Followers

Showing posts with label cobaan. Show all posts
Showing posts with label cobaan. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa orang PUTUS CINTA kurus?

Hai, Salam.
 
Hari ni saya tak pergi kerja. Ada HALLLLLLLLLLLL sikit. Esok saya pergi kerja ye bos. Walaupon kerja melambak atas meja tu.Semalam balik kerja pon aku buat-buat tak nampak je. Hai NORA ELENA, nasib la minggu ni ko last. Dah penat aku nak terkejar-kejar balik rumah lepas kerja ni.

Siapa pernah PUTUS CINTA? Siapa yang penah bercinta la kan. Takkan la orang yang tak pernah bercinta tiba-tiba nak PUTUS CINTA. Gila ke hape. Okey-okey, tak gila but cool. Bila orang PUTUS CINTA ni selalu ada pepatah "makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah ". Eh, itu bukan ke pepatah orang tengah hangit-hangit bercinta? Eh,eh,eh, lantak lah nak guna pepatah ape pon kan. Blog aku. Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, orang PUTUS CINTA ni selalunya kurus. Kenapa eh?

Kalau dipikirkan secara logik,kenapa orang PUTUS CINTA ni kurus mungkin sebab tak lalu makan. Ye la kan, sebelum ni, bila time makan je ada baby/bie/syg/ayang tanya "u dah makan?". Then terus berselera nak makan. Kadang-kadang dah makan pon cakap belum. Boleh la nak menarik perhatian baby/bie/syg/ayang tu nanti. Mesti marah-marah manja suruh pergi makan cepat. Nanti perut masuk angin katanya. Senang kata, ada orang jaga la walaupon bukan secara live. Dari mesej pon jadila. Tapi bila dah PUTUS CINTA, siapa lagi nak ingatkan pasal makan? OH, sedih pula aku yang menulis ni.

Bila dah PUTUS CINTA pula, mesti ada buat beberapa perkara untuk melupakan baby/bie/syg/ayang korang tu kan. Salah satu nya adalah dengan berjogging. Bak kata orang ramai yang aku selalu dengar, bila peluh tu keluar rasa macam pergh....LEGAAAAAAAAAA! Bila dah hari-hari ko jogging. Sehari jogging sekilo ko turun. Kalau seminggu dah ko jog tak ke 7 kilo. Then dibuatnya sebulan lebih dah putus cinta ni, dan sebulan lebih tu la ko jog tiap-tiap hari. HA, memang tinggal tulang la kot.

Lepas tu, bila time malam-malam dulu selalu ada orang mesej. "u, u buat apa?" , "u,u dah tidur ke?" , "u,u dah baca doa tidur ke belum u?". See, bertapa bahagia kan time hangit-hangit bercinta ni. Tapi bila dah PUTUS CINTA, asyik tertunggu-tunggu baby/bie/syg/ayang korang tu mesej korang. Kadang-kadang sampai dah azan subuh pon tak tidur lagi duk tunggu baby/bie/syg/ayang tu mesej. HA, mana tak kurus. Tidur pon dah tak lena. Rehat tu tak cukup.

Yang paling DASYATTTTT, bila PUTUS CINTA ni, korang suka pikir bukan-bukan. Semua nak negative je. "aku ni tak handsome la ", "aku ni tak cukup good la untuk dia ", "dulu aku abaikan dia, kenapa la bila dah jadi macam ni baru nak sedar  ". Okey, ini NOT GOOD eh anak-anak bonda sekalian. Nanti kalau PUTUS CINTA jumpa bonda okey. (ni untuk anak-anak aku je). Korang pergi la cari someone to talk about this. Kadang-kadang bila dah luahkan pada seseorang kita akan rasa LEGAAAAAAAAAAAA. Tapi tang nak pikir negative je memangjang tu aku tak suka. Cukup tak suka. Apa kata tukar sikit "mungkin ada hikmahnya " , "Mungkin ini kesudahan yang baik bagi kami ", "Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA  " . Macam ni GOOD.

At the same time, kalau korang rasa baby/bie/syg/ayang ko tu masih boleh dipujuk, dan masih boleh membaiki perhubungan korang tu. BERUSAHALAH. Usaha tangga kejayaan. Kalau setakat mulut kata nak, usaha tak ada. Takkan bergolek la baby/bie/syg/ayang ko tu datang balik. Tapi, usaha pon biar berpada. Anda akan tahu limit anda di mana. Jangan siksa diri. Benda paling penting korang kena ingat "Tak ada orang akan SAYANG ko, kalau ko tak SAYANG diri ko sendiri".

Akhir kata, normal lah PUTUS CINTA ni. Aku pon pernah rasa. Siap aku yang ditinggalkan. Bukan yang meninggalkan. So, KUATKAN LAH SEMANGAT UNTUK TERUS HIDUP. Kita cari pasangan lain. Yeay!

with❤:izan®

Wednesday, April 13, 2011

Its Been Sooooooooo Long

Hai, salam semua. 

Macam dah lama tak menulis di dalam Blog. Semua gara-gara Encik Lappy rosak. Tak boleh nak on. Ntah kenapa aku tak pasti. Esok baru nak hantar repair.Jangan la kata motherboard rosak lagi sudah. Parah den nak beli motherboard bagai pulak kan. 

Sebab dah lama tak update dalam blog. Aku kasi update sikit pasal life aku sekarang. Agak kelam kabut sebenarnya. Banyak benda aku kena buat sendiri sejak dah kerja ni. Even aku kerja as part time. Duduk pula jauh dari parent memang membuatkan aku kena berdiri di atas kaki sendiri. Nasib ada Alan, kawan-kawan serumah, kawan-kawan tempat kerja dan lain-lain kawan yang banyak membantu. Ajar aku itu ini. Especially Alan, yang ajar aku How to manage my own money. How to deal with people yang selalu kepochi. How to make my life wonderful even sangat penat lepas kerja. Nampak macam sangat leceh kan aku ni. Tapi inilah aku. Sampaikan aku nak beli rak RM10 dekat Tesco pon aku ajak dia. Thanks for being such a helpfull boyfriend to me.

Eh, dah semacam cerita pasal Alan pulak dah. Kita berbalik pasal aku okey. Pasal kerja okey-okey sahaja. Yang dibimbangkan ni pasal macam mana nak pergi kelas dalam masa sejam setengah dari KL ke Bangi dengan menaiki LRT dan Komuter yang maha laju tu. Ini aku kena pikirkan jalan. Tak pe, kalau korang tak paham pon tak pe. Biar aku yang selesaikan masalah ni.

Esok nak kena kerja. So tidur awal. Oh, kepada kawan-kawan UKM yang didalam mood Exam. GOOD LUCK!


with❤:izan®

Monday, February 07, 2011

Jangan Sampai Aku Hilang Sabar!

Entry berunsur serius. Jangan ada sesiapa nak gelak-gelak. Kalau aku yang tergelak, ini adalah gelak kepura-puraan semata. Ceritanya bermula begini. Mula-mula aku nak pindah rumah and bawa tembam datang sini aku beli helmet baru, mangga tayar baru, pam angin bagi kencang, isi minak kasi penuh. Aku lap, aku belai tembam.

Ini merupakan kejadian yang berlaku kepada tembam sejak dua menjak ni. Mula-mula pada hari pertama aku bawa helmet baru da aku pakir dekat LRT Cempaka. Sejak dari awal pergi kerja aku dan rasa tak sedap hati. Semacam ada sesuatu yang bakal berlaku. Bila aku balik je dari kerja aku bergegas nak tengok tembam. Korang tahu apa jadi? Tembam selamat, helmet selamat. Tapi? Wiser helmet yang tak selamat! Lesap. Hilang. Hilang terus semangat aku paai helmet baru. Eh wiser ke nama menatang tu? Ala penghadang angin kat helmet tu.

Peristiwa kedua berlaku kepada tembam. Baru-baru ini sahaja. Minggu lepas. aku seperti biasa nak pergi kerja. Raba-raba tembam dulu nak buka kunci cawat besi dia. Raba-raba tapi tidak ada! Mangga motor pon ada orang nak ke? Huh! Hangin...

Peristiwa ketiga. Baru je semalam jadi. Disebabkan setelah cuti yang panjang. Malam semalam aku bawa la tembam jalan-jalan bagi perangat enjin sikit. Isikan minyak, pam tayar kasi kencang sikit. Semacam ada yang tidak kena. Sekali side mirror tembam pula kena kebas! hancus! musnah! lebur jantung aku ni...huh!

Maaflah tembam, security dekat Flat ni berada pada tahap yang sangat rendah. Kan dah cacat kau skarang.

Ini adalah sekadar gambar hiasan Tuan Kepada Tembam.

with❤:izan®

Thursday, December 09, 2010

i got new handphone

itu lah, kan dah kata. setiap yang berlaku mesti ada hikmah. actually bukan la dapat handphone baru. dapat pinjam je. hahaha. thanks so much to all yang care about me. tak sangka rupanya aku masih punya teman. eceh!

and now, tembam with me. rasa macam dapat kaki semula. tak perlu nak tagih simpati mintak tolong sape-sape lagi. saya mampu berdikari. hidup kat dunia ni kejap je, sekarang kau abaikan dia, esok lusa mungkin dia yang kau cari. itu kan hukum karma. macam roda, ada masa kau diatas, sampai masa kau akan rasa duduk di bawah. oleh itu, moral of the story, jaga diri anda semua.

with❤:izan®

Tuesday, December 07, 2010

coming soon

banyak entry bakal menjelma. maybe start esok, lusa or tulat. terlalu banyak simpan dalam hati makin lama boleh jadi darah beku dan dendam. maaf kepada mana-mana entry yang akan datang dan bakal mengguris hati mana-mana pihak. tahap kesabaran dan ketahanan diri berada pada tahap paling minima. harap maafkan saya.

mungkin hari ni hari kau, esok lusa mana tahu. mungkin hari aku bakal menjelang. semuanya ketentuan ALLAH S.W.T.

sehingga kini, ini sahaja.



with❤:izan®

Tuesday, November 09, 2010

botol hijau

dear blog,

terasa lama tak masuk blog sendiri padalah baru semalam update. esok aku ada exam MIS (management information systems) dan lusa ada exam OM (operation management). memang serius aku cakap, mood nak exam dah hilang sejak aku balik rumah. dah tujuh hari bermalas-malasan dirumah, terus jadi malas nak belek buku dan nota. kalau boleh nak exam terus dua-dua paper esok. senang otak, senang hati, senang failed! haissssh.. mintak simpang, jangan kau nak gatal-gatal failed kan paper dah last sem ni. orang lain grad kau extend. mahu begitu? tidak! katakan tidak pada failed.

paper esok memang tak berapa nak yakin untuk menjawap. sejak dari mid term, kerja projek, pembentangan semua macam hampeh sahaja. so final esok kita tawakal sama-sama. semoga ALLAH bagi kami betul semua. menang direct terus la mintak ni. amin! lusa punya paper baru 2 bab aku khatam. cuma belum aku khatankan sahaja lagi. eh, kenapa masuk bab khatan ni? silap ya, mohon maaf. selesai kedua-dua paper ni duduk melepak sebentar hari jumaat. then sabtu baru pindah barang masuk rumah sewa.

saya akan menginap di Pandan Indah dalam 4 bulan lebih kurang. maka sesiapa yang berdekatan di jemput hadir ke majlis kesyukuran naik rumah sewa baru saya pada esok hari di dalam mimpi. makan la apa sahaja yang diidamkan. saya benarkan. apa ni, ajak orang dalam mimpi. maaf lah, bukan rumah saya sendiri. rumah sewa. kalau rumah saya sendiri nanti insyaALLAH saya akan buat majilis kesyukuran naik rumah baru. tapi ini bukan janji. dibuatnya rumah aku nanti kat ABU DHABI mahu korang datang? eceh...ABU DHABI tuuu..hahaha

oh, belum masuk lagi pasal botol hijau. ceritanya hanya begini :



saya selema dan batuk. saya perlukan banyak air masak. memang saya telan banyak air masak sampai setiap sejam saya perlu ketandas. memang dasyat. namum selesema saya masih belum sembuh. ubat selesema sudah habis. panadol juga habis. maka saya kena kuatkan imunisasi badan saya dengan air. bukan dengan ubat. ingat esok saya ada exam. doakan saya. "YaAllah bagilah kami betul semua...amin."

babai, dan sehingga saya sembuh memang takkan ada entry. mungkin ya. ini bukan janji.

with❤:izan®

Monday, June 21, 2010

misi jawap exam cepat-cepat

keusahawanan : 8.30 pagi - 10.30 pagi.

masuk je dewan, meja aku depan sekali. tengah-tengah dan maknanya dekat dengan makcik-makcik yang kuat mengumpat time kitorang tengah exam. ada ja yang tak kena. habis satu dewan exam hari ni sapa yang pakai jeans dan selipar kena saman. HAHAHAHA. nasib la aku ni jenis orang kampung pergi exam. pakai baju kurung. tapi the makciks always talk about sandal aku yang nampak macam selipar. eh, ada tali okey kat belakang sandal saya. harap makcik-makcik ambil nota atau dalam bahasa penjajahnya take note! makcik-makcik jangan nak buat saya panas baran pagi-pagi dalam dewan yang sejuk tu boleh? dah la dengan tiba-tiba bulan nak datang singgah melekat dekat aku hari ni. habis moody satu bilik. bangun solat subuh tak nak tengok dulu. pakai main ambil je wudhuk terus solat. lepas tu baru terasa yang bulan datang tumpang. haish!

masa dalam dewan, aku jadi macam nak letak je kertas exam atas lantai dan jawap exam usahawan tadi dalam keadaan meniarap atas lantai. nasib la izan ini masih waras dan menjaga sifat-sifat kewanitaan beliau. aku tahan aje sakit bulan datang ini dengan gigih. ada la kot dalam 40 minit aku jawap then cau cin cau la kau exam. muka aku time tu kalau sapa-sapa nak celup buat air asam kompem sedap. masam sampai limau tengok aku pon dia mengaku kalah. dah la masam, pahit pula tu. nescafe langsung tak nak kawan dengan aku dah.

etika : 2.30 petang-4.20 petang

nasib perut amat bertolak ansur sedikit setelah aku memberi rehat selama 2 jam tidur yang nyenyak di bilik dan di belai-belai dengan minyak panas. baru kau tahu ya, kau ingat aku nak letak minyak sejuk? kirim salam la, sapa suruh cari pasal, kan dah aku tonyoh dengan minyak panas...

kesimpulannya, pakai tudung baru pergi exam dalam keadaan mood tak baik memang tak cun langsung! ;((

with❤:izan®

Wednesday, May 19, 2010

dah rasa? bagus!


ada banyak benda di dunia ni yang kalau kita tak pernah jumpa,tak pernah alami dan tak pernah laluinya dengan sendiri kita takkan rasa bagaimana rasanya. sebagai contoh:

  1. bersalin,hanya orang yang pernah mengandung dan melahirkan sahaja tahu bagaimana rasa sakit bersalin itu. aku? belum pernah rasa. dan insyaAllah aku nak rasa. AHAHAHA...
  2. putus cinta,hanya orang yang pernah bercinta dan ditinggalkan sahaja tahu bagaimana perasaan frust menonggeng.
  3. malu dihina, hanya orang seperti aku dan athiah yang tahu bagaimana perasaan ditengking oleh mak cik librarian. padahal boleh ja kot cakap elok-elok yang hari ni server down dan tak boleh pinjam buku. tak payah kau jerit dari kaunter okey! lepas tu semua orang nak pandang kitorang.
  4. dan hanya bila kau kena bagaimana aku kena baru kau rasa sedap tak bila sesekali ko berada dalam kasut aku. takkan kau nak duduk sedap-sedap ja kat atas tanpa pikir nasib-nasib orang macam aku. hidup ni umpama roda. tunggu masa ja. kau akan rasa balik. aku bukan nya baik sangat asyik nak jaga hati kau je. hati aku?
okey,dah kena stop. sudah berunsur emosi yang kurang enak. oleh itu? jom makan bahulu hadiah dari jiran ;)

with❤:izan®

Sunday, May 16, 2010

mengidam

apa kata kita tangguhkan dulu cerita dating,dating, melting aku hari ni. sebab gambar belum transfer. korang bukan nak baca sangat pon apa aku merepek bagai ni kan. yang korang nak tengok mr.izan, mr.izan dan mr.izan! sampai aku naik jeles. kat fb pon asyik sebut nama dia. kat blog pon asyik terkeluar nama dia. kalau tak aku sebut korang yang sebut! ha! tu nak sebut lagi la tuuuuuuuu....

sekarang ni aku teringin nak makan big apple la T___T.
ada sesiapa nak keluar mana-mana tak? belikan aku big apple 3 ketul. kalau dapat seketul pon jadi la...


Friday, May 07, 2010

angin oh angin

dah dua hari aku ganti puasa. hari rabu and khamis. hari ni mulanya nak puasa. kan aku plan nak balik rumah so nak berbuka di rumah la. sekali malam tadi duk melayan angin satu badan langsung aku lupa nak niat puasa ganti. last-last bangun terus ajak yona pi beli makanan. nak ajak atie dah dia period pain plak. atie ni kalau period pain memang kesian bebenor aku tengok. baring aje. aku pon selalu gak kena period pain tapi so far masih mampu ke kelas. but itu pon kalau aku rajin la.HAHAHA.

cerita pasal angin satu badan malam tadi bukan la angin yang rasa nak marah je tu eh. ini angin yang betul-betul angin okey. aku rasa macam satu badan aku lenguh-lenguh. especially kat lutut,buku lali,siku dan bahu. satu badan la rasa tak selesa. rasa macam nak demam pon ada. start rasa dalam jam 12 tengah malam macam tu. duk mesej-mesej dengan mr.izan pon rasa macam nak marah-marah je. nasib la mr izan ni jenis yang sabar je layan aku. then terus tertidur. dalam jam 3 macam tu mr.izan call aku ajak borak sebab dia baru balik kerja. aku still nak marah-marah. badan tak selesa sangat.

mr izan : awak makan panadol dulu la. sapu minyak panas sikit kat tempat yang lenguh-lenguh tu baru tidur eh?
izan : malas la awak..nak bangun pon malas!
mr izan : pls,kejap je awak bangun,makan panadol then awak boleh tidur okey?
izan : ye la....

telan je panadol aku borak-borak dengan mr izan jap then terus sambung tidur. bangun tidur esoknya berpeluh-peluh aku. nasib la tak demam. then aku pikir balik ape yang aku buat sampai lenguh sangat kan. yona tanya aku ada makan pape sayur ke semalam. ade la aku makan kangkung goreng belacan. yona kata maybe sebab angin kot. kangkung tu sayur yang berangin juga. kalau yona dia tak boleh makan kubis.

maybe la kan,sebab lunch tadi aku makan kubis goreng. sekarang rasa macam lenguh-lenguh nak demam balik. dah la atie nak balik dah tu. tinggal sorang-sorang.. T____T

Wednesday, April 21, 2010

sekian



jika kau fikirkan kau boleh,kau hampir boleh melakukan,jika kau fikir kau menang,YA ENGKAU MENANG. wahahaha. suka hati la. nak kata apa or nak fikir apa. mak aku kata,

" adik,kalau senang sangat hidup ni,tak besh. kalau semua benda kita nak boleh dapat depan mata baik tak payah hidup. hidup perlukan cabaran. kutukan membuatkan kita sedar kita tak sempurna. dan menyebabkan kita mahu berubah kearah yang lebih baik. walau apa pon orang kata pasal kita,kita kena sabar. kalau dia kutuk fizikal kita bermakna dia tak redha dengan ciptaan YANG MAHA PENCIPTA dirinya juga. mak pernah ke ajar adik buat jahat dengan orang,kalau mak ada ajar. mak minta maaf. salah mak. adik faham tak? "

waaaa.kenapa mak yang kena minta maaf. adik yang salah. adik yang pi layan semua tu. mak tak pernah ajar adik buat jahat dengan orang.

kepada sesiapa yang ada terasa hati dengan mana-mana entry di dalam blog ini. saya dengan RASMINYA memohon maaf.saya tak berniat lansung untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan anda atau sesiapa. saya tidak pernah mencari anda atau terhegeh-hegeh add anda di mana-mana laman sosial. kenapa cari saya kalau hanya nak menjadi lawan. saya harap agar hentikan segala kutukan membina yang anda berikan. hentikan dari membaca apa-apa entry dari blog saya mahupun ke wall page saya kalau tak suka. saya juga akan berbuat demikian terhadap anda. apa kata anda remove atau block sahaja saya dari list friend anda jika tidak suka. saya merendahkan diri di sini. saya kalah,dan anda menang.

Tuesday, April 20, 2010

umairah merah ;)


kau main hati,dengar sadarmu,kau tinggal aku. pernah ku mencintaimu tapi tak begini...kau khianati hati ini kau curangi aku...T____T. sob sob sobriii...HAHAHA.tetiba masuk nama sobri dalam blog aku. eh aku ada kawan nama sobri masa kat asrama semai bakti trolak dulu.mana la dia sekarang ni.

PENGUMUMAN SEBENTAR
kepada kawanku yang bernama sobri kalau anda baca blog saya ni harap anda boleh la mencari saya disini atau tinggalkan komen berserta nama. sebab kalau tak da nama nanti saya tak kenal awak. oh sobri..lama benar tak dengar berita dari anda T__________T.

lirik lagu yang kat atas tu,tak da kena mengena pon dengan diriku yang sedang dilambung ombak asrama dan bahagia walaupun kau nampak aku bermuka ketat dua tiga jam yang lepas. itu sebab CIBRIT which is stand for cirit birit. aduh,serius penat kalau sakit perut ni. nak kena ulang alik ke tandas. kalau aku pakai pampers lain la cerita. nyahtinja ja dalam tu. tapi euwwwwwwwww..

petang tadi janji dengan bangla tu nak ambil buku yang aku hantar fotostat semalam pukul 4,sekali hujan pulak. tunggu sampai hujan berhenti tapi tak nak berhenti gak. alih-alih aku redah je hujan yang tinggal celah gigi dinasor tu nak pi ambil gak buku tu. sebab aku pinjam buku yuni nak fotostat. kalau buku aku takpe. nanti dia nak study lagi. kan dah menyusahkan dia plak nanti. parking tepi jalan betul-betul tepi kedai fotostat tu. pergi ambil buku sekali tengok temban jadi warna kuning.

kenapa? dia kan warna merah. like umairah...(umairah is my anak buah) kenapa tiba-tiba jadi kuning-kuning cair gitu? aku tunggu punya tunggu..patut la. tepi jalan tu ada lopak. sekali kereta lalu kat lopak tu habis bersimbah air kuning ke tembam. dua kereta lalu,dua kali la tembam kena. tu belum kereta ketiga,keempat dan seterusnya..haish tembam. apa la nasib kau. dah la tuannya nyaris-nyaris nak kena simbah dengan kasih sayang oleh bangla. ni kau pula kena simbah dengan air kuning lagi menjijikkan. nanti kita mandi eh? guna jakuzi. oleyh!

okey. sesi luahan perasaan petang ni TAMMAT. anda boleh kembali kepada kerja masing-masing. kita berjumpa lagi malam nanti untuk sesi bersama doktor love ;) sapa lagi kalau bukan?

kami jemput khas dari angkasa lepas...ini doktor sakit jiwa anda. kepada sesiapa yang tak rasa senang perut sebab entry-entry lepas boleh buat rujukan kepada beliau. sangat menyenangkan hati dia ni.


p/s: love u but its hurting me. T_____T

hutang lagi?


selasa. petang ni ada pasar malam. kenapa sebut petang? bukan pasar malam pada waktu malam kah? sebab aku tak pi pasar malam time malam. malam rimas la,ramai sangat orang. amboi,belagak nampak ayat tu izan. kang kene abuse kang. HAHAHA. tak pon kena serbu dengan jabatan pencegah mulut-mulut puaka. euwww...takut nya.

khamis ni baru ada paper. pagi tadi punya la awal aku bangun. dalam pukul 8 dah terpacak dok depan bilik air nak mandi. tapi dah ada orang dalam shower. so masuk bilik balik. golek-golek sampai kul 10 pagi la tergolek atas katil. HA,TERTIDUR RUPANYA AKU PAGI TADI. eceh,tertidur la konon. padahal memang dalam mimpi je la yang aku tulis bangun kul lapan tadi.HAHAHA. hajat hati nak ambil buku risiko yang aku hantar untuk di fotostat semalam. sekali kul 11 tadi mat bangla tu kata " adik manissss,buku u tak siap lagi la,petang ni jam 4 u boleh datang ambil " waddeeee.... " okey,abg hitam-hitam manisss,nanti petang adik manisss datang ambil "

kejut mr.izan pukul 6 then tidur balik. kul 6.45 dia nak g kerja baru dia call balik kejut aku solat subuh. ini kan sistem yang efektif. u give and i receive. then i give u more than u give and u receive all ;) motif? megi saya sudah kembang. T__________T. mentulis dengan emosi semacam nak hangin satu badan ni akan mendorong kepada kepanasan yang cepat dan megi akan cepat kembang. kau tahu tak? tak tahu kan? tetibe je la aku dengan atie pi gatal benor tangan ni cek hutang pelajar kat e-warga. mana la tahu kot-kot ada yang terlupa nak bayar ke. atau UKM terlupa nak pulangkan baki ke. wakluuuu UKM lupa nak pulangkan baki. HAHAHA. SEKALI ADA TAMBAHAN SEBANYAK RM198. kenapa? kenapa perlu ada tambahan hutang di saat-saat akhir ini? adakah itu untuk yuran short sem a.k.a sem pendek yang akan ditempuh dengan pendek nafas ku nanti? atau yuran kebajikan? arghhhh..mana nak cari duit ni dah hujung-hujung sem pulak tu.

i nak pergi holiday la nanti,UKM jangan la nak batalkan niat i nak bercoti...alahai! lemah lutut i ni. nak mintak dengan hj.salleh muka ni dah sogan yang amat dah ni. duit,kenapa la kau mengalir keluar macam air. kan besh kalau kat jatuh atas riba macam hujan. wow! kaya i...T_____T.

fin. cerita ini tak da kena mengena dengan perbezaan warna kulit atau pengalaman orang lain. ini hanya pengalaman aku ;) oleyh!

Monday, April 19, 2010

memerut

selamat ,selamat dan selamat hendaknya kepada semua.aku ja yang macam tak selamat ja hari ni. dari pagi sampai ke malam melekat dekat meja mengadap laptop. kalau tak dekat meja melekat di katil. sampai kak zie kata tilam aku dah lekuk kat tengah sebab digunakan semaksima yang mungkin. tapi tak pe. memang tugak tilam itu untuk menyenyakkan aku tidur dan lena dengan secukupnya. kalau tak buat apa letak tilam dalam bilik. baik campak je keluar bilik. ops,lupa nak mention. kak zie is my rumate. ke dah pernah mention before ni. biasa la kalau dah tension memanng cepat lupa benda-benda penting dalam hidup ni.

okey kak zie,terima kasih kerana bagi izan megi asam laksa sebungkus sebab izan dapat makan bege je malam ni. punya la ramai orang kat kafe aku sampai tak pernah nampak orang seramai ini. okey,tipu. sebenarnya service kafe yang cam harem jadah sikit. sebab sungguh lembab,walaupun aku just order nasi putih,tomyam ayam dan telur dadar. lain la kalau aku order ayam stim lemon ke,ikan kukus kene kukus dengan pengukus mak aku ke. itu memang dapat dimaapkan. so kafe,kau rugi rm6 hari ini dari aku. sebab aku makan bege rm2.50 je kat abg bege. nasib kau la abg bege.

ahah,komen-komen anda hanya akan di balas setelah 12 malam ini. sebab dah macam ada pertanyaan yang patut dijawap ja. bukan aku tak nak balas komen-komen korang. nanti kalau aku balas bukan korang nak balas balik. balas la balik komen yang dah aku balas. balas membalas tu kan baik ;) okey BALAS MEMBIDAS. sangat PANAS. hahaha...

dah,cerita malam ni menag tak da motif. saja nak kasik blog berupdate ja. oleyh! ;)

Friday, March 26, 2010

mimpi

aku dapat mimpi. mimpi yang aku rasa kalau kau suruh aku tidur semula aku rasa macam tak nak tidur sampai bila-bila. selalu kalau aku mimpi mesti aku nak sambung tidur supaya mimpi aku bersambungan. ok,aku kena mentaip secara cepat kerana memori aku untuk mimpi selalunya adalah terlalu singkat.

aku,mr.izan,dan beberapa kawan yang lain berada dalam satu van. masing-masing merahsiakan status hubungan.termasuklah aku dengan mr.izan. meraka dalam perjalanan menghantar aku ke rumah. kerana aku ingin tumpang. dalam bergurau senda aku terketuk kepala mr.izan sampai kepala dia berdarah. aku dalam keadaan yang berpura-pura merahsiakan perhubungan kami dari rakan-rakan ini dengan tidak sengaja tertunjuk keintiman bila aku membelek luka dikepala mr.izan.dan kawan-kawan aku mula mengesyaki kami mempunyai status hubungan terlarang! apakah maksud tersirat disebalik mimpi ini?

keadaan aku di dalam mimpi yang patut anda tahu.
1. ramai kawan aku dalam van. ada kawan sekolah rendah,sekolah menengah,matrik,ukm,sampai makcik yang cuci toilet blok aku pon ada. pelik!
2. aku memakai baju kurung MRSM. pelik!
3. mr.izan pakai baju kerja.
4. ada bekas kekash kami di dalam van tersebut memakai baju ala-ala orang nak menari tarian zapin.
5. aku ketuk kepala mr.izan guna buku marketing.

sudah lah! ini hanya mimpi. sapa suruh kau tidur siang hari izan oi. kan dah dapat mimpi pelik-pelik.

Tuesday, March 16, 2010

design blogspot cam wordpress!

wow..hebat! terima kasih kepada Ah Fatt.

1. prgi ke link ni http://draft.blogger.com/. ataupon dashboard blog anda.
2. klik pada box Make Blogger in Draft my default Dashboard.



3. then pergi ke bahagian layout.




akan nampak Template Designer.

4. klik pada Template Designer.
5. start design sendiri blog anda ;)
6. klik APPLY.







Saturday, March 06, 2010

perkara 1 2 3

harap minta perhatian. oleh kerana telah lama tidak menaip sebarang entry sampai rasa semacam dendam pada blog sendiri. dendam disini bukan berkenaan dengan hasad bin dengki. tapi dendam dalam istilah rindu yang teramat sangat. seperti biasa,disebabkan telah lama tidak update akan ada perkataan sabtu lepas,ahad lepas dan lepas lepas. sila beri perhatian. ini entry panjang. dan sungguh akan panjang. betul. aku tak tipu. muka i mana nak pandai main tipu-tipu ni. kan? kan? kan?

perkara pertama. (1.0)
MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ (MATK) e.k.s (erti kata senang) adalah annual diner akan berjalan 18 mac ni. hari khamis. seperti aku sahaja yang maklum hari khamis adalah hari berbungkus dan berlumut di fakulti. full ok kelas aku hari khamis. sampai malam aku ada kelas. 8 pagi-11 malam kelas aku. so,nak ponteng ke? tak nak pi kelas? aku bagi dua pilihan ja ok. jangan nak suruh aku buat pilihan lain. hahaha. dengan tema yang aku telah lupa. nanti aku refer semula pada hayyan or yuni,aku pakai baju kurung je la. boleh kan. then tutup muka dengan towel yang tempah kat adli. ahah! sungguh unik.

cerita pasal towel yang aku tempah kat adli. teringat nak buat sedikit review. review? hahaha.layan...bila bekerja dalam satu organisasi yang ramai kawan-kawan yang kita kenal dengan rapat. susah if jadi apa-apa pertegangan urat dalam e.k.s makan dalam.

so,disini aku listkan pengajaran dari pengalam.(1.1)

1.jangan pandai-pandai janji nak ambil apa-apa tempahan kalau kau tak da kereta.
2.jangan pandai-pandai nak tanya macam-macam time orang tengah marah.
3.jangan pandai-pandai buat benda yang orang tak suka.

done bab pertama dalam minggu sengsara. eh,bukan-bukan. minggu dugaan penuh pancaroba.

perkara kedua (2.0)
oleh kerana sem ni sem pendek dalam e.k.s adalah sem tak panjang seperti sem-sem lain. sebab sem ni bakal sadakallah hul azim 27 april ni. bermaksud hanya sebulan dari sekarang. pejam celik pejam celik dan pejam terus dah nak habis sem 4 aku. maknanya sudah 2 tahun di sini. maksud di sini adalah di HATI mu. hahaha..bukan-bukan. sila abaikan mood gedik bunga cinta aku. ahah,baru selesai 2 paper azab dunia hari jumaat dan sabtu hari ni. wallah! memang tahap kecintaan mendalam la study. satu malam boleh habis kan setengah buku untuk bawa ke medan tembak dunia exam UKM.

pengajaran dari pengalaman (2.1)

1.study awal. jangan study last minute. ini rasanya dari sem 1 aku dah kata macam ni. last-last jadi macam ni juga. apa ni banyak word ni.
2.jangan pegang jawatan sem depan. sem depan duduk di bilik diam-diam. melekat ja kat meja. study! bukan main internet.

perkara ketiga.

sudah lupa bila teringat esok satu UKM tak da elektrik. maka? jom dating! hahahaha






Monday, January 04, 2010

malas nak layan u

esok kelas pagi. tapi si tembam buat hal plak. asyik nak merajuk ja. letih la macam ni. baru kena tinggal 4 hari dah merajuk. tu belum i cari ganti lagi u. kang i buat betul-betul kang. nga-nga u tembam. i gantikan dengan kurus-kurus plak. masa tu baru u tahu langit tu tinggi ke rendah. kalau nak rasa i marah-marah manja lagi buat la.i ugut ni. u nampak tak i dah get ready nak lompat tingkap ni. kalau jadi pape kat i,sapa nak manja-manja kan u lagi? hah?? u cakap kat i! cakap!

asyik-asyik i ja nak kena mengalah. u tu tak pernah nak paham i. i tanya tak nak jawap. bila i suruh u tanya,u plak tak nak cakap pape. macam mana nak selesai. tension la i dengan u ni!

bisu eh? awak tak boleh cakap kah? ohhh,chemor...




Saturday, January 02, 2010

when u get the opportunity,try to use your strength

aku di klang sekarang. untuk mengelakkan diri dari menjalankan aktiviti-aktiviti tidak bermanfaat di kolej. bukan semua tidak bermanfaat ya. ada se-setengah ja. but tidur adalah satu kerja yang paling bermanfaat aku rasa buat takat ni. kalau nak suruh aku pilih antara tidur atau tidur aku akan tetap pilih untuk tidur. sabtu ni tak sure yang kelas koke aku ada ka tak. tapi naluri ke-maksu-an ku kuat mengatakan yang bahawasanya kelas koke dibatalkan kerana aku hendak tidak ke kelas esok! so dengan bangga nya aku umumkan di sini. kelas batal untuk diri aku sahaja. harap maklum-at sampai.

isnin pula? memang tak da kelas. so akan melepakkan diri dengan jaya nya di rumah kakak aku sampai isnin maybe. tu pon kalau kakak aku tak halau sebab makan terlalu banyak di rumah beliau. baru 10 jam di sini,aku telah men-telan-kan setengah nasi di dalam periuk nasi beliau. seperti hidup melarat sangat di UKM sahaja gaya aku makan. tapi,kan kakak aku dah cakap,dia memang suka aku balik,sebab dia suka orang makan masakan dia. sesiapa nak rasa bertuah seperti kakak aku ni? sila ambil aku jadi adik korang. but,tawaran terbuka kepada kakak-kakak sahaja. kepada abang-abang jangan berasa hampa,but sila calonkan diri anda as my future hubby maybe.

hari ni secara berturut-turut peristiwa yang menaikkan saham syarikat NORIZAN MUHAMAD SALLEH berlaku dengan sengaja. bukan tidak sengaja. ianya sengaja! ya,sengaja! berapa kali nak tulis sengaja ni. memang sengaja aku tulis sengaja dengan sengaja banyak-banyak kali.

insiden sengaja cari lama pertama
aku dah sampai kat stesen komuter,but nampak ramai sangat yang tengah Q,and dengan bangga nya aku pi beli roti dulu sebab dah lapar sangat. nanti if aku ter-pengsan nanti macam mana? tak ke haru biru lelaki-lelaki ganteng kat stesen tu berebut nak men-CPR-kan aku. aku malas la menimbulkan pertumpahan saliva di stesen komuter UKM gara-gara berebut ingin membantu aku. aku tidak suka akan keadaan itu. and beratur setelah Q nampak pendek dari awal tadi. and sampai di kaunter,lelaki baju biru enggan melepaskan tiket aku.

lelaki baju biru: dah basuh baju?
aku: ha? pardon?
lelaki baju biru: kalau dah basuh baru boleh keluar jalan-jalan.
aku: ha? pardon me???
lelaki baju biru: nah-nah tiket. lampi betul budak ni.
aku: hahahaha

kenapa aku boleh gelak,padahal maruah aku cuba untuk di perkotak katik itik kan disitu? sebab aku kurang dengar apa yang lelaki baju biru tu cakap.telinga aku ter-sumbat dengan bola-bola kecil hitam yang menyanyi-nyanyi. aku tanya balik kawan aku apa yang lelaki baju biru tu cakap baru aku tahu dia tengah cuba men-tebar jala dan aku gelak dengan manja. argh! very the cherry kau izan. sungguh the not me.and ini telah menyebabkan aku terlepaskan train dengan sengaja. lalu kena tunggu for the next train. nasib tuah badan yang mandi pagi tadi lalu train sampai 20 minit lepas tu.

insiden sengaja cari malu kedua
dalam train penuh macam sardin. ada seorang lelaki yang berebut-rebut naik train dengan aku. memakai beg galas biru UKM. bawa beg sandang laptop and memakai jam budak-budak yang ada cover batman tu. aku pernah nampak one of my cousin pakai jam macam ni. but he is only 6 years old. and that guy was already 19 or 20 years old i think. but its ok. setiap orang ada selera masing-masing untuk bergaya.aku terpaksa berhimpit di bawah ketiak dia sebab dia berdiri kat belakang aku and dagu dia selalu terlanggar sanggul rambut aku. argh! senget sudah! and sampai dekat serdang makin bertambah yang naik but tak da pon yang nak turun. dengan ke-himpitan yang sengaja aku himpit kebelakang lagi memaksa aku memalingkan muka meghadap dada lelaki batman tersebut. sebab sanggul aku sampai dah penyek kena dagu lelaki batman tu. untuk mengelakkan pelanggaran yang boleh menyebabkan aku malu. aku letak bag aku ke bahagian depan dada aku. and once train nak gerak aku terpaksa peluk dada lelaki batman. waaaaaa...sengih memanjang kau ya batman celup! nasib la kau turun kat mid valley. kalau tak aku yang turunkan diri aku kat mid valley and tunggu train lain. but sebenarnya aku lebih rela ter-PELUK lelaki melayu dari bangla-bangla di belakang aku!

insiden sengaja cari malu ketiga
sampai dekat bukit badak,tiket aku tak boleh nak masuk dalam mentang yang sengaja buat aku malu tahap karma! aku nampak ada seorang perempuan muda and lelaki berkaca mata tengah tunggu di depan tu. aku pandang perempuan muda tu dengan harapan yang perempuan muda tu boleh cakap sumthing about tiket aku yang tak boleh masuk tu. but she just alihkan muka and pandang ke arah lain. huh! what the big nikmat lagi aku dapat tadi. then lelaki berkaca mata tunjuk ke arah pintu pagar. and aku mengandaikan yang maybe aku kena lalu ikut pintu pagar tu. but it is close. sebelah pintu pagar tu ada ruang kecil and hanya muat kalau kucing nak lalu. ang aku fikir yang kaki aku ni saiz-saiz kucing ja. so,try la lalu ikut ruang tu. sekali tersepit dok kat situ. huh? dengan tak sengaja tangan aku tertolak pintu pagar yang tertutup tu. it is close,but not lock! ok,fine. aku memang nampak stupid gila! dan hujan telah menyelamatkan aku dari gelak tawa just kidding lelaki berkaca mata dan perempuan muka selamba.

p/s: berjimba sampai rasa pening lalat.



Wednesday, December 23, 2009

semua barang pinjam


biasa kalau aku pi mandi memang aku pakai baju lengkap and bawa towel je. toiletries semua dah ada kat toilet. ha,ni memang tabiat yang tak baik. aku suke tinggalkan bucket toiletries aku dalam toilet je. seolah-olah toilet hostel ni cam toilet rumah plak aku buat. tapi oleh kerana hari ni aku bakal menempuh alam perseksian sedunia,maka aku saja-saja je pi mandi dengan pakai towel je. ala-ala seperti walk way hostel pon cam walk way rumah aku. sila jangan membayangkan yang bukan-bukan. izan tak suka tu. kang ai babab uols...

dan seperti biasa juga aku akan mencapai kunci di dalam laci lalu menuju ke bilik air dengan towel sahaja. sambil bernyanyi-nyanyi kecil lagu i wanna i wanna touch u,u wanna touch me too..bla bla bla...amek bucket toiletries masuk dalam shower room,lalu mandi sambil sambung nyanyi. sangkut kunci kat tepi dinding.

siap mandi,tinggalkan bucket dalam toilet. jalan menuju ke bilik dengan langkah mak yong. kemudian baru perasan yang aku bawa kunci motor masa pi mandi tadi. bukan kunci bilik! what the big???? terus gelabah pi bilik yona nak pinjam baju and nak tumpang solat asar. yona plak tak de kat bilik. then naik atas balik. bayangkan aku hanya bertowel ke hulu ke hilir. bilik aku aras 5 bilik yona plak aras 1. what the big again???

then ketuk pintu bilik depan aku ni ha. nasib amoi cantik tu nak tolong aku buka pintu guna kad. but still tak ley. last-last pi bilik ain pinjam shirt dia. then berjalan dengan hanya memakai shirt ain dan towel ke blok sebelah meminjam seluar hayyan. and tumpang solat asar jap. lepas tu ke bilik yuni dengan baju ain dan seluar hayyan. mintak tolong yuni temankan aku ke pejabat. lalu ke pejabat dengan memakai baju ain,seluar hayyan,tudung hayyan dan di temani oleh yuni. tungu punya tunggu felo yang bertugas tak datang jugak. last-last pengetua yang datang. aku tebalkan kulit muka aku yang cam lidah buaya ni,mintak kunci.

sempat lagi pengetua perli aku;
"bawa kunci moto nak ajak mandi sekali kot"

aku;
"hahahaha" tu je la yang mampu. dalam hati tengah tahan je malu yang tahap kalau nak ukur guna termometer,boleh terkeluar merkuri dia tu.

pengajaran di sini,jangan verangan masa ambil kunci. tengok betul-betul kunci peti besi ke kunci cawat besi korang ambil tu.