Followers

Friday, February 01, 2013

Teluk Senangin-Lumut-Family Holiday 2012

Hai, salam.

Hari ni masuk klinik dengan tujuan memblogging. Sungguh dasyat. Mood ini datang dengan tiba-tiba tanpa diundang dan ianya juga akan pergi dengan sendiri tak lama lagi. Sebelum ianya pergi, molek lah aku catat dua-tiga-empat dan lima entry sebelum terlambat.

Siapa tahu Teluk Senangin dekat mana? Tak tahu bukan. *feeling cikgu

Siapa tahu lumut kat mana? So atas sikit dari Lumut akan jumpa Teluk Senangin. Aku memang sangat bagus dalam memeberi gambaran jalan. Senang kan? Kalau dari Trolak tahnah tumpah darahku hanya mengambil masa dalam 2 jam setengah sahaja.

Seperti biasa percutian Hj Salleh and family akan melibatkan semua ahli keluarga sendiri termasuk beberapa keluarga lain. Memandangkan hanya aku seorang sahaja adik yang bekerja makan gaji, so diorang telah membuat percutian di tengah-tengah minggu. Selasa-khamis. So nice! Sebab tak ramai orang lain selain ahli keluarga sendiri.

Alee paling suka bila aku tukarkan dia baju mandi. nak terjun ke laut saja. Maira nak kena orang teman baru nak mandi. Tapi budak dua orang ni memang jenis tak takut air. Sampai aku yang jadi takut.

Nampak tak cirit-cirit beibuan sangat terserlah dalam gambar ni. Mak pak deme taw bercuti je. Maksu yang single ni la kena jadi pemerhati. Pemantau dari jauh dan dekat, guard anak-anak deme. Maksu ni la *dongak ke langit

My handsome man aisy ni lagi la suka dapat berjemur je sepanjang duduk kat sana. Baguslah aisy, ko kan putih sangat, tak maskulin la putih-putih macam bakal paksu ko tu. Ko kena gelap-gelap sikit, baru menjadi dambaan dan gilaan wanita-wanita cun macam maksu ni. Hahaha

Tok wan adalah geng aisy. Kakak esha geng opah. So takkan ada yang berebut nanti eh. Sapa geng maksu paling malang. Sebab maksu tak de duit nak belanja korang apa-apa. Sob sob sob.








Oleh kerana mood telah hilang. Nanti aku sambung tulis. Untuk sementara waktu ini, tengoklah berulang kali entry ini. Bye!


with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)