Followers

Showing posts with label 1st preggy. Show all posts
Showing posts with label 1st preggy. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

36 Weeks Update.

Hi, salam.

Puasa penuh tak ni? Ececey. Aku berani tanya sebab Alhamdulillah la masih penuh puasa sampai hari ni. BabyAA pon ok je dalam rumah sewa. Cuma masa mula-mula aku try puasa before Ramadhan haritu BabyAA macam terkejut sikit kot. Masa 1st day aku try puasa tu dapat separuh hari je sampai pukul 3ptg. Esok aku try lagi puasa Alhamdulillah dapat sampai Maghrib. So masa Ramadhan ni dia cool la sikit kalau aku puasa. Cuma pukul 7ptg macam tu aktif dia lain macam sikit. Macam tak sabar sangat nak makan. HAHA

Dah 24 hari puasa ni BabyAA pon dah paham la yang bonda dia puasa. So dia pon kena puasa la. Kalau aku masak untuk berbuka or sahur comfirm dia lagi ligat dalam perut. Maybe sebab panas kot dekat dengan api perut aku. HAHA. Tak pe la boy, janji ko gerak hari-hari.

Last week masa aku cek up kepala BabyAA dah turun bawah dah. Sakit pinggang aku pon makin menjadi-jadi. Kalau masak memang aku tak mampu dah nak berdiri lama-lama. Kupas bawang ke potong-potong ke aku bersila. Tapi bila nak bangun dari bersila tu hadap la sakit mencengkam kat pinggang ni ha. Kalau lepas makan pon sama. Senak dia sampai rasa macam perut aku kecik sangat. Maybe space perut tu dah jadi sempit sikit sebab BabyAA makin membesar.

Alan pon sejak aku dah sarat-sarat ni ringan sangat tulang tu. Aku dah siap masak-masak semua dia hidangkan. Kain baju pon dia sidaikan. Cuma aku basuh and lipat je. Ada la 2-3 kali dia lipatkan kain baju. Tapi ikut cara orang laki lipat la. HAHAHA. Aku pejam mata je la buat-buat tak nampak macam mana dia lipat tu. Untung la dia nak lipatkan. Kang aku tegur-tegur langsung tak nak lipat dah padan muka sendiri.

Kalau paling malas pon aku masak, masak lauk sejenis aku goreng la papadom. Settle. Alan bab makan dia senang je. Makan je apa aku masak. Kadang-kadang je dia request. Tapi tu pon senang-senang je la. Macam kari ayam, sambal udang petai, masak masam manis. Tak de la dia nak request gulai lemak daging salai. Rendang tok. Memang tak mampu la bini ni nak masak macam tu ye. I is amatur je dalam masak memasak ni.

Baju baby semua dah settle. Persediaan fizikal Bonda ni nak bersalin pon dah cukup.*mental je belum bersedia ni* Dah siap-siap masukkan dalam beg letak kat bonet kereta. Kot otw nak g kerja ke balik kampung ke nak terberanak terus je cari hospital terdekat. Ikut plan Alan dia nak aku bersalin kat hospital Banting je. Dekat dengan rumah kitorang. Lepas bersalin baru dia hantar balik Trolak. Aku pon memang tak nak langsung singgah rumah dulu lepas bersalin nanti. Nak terus je balik Trolak. I is tak tahu la macam mana nak handle baby kecik-kecik ni kalau balik rumah sendiri. Kalau balik Trolak, emak ku ada. Acik pon ada. Tak da la rasa nak menangis kalau tak boleh nak handle BabyAA nanti. Mihmihmih

Cuma bilik baby je belum siap. Plan nya nak pakai je katil queen dalam bilik tengah kat rumah tu. Masa beli perabot masuk rumah sewa dulu, Alan beli set bilik tidur ada katil queen,almari and meja solek. Tapi kitorang ade beli set katil and tilam lain. Sebab Alan nak tilam tebal katanya. So katil yang dalam set bilik tidur tu kitorang letak kat bilik tengah. Cuma tilam je la tak ada. Cadangnya beli tilam queen and jadikan tu bilik BabyAA. Kalau ada tetamu datang boleh guna je bilik tu. Ala, BabyAA pon nanti malam tidur dengan kitorang, just nak salin-salin baju dia and tidur siang je letak dia dalam bilik tengah tu.

Memang tak de la kitorang nak beli baby cot ke apa. Alan memang awal-awal lagi dah bantah. Sebab dia kata kawan dia ramai beli baby cot last-last anak tidur kat katil mak pak juga. Hikhikhik. Aku tak nak derhaka. Ikutkan je la kata laki ku. *padahal duk perati baby cot comel-comel kat internet*

Macam dah panjang sangat tanpa perhentian. Esok sambung lagi.



Jamu sikit keadaan bonda dikala 36weeks with BabyAA. Dah nak raya dah ni. Orang beropen house aku berpantang la nanti. Mihmihmih

with❤:izan®

Thursday, June 05, 2014

Surat Untuk Penyewa Melampau.

Hai, 

Salam penghuni rumah sewa ku.

Minggu ni dah minggu ke-30. Minggu ke-30 hape?
Minggu ke-30 awak sewa rumah kecil ni. Amacam? Selesa? Maaflah. Elektrik dalam rumah ni memang tak ada. Thats why macam gloomy and warm je dalam tu. Ala, lagipon awak tak bayar sewa. Duduk free je. Malahan makan and minum pon saya sediakan and suapkan. HEHEHE

Namun memandangkan awak adalah penyewa pertama and hopefully after this ada lagi penyewa yang sanggup untuk sewa rumah kecil ni. I is ok je kalau tak bayar sewa pon. Sebab awak macam well behave je dalam tu. Kalau takat gegaran kecil, tiba-tiba mengeliat or pernah sekali awak kick remote control sampai jatuh atas lantai its normal beb. Pasal kick remote control tu memang paling di ingati. Last month. Masa tu baru 26weeks. I tumpang kejap je letak remote atas bumbung rumah awak, well actually I ada hak kot sebab I kan owner rumah. Sebab masa tu I nak minum air sambil tgk tv. Tiba-tiba awak boleh kick that remote control sampai terpelanting ke bawah.

Huh! *eh, awak nanti jangan nak huh-huh dengan I* apa lagi, terus buat aduan kat pihak atasan, which is person yang ada kuasa juga terhadap pembinaan rumah sewa ni. Terus dia ajak pergi scan awak dalam rumah sewa. HAHAHA. Boleh scan tahu? Awak confirm la tak tahu lagi sekarang. Bila I cakap je 26 weeks dah boleh scan. Terus malam tu juga pihak atasan ajak pergi scan and set appointment dengan klinik. *Pasal scan ni lain entry la ye.*

Actually awak bukanlah orang lain. Lepas scan terus I rasa malas nak berkira dengan awak. Awak kick ke, shuffle ke, or mengeras selama 2jam sebelum tidur pon I is ok. Walaupon lap-lap air mata kesyahduan didalam bilik air sebab rasa macam "Why la U buat I macam ni time nak tidur" 

Malas la nak secret-secret bagai. Dah penuh instagram I dengan panggilan Boy Boy Boy. Pihak atasan? Of course la dia paling excited lepas scan tu nampak sejantina dengan beliau. Tapi bila I ajak pilih nama, dia kata nak letak Ahmad Sony or Ahmad Albab. I rasa nak Ahmad kan je nama dia jadi Ahmad Alan. Hoih!

Jadinya, buat masa ni izinkan kitorang panggil kau Boy je la ye. Barang kau semua dah ada. Cuma belum basuh je. Kalau ada rasa nak keluar dalam masa terdekat ni, baik ko hold on dulu dalam rumah sewa free ni. Sebab Isnin haritu MO scan, kaki kau kebawah lagi. Bukannya kepala. Nak adik ramai tak? Kalau nak ramai. Sila lah pusingkan kepala anda kebawah supaya awak boleh keluar dengan normal tanpa memerlukan penambahan kos untuk tebuk dinding rumah sewa ini. 

Sampai sini sahaja surat buatmu Boy.

Dengan harapan lepas ini tiada lagi perutusan surat. Bolehlah kita berkomunikasi secara langsung hendaknya.

Yang Benar,
Pemberi tumpang rumah sewa kepadamu.
Location : Masih didepan PC Office.

with❤:izan®

Friday, April 11, 2014

Sepakan pertama dari #alanizanbabies

Hai,

Last check up hari tu aku dah lewat 2 minggu sebenarnya. Aku ni pergi KK pakai main suka hati je. Actually kena pergi selang 2 minggu. Sebab aku ada masalah kencing kotor. Tapi malas. Lagipon sebab aku check up kat Banting kerja kat Seri Kembangan. Dah la dekat office tu aku sorang je buat semua benda. Karang asyik-asyik boss call. So, pergi je la sebulan sekali. Pastu gelabah cari alasan nak bagi kat nurse apa pasal tak datang buat cek air kencing. HAHA

Nasib la nurse. I ni kerja dengan orang. Nanti anak 2,3 dan seterusnya kalau dah tak kerja dengan orang I pergi ye tiap kali ade appointment. *Ececey, ada hati tu tak nak kerja*

Dah 4 bulan lebih. Kejap je rasa. Tiba-tiba perut dah buncit ke depan. Padahal before ni pon memang buncit. Tapi ni buncit yang kau rasa perut macam tegang semacam. Kalau nak sujud time solat selalu sangkut kat peha. Pastu nak bertinggung berak pon tak selesa. Belum lagi 6 bulan ke atas. Agak-agak aku suruh Alan berakkan je kalau boleh.

Masa nak masuk 4 bulan tu aku rasa baby dah start gerak-gerak kot. Cuma aku je tak sure tu baby ke angin dalam perut. Sebab aku kalau kan jenis pelapar. Kalau perut lapar angin dalam perut pon suka gerak-gerak macam tu. HAHA. Tapi bila masuk 4 bulan tepat haritu aku rasa lain macam je angin ni gerak. So tanya nurse masa check up, nurse bagi aku dengar heart beat baby. Huiyo! Macam baru lepas lari 120km/h. Laju gila. 

Nurse kata normal la tu. Aku je cuak lebih. Ingatkan baby penat ke apa ke dalam perut tu. Mihmihmih. Nurse kata kalau ada rasa macam angin tolak-tolak dalam perut tu, tu baby la kick perut. So, baru la tahu baby dah pandai kick-kick dalam perut. 

Selalu dia kick waktu aku solat subuh, lepas minum air ais or air sejuk-sejuk, sebelum makan, and before tidur. Kalau aku dekat office paling kerap time lepas lunch. Hoih! pandai ok kau. Lapar kick, kenyang pon kau kick. Dah keluar karang, minta elok-elok. Kau kick-kick bonda memang bonda cium-cium kau sampai lemas.

Aku suka paksa-paksa Alan suruh pegang perut aku kalau ada kick-kick tu. Tapi bila letak je tangan Alan kat perut, baby macam malas plak nak gerak-gerak. Maybe sebab tangan Alan selalu panas kot. So tiba-tiba perut jadi warm and sedap dia nak tidur. *fakta rekaan sendiri* HAHAHAHA. Ada je kadang-kadang tu Alan dapat rasa baby kick. Tapi selalunya memang tak bernasib baik.

Entry baby kicking tamat. 

with❤:izan®

Tuesday, April 08, 2014

Baby dah ada kawan dalam perut.

Hai,

Tak payah mention la berapa lama tak update. Naik muak orang nak baca alasan. Mihmihmih. Hari ni macam tiba-tiba bermood baik sikit nak share borak laki bini malam tadi. Sebab nanti aku nak suruh anak aku baca entry ni balik. Entry ni je nak bagi dia baca. Yang lain masuk draft. HAHA

Minggu ni Alan kerja malam. So seminggu ni aku tidur sorang-sorang je la. Eh, dengan baby dalam perut je la. Pastu semalam budak kecik ni pusing-pusing dalam perut aku dari pukul 8 malam sampai ke nak tidur dia tak nak duk diam lagi. Last-last aku whatsapp juga Alan. Ngadu-ngadu sikit. Padahal awal-awal tu Alan ada bagitahu dia ada kerja malam tu.

" Anak awak ni asyik gerak je dari tadi "

" Main bola kot. Hehehe "

" Ye kot, dia ingat dinding perut sayang ni jaring gol gamaknya "

" Main dengan kawan la tu "

" Eh, dalam perut dah ada kawan ke? "

" Uri dia kan kawan dia "

" Uri pon boleh tendang-tendang eh? "

" Tak de la tendang, dia teman main je la "

" Owh, tengok je la eh? HAHAHA "

Sod ba ro je la Alan melayan aku semenjak dua menjak ni. Mihmihmih

Tapi tahap aktif dia sampai satu malam dua kali aku bangun pergi kencing. Asal dia gerak je aku terjaga then terus rasa nak kencing. Hoih! Tension bonda taw!

Bye!

with❤:izan®

Monday, March 17, 2014

Kerjasama Laki Bini.

Hai, salam.

Baru rasa nak update. Agaknya anak Alan ni bukan jenis suka blog kot.  *tak nak salahkan diri sendiri*. Aku sekarang kalau asal buat benda buruk je aku mesti sebut kat Alan, "anak awak ni tu la, ni la". Semua anak dia. Kekonon bukan salah aku. Mihmihmih.

Sebagai contoh :

  1. Kalau aku muntah lepas makan or perut aku rasa tegang keras semacam. Aku akan cakap dekat Alan "Anak awak ni tak suka makan makanan berkuah la. Saya dah muntah dah laksa tadi"
  2. Kentut secara tiba-tiba. "Ops, sorry. Ni anak awak ikut awak la ni" sambil jeling-jeling paku dekat Alan.
  3. Nak makan pelik-pelik "Awak, budak ni kata *sambil tunjuk perut* nak makan asam pedas la". Kalau Alan malas nak layan. "Anak awak ni orang Melaka kot".
  4. Malas nak masak or malas nak buat kerja rumah "Anak awak ni suruh saya baring je kot"
Pendek kata semua aku salahkan ANAK ALAN. Macam la dengan kerja Alan je aku jadi macam ni. Padahal inilah kerjasama. HAHAHA

Tapi sejak aku jadi macam ni. Alan adalah sangat helpful and loving husband. 
  1. Alan akan buang sampah tanpa disuruh macam mula-mula kahwin dulu.
  2. Basuh baju and sidai baju tiap-tiap minggu.
  3. Vakum rumah. *ini sangat touching* Sebab Alan adalah lelaki yang boleh hidup dan tidur di dalam ketebalan habuk. Masa aku tolong Alan pindahkan barang dari rumah sewa dia masa bujang ke rumah sekarang. Hampir pitam aku sapu habuk dalam bilik dia.
  4. Pergi kerja salam dia mesti nak pegang-pegang perut aku. Yang ni macam over pula cerita dalam blog. *dah taip malas nak backspace*
  5. Sangat tak kisah aku masak ke tidak. Kalau ada lauk dia makan. Kalau tak da. Dia masak nasi goreng nugget. *anak awak la ni malas nak masak*
Mungkin sebab naluri kebapaan tu dah start menjalar ke urat saraf Alan. Mihmihmih. Jangan anak yang first je macam ni dah la. Ada lagi beberapa kehamilan menanti *InsyaAllah* hendaknya macam ni la. 

Buat masa ni. Still muntah. Tapi aku cuba-cuba tahan sikit. Contoh makan 10 butir nasi, aku tahan la 5 butir. Lagi 5 butir keluar.


with❤:izan®

Tuesday, January 28, 2014

Tabahnya Alan.

Hai, Salam.

Semacam lama kan tak update. Ko tak payah semacam sangat. Memang dah lama pon tak update. Macam tak boleh nak update sangat. Asal nak update je, tiba-tiba tekak aku rasa nak loya. Ni aku tengah tahan je ni. Aku perati je pintu bilik air office ni. 

Since aku tahu aku pregnant masa tu baru 3 weeks. Hati ni kuat sangat nak buat UPT sendiri even aku belum lambat period. First test tu aku pakai UPT murah tu je. Beli kat Watson. Masa tu tak clear pon aku punya double line. Nampak tu nampak la. Tapi tak jelas. Masa ni aku test kat office. Lepas tu whatsapp gambar UPT dekat Alan.

Alan punyalah marah. Sedih I okey. Dia asyik kata aku tak sabar-sabar nak cek. Macam mana kalau UPT aku tak betul. Sampai hati okey. Aku dah la emosi macam  okey tak okey je masa tu. Simptom-simptom pembawakan masa tu dah mula tunjuk belang sikit-sikit. Lepas kena marah terus rasa nak campak UPT tu dalam tong sampah. Tapi disebabkan aku rasa macam sayang nak buang. Aku simpan dalam handbag. Masa balik rumah aku tak cakap sepatah pon dengan Alan pasal UPT.

Malam tu before tidur aku ek ek ek sikit *kekonon sedih Alan tak tanya pasal UPT aku buat*

"Apsal nangis?"

"Awak tak tanya pon pasal UPT. hek hek hek*

"Dah, saya dah tengok dalam handbag awak"

"Nape tak bagi komen pape pon???? Tak suka ke?"

"HAHAHA, Saya pon eksaited. Tapi kita tunggu next week ok. Lepas lewat period nanti kita beli UPT mahal sikit"

Baru la rasa macam fuhhhhh. Lega sikit. Tak payah nak kata aku menggelitis ke ape. Kalau korang peknen pon korang macam ni. Emosiiii je memanjang. HAHAHA. Ala, menggeletis pon dengan Alan. Bukan dengan orang lain.

Sekarang Alan jenis penyabar je aku tengok. Eh, sebelum ni pon dia sabar je dengan aku. Cuma lately ni lebih-lebih penyabar la. Disebabkan mood masak memasak aku macam ada tak ada je. Alan kena redha je la makan apa yang ada. Last week memang aku tak masak. Semua makan di kedai. Minggu ni pon sama. Cuma pagi tadi je aku masak Sotong masak kicap. Tu pon ter hek hek hek aku tahan muntah. Bau sotong dengan lebih-lembik dia tu punyalah nak buat aku loya.

Kelmarin lagi dasyat. Alan pergi kerja, baju tak iron. Sebab Sabtu dah berjalan cari benda Alan nak sangat sampai ke malam. Ahad pergi kenduri. Balik dari kenduri aku punya badan rasa melayang je berjalan. Serius tak rasa langsung pijak lantai. Memang sampai-sampai rumah terus baring. Alan bangun nak siap-siap pergi kerja pon aku tak sedar. Pastu tengok dia dah siap pakai baju kerja semua. Memang dia tak iron la baju tu. Lepas tu salam Alan pon atas katil je. MihMihMih

Bertabahlah suami. Isteri mu ini memang tak larat.

Mungkin Anak Alan ni terlalu aktif. Dia buli aku sampai lembik.

with❤:izan®

Thursday, January 09, 2014

I had really bad Morning Sickness.

Hai, salam.

Semalam pergi buat buku Pink. Ala buku biasa orang pregnant tu. Tapi procedure dia adalah sangat leceh. Aku kan duduk di dalam kawasan Banting, tapi bersebelahan dengan Sepang. And Klinik Kesihatan yang hampir mengikut kata Alan ialah Bukit Canggang. tapi aku tak nak buat buku kat Bukit Canggang sebab depan office aku ni sangat dekat dengan Klinik Kesihatan Seri Kembangan.

So, bila buat buku semalam. Nurse ada tanya.
"Duduk area mana?"
Disebabkan aku tak memahami soalan aku terus jawab.
" Owh kerja depan ni je" *sambil tunjuk bangunan office aku*
Nurse tanya lagi.
"Maksud saya rumah dimana?"
Baru rasa macam terpaham soalan.
"Owh, Banting. Kenapa?"
Nurse macam faham aku orang baru nak buat buku. So dia explain slow-slow dekat aku. Serius jadi macam cuak je buat buku pregnant sorang-sorang. Sebab orang lain aku tengok ada suami bawakan beg la, pegangkan buku la. Even ada yang belikan milo ais tunggu isteri check up. Tapi disebabkan aku independent wife and Alan bekerja semalam. Aku Redha. -_- *Padahal dalam whatsapp aku dah mengadu domba laki orang belikam milo ais dekat Alan* mihmihmih

Kata nurse :
"Hari ni buat buku, check darah and air kencing. Nanti bawa buku ni pergi klinik kesihatan Banting, suruh klinik sana daftarkan untuk awak. Boleh?"

Takkan lah aku nak jawab tak boleh. Terus angguk kepala kata "BOLEH"

I am still in first trimester and I had really bad Morning Sickness. Orang kata biasa ah tu. First trimester memang akan mengalami nausea yang agak teruk. Itu perkara normal, jangan takut. Maknanya hormon HCG aku develop dengan baik untuk baby. But when I said I HAD REALLY BAD MORNING SICKNESS please la paham. It is really hard for me. -_- eh eh, saya tak marah. Cuma minta kefahaman.

Antara gejala morning sickness yang aku alami :

  • Every morning bangun untuk solat Subuh aku akan rasa krem bahagian pinggang. Maybe sebab aku lebih selesa tidur mengiring sekarang. So akan mengesot sikit-sikit ke hujung katil sambil sebut "Ya Allah". Bila kaki dah jejak lantai. Rasa macam terapung. Pening and kepala pusing.
  • Lepas solat aku akan rasa nak muntah. Biasanya aku tahan dulu sampai hantar Alan pergi kerja. Right after that, muntah akan keluar. Kalau pagi biasanya warna kuning atau hijau. Sebab perut kosong.
  • Sambil drive pergi kerja aku akan rasa nak muntah lagi. Pernah one time aku termuntah dalam mulut then aku telan. Sebab kalau aku luahkan nanti kereta akan berbau muntah and akan buat aku nak muntah lagi. Solusi, baik telan. Sampai tempat kerja memang aku muntah habis semua. 40minit tahan muntah dalam kereta. Belum campur jammed so jadi 1 jam.
  • Disebabkan aku di detect kencing kotor semalam. Aku kena makan antibiotic. Tapi aku tak tahan bau antibitic tu. Kena makan after meal. So makan nasi, then antibiotic, lepas tu aku akan muntahkan balik nasi and all the antibiotic. Boleh bau antibiotic tu dekat muntah yang keluar.
  • Aku tak boleh minum susu. Bila masuk susu dalam badan, bila lalu je dekat tekak tiba-tiba susu macam transform jadi susu basi. 5 minit lepas tu aku akan muntah kan susu tu. End up Alan belikan aku vitagen.
  • Balik kerja sampai rumah pukul 7 malam akan rasa flat gila. Macam semalam aku sampai rumah 7.15 malam. Tiap Rabu kena pergi pasar malam. Top up barang basah. Sampai je terus pergi pasar malam. Balik pasar malam, terus terbaring dekat sofa. Serius tak larat nak tolong Alan angkat barang. Masa nak masak makan malam aku dah hampir nak pitam. Tapi sebab pikir Alan nak makan. Aku masak je la cincai-cincai. Janji ada lauk.  
  • Malam before tidur akan muntah lagi sekali keluarkan makan malam tadi. So kebiasaannya, perut aku kosong sepanjang hari. Even lapar, tapi tengok makanan rasa malas nak makan sebab end up akan muntah juga.
Eh, banyaknya kau punya rungutan. Bukan-bukan. Sesetengah orang suka kata, tak apa. Its normal la morning sickness ni. Tapi tolong la faham. I am new with this thing. -_- or maybe aku je yang terlalu melayan morning sickness ni. 

Cepat lah habis first trimester. Mak aku kata 3 bulan first ni je macam tu. Karang masuk 15 minggu ke atas dah okey. Hopefully la begitu. Tak sabar nak makan banyak and gain weight macam dulu. WuuuWuuuuWuuu.


with❤:izan®

Monday, January 06, 2014

The first trimester - At the age 8 Weeks.

Hai, salam.

Aku tak berapa suka nak cerita benda-benda emosi sangat dalam blog. Kalau dulu masa muda belia maybe aku ada buat entry-entry macam tu. Biasa ahh, darah muda. Semua nak share dalam blog. Bila usia makin injak dewasa ni *masih belum tua* rasa macam benda emosi ni better simpan untuk tatapan sendiri. Or aku akan lepaskan pada Alan. Kan tujuan berblog untuk kenangan anak-anak nanti. Haruslah benda manisssss sahaja. Ececey.



Tapi untuk first trimester ni memang sungguh emosi. Rasanya kalau tak share nanti akan ada satu moment yang penting terlepas untuk anak-anak aku baca. Since aku tahu aku pregnant, mood aku memang selalu swing secara tiba-tiba. Sebagai contoh, tengah potong kain untuk buat shawl. Sambil nyanyi-nyanyi. Tiba-tiba terbau cekodok. Pastu mood potong kain hilang, terus ajak alan pergi cari McD yang padahal aku bau cekodok tadi.

Lepas tu masuk je minggu ke 6. Hoi la. Yang ni memang sungguh menguji emosi aku. Everytime start je Azzan maghrib sampai la nak tidur perut aku ni punya memulas, kejang, kejung, keras macam nak period tapi lagi dasyat dari tu start dah masa tu. Bila nak tidur kena tinggikan perut dengan bantal and mengiring ke kanan. Baru boleh tidur. Kalau pusing je ke kiri which is menghadap Alan terus tak boleh lelap. Lagi satu Alan jenis tidur suka siku-siku orang. Selama menjadi isteri hampir tiap malam aku kena siku.

Then masuk minggu ke 7 sampai sekarang, dalam minggu ni la. Asal pagi je muntah. Tengahari muntah. Malam muntah. Berdiri lama sikit nak masak at dapur rasa nak pitam. Tak boleh tengok Tv sambil duduk. Kena baring betul-betul and luruskan kaki. Tak boleh tengok kain nak jahit shawl lama-lama. Rasa muak. Tak boleh minum susu. Rasa macam susu tu masam.

Hoihhhhhh semua tak boleh la! Paling tragis adalah tidak boleh makan seweang-wenangnya. Aku makan takat 7 mulut lepas tu kena berhenti. Minum air dan habiskan nasi. Ada la dalam sesenduk nasi aku habiskan. Kalau tak sebelum ni 3 ke 4 senduk pon mungkin boleh tambah lagi. Aku adalah jenis pemakan. Ya, kuat makan.

Kalau dah start wek wek, bukan takat keluar dekat mulut, hidung pon boleh jadi saluran. Takat nasi sebutir-sebutir tu dah biasa keluar, yang terbaru adalah kacang panjang sepanjang mana aku kerat masa masak keluar. Agaknya aku tak kunyah kot. Pakai telan je. Mihmihmih.

Alan akan ambil peranan dengan buat bunyi wek wek dari atas katil sambil pegang handphone. Dia pikir itu dapat membantu agaknya proses wek wek aku berjalan lancar. Sob Sob Sob.

Entry tamat.

with❤:izan®