Followers

Showing posts with label dating dating melting. Show all posts
Showing posts with label dating dating melting. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

sunway lagoon (part 1)

percutian di tengah waktu aku sangat busy. eceh...tak da la busy mana sangat pon. cuma time ni aku ada 5 assignment, 3 pembentangan dan sedang sibuk menghabiskan kredit untuk call mana-mana company yang sudi untuk ambil aku praktikal. tak la busy mana kan..berbanding orang lain yang nak praktikal short sem nanti, bukannya sem depan macam aku ni ha, tapi still tak da masa nak siapkan kerja kumpulan kan? sapa la tu..malas nak ungkit banyak-banyak, sebab tu aku ungkit sikit je dalam blog ni ha. sebab aku tak busy pon. HAHAHA. tapi tak pe, semuanya telah selesai. kerja pon dah siap. thanks to all my group member, tanpa anda siapalah saya ini. eceh...

untutk pengetahuan, aku dengan alan je yang ke sunway lagoon ni. ajak ramai, tapi semua cancel last minute. kami teguh dengan pendirian masing-masing gigih nak nak pergi juga. sebab kalau tak pergi cik izan kita ni akan hamuk satu kampung. biasalah dah biasa dimanjakan. penat saya nasihat dia, pergi lain kali, sebab kerja banyak yang tertangguh...tapi nak buat macam mana? saya hanya pembantu beliau...(perenggan ini di karang oleh my PA)

thanks to alan for all the ticket, lunch, duit minyak and tol. dan haku? hanya pergi sana dan enjoy! hujung bulan ni kita makan meggi je la kan uuuu...duit masing-masing dah tak da. ini lah seperti kata pepatah, "biar papa asalkan bergaya". contoh yang sangat tepat saya rasa untuk perenggan ini. kita teruskan dengan sajian gambar di sana. harapnya gambar-gambar ini cukup untutk menceritakan segalanya. kalau tak cukup, aku akan tambah caption kat bawah tu. harap maklum.

 ini adalah bertujuan untuk tunjuk jam sunway lagoon itu.

mainan wajib untuk kami...

hati ku di tusuk duri..ecehhh...

holoh holoh holohhh..jinak!

berjumpa lagi di part yang seterusnya jika ada. muah!



with❤:izan®

Saturday, August 14, 2010

im making donut


donut masih dalam proses. nanti if dah siap aku tayang dalam blog okey. oh, hari ni aku busy. jangan cari aku dimana-mana. sesungguhnya aku tiada di bilik, ukm mahupun di bangi. BABAI! ;D

with❤:izan®

Tuesday, July 27, 2010

malaysia VS korea selatan 1-0


nasib MALAYSIA MENANG. kalau kalah malu lah pak cik kat sebelah aku yang semangat pakai ikat kepala malaysia tu. semangat okey dia suruh aku belikan ikat kepala tu. siap tanya, nampak macam pahlawan ke tak? motif? nak tengok bola nak kena nampak macam pahlawan. HAHAHA. layan je la pak cik.

eh, perasan kan baju sama warna. kata pon sehati sejiwa. MUNTOH lagi...

p/s: aku terlepas tengok jaringan malaysia. sebab beli kacang rebus dekat atas! ;( pity me!!!!

with❤:izan®

Nestle Nutrition Month

ahad kelmarin, UKM tak ada elektrik. oleh itu haruslah aku ni gigih ajak alan jalan-jalan. alasan oh tak da elektrik kena ajak alan jalan-jalan. eh, mesti kot. dengan atie keluar ngedate sama cd. dengan yona balik rumah. dengan roomate pon balik rumah. tak kan aku nak berpanas dalam bilik sorang-sorang. tapi dah panas pon duk tunggu alan. lambat!

alan : saya lambat sikit boleh?
aku : kalau lambat nanti merajuk. mogok tak nak make up!
alan : okey.

HAHAHA. cantik punya jawapan. okey??? gedik oh. merajuk then mogok tak nak make up. heaven gila kau izan. last-last aku make up juga. kalau alan tak minta aku make up pon aku nak juga. dulu ye la kot. rasa macam malu-malu nyah gitu nak letak eyeshadow kat mata. sekarang kau, kalau tak letak rasa tak cun gitu. boleh? MUNTOH!

dalam jam 1 petang baru alan ambil aku. kitorang pergi mid valley. jalan-jalan sampai aku terbeli kasut kuliah sepasang. TERBELI adalah perbuatan tidak sengaja. esok aku pakai. kasi tayang dekat atie. "babe, esok u ambil gambar i pakai kasut baru okey, please....". jalan-jalan dekat mid valley sampai termasuk dalam exhibition centre dia. sekali nestle ada buat Nestle Nutrition Month. macam-macam booth ada..yang paling laku booth megi and milo la. aku dengan alan, hentam beratur dua tiga kali. makan free. jangan kasi peluang keemasan ini terlepas begitu sahaja. sampai kenyang la kot kitorang hentam makan dalam tu. oleh itu, jimat la duit untuk LUNCH. hahaha. tipu. padahal dah makan nasi kat bangi.

terbukti lelaki ini beratur lebih dari sekali. sebab ada dua mangkuk megi dekat dia.

alan ambil, aku makan je. alan ambil lagi. aku makan lagi.


sudah kenyang? jom tengok bola! MALAYSIA vs KOREA SELATAN.

with❤:izan®

Monday, July 26, 2010

cerita JALAN TAR

peringatan : ini cerita sabtu minggu lepas.

sabtu minggu lepas kami ke JALAN TAR. kami adalah seperti biasa. paham kan? ke sana mencari baju sama rona seperti yang telah di ceritakan di dalam entry ini. ini adalah merupakan entry lanjutan dari cerita tak da mood semasa bershopping. apa? ya, saya kehilangan mood mencari baju sama rona di sama. semua gara-gara memakai wedges. selepas ini, saya beringat. kalau mahu berjalan jauh dengan alan kena memakai kasut sukan. alan jalan sangat laju. kalau dia jalan. sama dengan kita berlari. kalau dia berlari mungkin sama dengan saya menari. HAHAHA. tak-tak-tak lawak langsung okey.

sebab tak lawak, kita sambung cerita. dan berjaya nya kami ke sana dengan membawa pulang baju sama rona. eh bukan baju lagi. hanya membeli kain. boleh-boleh alan nak cari yang paling murah sekali kain baju dia.

alan : kita cari yang ada sales okey?
aku : baiklah pak cik.

last-last, dapat la kain baju dia untuk 4 meter RM28. kilat-kilat macam orang nak nikah gitu. HAHAHA. aku ni bukan lah jenis yang tahu sangat nak beli kain baju melayu orang laki ni. dia pula sibuk suruh aku pilihkan. dia ingat aku ni hebat sangat ke bab kain-kain ni. kalau hebat tak kan la sampai telepon mak aku tanya berapa meter nak buat baju melayu orang lelaki. tapi aku tak direct la call tanya mak aku. kang mesti mak aku curiga semacam je kan. kot dia pikir aku nak pi buat baju nikah nak kahwen lari ke hape pulak nanti. tiba-tiba tanya pasal kain baju melayu kat dia.

aku : acik, cuba tanya mak. biasa mak beli kain nak buat baju melayu ayah berapa meter?
acik : (tanya mak, tapi aku dengar dalam telepon)
acik : dalam 4 meter kalau laki ko kurus, HAHAHAHA.

cis! acik aku tahu rupanya aku tanya sebab aku nak beli kain baju melayu alan. HAHAHA. dan kedengaran sekali mak aku tumpang gelak sekaki. siap perli "tanya baju melayu ayah konon..."

nanti baju aku dengan alan dah siap aku tayang ok. tapi tunggu raya la. nanti basi. puasa belum dah sibuk pikir RAYA...izan, izan!


sila perhatikan mata i. aw...HAHAHA

with❤:izan®

Thursday, June 24, 2010

kami ke PD

cerita ini sudah lama. lama sudah, tapi tetap mahu cerita. kalau tak suka, jangan baca. selesai masalah kamu. apa ni izan, selalu mematahkan semangat orang-orang yang mahu membaca. eh, sebelum terlupa. khamis minggu lepas sepupu lelaki aku telefon minta no telefon acik aku. ok, kita kenalkan sepupu lelaki aku pula di dalam blog ini. nama beliau Ajo. bukan nama sebenar.HAHAHAHA. Ajo ni memang rapat dengan aku. selalu belanja aku makan-makan if jumpa kat kampung. sepatutnya aku panggil dia Abg Ajo. tapi sebabkan dah rapat macam kawan aku panggil dia Ajo je. lepas dia minta no telefon acik aku, kami berbual seketika. oh, terlupa. tujuan dia minta no telefon acik aku sebab ayah kepada Ajo, which is pak cik aku nak berbual dengan ayah aku. telefon rumah rosak ketika itu. ok, sambung semula. kami berbual seketika selama sejam setengah. it is normal when u talk with ajo, u just can't stop. ada ja point dia nak kenakan kita. HAHAHAHA

esok paginya tu, aku nampak status angah aku di facebook kata Ajo terlibat dalam eksiden motor. masyaALLAH... baru semalam aku berborak dengan dia. dan sekarang dia masih dalam keadaan koma di hospital penang. hanya malam jumaat tu sahaja aku sempat baca yassin. dan sekarang aku mula period. nanti aku sambung baca lagi ye Ajo. semoga kau cepat sedar. kau kena kuat, sekuat usikan kau yang mampu buat aku ketawa siang dan malam.

okey, back to cerita PD. kami ke sana sudah lama dahulu. aku bukan jenis yang suka ke mall sangat. ececece.. tapi bila time sale aku la paling gila. Alan tahu cara nak jimatkan belanja dia dari aku hentam dia makan di mana-mana restoran mahal, dan terpaksa melayan aku mencuci mata di dalam mall baik dia bawa aku ke tempat lain. dan, destinasi bajet yang di pilih ialah PD. ini pillihan aku. Alan hanya menuruti. malam sebelum ke PD gigih Alan minta aku masakkan nasi goreng tak cukup sifat yang hanya di masak dengan rice cooker. aku kata, kalau sempat aku masak. sebabnya aku ada hal pada pagi sebelum ke PD tu. hal apa, nanti aku ceritakan di lain entry.

sampai disana dah lewat. dalam jam 3 petang mungkin. bertolak dari UKM pon sesudah zuhur. dari asal nak berjalan-jalan sahaja sekali termasuk pameran akuatik pula. HAHAHAHA. nasib la u, dapat perempuan gigih nak buat semua benda ni memang banyak belanja ;)

sumpah,kalau ini la nasi goreng yang aku masak untuk Alan, dia ajak aku nikah terus! HAHAHAHA. ini nasi goreng berbuka puasa dengan Athiah dulu-dulu ;))

okey, ini nasi yang sebenar. usah kau lihat pada rupanya. tapi kau nilai lah pada rasanya. HAHAHAHA

seorang masuk RM 10. ni Alan bayar. aku hujung-hujung sem ni memang tak de duit. kerja nya kikis duit Alan bagi perabeh. HAHAHAHA

finding nemo! ;))

ikan kuning ;)) aku tak tahu la nama-nama ikan tak boleh makan ni. ikan yang boleh makan pon selalu je failed. hahahaha




sambungan selepas ini. ada yang makan hati. makan lah. aku nak makan McD ni. muahahahaha...cari pasal izan, cari....

with❤:izan®

Tuesday, June 15, 2010

resepi nasi goreng

sepanjang katiadaan aku mengupdate di sini, banyak benda aku buat. oleh kerana banyak benda, so kalau tak tayang memang cam tak sedap je la kan. hidup kena menayang baru best. hahahaha... ayat macam ni kalau selalu di praktikkan boleh menyebabkan semua orang rasa nak lempang kau sampai jadi lembik macam pisang. dah la dulu dah jadi pisang, kalau pisang dah lembik boleh buat cekodok. alamak, agak-agak rice cooker yona ni mampu ke tak eh nak goreng cekodok?

okey, tanpa membuang masa mari kita senaraikan bahan-bahan membuat nasi goreng kita ;)

    bahan-bahannya:

  1. sebiji bawang besar di potong dadu.
  2. 4 ulas bawang putih di potong-potong.
  3. 5 biji cili padi di potong-potong.
  4. 2 biji ubi kentang di dadu-dadukan juga.
  5. sardin tin.
  6. minyak masak.
  7. fish ball kalau ada.
  8. 1 1/2 pot beras lalu ditanak.
  9. sebungkus perencah nasi goreng ADABI. (ini adalah resepi kejayaan nasi goreng yang sedap)
peringatan di sini, segala aktiviti pemotongan dan pendaduan adalah dilakukan dengan kecil-kecil sebab saya menggunakan rice cooker, bukan kuali seperti di dapur rumah anda ;)

cara-cara memasak :



1. sediakan bahan-bahan untuk menumis seperti di atas. sila lihat, segala pemotongan adalah dilakukan secara comel-comel agar senang untuk di masak dan cepat.


2. panaskan minyak masak di dalam rice cooker. apabila minyak cukup panas....


3. masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan kentang yang telah di potong comel-comel tadi. kemudian biarkan setika dan jangan lupa tutup penutup rice cooker anda agar keadaan di dalam rice cooker cukup panas untuk menjadikan bahan tumisan tadi mengeluarkan aroma sedap...ohmai...


4. sementara menunggu bahan tumisan kita mengeluarkan bau, apa kita buka tin sardin. dan hancurkan seketul ikan sardin untuk di masukkan ke dalam nasi goreng kita nanti.


5. setelah tumisan kita kelihatan kekuning-kuningan,masukkan perencah nasi goreng adabi bersama-sama dengan sardin yang dihancurkan tadi.


6. untuk menyedapkan tekak aku dengan atie yang maha dasyat dan selalu lapar ini, kami memilih untuk menambahkan sedikit fish ball ke dalam nasi goreng kami. ini bukan saja akan menambahkan selera, malah akan menyebabkan nasi goreng kami menjadi begitu menselerakan ;)


7. dan akhir sekali masukkan nasi putih yang telah di tanak dan gaul sehingga sebati bersama-sama dengan rempah ratus tadi. lalu di biarkan sebentar di dalam rice cooker milik yona ;)


minta maaf sebab hiasan sudah tertunggang langgang. semua gara-gara perjalanan yang jauh untuk makan nasi goreng ini. ini adalah cara untuk berjimat dalam bercinta. keluar dating bawa bekal dari rumah.disamping dapat berjimat dapat juga TUNJUK BAKAT. hahahaha


with❤:izan®

Tuesday, June 08, 2010

banyak nye ikan

semalam-semalam pergi makan pizza dengan alan. aku yang gedik BIN gletik ajak dia pergi tengok LAGENDA BUDAK SETAN. sebagai upah,aku kena belanja tiket wayang. dia? goyang kaki je la. HAHAHA. tidak,kompem la makan dia yang bayar. oleh kerana makan alan yang belanja. kena gigih cari tempat yang sedap dan ala-ala berbaloi sikit nak kikis duit dia. dasar wanita kikis dan pisau cukur rupanya aku. kau nak marah? ha,meh sini marah aku. ek eleh,emo lagi minah ni.

dan destinasi bajet yang di pilih adalah PIZZA HUT ALAMANDA. spagethi dia memang terbaik,walaupon service lambab tahap bab satu. its ok. i boleh maafkan. asalkan abang yang ambil order tu boleh senyum sampai 10 kali pandang i. fuh! nasib alan tak perasan i main mata dengan itu abang.

dan menu yang disarankan untuk anda pilih adalah seperti berikut : (bahasa melayu ini indah kalau kita guna kan sekali sekala)

makanan yang licin di balun oleh alan. lansung tak tanya aku nak ke tak. sempat rasa sikit je. tahu la awak yang belanja. T____T

makanan yang lambat lambat dan lambattttt sampai. sampai aku ngan alan termenung panjang tengok cheese yang ditarik panjang oleh family depan meja kitorang. kalau la aku ni jenis muka nak hamuk tiap kali lapar,aku dah hamuk dah dalam pizza tu! eh,bukan ke? erk...

siapa berani buat ini sebagai makanan tengah hari meh sini meh. jumpa aku dulu. hamboih! tak sampai hati nak makan. HAHAHA

with❤:izan®

Monday, May 31, 2010

kick challenge

jalan-jalan dekat jusco SEREMBAN dengan alan,tiba-tiba nampak event kick challenge anjuran TM net. dia bagi ko masa dalam 2 minit then ko tendang la laju-laju sampai habis masa 2 minit tu. dia akan kira berapa gol ko boleh jaringkan. ha,lebih kurang macam tu la.

tapi ko kena beli i-talk rm 10 untuk pendaftaran. record semalam yang aku dengan alan tengok baru 50 gol dekat jusco seremban. hadiah peringkat saringan ni dapat rm10 ribu. tapi tadi aku buka dekat fb yang menang rm 10ribu tu orang lain dah. kalau nak lebih detail korang boleh tengok dekat everyone connect ni. ataupon dekat sini.

dan alan juga tidak ketinggalan untuk menyertai sepakan yang berkemungkinan untuk kami bawa pulang rm10ribu tersebut. ecececeeee...angan-angan nak tinggi je kan. HAHAHAHA. dalam masa 2 minit alan dapat 10 jaringan je. jadi la. T_____T. no worries. i still love u ;)
gaya seorang penjaring 10 gol dalam masa 2 minit. HAHAHAHA.

abang ni punya rekod 40 jaringan, memang style la dia sepak bola. kagum aku tengok.


with❤:izan®

nasib dapat nasi

kisah hari jumaat hari tu memang menggembirakan. nasib aku dapat makan nasi. kalau tak memang aku hamuk satu nilai malan tu. HAHAHAHA...

okey,disebabkan telah menghebahkan hal rumah tanpa tangga sendiri di blog sendiri. maka,kita tukar la eh nama mr.izan kepada nama sebenar beliau. ALAN. hamek kau.dulu boleh-boleh tak nak dapat bf start dengan huruf A.okey,i had try to cari balik entry yang aku taip pasal aku dah serik nak ada bf yang start dengan huruf A. tapi tak jumpa. ini lah masalah bila aku selalu membuat entry yang bertajuk lain dan berisi kandungan lain. haishhh...dah buat baru nak menyesal..

tapi tak pe, dah dapat yang huruf A nak buat macam mana kan. eh,tapi nama sebenar alan bukan start dengan A. nama dia start dengan N. for NORIZAN. hahahaha...bukan-bukan. NOOR AZLAN. kawan-kawan dia dan kawan-kawan lama aku panggil dia acong je.

Nada,kita berkongsi ka? HAHAHA...

now,back to cerita dapat nasi. lauk malam itu adalah...

lauk sampingan. khailan goreng belacan,sambal belacan.
lauk utama. tomyam ayam!

alan ni senang. apa aku order semua dia telan. nanti lagi la senang kan. apa aku masak dia makan je. hari-hari masak telur goreng sama kicap pon sodap kan alan ;) HAHAHAHAHAMPEH!

with❤:izan®

Friday, May 28, 2010

malam ni mintak-mintak la dapat nasi

mr.izan nak belanja makan. minta-minta la kau belanja nasi. jangan la bawa aku pi makan fast food. seharian di bilik tak makan apa-apa. tahu la cuti. tak kan la kafe pon  nak  cuti....melampau!

with❤:izan®

Tuesday, May 18, 2010

bot wap

firstly kredit to acancapik kerana memberi aku tajuk entry ni. aku memang ada problem sikit dengan pemberian tajuk ni. dari dahulu sampai la sekarang.

dalam bahasa inggeris nya steamboat. aku dengan athiah plan nak makan steamboat ni dari awal sem lepas lagi. sorry babe. u balik rumah minggu lepas kan. so i pergi makan dengan mr.izan dulu. sem depan masuk je encik JPA kita tu. benda pertama adalah steambot! holeyh!

gambar steambot tak da. ada gambar makhluk comel sahaja. nah-nah. tatap la sampai muntah.

okey,tak nampak comel. mr.izan kalau ambil gambar aku memang macam nak gigit je. 

dan untuk pengetahuan. mr.izan ni berlidah pendek HAHAHA

tak de pelat pulak dia cakap. cuma suka cakap meleret-leret gitu. nak kata manja pon boleh la. kadang-kadang aku kena tanya 2,3 kali ape yang dia cakap. sebab manja sangat. HAHAHA. mampos kena pasang ayat pujuk malam ni....

okey-okey. tahu gambar tak comel. nak suruh jaja gambar  lagi la tu. hamek!

eh,kenapa sampai hentak-hentak kaki tu. tahu la comel. MUAHAHAHA

with❤:izan®

rancangan bermandi manda


rancangan ini pon batal. and aku nak listkan juga apa sebabnya.

  1. oleh kerana mr.izan bermain futsal selama tiga jam tanpa henti malam sabtu hari tu.dan bermain pula dengan kadar yang lasak mungkin. kaki beliau tempang. sengal-sengal di bahagian lutut dan peha. so akan berisiko untuk mandi manda.
  2. mr.izan kena kerja pada hari ahad malam isnin! kenapa la MAS ni buat sistem kerja last minute. menganggu rancangan orang nak dating,dating,melting saja!
  3. lagi pon aku memang plan nak balik awal. sebab kalau sempat aku nak pergi klcc petang tu. nak jumpa ct.
  4. namun! hujan!
so,dating pada hari ahad hanya di alamanda ;) even tak dapat nak berpicnic di sungai tapi kitorang dapat picnic dekat tepi tasik. sambil makan spagethi yang sedikit hangit gara-gara masak sambil membuang anai-anai di rumah angah.

with❤:izan®