam bakal paksu ko tu. Ko kena gelap-gelap sikit, baru menjadi dambaan dan gilaan wanita-wanita cun macam maksu ni. Hahaha

Tok wan adalah geng aisy. Kakak esha geng opah. So takkan ada yang berebut nanti eh. Sapa geng maksu paling malang. Sebab maksu tak de duit nak belanja korang apa-apa. Sob sob sob.








Oleh kerana mood telah hilang. Nanti aku sambung tulis. Untuk sementara waktu ini, tengoklah berulang kali entry ini. Bye!


with❤:izan®