Followers

Wednesday, March 31, 2010

buah nangka banyak gunanya

tengah hujan sekarang. tapi perut aku dah mencanak-canak lapar ni. sesuai ka guna perkataan mencanak-canak tu? hentam saja lah. kalau ikutkan perut yang lapar rasa nak makan megi ja. tapi dah kena sound dengan hebat oleh mr.izan.

mr.izan: asyik makan megi je. ni yang tak best ni. nanti tak kenyang. tunggu hujan berhenti baru pi kafe beli nasi. ingat,awak kena makan nasi malam ni. janji?
izan: baiklah. garang oh kamu ni.
mr.izan: bukan garang,tak nak dengar kamu bebel-bebel malam ni kata tak kenyang la hape la. makan nasi malam ni!
izan: ye,saya makan nasi.


mana tak gemuk aku sekarang,asyik makan nasi nasi nasi. nasi tengok aku pon dah muak. ni pula aku nak tengok nasi. apa ni izan. kau tak bersyukur ka dapat nasi. orang kat afghanistan tu berebut-rebut nak nasi. ok-ok. maaf. malam ni izan makan nasi.

so,sementara tunggu hujan berhenti ni kita makan la angin dulu sampai perut kembung.HAHAHA. rasa macam nak balik hujung minggu ni. tapi kalau balik aku rasa macam malas dah nak balik UKM. minggu depan dah start cuti study week. tak nak janji apa-apa. kita tengok je dulu. kalau balik,balik lah. kalau tak balik pon duduk saje lah kat bilik. sebab bil hujung minggu ni ada bola,aku jadi janda. kalau tak da bola. kembali menjadi isteri yang manja.
.
.
.
.
.
.
.
sorry,mr izan call bagitahu nak pergi kerja. kena tunaikan tanggungjawap sebentar. hahaha. poyo la kau! tanggungjawap konon.

siapa pernah minat kumpulan ELITE dulu-dulu. aku dengan kawan-kawan aku dulu tahap gila MINAT kat kumpulan ELITE ni. siap bahagi-bahagikan lagi. aku amek shasha,dayah amek linda,farah amek azza,gmah amek abby,ayin amek watie. kebetulan sangat kitorang punya geng zaman tu ada lima orang. dan ELITE pon lima orang. aku tak ingat masa tu darjah berapa. maybe dalam darjah empat atau lima.

tiap kali pergi sekolah agama,kitorang suka lepak kat bawah pokok nangka. akan pilih sorang satu buah nangka tu nak dijadikan mic tuk praktis nyanyi lagu-lagu hot ELITE time tu. lagu tamparan wanita la hape lagi ntah aku pon dah lupa. memang tak boleh blah ar. siap wat muka selumber je if budak-budak darjah satu ke dua ke tengok kitorang nyanyi. konon suara paling sedap la time tu. KAH KAH KAH. sumpah tak mau ingat sampai bila-bila dah. kalau jumpa balik pon kawan-kawan aku yang duk perasan jadi ELITE tu kami takkan pernah ungkit pasal benda ni. tapi hari tu masa dayah terjumpa budak laki sekolah kami dulu,budak laki tu boleh ungkit pasal benda ni depan dayah. sumpah kalau aku ada masa tu aku bungkus beg balik rumah terus. HAHAHA

zaman kanak-kanak aku memang sangat meriah. aku rasa sejauh mana pon aku pergi aku tak kan pernah jumpa kawan-kawan macam dayah,farah,gmah dan ayin. sekarang masing-masing dah terpisah. tapi bila balik je rumah kompem akan lepak sama-sama balik. cuma gmah je la dah jarang jumpa. sebab family dia dah pindah. kira ok la jugak aku boleh lagi la nak jumpa dia sebab gmah ni dua pupu aku. sekarang dia belajar kat indonesia buat medic. ayin kat australia buat accounting. dayah kat upsi nak jadi cikgu dah kau dayah oi. jangan kau ajar budak-budak tu nyanyi lagu tamparan wanita pula dah la. HAHAHA. farah pula kat UPM. dekat je dengan aku ni ha. ada la jumpa. tu pon 2 kali je kot aku jumpa hang farah oi.

kepada anak-anak bonda nanti. kalau korang baca blog bonda ni. bonda nak pesan sesuatu. "JAUHKAN DIRI ANAK-ANAK DARI POKOK NANGKA,SEBAB POKOK NANGKA BUKAN MIC. TAPI BUAH!"

Tuesday, March 30, 2010

diam-diam ubi berisi,diam-diam aku nak tidur

mood baik pagi ni. bangun lepas subuh terus baca jurnal OB walaupun tak siapkan ringkasan lagi. petang sikit aku siapkan. then terus edit kerja marketing. petang ni juga nak pi print. and petang ni juga nak pi ambil slip exam. kang ada yang tak boleh masuk dalam dewan kang gara-gara tak de slip exam. pendek kata yang sebelum aku taip panjang-panjang petang ni nak kena settlekan banyak benda. so,kalau sempat nak singgah tengok mobile fair yang aku cerita dalam entry semalam. malam tadi lepas makan burger kat bilik athiah,ada borak-borak dengan hayyan pasal something yang rahasia. "hayyan,aku happy kalau tengok kawan-kawan aku happy.macam mana korang happy tengok aku happy sekarang. buat keputusan yang tak sakitkan hati kau,jangan pikirkan sangat hati orang. please"

eh,kepada acan. are u serius nak i belikan u handsfree sony tu? nanti petang i tengok-tengokkan k. if ada i belikan k. nanti sila bank in kan duit bersama ucapan terima kasih anda ke dalam akaun bank saya. HAHAHA.

sejak dua menjak ni aku ada problem sikit bila tengur kawan-kawan kat fb. mesti ada yang bertanya pasal MR.IZAN. kenapa asyik duk tanya pasal beliau ja. nampak nya populariti beliau telah melebihi kepopularitian aku ni. ok,tak mo letak nama u lagi dalam blog i. boleh? jeles la i macam ni. asyik-asyik tanya pasal u je. pergi je la tanya dia sendiri lepas ni kalau sapa-sapa lagi tanya kat aku. siap la korang. babab sampai jatuh cinta nanti.HAHAHA

first of all,sorry sebab tak boleh jenguk mana-mana blog yang baru aku follow tu. aku belum biasa dengan cara penulisan korang. dan korang pon belum pernah drop by any komen kan kat blog aku. lagi la aku tak ingat nak visit back blog korang. aku ni jenis orang berbudi aku berbahasa. orang tak peduli aku buat derk aja. so,konsep yang diamalkan disini. kau baik dengan aku,aku akan layan kau 1000 kali baik lagi dari kau layan aku. tak percaya? tanya sama luvida,violet. aku tak pernah jumpa mereka. tapi gurau senda sama macam adli dan acan. walaupun adli dan acan aku pernah jumpa. eh,jap alang-alang dah sebut nama violet dan adli ni. aku nak buat ucapan sikit. "SEMOGA BERBAHAGIA" hahaha

p/s: got work to do.jumpa lagi lain entry.

Monday, March 29, 2010

mobile fair

bilik sedang kecoh dengan isu "KENAPA SAYA TAK DAPAT DUDUK KOLEJ IBU ZAIN" semua perbincangn telah berkisar dengan kenapa aku tak dapat kolej ni. kenapa aku di tawarkan kolej yang ni pula. tak cukup aktif ke aku selama ni? dan akhirnya semua kena pasrah kerana keputusan adalah muktamad. sebagai kesimpulan,aku masih dapat kolej yang sama. hooooo yeah!

so,tak payah susah-susah nak kena sesuaikan diri dengan suasana baru dan lain-lain yang baru. i love ibu zain. time ni la kau nak love-love pon izan oi. time menyusahkan tak nak plak kau love-love kan. HAHAHA.

kat DECTAR,UKM ada some kind of mobile fair aku rasa.ada sapa-sapa mahu order apa-apa atau mahu teman aku ke syurga, eh,ke sana? sila mesej dengan secepat mungkin. rasa macam nak pi malam ni. tapi hujan pula. so kita pi esok jela. malam ni siapkan kerja yang tertunggak. apa yang penting? mandi! sebab izan dah busuk masam! but he still love me. bluergh. semua ayat nak kasi muntah je sejak kebelakangan ni.

full or love

good morning monday! yeah! finally terasa monday seperti sunday. bukan tiap kali isnin kau akan rasa seperti ahad kah? saja nak mention bagi korang tension. nak tension lagi? isnin yang tiada kuliah,so tak payah pergi kelas mahupun kerja. kalau dah nama nya student memang tak payah la pergi kerja. perasan konon dah nak kerja ka? tak payah la payah-payah kan diri izan. kau duduk je la kat ukm tu habiskan kau punya degree tu dulu.

minggu ni minggu last untuk ke kuliah sebelum start study week minggu depan. kesimpulan awal disini kena ke kuliah untuk mensedut beberapa tips atau soalan terbocor yang keluar dari mulut pensyarah. harap-harap dia bagi terus apa bentuk jenis dan bab atau lebih menyenangkan, subtopik yang keluar untuk exam nanti. tidak payah la aku dan kawan-kawan mahu menstudykan diri dengan soalan-soalan yang tak dapat masuk dek akal ini. kan membazir usaha itu namanya. study benda yang tak masuk exam. membazir kau bilang? bukan-bukan-bukan. mohon maaf. kena la faham juga yang tak masuk exam tu. tapi tak payah hafal. boleh kan taip macam tu?
.
.
.
.
.
menikmati milo panas seketika sambil berasa teruja update blog dengan laptop baru.
.
.
.
.
okey,dah settle bab study week and soon nak masuk exam la bagai kan. tapi slip masuk exam aku belum pergi ambil pon lagi. ape kes? HAHAHA...
petang nanti aku pi ambil la. banyak sangat kerja sampai terlupa nak ambil.

mahu review cerita lagi dari aku? okey,kali ni aku janji aku akan review se-rewvienya.

first, HOW TO TRAIN YOUR DRAGON


cerita mengenai seorang budak remaja bernama Hiccup. lahir dalam jenis masyarakat yang membenci dragon. kalau jumpa dragon mesti bunuh itu dragon. kalau kau tak bunuh dragon dia akan bunuh kau. so,kau pilih nak membunuh atau dibunuh.pilih cepat pilih..eh,bukan kau yang kena memilih. tapi Hiccup. yang menjawap tu,masa bila pula nama kau menjadi Hiccup. ops,sebelum lupa. nama puak masyarakat ini adalah Viking. masyarakat yang bertubuh sasa,body ketul-ketul wa cakap sama lu. jap eh jap nak gelak.HAHAHA.sangat tak sesuai izan guna wa and lu. wakluuuu kau izan. gagagaga.

namun Hiccup not like the others Viking peoples. Hiccup tak de body ketul-ketul.tak kuat macam orang Viking. nak angkat pedang besar pon dia tak larat ni pula nak membunuh seekor dragon??? no! Hiccup tak mampu. dia hanya mampu menolong menajamkan pedang dan menyediakan kelengkapan perang di bilik stor. dan masalah ini telah menyebabkan Hiccup moral down dengan diri dia sendiri. terasa rumah kata pergi kubur kata mari. perkara ini bukan sahaja menyebabkan Hiccup mengalami masalah low self esteem. namum turut mengalami masalah ini adalah ayah Hiccup sendiri yang mana merupakan ketua puak Viking. see,nampak tak plot cerita disini? ketua kepada puak yang hebat membunuh dragon mempunyai seorang anak yang tak mampu untuk mengangkat sebilah pedang pon. nampak tak? okey-okey izan. kitorang paham dah la. continue please...

then Hiccup kata kena tonton sendiri. lagi dia pesan. sila jangan tonton di Alamanda kerana the end of the movie suara tiba-tiba tiada. ada la dalam 15 minute terakhir. sangat kecewa kerana part itu ada adegan manis yang mana Hiccup dapat girlfriend! so bila ada hero and heroin,ada apa pula ya kawan-kawan? ala,tipikal cerita orang putih..adegan itu tak kan terkecuali. HAHAHAHA.izan otak jingga!

second,V3


hanya review ringkas ya. tapi bukan review kot. hanya sedikit nasihat agar tidak membazir seperti aku dan mr.izan. JANGAN TENGOK CERITA INI. kalau mahu tonton juga,tonton sahaja secara online atau download sahaja. sangat rugi tonton di panggung. tak berbaloi. huh!

third,MR.IZAN live from love


HAHAHA...ini tak da review. hanya berterima kasih kerana KAU beri aku dia dalam hati ini ;)

okey,review sudah habis. kita layan movie kat Loombo pula! ;)

p/s: guna lappy baru taip entry pon lembab. terasa sayang nak tekan dia kuat-kuat. HAHAHA. thanks to ayah kerana memberikan adik laptop baru ;)

Friday, March 26, 2010

my true wish!

ohmaidior! nasib i jenguk-jenguk blog malam ni. kalau tak aku terlepas tag terindah dari miss luvida kita ini ;)

Rules : Bold the statements that ARE true to you. 
Italicize the statements that you WISH were true.
Leave the fibs alone.
Then, tag 5 people to do the same test.



•170cm tall.
•I don’t know what I want at the moment.
•I’m not happy.
•I hate my friends.
•I hate my life.
•I hate my grades.
I can drive.
I’m bored of driving.
•I have a white handbag.
I love dancing.
•I go clubbing every week.
Shopping is bullshit.
•I have a tattoo of a star.
•I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
•90% of my friends smoke.
I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
•I’m studying Fashion.
I have a business running
•I hate cartoons.
•I hate someone.
I have 10 Lollipops handbags.
•I buy CLEO every month.
My parents don’t know about my blog.
I have an iPod.
•I don’t have faith in the current “one”.
My school mates know about my blog.
•I wanted to be a fashion designer.
•I love rock emo bands.
I hate it when people cancel last minute meet ups.
•I’m a rebel.
•I don’t believe in love.
•High school's filled with drama.
My parents have faith in me.
I’ve bought shoes this month.
•A blogger bitched about me before.
•I hate sports.
•I heart Italian food.
•I hate meeting new people.
•I hate nail polish.
•The mother bear gives me hugs.
•People should start appreciating me.
•High school was the worst time of my life.
•I have red hair.
•One Utama is my second home.
•I’m a guy.
•I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday tomorrow.
•I hate vacations.
•We’ll last :)
I believe in long distance relationships.
•I’m going to get high and smoke weed one day soon.
•I’ve robbed an old lady.
I’m starting to like applying make-up.
•I was a tomboy.
•At times I think I still am a tomboy.
•I love bitching about people behind their backs
I still have a best friend.
•I have a cat.
•I hate surprise parties.
•I hate planning parties.
I’m hot. :P.. 
•I’m a sinner.
•I’ve got a DS light.
I have a Wii.
•I cant live without music.
•Video games are a waste of time.
•I miss the father bear.
I love being in love.
I know how to cook.
•I have 100% freedom.
•Boys are assholes.
•I hate Math.
I’m happy with what I have
•I love horror films.
•I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me.
•I don’t read newspapers.
•The news is such a waste of time.
•Blogging is a waste of time.
•I hate animals.
•I can’t live without make-up.
•I curse like a pirate.
•I’m happy with my 11 year old car.
•I hate people that are smart.
I love Orange juice.
•I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
I’ve got a new phone.
I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
•I love swimming.
•I haven’t worked out since March.
•I think I’m fat
I love my friends and family

fuh! mengah aku nak jawap tag ni. HAHAHA. anyway,sebab aku dah mengah aku nak orang-orang dibawah ni mengah sama.

1. athiah
2. ezzaty
3. acan
4. adli
5. violet






mimpi

aku dapat mimpi. mimpi yang aku rasa kalau kau suruh aku tidur semula aku rasa macam tak nak tidur sampai bila-bila. selalu kalau aku mimpi mesti aku nak sambung tidur supaya mimpi aku bersambungan. ok,aku kena mentaip secara cepat kerana memori aku untuk mimpi selalunya adalah terlalu singkat.

aku,mr.izan,dan beberapa kawan yang lain berada dalam satu van. masing-masing merahsiakan status hubungan.termasuklah aku dengan mr.izan. meraka dalam perjalanan menghantar aku ke rumah. kerana aku ingin tumpang. dalam bergurau senda aku terketuk kepala mr.izan sampai kepala dia berdarah. aku dalam keadaan yang berpura-pura merahsiakan perhubungan kami dari rakan-rakan ini dengan tidak sengaja tertunjuk keintiman bila aku membelek luka dikepala mr.izan.dan kawan-kawan aku mula mengesyaki kami mempunyai status hubungan terlarang! apakah maksud tersirat disebalik mimpi ini?

keadaan aku di dalam mimpi yang patut anda tahu.
1. ramai kawan aku dalam van. ada kawan sekolah rendah,sekolah menengah,matrik,ukm,sampai makcik yang cuci toilet blok aku pon ada. pelik!
2. aku memakai baju kurung MRSM. pelik!
3. mr.izan pakai baju kerja.
4. ada bekas kekash kami di dalam van tersebut memakai baju ala-ala orang nak menari tarian zapin.
5. aku ketuk kepala mr.izan guna buku marketing.

sudah lah! ini hanya mimpi. sapa suruh kau tidur siang hari izan oi. kan dah dapat mimpi pelik-pelik.

jangan pernah kau cuba untuk berubah

setelah tidur sepanjang hari baru aku dapat tahu,kenapa aku berasa sangat lemah dan malas sahaja hari ni. rupa-rupanya aku mengalami perubahan hormon yang ketara semua gara-gara kedatangan bulan ramadhan. bulan ramadhan? kepala lutut kau bulan ramadhan. kedatangan bulan mengambang penuh dengan sepenuhnya. sampai aku rasa mahu bertukar menjadi gorilla seperti kebolehtukaran goku saat bulan mengambang. oh,ini tiada kaitan dengan apa yang ingin disampaikan. apa yang penting di sini. aku sihat-sihat sahaja. cuma makin malas nak melayan kesenggugutan perut dan kesenakan otak kerana aku punya banyak kerja mahu di hantar minggu ini dan last pada minggu depan sebelum study week bermula. study week? oh yeah! start sahaja study week maka start la segala perancangan memerap dibilik untuk mentelaah apa yang patut. apa benar yang kami dengar ini izan? kau sebut pasal mentelaah? ya,mentelaah pelajaran. sem ini kena dapatkan pointer yang memang cukup bagus untuk memastikan hj.salleh berasa tidak terkilan dengan menghadiahkan aku sebuah laptop baru.

eh,did i said laptop baru? HAHAHA. nampak sungguh tidak sabar untuk menanti kehadiran laptop baru esok pagi yang akan dihantar oleh abang ipar aku. "abg,bawa laptop adik baik-baik yer. singgah hantar laptop dulu tahu baru abg pi kerja. jangan bawa pula laptop tu. nanti sibuk berfacebooking pula ;P" 

kenapa mahu laptop baru sampai hj.salleh belikan untuk kau izan? eh,suka hati la kan. ayah aku nak beli laptop baru untuk anak dia. kenapa sibuk-sibuk mahu tanya. no no no. itu bukan jawapan dari si izan baik. itu kata-kata dari si izan jahat. bila si izan jahat mula mentaip memang sangat menyakitkan hati. mari kita dengar kata-kata dari si izan baik.

"laptop saya sudah mengalami keuzuran yang maha dasyat. yang mana,motherboard laptop tersebut sudah tidak berfungsi dengan sewajarnya. harga sekeping papan motherboard adalah separuh dari harga laptop baru. kos pemasangan dan so on mampu mencecah harga laptop baru. maka,saya dicadangkan oleh pak lang untuk membeli laptop baharu sahaja. ini adalah lebih menguntungkan dari segi kepuasan dan kebolehpanjangan penggunaan laptop pada jangka masa hadapan. tambahan pula,cd rom drive laptop tersebut sudah lama tidak dapat berfungsi. maka segala acara penginstallan terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan external cd rom drive.dan banyak lagi masalah yang timbul"

sudah-sudahlah izan dengan ayat simpati tak bawa ke mati kau tu. kita berbalik kepada beberapa input yang handak disampaikan hari ni.

ada antara kita yang mana bercinta dari zaman sekolah,sampai ke jinjang perkahwinan. ada pula baru berkenalan sahaja sudah mendirikan rumah tangga. jangka hayat perkenalan tidak penting bagi aku. yang penting sejauh mana kau menjadi diri sendiri semasa dalam tempoh perkenalan tersebut. okey,sebagai contoh disini. sebelum aku memberi apa-apa contoh perlu ditekankan di sini segala contoh ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

contoh pertama
teman lelaki anda penggemar tegar bola sepak. asalkan ada perlawanan mesti kena tonton.kalau tak tonton rasa seperti terkena kejutan elektrik sahaja. anda pula sebaliknya. berasa sangat bodoh bila lihat ramai orang mengejar hanya sebiji bola. bila si lelaki menyuarakan pendapat "sayang,malam ni abang nak tengok bola boleh? nanti lepas abang habis tengok bola abang mesej sayang okey?" oleh kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang awek yang tidak sporting anda akan menjawap "orait,abang pergi la tengok bola.nanti dah habis baru mesej sayang. sayang rela abang tengok bola.lagipun sayang pon ada kerja nak buat ni"

choi! sungguh hipokrit ini perempuan. bayangkan nanti bila kau dah kahwin boleh kau nak merelakan dengan terpaksa macam ni? sumpah kau hamuk baling pinggan mangkuk kan bila laki kau cakap macam ni. HAHAHA. izan! bad mouth! kau ni sajakan mahu hancurkan rumah tangga orang.

mr.izan,u jangan risau. u tengok bola i boleh join. tapi kita gaduh la sebab tak sama team ;P lepas habis tengok kita manja-manja balik.HAHAHA. geli oh kau ni izan.

contoh kedua
bila kau keluar dengan kawan nak kena sentiasa mesej dia. sedangkan masa tu masa kau bersama kawan-kawan kan? kenapa nak kena mesej or calling teman lelaki kau masa tu. macam tak ada masa lain kan? sedangkan bila masa dia keluar dengan kawan-kawan dia boleh pula kan kau duduk diam-diam di rumah dengan menyudahkan kerja-kerja lain. bagi aku la,bagi aku lagi ni. tak salah kau nak sentiasa bermanja-manja dengan teman lelaki kau. tapi kena ada masanya juga. bila kau bersama kawan,ko enjoy la dengan kawan kau. enjoy sampai puas. dan bila kau dengan teman lelaki kau ko manja-manja la dengan dia pula. manja sampai muntah. apa yang nak di sampaikan disini. jangan jadi hipokrit juga dengan mengeluarkan kata-kata seperti ini bila teman lelaki kau mesej time kau dengan kawan-kawan sedang berjoli.

lelaki : i kacau u ke ni?
perempuan : tak la,u tak kacau i pon. kita mesej eh sambil-sambil i jalan-jalan dengan kawan i ni.

ohmaigosh! stop being so annoying la weyh. bila dengan kawan masa dengan kawan la. kau dengar itu IZAN! eh,kenapa nama aku kena CAPS LOCK? kena la caps lock. sebab nanti duk kata kat orang aku pon terbuat sama nanti. kadang-kadang bila sampai time aku rindu secara menggedik berturut-turut memang aku jadi macam ni juga. see,dah la gedik then secara berturut-turut. oh,jangan bayangkan, sungguh 18SG aksi ni. 

dah la kan. bagi contoh banyak-banyak pon if tak berubah buat apa kan? so,pandai-pandailah bahagikan masa antara study,sahabat dan cinta. semua memerlukan komitmen dan pengorbanan. bagaimana nak memuaskan hati semua pihak-pihak ini. anda tak kan mampu. pasti ada yang tercicir nanti.so jangan tamak sebelum anda terkucil. lepaskan apa yang anda tak mampu nak pikul. kalau tanya aku apa yang aku nak pilih antara tiga ni. aku nak semua. sebab aku pernah dengar orang dulu-dulu kata "orang tamak selalu rugi" bagi aku tak "orang tamak selalu nampak peluang depan mata"

Wednesday, March 24, 2010

berita baik kepada kaki bertoksik!

sejak dua tiga menjak ni aku rasa macam semua makanan aku nak makan. aku nak rasa. kalau boleh nampak ja kedai makan nak jerit lagu ni "weyh,makanan tu! singgah la kejap makan!" tapi empat lima enam menjak ni aku kekurangan masa mahu makan. bila nak makan ja ada eksiden la,ada kerja la. last-last asyik makan megi ja.dan makanan-makanan ini adalah kurang berkhasiat ya adik-adik. dengar ni akak izan bagi nasihat. tu-tu yang duk tengok upin ipin tu,meh sini meh. ok ini adalah sebab kepada adli dan hans yang mengutuk kaki aku banyak toksik dan virus. how dare you alls mengata kaki i ok. nak kena babab ni. haip haip.

sekarang pon aku sedang berasa lapar. tapi oleh kerana asyik nak cibrit (cirit birit) kerana makan mangga manis sebanyak 5 biji malam semalam dan ini telah mamatikan selera. baru nak menyuap terasa kembang ja tekak bila terbayang apa yang keluar malam semalam. sampai ke hari ni aku rasa sengal-sengal badan sebab terlalu lama mencangkung di tandas.euwwwwwwww... apa ni izan mengeluarkan ayat-ayat jijik di dalam blog. kau rasa ini boleh jadi cerita ka? sudah,kami mahukan cerita lain.

okey-okey,kerana permintaan ramai disini aku lampirkan harga dan secara detail bagaimana anda boleh mendapatkan koyok kaki menyahtoksik yang aku pakai 2 hari lepas.kebaikan nya boleh refer di sini. ini adalah kes malas untuk menaip semula. apa? tak mahu ke page asal? yela,nah aku taip semula. sangat la manja korang ni ok. susah sikit tak mahu,lapar sikit tak mahu. hanya mahu senang dan kenyang sahaja kan?

kelebihannya:
1. proses menyahtoksin boleh kurangkan tekanan darah tinggi.
2. kurangkan sakit lutut terutama bagi warga emas.
3. mengurangkan sembelit.
4. peredaran darah lebih lancar.
5. nyahtoksin juga bleh kurangkan masalah resdung dan jerawat.
6. sesuai untuk penyakit lain dengan mengeluarkan toksin melalui titik refleksiologi di tapak kaki.
7. membantu individu yang berdiet untuk kuruskan badan.



cara pemakaian? ini sudah melampau! kalau semua mahu di suap,tak payah sihat la. biar kau sakit sendiri. malas mahu layan. refer sini kalau nak tahu cara pemakaian nya.


sekeping hanya rm2.50 sahaja. maknanya? oh tiada maknanya. pale hotak kau...maknanya sepasang? rm5 sahaja. boleh email aku di --> izan_bumm89@yahoo.com atau komen di bawah entry ini untuk makluman lanjut atau add sahaja aku di ym. kadang kala malas mahu buka email. hehehe

Tuesday, March 23, 2010

review cerita leap year



review bukan sebarang review. ini hanya review dari aku. tidak ambil pusing tentang pandangan orang lain. aku telah menonton LEAP YEAR. sebuah cerita yang aku rasa kena tonton bersama keluarga. sangat mengajar erti macam mana nak terima cinta seadanya. lihat. kan sudah kata. ini rancangan bual bicara tentang cinta. mari kita sama-sama dengar nasihat dari dr.cinta kita.

ada banyak sebab kenapa kita boleh cinta sama seseorang. salah satu nya,sebab pangkat. mengikut cerita ini. dia hanya suka pada lelaki tersebut hanya kerana lelaki tersebut seorang cardiologist.bila orang bertanya begini perempuan itu akak menjawap begini.

orang : kenapa kau berusaha sangat nak lamar lelaki ini.
perempuan : sebab dia seorang cardiologist.

kesimpulannya kalau dia bukan cardiologist engkau tak suka la? lihat. ini adalah di sebabkan pangkat dan kedudukan. heroin in sangat terdesak dalam bahasa penjajah desperate untuk mendapatkan seorang suami sampai sanggup melamar si cardiologist. dalam perjalanan mencari si cardiologist heroin tersadai di sebuah kampung yang mana hero berada. memegang tugas sebagai pemandu untuk membawa si heroin bertemu cardiologist telah menimbulkan bait-bait cinta antara mereka. ayat dr.cinta memang menarik dalam segmen bual bicara tentang cinta pada kali ini.

mahu review lebih lanjut view sendiri la. karang mula salahkan aku kerana bercerita lebih awal sebelum anda semua sempat menonton. lansung tiada unsur seksual dalam tayangan ini. hanya sedikit adegan ciuman manis di hujung tayangan ;) selamat menonton.

p/s: u are not a pilot. u are not a cardiologist. u are not an accountant. but u are the only one for me.

and the result?

entry yang lepas ada aku tayang kaki aku yang mulus tu kan? nak tengok apa hasil nya? ni kau! euwwwwww...aku sendiri geli nak tengok menatang yang keluar dari kaki daku yang mulus ini. mak tak sanggup nyah nak tengok..


ini yang asal. masih bersih


geli tak.geli tak? euwwwwwww...masa aku tanggalkan dari kaki semacam berlendir je benda alah ni melekat kat kaki aku. cepat-cepat aku lari pi toilet nak basuh,sampai sekarang duk bau herba dia. kesan dia aku tak rasa apa-apa lagi. nak kata tak berkesan baru sekali kan pakai. nak komen pasal keberkesanannya kena la 2,3 kali pakai dulu. baru tahu. tengok la nanti kot-kot badan aku jadi macam megan fox ke.motif???

mr.izan...i sebut pasal megan fox u ni. HAHAHA

semua orang tak serupa

"orang kata kalau nak berblog ni kena kental,jangan ambil pusing dengan apa kata orang. lagi orang kata,tulis dengan sepenuh hati. tak kesah la kalau time tu tengah sakit hati atau makan hati. yang penting? kena kental."




ni apa yang orang kata la. aku tak kata. nanti kalau cakap ayat ni dari aku mula la korang tak nak percaya kan. siap kata apa ni izan sudah mula bagi ayat-ayat auta. kami tak mahu terima. kami mahukan jenaka. apa kau ingat aku badut mahu bagi jenaka hari-hari. mari kita muhasabah diri hari ni.mula-mula aku berbuat blog dahulu,aku tak pandai nak taip panjang-panjang. sebab aku bimbang kalau banyak taip banyak silapnya. banyak kata banyak dosanya. so aku letak gambar banyak-banyak. biar korang yang menafsirkan gambar tersebut. biar korang pon dapat dosa lebih dari aku yang memberi sumber. HAHAHA

tapi makin lama makin pandai-pandai nak tulis panjang-panjang. sebab aku rasa tak puas HATI kalau aku berfikir lain dan korang yang membaca berfikir lain dari apa yang aku nak sampaikan. maka nya makin lama makin panjang entry aku. pernah dulu aku dapat email kata apa yang aku taip di blog tidak sama dengan perwatakan aku di luar  blog. opkos la tak sama. dalam blog aku cantik kat luar blog lagi cantik. susah la kalau nak pura-pura tak cantik. hamek kau. suka sangat kan perasan. lepas ni orang bagi kau bom pula izan.

memang susah nak taip entry yang mana semua pihak boleh menerima dengan hati terbuka. thats why aku hanya berani meletakkan mr.E, my adore,mr. izan,my ex, or cinta coklat. sebab bagi aku mungkin aku hanya ingin menyampaikan atau bercerita berdasarkan pengalaman. bagi aku semua yang aku lalui lepas adalah kenangan terindah.and the best moment to remember. so aku lampirkan di sini untuk tatapan anak cucu aku kelak. but bagi orang-orang yang membaca especially yang mana nama-nama mereka terlibat dalam penceritaan mungkin the worst moment they had bila dengan aku. so pandangan dan persepsi di sini telah berbeda.

kesimpulan disini,ha lu pikir la sendiri. kalau semua orang serupa dengan diri kita tak kan ada la ayat seperti ini;

izan : u,kenapa u pilih i?
mr.izan : sebab u lain dari yang lain.

holoh holoh holohhhh...geli oh orang nak baca. HAHAHA

koyok kaki



kelebihannya:
1. proses menyahtoksin boleh kurangkan tekanan darah tinggi.
2. kurangkan sakit lutut terutama bagi warga emas.
3. mengurangkan sembelit.
4. peredaran darah lebih lancar.
5. nyahtoksin juga bleh kurangkan masalah resdung dan jerawat.
6. sesuai untuk penyakit lain dengan mengeluarkan toksin melalui titik refleksiologi di tapak kaki.
7. membantu individu yang berdiet untuk kuruskan badan.

see,memang banyak kelebihannya. aku tak tahu la terbukti ke tak apa yang di war-warkan dalam flyer dia ni. koyok kaki ni aku dapat dari yuni. yuni belikan untuk aku dari kawan yang dia kenal di facebook. aku hanya ingin mencuba. kalau nak beli kinohimitsu mahunya RM12 untuk 2pcs. aku beli koyok kaki ni tak sampai pon harga tu.



koyok kaki yang diwar-war kan. ceyeah! war-war konon. padahal merata aku ngan yuni duk cari menatang ni. hahaha


cara pemakaian:


1.buka bungkusan plastik. tampalkan bahagian hijau ini pada pelekat.


2. tampalkan pada tapak kaki anda. seperti di atas ini. sila abaikan urat-urat kematangan pada kaki aku itu. itu maknanya telah lama hidup. rumah kata pergi kubur kata mari. HAHAHA.


3. setelah tampal,biarkan selama 5 ke 8 jam. sekurang-kurangnya 5 jam dan tidak lebih dari 8 jam untuk sekali pemakaian.

oh,berdebar-debar aku nak menanti esok. nak tengok apa yang jadi dengan toksin di dalam badan. mahu keluar atau tidak engkau ya. jangan degil seperti diriku sudah lah. kalau degil,kita pi fish spa lagi boleh mr.izan? boleh laaaaaaa...boleh blah! kaya kau nak fish spa selalu. HAHAHAHA


nah! tatap kaki ku berulang kali kalau rasa rindu. ;)

Monday, March 22, 2010

ini semua salah acan dan adli

oleh kerana adli dan acan telah membongkar skandal mandal sandal mereka,aku pon teringin nak mendedahkan kegatalan diri sendiri di blog sendiri. HAHAHAHA. kenapa eh nak buat entry ni? sebab nak muhasabah diri betapa gatalnya aku dahulu dan bertambah merenyam nya sekarang.

okey,kita start dengan couple pertama.apa maksud kau couple pertama. akan ada yang seterusnya ka izan? baca je la. banyak tanya pula dia ni. nama tetap di rahsiakan. start bercinta masa aku form 2. dekat Asrama Semai Bakti Trolak. nak kata bercinta tu bercinta la kot. tapi aku dengan ini cinta pertama tak pernah ngedate bagai oooo..baik kan? bukan sebab baik,tapi sebab takut. sebab dekat asrama aku dulu sapa yang kena tangkap dating nanti kena sanding dekat bawah blok. then ramai-ramai tengok. ini bukan main-main atau ugutan. ini satu kenyataan, sebab dah ada dua couple yang paling hot masa tu kena dan kena sanding siap berkompang dan bersilat bagai pada hari majlis. siapa yang kena? biarlah rahsia. HAHAHA.hanya budak-budak Asrama Semai Bakti Trolak sahaja yang tahu. tak lama pon aku couple dengan cinta pertama ini. sebab akhir form 2 dia kena tendang keluar asrama. sebab kantoi merokok. masa tu aku rasa nak bakar je kilang rokok sebab memisah kan kami. ceyeah!

izan : kamu,nanti kita pi bakar kilang rokok tu eh?
dia : ngarut je la kamu ni.

cakap sambil nangis-nangis oh. jangan main-main. masa i form 2 dah pandai buat ayat-ayat comel nak mintak simpati. HAHAHA. so gatal la kau izan.

then bila dia kena tendang keluar asrama,aku pula menyolo sampai form 4.sebab kenapa aku menyolo bukan sebab dia merokok atau kena tendang asrama. aku ja yang menganggap diri ku solo. sebab bila masuk MRSM aku target nak cari boyfriend lain. gila gatal time ni. orang masuk mrsm nak belajar,aku nak menggatal. indahnya dunia bila aku masuk sana ada terkena panahan cinta kedua. nama turut di rahsiakan. pui! nak rahsia. padahal dah penuh dengan entry nama ex aku before ni. HAHAHA. start bercinta dalam bulan 9. sampai aku masuk matrik. lama jugak la. ada la dalam 2 tahun setengah. yang maha hebat nya aku baik gila masa couple dengan lelaki ni. aku tak mesej lelaki lain,aku tak pernah nak dating dengan lelaki lain,dan lansung tak da nafsu kat laki lain. ohmaigosh! aku rasa macam kena bomoh dengan bomoh thailand. sebab memang aku tak pandang mana-mana lelaki. lelaki-lelaki ja duk pandang aku. KAH KAH KAH.

jodoh tak panjang.

dia : saya lepaskan awak. (ayat macam dah kahwin. hahaha)
izan : kenapa??? saya ada buat salah?

talian putus bersama hubungan yang putus. seminggu aku nangis. sekali result aku sem tu kat matrik gempak gila. aku pon tak percaya. maksud gempak di sini adalah sangat bagus. ini kenyataan bukan dongengan. 

so,aku dapat buat kesimpulan disini. nak result bagus,clash! HAHAHA...

NO NO NO, mr.izan,i tak mintak ok. ini hanya ayat gurauan. sumpah ini hanya gurauan.bila dengan u i makin gigih nak study sebab u suka bagi i gambaran beza hidup dengan ilmu dan tanpa ilmu.

p/s i love : dengan kamu,bukan hanya dapat kekasih. u give me a best friend, a best lover ever and also a best punching bags to hit. love u dear ;)

killer taged ever



siapakah diri anda di rumah?-
rumah mana? rumah hj.salleh? 
anak kepada hj.salleh dan hjh radziah. 
adik kepada suzana,adik ipar kepada abg dan dan mak su kepada isha. 

-siapakah diri anda di samping rakan?
siapa aku? tanyalah mereka-mereka ;)

-5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai- 
--> nak DELL Inspiron Notebook. hahaha


--> nak canon D500


--> nak fossil watch


--> nak vintage bag like this.ada sapa-sapa tahu kat mana aku boleh dapat bag macam ni dlm harga yang murah. murah maksud aku di sini adalah MURAH! hahaha

--> nak mini cooper!


-siapakah nama pasangan anda?-
ala,apa punya soalan ni. tanya nama aku dah la. ok-ok,nama beliau MR.IZAN ;)

-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda-
@ sangat caring,sampai tak bagi aku makan megi hujung bulan. HAHAHA. funny! padahal selalu je aku makan awal bulan ;P
@ sangat manja. sampai rasa nak lempang diri sendiri boleh layan manja dia.
@ suka berbincang sampai rasa nak cincang-cincang masalah tu jadi halus halus. 
@ beliau sayangkan saya. wah! dengan yakin dan bangga aku menjawap.
@ sebab dia MR.IZAN. kalau jumpa orang lain yang ada ciri-ciri di atas tapi dia bukan my MR.IZAN. i tak mahu! tak mahu!

-bila tarikh anda couple-
24 januari

-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
suka tanya soalan yang nak merosakkan rumah tangga orang. HAHAHA. so tak nak jawap.

-lagu tema cinta anda.
haish,ape kes? lagu ANGEL boleh?

-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
u,makan banyak-banyak eh. kasik gemuk ;)

-tag lagi 10 orang.
1.acan
2.athiah halmy
3. luvida
4. hazrina azhar
5. ezzaty hamdan
6. roslina salleh
7. violetless
8. adli
9. amalina rashid
10. farah azreen ahmad






i AM beautiful.

update lagi? HAHAHAHA. mood nak berblogging secara dewa dan karma telah kembali. sila jangan nak kata apa-apa ;) baca ja.




Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award.
2. pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact the bloggers and let them
 know they've won the award.
4. State 7 things about yourself.

oleh kerana ada rules pula nak accept this award so kena langsaikan.

1. a special thanks to suraiza sebab memberi BEAUTIFUL BLOGGER AWARD ini kepada aku? cantikkah? hahaha...sapa kata tak cantik tu,mai sini sikit. tu tu,aku nampak ada yang kata tak cantik tu...muah! saja bagi kiss mana tahu tiba-tiba kata aku cantik pula lepas dapat kiss. ;*

2. ala,ni yang lemah ni. tak cukup 15 boleh kan?
    --> athiah halmy
    --> hazrina azhar
    --> ezzatty hamdan
    --> amalina rashid
    --> violetless
    --> luvida
ni ja blogger perempuan yang aku rasa cantik. sebab selalu komen blog aku. hahaha. tak komen pon tak pa. i love uols la. kang letak blogger lelaki rasa cam feremfuan pula kan. sebab this is a BEAUTIFUL BLOGGER AWARD. tak sesuai gitu.

3. cantact the blogger? tak nak buat boleh? kalau orang-orang diatas menempek award ini di blog mereka ini bermakna mereka membaca this entry. easy kan? ;)

4. ala,kenapa 7 ja? mintak la 17 ka,70 ka. baru boleh mengarut banyak-banyak. ha see,belum taip apa-apa lagi dah start mengarut.
  1 --> saya cantik sebab saya dapat the BEAUTIFUL BLOGGER AWARD. hahaha
  2 --> berat telah mencapai 50kg. perut saya makin buncit. maknanya kena jogging!
  3 --> sudah hilang ketagihan nescafe tetapi menagih kasih sayang pula sekarang. HAHAHA
  4--> saya sudah tidak SINGLE. perlu ka letak SINGLE guna caps lock?
  5--> ha,ini penting! rupa-rupanya saya sama kolej kediaman dengan suraiza. cik suraiza,awak ingat tak saya       terpekik dan terlolong menyusun budak-budak yang mendapat anugerah dekan? dan awak pon dapat kan? TAHNIAH! ;)
  6--> sekarang saya kuat makan waktu malam sebab nak naikkan berat badan.
  7--> dan sedang sibuk dengan kerja yang terkumpul. seperti susut nilai terkumpul sahaja kan?

ok,done! nantikan tag dari cik suraiza kita juga nanti. thanks dear for this award ;)

kenduri


ok,cerita berabad dah ni. sampai pengantinnya pon dah dua kali bersanding. hahaha. aku pergi majlis yang dekat Kampung Jawa je. kenduri adik ipar angah aku. aku ialah adik kepad angah aku dan pengantin perempuan adalah adik ipar kepada angah aku. aku haruslah ada kerana dengan adanya kehadiran ku akan memeriahkan lagi suasana majlis. ceyeah! blah! tukang habiskan lauk ada la.


SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KAK WAWA DAN ABG SOFFY

p/s: segala gambar diambil dari album facebook angah aku. ;)

Sunday, March 21, 2010

p p p poker face!

u always make me smile ;)

hamek kau,bila dah malas,malas sungguh. bila nak update,update sungguh-sungguh. bila makan,makan sungguh-sungguh. bila nak tidur memang kena tidur sungguh-sungguh. tengok bola? tengok sungguh-sungguh. dan bermain poker di facebook? pon kena sungguh-sungguh. bak kata mr.izan "main poker ni dear,banyak ajar i meramal sesuatu yang tak pasti. kita kena pandai ramal kad ni boleh pergi ke tak.boleh menang ke tak. kan bagus tu untuk tajam kan minda" ok-ok fine. tajamkan la minda u tu. kang i halang-halang kata i tak sporting kan. i memang sporting sampai rasa nak melenting sikit ja petang td. nasib dapat cover. HAHAHA...

apa lagi i nak tulis ni. dah tak da idea,tapi rasa nak tulis juga. nak tulis,nak tulis dan nak tulis.

ahah! aku punya game farmville kat facebook tu dah lama terbengkalai. apa la agaknya nasib si ladang maya itu. tu la,ladang kelapa sawit hj.salleh ada tak mahu usahakan. sibuk usahakan ladang mainan yang sekangkang kera itu. tanam jagung,bunga dan lain-lain. nasib tak boleh tanam cinta. kalau boleh aku tanam hari-hari bajakan dengan kasih sayang hantar ke mr.izan. holoh holoh holohhh...sweet nya kau izan ;)





sikit-sikit,lama-lama jadi sikit


hai semua.
eh izan hai kat korang tu. say hai back to me okey. ingat senang-senang aku nak say hai hai bye bye kat orang-orang? susah tau. selalu aku pangil weyh, jom makan. hahaha.motif tetiba nak ajak makan? sebab tengah lapar ni. yona belanja makan bihun sup segera pon still lapar lagi sampai termakan oat krunch yang yuni tinggal kat bilik aku ni. kira halal la eh yuni? ke memang ko bagi kat aku oat krunch ni? tak pa,tak payah jawap,nanti aku pi bilik ko betul kan kerja finance yang pandai-pandai kita wat semua jadi andaian tu. hahaha

kelmarin tengok ada 193 hari ni dah jadi 192? macam ada yang tak suka ja baca blog ko izan? tak pa,aku pon dah jarang nak blogwalking macam dulu-dulu. nanti cuti sem i giat dan aktif seperti dulu okey. memandangkan kerja yang tertunggak seperti telur dihujung tanduk kerana bila esok nak present malam ni baru terkedek-kedek ayam nak buat slide. tutorial mana yang nak kutip pagi tu baru gedik-gedik buat suara manja mintak pinjam tutor dari sesiapa yang dah siap. HAHAHA. so kepada sesiapa yang meminjam kan aku tutorial diorang akan berkesempatan mendengar suara manja dan menggoda aku. nak juga? sila buat tutorial dan kerja dihujung tanduk aku itu. mana? itu yang atas meja tu. yang dah macam cantik sikit cari tongkang pecah. sebab meja aku tak pecah cuma sumbing sikit ja.

ni apa hal kau duk sibuk update blog pula kalau tadi dah kata banyak kerja? aku hanya mengikut kata-kata emak yang mana "kerja memang tak pernah habis,kalau nak tunggu kerja habis baru nak buat benda lain sampai ke sudah la tak buat apa-apa. pandang kerja tu macam tak da kerja. bila dah datang balik mood nak buat kerja buat sungguh-sungguh setakat yang mampu"DAN sekarang aku hanya memandang meja dengan pandang yang kosong tanpa memikirkan apa-apa kerja. yes! aku berjaya. HAHAHAHA

MATK (malam anugerah tahunan kolej) a.k.a diner kolej dah selamat berlansung. hoyeah! no more balik 2,3 pagi lagi!





Wednesday, March 17, 2010

ulam jantung pisang



benda apa yang paling best dan penting if korang dah couple?

dating?
melting?
jalan-jalanning?
watching movie?
bowling?

salah salah dan salah. apa yang penting? dating! kepala hotak kau izan oi. sapa yang jawap dating tu? meh sini aku nak kasi sikit. KEPALA HOTAK HANG...

bagi aku apa yang penting bila aku dah couple. ni apa aku rasa la ni. ini apa yang aku rasa ok. bukan mak limah rasa,bukan mak cik melah rasa mahupun sapa-sapa yang rasa. aku rasa ialah kebolehterimaan kawan-kawan aku terhadap kehadiran insan baru ini dalam hidup aku. bagi aku. ok aku ulang semula di sini. bagi aku ok. bagi aku la,if aku bercinta hebat mana pon sebahagia mana pon tapi kalau kawan-kawan aku tak boleh terima kehadiran mr.izan dalam hidup aku sekarang aku tetap tak kan rasa selesa. sebab kawan-kawan 24/7 ada dengan aku. bukan bermaksud mr.izan 24/7 tak da dengan aku. dia ada tapi jauh dimata dekat di hati. u,u nampak tu dekat di hati okey! ;) kang sentap plak..hahaha

tapi kawan-kawan dekat dimata lalu makan hati. hahaha..bukan-bukan,masuk ke hati dan sanubari. kalau kau ada kekasih hebat mana pon but kawan-kawan tak suka pakwe kau buat apa? boleh bahagia ka?

for my dearest friend,terima kasih kerana menerima aku dan maybe boleh menerima mr.izan adanya. nak lebih-lebih boleh buat list requeat. nanti aku bagi kat mr.izan... hahahaha


p/s: entry makin mengong sebab asyik makan hati berulam jantung ja. mr.izan balik umah so,lauk aku ulam jantung pisang ja.




Tuesday, March 16, 2010

design blogspot cam wordpress!

wow..hebat! terima kasih kepada Ah Fatt.

1. prgi ke link ni http://draft.blogger.com/. ataupon dashboard blog anda.
2. klik pada box Make Blogger in Draft my default Dashboard.



3. then pergi ke bahagian layout.




akan nampak Template Designer.

4. klik pada Template Designer.
5. start design sendiri blog anda ;)
6. klik APPLY.







out of my head


okey-okey entry kali ni terus to ampang point even aku tak pernah sampai sana. ada beberapa ciri kalau kita nak tahu orang tu ikhlas ke tak nak tolong or mintak tolong. kadang-kadang ada macam-macam cara kita nak mintak tolong orang dengan ikhlas ni. kalau bab mintak tolong memang la kena ikhlas kan. sebab kita dalam masalah,orang-orang yang ada masalah ja yang selalu mintak tolong. kalau tak da masalah nak mintak tolong buat apa. sebagai contoh. anda dalam situasi nak membuang dengan kadar yang sudah dihujung tanduk maka,permintaan tolong tersebut akan menjadi sangat ikhlas. seperti "cepat la sikit bawa kereta ni,aku dah tak tahan nak melabur ni weyh" or seperti ini " hoi,sapa dalam tandas ni? ko buang najis ke ko buat najis???"

perlu ditekankan di sini contoh-contoh permintaan tolong di atas dan bakal berlaku dibawah ini tak da kena mengena dengan mana-mana pihak yang masih hidup mahupun sudah di alam barzakh. ini hanyalah pengalaman silam mahupun rekaan semata-mata.

contoh pertama,seperti yang berlaku tengah hari tadi.

pa pa pa poker face pa pa pa poker face (handphone beli sendiri berdangdut)
izan: yer,yona kenapa?
yona: izan,tolong antakan yona pi kelas boleh? yona tertinggal bus..huhuu
izan: hahaha..ok izan siap sekarang.

di sini kita nampak keikhlasan nya bila mana time tu dah kul 12.03 tengah hari dan kelas yona bermula 12 tengah hari. so memang terdesak la kan di sini untuk minta tolong maka akan timbul keikhlasan di situ.

contoh kedua,

izan: babe,boleh hantarkan i pergi komuter?
babe: ok,kul bape?
izan: dalam kul 11 pagi?
babe: ok.

masa tu masih dalam kul 9 pagi. so permintaan tolong tersebut adalah kurang ikhlas dan kurang mengharap. if babe tak boleh hantar, i boleh mintak tolong orang lain or naik bus.babe, kerana u dah clash kan i,maka i kena cari partner lesbo lain juga. muahahaha

lesbo,lesbo lesbo! hidup lesbo!

tapi,apa yang penting bukan pada orang yang minta tolong. keihlasan tu akan lebih dipandang pada orang yang memberi pertolongan. seperti athiah yang hantar aku tiap kali pi komuter nak dating. jemput aku lepas tu. seperti hayyan yang hantar aku ke kelas dengan kereta if hujan,bawa ke warta beli barang runcit. seperti yuni yang ajar aku time aku tak tahu apa-apa sampai terasa pandai nak jawap exam dan kepada yona yang sentiasa ada dengan aku if i had anything to story. thanks so much korang. ;)

p/s: this entry is out of my head. but deep inside my heart.