Followers

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Sayang Bini tinggal-tinggalkan. Sayang Laki pon kau tinggal-tinggalkan.

Hai,

Baru je Jumaat lepas update macam mana nak bagi bersemangat update blog. Dah terbengkalai sehari semalam. Serius kalau semangat kau tinggi menggunung tapi masa nya tiada, tidak guna ye. Semalam serius aku busy. Dalam selama aku kerja semalam lah paling busy. Kehulu kehilir aku. Dah rupa despatch. Entah bila la boss aku nak amek despatch tuk aku ni. Eh, untuk company ni.

Curveshawl baru siap separuh. Eh, Actually suku. Sebab suku lagi dah pos dekat kawan-kawan yang dah cop kaler awal-awal masa aku pergi beli kain haritu. Siapa tak tahu aku tengah tungkus lumus buat shawl sekarang, sila like Imtinan Collection sekarang. Ape lagi, like sekarang *sambil buat muka gawang, jengil biji mata sampai nak keluar* Lagi separuh tu, slow-slow la eh. Aku ni dah rupa superwife dah. Nasib belum ada anak, kalau dah ada mungkin boleh jadi supermom. Hik Hik Hik

Eh, siapa ada jual shaklee? Nak try la set laki bini punya. *dasar gatal* HAHAHA

Sabtu Ahad lepas rasa kejap je cuti. Sabtu aku keluar meroyan dengan Amalina and Miza. Pergi beli kain kat Jakel. Tapi macam mana boleh tak ambil gambarrrrr. Pelik dan ajaibnya. Dah la nak jumpa pon 8 tahun sekali. Boleh tak ambil gambar? Hey hey hey. Teruk sungguh. Keluar rumah lepas zuhur teman Alan lunch dulu sambil aku makan gulai ikan bawal sepinggan. Terus berdesup tinggalkan Alan kemas meja makan. HAHAHA. Sebab janji ngan Miza nak gerak kul 12.30 tengahari. 

Sampai rumah dah nak dekat maghrib. Eh, bukan. Dah maghrib. Sekarang kan kul 7 dah masuk maghrib. Nasib masuk rumah tengok Alan tengah mengaji. *terus nak nangis, dosanya tinggal suami sorang-sorang hujung minggu* Lepas tu salam-salam Alan sikit. Nasib senyum je laki aku. Ok la, lepas ni boleh keluar ngan kawan-kawan lagi. HAHAHA *sekejap je rasa bersalah* Eh, aku dah minta izin dari Isnin haritu lagi. Alan izinkan. Bukanlah aku keluar tak bagitahu. Korang bukan boleh, kalau tak explain mula la pikir bukan-bukan. HAHAHA

Then, sebagai balasan esok Alan tinggalkan aku. Pergi main paintball dengan budak-budak shift dia. Kira fair and square la. Kul 9 pagi dah siap nak pergi main paintball katanya. Aku ni ha, bangun lah kul 7.30 pagi nak siapkan breakfast semua. *padahal buat nasi goreng je pon* Aku memang suka bangun awal kalau hari minggu. Hari kerja je aku liat-liat tanah liat sikit nak masak pagi. Hari minggu I is Rajinnnnnn sangat buat breakfast. Amboi, 7.30 kau kata awal. Datang bulan, awal la tu aku bangun. Kalau sihat kul 6.30 pagi aku dah siap masak *tipu*. Sekali kawan yang nak ambil Alan tu terlajak tidur. 11 pagi baru Alan gerak pergi Shah Alam. Sempat la layan movie seround dengan aku.

Oleh kerana Alan tak balik makan lunch dekat rumah, aku tungkus lumus la siapkan CurveShawl Wide and Halfmoon Wide Ahad haritu. Tapi sempat siap potong je. Ada dalam 40 kaler semua ye. Harap anda bersabar bagaimana Alan bersabar rumah umpama tongkang pecah hari minggu haritu. HAHAHA


Rumah umpama tongkang pecah.
 Aku suka potong kain kat hall. Sebab boleh sambil potong kain tengok tv. Sambil makan kuih,sambil kacau Alan tengok tv, Sambil berborak. Bagi aku dengan Alan inilah the best quality time we spend together. HAHAHA *ayat penyedap hati sendiri*

Lepas je Alan cau cin cau pergi main paintball aku laju-laju potong kain bagi siap semua. Lipat elok-elok asing ikut jenis kain and jenis shawl. Wide ke biasa ke halfmoon ke chiffon ke cotton ke. Lepas tu terus kemas hall. Kesian plak kat laki aku nak jalan asyik langgar kain aku je.
Ni baru separuh yang aku lipat. Lagi separuh dah masuk dalam bilik jahitan. Eh, siap iktiraf bilik belakang as bilik jahitan. Sebenarnya dah rupa store aku rasa. Semua benda Alan ngan aku campak dalam tu. Nak guna kena punggah-punggah baru jumpa. Rasa nya hujung minggu ni kena buat operasi gerak gempur bilik belakang tu. Kemas bagi selesa sikit aku nak menjahit.


Ini adalah contoh Wide Halfmoon Mieza. Kenapa nama macam tu? Saja bagi komersial sikit sempena nama Miza teman aku pergi cari kain. HEHEHE. *nampak sangat dah sebulan tak lap cermin* Actually kain tu hitam elok je. Bintik-bintik putih tu habuk. Maafkan saya. Saya terkejar-kejar nak buat semua benda. Nasib ada suami memahami. Tak kisah pakai cermin berhabuk. HAHAHA


Ni pula Wide CurveShawl Candy Cotton. Pergh *nama ni betul-betul baru wujud dalam otak aku time taip entry ni* Ni memang betul-betul XXL. Aku pakai siap atas tu aku boleh lipat buat macam pakai tudung patsegi biasa tu. Sebab kain ni jarang. And aku tak suka pakai inner neck. Sebab rasa macam tercekik. 

So, siapa belum like Imtinan Collection? Pergi like sekarang. Dalam minggu depan aku release semuanyaaaaaaa. Sebab tunggu la aku siapkan semua. Lagi pon semua belum gaji kan? Hik Hik Hik

Thanks kerana membaca sampai habis. Entry terpanjang dalam sejarah. Qada' semalam punya entry.

with❤:izan®

Tuesday, October 01, 2013

Gembira tak terhingga.

Hai, 

Sabtu ahad lepas aku balik johor. Isnin semalam saja ambil cuti. Alan ambil cuti hari Jumaat. Lepas tu dia tahu aku cuti Isnin terus MC. Kaki dia yang operate haritu kan tak berapa nak elok lagi. Sabtu Ahad dia saja yang drive. Aku nak tukar-tukar dia tak bagi. Ha, rasakan la. 

Sebab semalam 2-2 cuti aku ajak Alan pergi cari mesi jahit idaman tu. Hahahaha. Bagus sangat bini macam ni. Padahal semalam aku mana gaji lagi. Hari ni baru masuk. Duit laki ku la yang ku kikis-kikis.

Dah dapat mesin jahit tepi dan mesin jahit lurus hati ni punya la mencanak riangnya. Rasa macam berkobar-kobar sungguh nak menjahit langsir dan baju sendiri. Cerita pasal mesin jahit ni nanti la aku bagi special edition punya entry.

On the way nak balik dari beli mesin jahit semalam dapat call dari kedai perabot kata nak hantar sofa. Baru nak hantar kau. Dari Sabtu lepas aku order. Sampai rumah dalam pukul 4 lebih macam tu. Alan kelam kabut bersiap nak pergi main bola. Aku lantakkan aje. Sakit kaki pastu ada hati nak main bola. Malam karang cari aku. Hahahaha

Dah jam 7 lebih masa aku tangok cerita I Love U Mr Arrogant la baru sofa nak sampai. Kacau betul. Entry sofa pon nanti la kasi masuk. Sekarang lapar and malas. 

p/s: kite dapat mesin jahit mahal secara tiba-tiba. Hik Hik Hik

with❤:izan®

Wednesday, August 28, 2013

Persandingan Alan&Izan Carca Merba tapi Meriah-Rasa nak menangis(Gambar dari OP yang Awesome)

Hai, As salam

Actually masa petang before nikah tu aku ada tanya Emak. *kakak and kak-kak ipar aku pon ada masa ni*

"Emak, nantikan malam ni lepas nikah. Alan boleh tidur kat rumah kita tak?"

Belum sempat mak aku nak jawab, acik and kak-kak ipar aku gelak pastu siap jeling-jeling mata tu. Kak Etun *kak ipar mulut paling laser tapi aku sayang* terus balas.

"Hamboih! Gatainya, malam esok baru Alan boleh tidur rumah mak. HAHAHAHA"

Gatal sangat ke? Tanya je pon. HAHAHA. Baru mak aku balas.

"Tidoq la kalau nak, dulu masa duk bertunang pon Alan tidoq sini. Ni kan pulak dah kahwin. Takkan mak nak halang"

Dulu masa bertunang Alan ada la tidur rumah emak ayah aku 3 kali. Tapi dia tidur takat kat ruang tamu je la. Aku tidur dalam bilik. Pastu terus malu sendiri tanya soalan vunguk macam tu. Sengih-sengih pastu masuk bilik sorok muka bawah bantal.

Esok nya untuk majlis persandingan aku dengan Alan. Aku nak buat dekat luar rumah je semua. Senang kawan-kawan nak ambil gambar. Bukan nak bersanding sangat pon. Just syarat je buat pelamin. But lebih kepada nak ambil gambar dengan rakan-rakan and sedara mara yang hadir je. Tapi memang kelam kabut juga la. Sebab selama ni bila abang-abang and kakak-kakak aku kahwin aku lah wedding planner diorang. But when it become to my turn semua dah beranak pinak. Mana nak handle anak lagi nak layankan pengantin macam aku ni lagi. So aku handle sendiri je la.

Masa ni aku rasa macam "if she still be with me, she is  the person yang akan ke hulu ke hilir aturkan perjalanan majlis aku, dia yang akan buat semua. And suddenly I miss her so much masa aku duk atas pelamin hari tu" Semoga Allah menjaga mu disana. Al fatihah. Tapi Alhamdulillah. Selesai dah pon majlis nya. Kalau tak de siblings aku yang lain memang kalut and kelaut la majlis aku. Adik love Along, Abg Pen and Acik! 

Dah la, kalau cerita lebih-lebih korang bukan nak baca sangat. Aku kasi gambar dari OP yang sangat Awesome dulu ok. Ni sahaja yang ada buat masa ni. Ini pon aku copy dari FB beliau. Yang selebihnya kena bayar bagi habis dulu la baru boleh dapat full. HAHAHA

Alan kalau bab ambil gambar candid macam ni memang kayu sikit. Jenuh nak kena plan. Nasib la Alan dapat isteri gila camera macam aku. Tapi aku tak suka pegang camera. Aku suka orang ambil gambar aku. HAHAHA
 Yang ni pon tak candid actually. Tapi nasib muka Alan menjadi buat-buat candid. 
Tangan my BFF. Nanti Dayah kahwin tangan aku dengan ko pula eh Paah. Karang ko kahwin tangan aku, Dayah dan anak-anak kitorang pula. HAHAHA
Aku langsung tak da plan nak ambil gambar dalam bilik. Tapi nasib Alan bisik-bisik ajak ambil gambar dalam bilik. Bagus juga laki aku ni. Serius, Alan sangat bagus bab planning. 
After a few shoot. Tangan kejung keras macam tu sebab tak nak bagi tutup muka. Mata jegil besar-besar walaupon kelopak-kelopak bunga tu dan macam nak masuk dalam mata dah. But hasil sangat cantik. *libas-libas tudung*
Last but not least, aku bukan dapat cincin untuk batal air sembahyang. Aku dapat rantai leher. Nanti aku tayang ok. 

I love u suami. 

with❤:izan®

Thursday, April 11, 2013

Haram J punya Malware! Saya berjaya hapuskan nya!

Hi, salam.

Akhirnya aku berjaya buang si Malware. Hasil dari google dan ikhtiar aku sendiri bagaimana untuk menyelesaikan masalah serangan Malware ni, akhirnya rosak semua template and bloglist aku. Terus rasa macam blog tak handsome! 

"Su, blog aku dah okey. Ko boleh baca dah eh."
*kekonon su baca blog aku 

Kalau ada sesiapa yang blog ko ada Malware baik ko pergi jauh-jauh! Jangan follow blog aku! Aku tumbuk ko kang. *garang ni

Stress nya buat akaun!

Tengok muka ni terus tak stress. Nak gelak. HAHA
p/s: Kerja melambak still ada masa menghapuskan Malware durjana.

with❤:izan®

Thursday, January 31, 2013

360' changes.

Hi, salam.

Apa khabar anak-anak, adik-adik sekalian. Seperti biasa tidak akan ada lain-lain alasan selain busy dengan kehidupan lain selain kehidupan maya. So here a new update! Yeay! *kepala hotak kau yeay

Tahun 2013. Sebelum esok masuk Febuari, "Happy new year friends" *walhal dah sebulan masuk tahun baru*. Kerja baru, rumah sewa baru, kehidupan baru. My life is turn 360'. Tapi aku suka. Ini perubahan yang sangat menyenangkan. So many chapter in my life yang dah di skip kan dari blog. Yang manis akan dicatatkan entry by entry. Yang pahit biarkan berlalu. *muntah sastera*

One of Yang Manis awal tahun 2013 ialah :
1. Tukar kerja baru. Dari rumah nak pergi kerja is about 15min only without any traffic jem and noise pollution.
2. Rumah baru. Sewa is all about RM80/month. It is a huge saving stay in Nilai.

Cukup lah, tak payah nak manis-manis sangat. 

Kepada sesiapa yang menatikan update braces. Sabarlah wahai kalian, entry braces akan menyusul dan menyusul kelak. *seperti biasa janji ini jangan mudah dipercayai.

Sehingga ketemu lagi. Entry ini tamat! Eh?

with❤:izan®

Monday, June 11, 2012

Wanita cantik menaip dengan laju.

Hai, salam.

It is just a quick update from office ye. Jangan kau harapkan aku nak menaip panjang-panjang pula. Silap langkah boleh menyebabkan bos naik hantu. Sebelum itu berlaku, cepatkan la sikit ye izan oi menaip tujuan asal. Jumaat malam selepas kerja terus menghalakan kereta ke tol Duta. Balik trolak setiap minggu adalah indah ye. Jikalau kaya mahu saja aku balik setiap hari.

Sabtu pula, membawa si Ken (Nama untuk kereta Kenari) HAHAHA. Boleh la anggap funny. Nama ni muncul secara tiba-tiba. Sama dengan nama tembam untuk skuter aku dulu. Sekarang ada dekat rumah. Ayah guna bawa pergi solat. Kata ayah, senang bawa skuter dari motor biasa. Tidak perlulah dia menyinsing kain pelikat sampai ke paha menayang bulu kaki. HAHA. Sungguh comel Hj.Salleh. Eh, di mana saya td. O, membawa En.Ken menukar tayar. Ini adalah kerana tayar semasa dibeli adalah tayar lama dan tidak sama. Ayah kata kenapa tak cek. Mana la aku ni tahu pasal kereta. So, setelah 6 bulan menggunakan kereta tersebut alignment tayar telah lari ke kanan. Ini berbahaya.

Oleh itu, ayah suruh aku tukar terus 4 biji tayar lama dengan tayar baru. Melayang la RM500. Tak ape, untuk keselamatan.

Petang sabtu pulang ke rumah sewa. Membawa bekalan durian kampung untuk housemate and soulmate. Alan bukan makan durian pon. Sama la macam aku. Sangat secocok. Lalu tinggalkan sahaja buat housemate Alan. Anggaplah rezeki jatuh bergolek. Lalu sebagai balasan Alan ajak date. Eh, Silap. Aku yang ajak date. Jalan-jalan ke IKEA tanpa arah tuju. Aku berani katakan semua wanita macam aku. Masuk je Ikea dengan partner mesti berangan kan. "Baby, kang i nak dapur macam ni.". "Abang, bilik tidur kita nanti konsep merah la nak?". "Sayang, kalau ada anak nanti kita buat bilik macam ni nak?". Aku pon tak terkecuali. HAHA

Eh, semacam panjang pula. Kan dah berkata awal tak mahu menaip panjang. Oleh itu bye!



with❤:izan®

Thursday, June 07, 2012

New Job.

Hai, salam.

As you alls know, kalau tak tahu ni korang akan tahu. Lepas je praktikal dekat HQ 7e, aku terus sambung kerja kat sana. Dalam setahun lebih. So many things i had learn there. Dari aku tak tahu apa itu kerja sampai boleh la sekarang nak pindah cari kerja lain. Eceh. Dan akhirnya aku telah pindah kerja. Dekat Mont Kiara. Jadi orang Damansara la pula. Tapi still duduk rumah sewa yang sama. Dengan Dila and Nana. Cuma jauh sikit la nak berulang dari Cheras ke Damansara. But it still okey. 

Dari payroll ke admin. Memang banyak perbezaan. Banyak yang aku nak kena belajar. Walaupun memang aku belajar admin, tapi telah lama aku tinggalkan. Tiba-tiba pula nak kena buat cash flow semula. Tak ke gelabah nak mampos aku nak recall ballik apa yang aku belajar masa 1st year kat UKM dulu. Nak kena prepare payment voucher, trace transaction, key in in excel. Manage property to rental and sales. Oh My Allah! Finally i am practicing what i had learn at Uni. I am so thankful Ya Allah.

Suasana office juga berbeza. Kalau dulu masuk office riuh, gamat dengan suara-suara teman sepejabat. Ye la, ramaikan. Sekarang yang ada dalam ofice ada la dalam 5 orang. Yang lain semua agent yang merata menjalankan tugasan luar. But it is fun actually. With these small amount i hope i can get into all the officemate and can make friend. I ada meja sendiri tau. Ada printer sendiri. 

My workplace.
Then dalam office ada small pantry and fridge. Had free work place yang mana agent boleh duduk mana-mana diorang suka. Boss pula jarang-jarang ada di office. Can you imagine how nice my new workplace? It is very nice. Tapi aku takkan lupa company lama yang mana telah ajar aku macam-macam. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja. Eceh! HAHAHA

The free workplace for the agent.
So far, baru tiga hari kan aku bekerja kat tempat baru. Nothing much to say. Still try untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru.

The mini pantry.

nak kene letak caption ke ni ape?

p/s : Izan Boleh!


with❤:izan®

Monday, July 11, 2011

Apa makna langkah kanan.

Hai, salam.
Adoiyai, kenapa terasa seperti baharu berblog ni. Dengan layout baru. Seperti kanak-kanak baharu belajar mentaip blog. Ini lah masalah rakyat Malaysia. Bila dah terbiasa dengan apa yang biasa susah mahu menerima perubahan. Eceh, dah macam nak berwakil rakyat la kau Izan.

Abaikan intro yang merungut pasal draft blogspot yang baru. Padahal bagi orang lain dah lama kot. Nampak sangat baru ko nak update entry minggu ni. Maaf kerana lama menyepi. Ada orang kisah? Blah terus pon tak pe. So, kembali ke alam maya berblog hari ni. Kita pelajari Apa Makna Langkah Kanan?

Aku bagi contoh la eh senang nak bagi paham. Aku ke rumah Kak Nani, waktunya adalah time dinner. Dari rumah jangan makan apa-apa. Sampai sahaja dirumah Kak Nani, bagi salam buang dua tiga laung, then Kak Nani buka kan pintu. Masuk-masuk tengok Kak Nani, Kak Wenny dan Kak Rini tengah makan. (Mereka adalah housemate, dah saya bukan). Then kita mulakan perbualan " Laaaaaaaaaaa, langkah kanan rupanya Izan hari ni ". Confirm diorang akan ajak ko makan sekali. Mak cakap rejeki usah ditolak.



Contoh kedua, ke rumah Kak Wenny pula. Hajat hati mahu copy cerita drama korea dari Kak Rini. Sampai ke rumah Kak Wenny, bagi la salam selaung dua, lepas tu Kak Wenny akan bagi aku kunci then suruh aku bukak pintu sendiri. (Ini bermakna tuan rumah telah memberi keizinan kepada anda untuk membuat rumah mereka seperti rumah sendiri). Dari luar kedengaran Kak Nani memasak di dapur. Oh, buat karipap rupanya. Lalu silalah sebut " Laaaaaaaaaaaaa, langkah kanan lagi Izan hari ni ".

Contoh ketiga pula. Kau datang pada tengah hari hari ahad. Ingat nak berhujung minggu dirumah Kak Nani. Niat dalam hati " Minta-minta la hari ni langkah kanan lagi aku, kot-kot dapat makan makaroni goreng ke kan ". Sampai je rumah Kak Rini, bagi salam selaung dua. Ketuk berkali-kali. Urm, harapan hampa. Mereka keluar shopping rupanya. Itu la, niat dalam hati tu penting. Kalau niat dah tak betul, apa pon tak boleh.

Oleh itu, hanya itu sahajalah contoh langkah kanan hari ni. Harap anda faham.

Bye.

with❤:izan®

Tuesday, July 05, 2011

Rumah sewa saya.

Hai, salam.
Seingat aku, aku macam ada kata nak tayang gambar rumah sewa aku dekat Cheras ni kan. Eh, ke tak ade? HAHAHA. Biasalah aku ni. Jangan dituntut janji yang lama-lama. Kalau aku rasa nak buat ni ha baru aku buat. Kalau plan je nak buat then tak buat. Apa pon tak boleh. Meh aku tayang meh. Argh, kang mesti ada yang kata, time rumah kemas ko nak la tayang izan ooi. Yela-yela. Aku kasi tayang la keadaan rumah time hari kerja dengan hari minggu. 

Peringatan : gambar belah atas semua gambar time hari kerja. Belah bawah time cuti. Harap maklum, aku dengan kawan-kawan aku semuanya wanita berkerjaya-la-sangat.





Rumah bujang. Perabot mana nak ada. Jangan nak komplen kata rumah aku BERSEPAH! Tapi memang pon. Tapi please dont say that! Try la kalau berani.

Bye.

with❤:izan®

Sunday, July 03, 2011

Menonton bola sambil-sambilan.

Hai, salam.


 Macam kembar tak? Okey tak..bye.
with❤:izan®

Olympus PEN E-PL1

Hai, salam.

Alhamdulillah..Thanks to Allah. Finally i got it. Thanks Alan! I love you more.



p/s : Lepas ni penuh la dengan gambar blog ni. HAHAHAHA

with❤:izan®

Thursday, June 30, 2011

I am oficially Hired!

Hai, salam.

Dah puas baca How I Met My Alan (1) semalam? HAHAHAHA. Buat masa ni sampai situ sahaja dulu. Nanti bila ada mood aku sambung balik drama cinta aku tu. Agak-agak boleh buat novel kaya jugak aku nanti.

So, starting from 1st July ni aku oficially hired. Not fired. Dah kerja weyh, cam tak caya je kan aku dah masuk alam bekerja. Kalau dulu asyik pikir nak tengok movie apa, hujung minggu ni buat apa, malam ni nak tengok cerita apa. Sekarang pon sama. Bulan depan maybe dah lain sikit.

Mungkin aku akan pikir. Eh, bulan ni sewa rumah cukup ke nak bayar, bajet duit makan berapa, nak kena OT ke tak ni. Argh..Isnin? Malasnya nak pergi kerja. Fuh,FUh,Fuh. Dah kerja weyh. Alhamdulillah. At least aku tak menganggur nak tunggu grad. Dapat timba pengalaman.

Nanti aku sambung drama HIMMA okey.


p/s : Penuh jerawat. Nanti kita upload muka tak de jerawat pulak okey. Tengah dalam proses nak cun ni. HAHAHA

with❤:izan®

Monday, June 27, 2011

Yeay, dah lengkap.

Hai, salam.
FYI, Jumaat lepas aku telah menjalani exam yang terakhir di alam degree. Fuh! Akhirnya, setelah tiga tahun bertapa di bumi UKM. Special thanks to Ezkandar sebab tolong aku ambil slip exam. Kalau tak de menda alah tu, macam mana la aku nak exam kan?

Oleh kerana aku exam seawal jam 8.30 pagi. Aku telah meminjam kereta Alan. Takut dibuatnya tak sempat. KTM saja-saja nak delay pagi tu, tak ke haru biru aku nak kejar exam. Dengan penuh daya tenaga aku mintak nak pinjam kereta dia. Eceh, padahal aku cakap macam ni je pon " Awak, nak pinjam kereta awak la pergi exam Jumaat ni ". He said " Okey sayang " . Macam tu je kot. HAHAHA

Bila sampai UKM pagi tu dah jam 8 pagi. Aku dok call Ezkandar sebab slip aku kat dia lagi. Boleh plak tak jawap? Jumpa Leman kat depan dewan exam. Tanya kot-kot dia nampak Ezkandar. But nope. So aku pon tunggu je la depan hall. Rupanya Ezkandar dah masuk dalam dewan and letak aku punya slip atas meja. Tapi dia keluar balik sebab Leman kata aku cari dia kat luar. HAHAHA .Thanks Ezkandar. But...sekali tersalah slip la. Slip Ezkandar yang kat atas meja aku. Nasib la meja dekat-dekat je. Boleh la lari pergi tukar jap.

Berakhirnya exam jam 10.30 pagi maka berakhirlah zaman belajar aku. Yeay! Lepas ni nak belajar masak-memasak la pula. Kang tak pandai masak kena gelak dengan mertua. Malu la I. HIK HIK HIK...

with❤:izan®

Friday, June 24, 2011

Penjagaan Kesihatan

Hai, salam.

Nak exam je rasa cam nak demam. Ni semua gara-gara baca je slide. Ndak hafal pon. Tak pe. Janji paham.

Aku tengah exam sekarang ni.

with❤:izan®

Saturday, June 18, 2011

Usah lari jauh-jauh.

Hai, salam.
Siapa pernah dengar " Takkan lari gunung dikejar ". Tapi sekarang dah banyak gunung dah gondol. Gunung tak lari dah ni, ni gunung dah hilang terus. Orang lama-lama cakap macam ni biasa nya untuk orang yang dah tak keruan dok pikiaq dia punya marka nak kawen ka. Hapa ka kan? Bila glabah tak cukup duit nak kawen, and takut marka dia kawen dengan orang lain dapat la nasihat lagu ni. "Relek ar bro, tak lari gunung dikejar ".
Tapi tu dulu la kan. Sekarang ni, kalau guna pepatah yang sama, alamat hang putih mata la. Bukan kata tak sanggup nak tunggu. Tapi kena berpada. Setakat tengok tak kan membuahkan hasil. So, aku nak listkan a few tips how to make your girl sanggup tunggu sampai 5 tahun. Tapi tips ni untuk 5 tahun je. Selepas 5 tahun dia tak akan sanggup tunggu dah. Dia blah je lagi cari BF lain. HAHAHA.
  1. Dedahkan segala perancangan masa depan anda. Kalau anda plan nak kumpul duit untuk 5 tahun lagi bagitahu dia apa sebab anda nak masa sampai 5 tahun. Sebagai contoh, sebulan anda save RM1000. Setahun sudah ada RM12,000. Anda memerlukan RM20,000 untuk membayar duit pendahuluan rumah. Ini bermakna anda memerlukan 20 bulan. Iaitu bersamaan dengan 1tahun 8bulan.
  2. Seterusnya ialah simpanan untuk berkereta. Sekarang time bercinta boleh la nak pakai motor sahaja. Dah kawin tak kan nak naik motor lagi? Dah mengandung pon nak pakai motor. Jawapnya beranak la bini ko atas motor tu. Bajet untuk kereta RM5,000. Ini nak bayar duit muka je. Bulan-bulan lain cerita. So nak kena ambil masa 5bulan. 20 bulan + 5 bulan = 25 bulan. Bersamaan dengan 2tahun 1bulan.
  3. Dah beli rumah dah beli kereta. Nak kena lengkapkan rumah dengan perabut pula. Cakap dengan bakal wife korang tu. "Sayang, abang perlukan RM 16,000 untuk lengkapkan rumah kita dengan perabot ".  Kalau hang cakap lagu ni, lembut hati awek hang nak marah sebab dah tunggu lama dah ni. Ini bermakna 16bulan lagi nak kena tambah. 16bulan + 20bulan =36bulan. 36 bulan bersamaan dengan 3 tahun dah.
  4. Ni last ni. bab duit hantaran. Pergh, tang ni memang kecut perut nak pikiaq. Aku bagi atleast la ni eh, atleast la mertua ko minta RM10,000. Murah dah ni. So, perlukan lagi 10 bulan. 10bulan +36bulan = 46bulan. Dah 3 tahun 10 bulan dah ni.
  5. Okey la okey la. Tambahan last ni. Ada lagi 14 bulan kan nak cukupkan 60 bulan yang bersamaan dengan 5 tahun. RM 10,000 untuk kenduri. Iaitu selama 10 bulan. Dan RM 4,000 untuk honeymoon. 
Homangai....Berapa lama aku nak kena tunggu ni. HAHAHA
with❤:izan®

Sunday, June 12, 2011

Tiada lagi kelembapan bersama Maxis Broadband.

Hai, salam.
Selamat hari ahad. Kemana korang hari ni? Dating la tu. Kan? I duduk rumah je u. Alan kena kerja. Its okey. Boleh la aku update blog banyak-banyak kan.

FYI, aku dah jual broadband aku dekat husband Kak Eija. Kak Eija? Takkan tak kenal. Beliau adalah jiran merangkap officemate aku sekarang. Rumah selang 2 pintu je. Agak-agak nak pinjam beras ke gula ke jerit je. HAHAHA.
No more lagi nak hangin-hangin sebab broadband mengalami kelembapan la hape la kan. Ni bukan kelembapan kulit macam iklan Dove tu. Ini lembab macam harem. Bukan harem pants. Ha, kan dah melalut. Stop it izan. 

Jadi, agak-agak korang aku guna apa sekarang?
  1. Broadband Celcom?
  2. Broadband Digi?
  3. Unifi?
  4. P1 Wimax?
Siapa dapat teka dengan betul I bagi kiss. Cepatttttttttttt....
with❤:izan®

Tuesday, May 10, 2011

Mungkin ada hikmahNya.

Hai, Salam...
Pernah tak dengar orang lama-lama kata. "Sabarlah, Mungkin ada hikmahNya". Biasanya bila korang dengar ayat macam ni? Time korang tengah sedih kan? Or like ditimpa musibah ke, masalah ke kan? Rasa macam aku lah manusia paling malang di dunia. Eh, kau belum tengok rakyat negara-negara yang kena merempat merata nak tidur dengan aman. Dah nak kata kau lah paling malang. Eh, apahal wa macam nak maki-maki lu olang pulak ni kan. Gurau je okey.

So, aku akan senaraikan beberapa contoh musibah dan hikmah dariNya yang mungkin korang tak terfikir and sometimes tak terlintas pon difikiran korang. Or mungkin sebenarnya korang terfikir but try not to admit it right? Lets beginnnn...
  1. Musibah : Bila anda failed in exam. Bukan la failed sampai tak sampai 2.0 pointer pon kan. Maksud aku macam, korang jangkakan more than that but when result cames out? Its really pain. Rasa macam tak berbaloi usaha korang selama ni. Bukan tak berbaloi. But not enough dear. And HikmahNya : Maybe Allah menggagalkan anda sekarang supaya anda berasa tercabar dan berusaha lagi.Or mungkin kerja yang bakal korang terokai pada masa depan tiada kena mengena dengan apa yang korang belajar di universiti. So Allah gagalkan kerana Dia tahu apa yang akan digunakan oleh hambaNya pada masa depan. Tapi! Jangan pula korang malas nak belajar sebab aku dah cakap macam ni. Cuba baca balik. I write "maybe". Mean is, I also not sure about it.
  2. Musibah : When you failed work interview. Tak kisah la interview nak kerja or nak praktikal sahaja. Interview juga kan namanya? Bukan sebab anda tak layak. Anda layak untuk semua kerja. Cuma kerja itu sahaja yang tidak layak untuk anda. HikmahNya : Allah tahu apa yang hambaNya mampu lakukan. Maybe kerja tersebut tak mampu dipikul oleh anda. So Dia gagalkan anda.
  3. Musibah : Bila kamu ditinggalkan kekasih. Feel like wanna die? Please dont. Actually it was the best thing ever. Sebab she/he tak tahu bagaimana nak menghargai kehidupan beliau bersama anda. One day, when you meet another partner and she/he meet their partner too. You just can smile and say "How lucky am i because being dump by you before, and pity your new partner". Eh, apa aku cakap ni. Okey-okey,tak baik okey cakap macam tu. Just pray and hope dia juga bahagia macam anda. Tapi kurang sikit je. HAHAHA.
Thats all for now. Mungkin kita akan cari lagi kemudian hari antara musibah dan hikmahNya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

with❤:izan®

Sepuluh perkara dari blog sherah

Hai, Salam

Hai sherah. Itu pon kalau sherah baca blog aku la kan. Untuk mengenali siapakah sherah yang sememangnya sudah dikenali. Boleh pergi tengok. Kerana tertarik mahu membuat sama sepuluh perkara ini. Aku join. Sebab tak ada pon syarat orang-orang tertentu je boleh buat. So anda-anda yang hendak buat boleh la buat. Buat la oi, jangan tak buat. Eh, dah macam paksa dalam rela pulak.

day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favourite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words

with❤:izan®

Monday, May 09, 2011

We always play

Hai, Salam.

Aku pernah cerita tak pasal office? Okey anggap je la tak pernah. Anak-anak bonda. (ini adalah untuk tatapan anak-anak aku dalam masa 20 tahun lagi, InsyaAllah). Bonda sekarang kerja dekat HQ 7-Eleven. Position apa? Nanti tanya bonda sendiri la yer. Malu la bonda nak tulis pangkat kecik-kecik dalam blog Gah bonda ni. Kalau bonda dah jadi CEO dalam syarikat sendiri baru bonda tulis position apa ya. Blah!

Aktiviti harian bonda di office adalah bermain sahaja. Ala, main-main je. Main bowling, makan, balik kerja. HAHAHA. Tak-tak. Bonda gurau. Kitorang selalu main boling. Selalu? Padahal baru sekali aku join. Selalunya hari Jumaat la. Sebab lunch time lama. 2 jam you. Nanti kalau company you all tak kasi rehat lama hari Jumaat bagitahu bonda. Meh nak sekeh sikit pala bos tu. 

As you all know, bonda ni bukan la hebat dalam main boling. Tak pe. Ayah dah tahu. Bonda awal-awal lagi dah bagitahu ayah korang. Tak payah nak kepochi sangat. Bonda ni hebat tang bergambar je. Bonda malas la nak kata apa kan. Tiap kali gambar je, mesti muka bonda. Muka bonda lagi, gambar lagi. Nanti kalau ada antara korang yang minat bergambar, maknanya ikut ayah la tu. Eh, ikut bonda la tu.

Pergh! Dah macam mak-mak betul ni. HAHAHA

Oleh kerana ada banyak gambar. Biarlah gambar bercerita. Bonda ni bukan la rajin mana. Pemalas ya amat. Kalau tak paham pergi tanya ayah. Bukan bonda. Tak kuasa aku nak layan.





Ni kalau bos bagi bonda rehat 4 jam hari Jumaat. Kompem bonda main lagi. Buat pengetahuan kalian. Bonda mendapat tempat pertama hari tersebut. Tapi dari belakang. Bola lebih gemar ke longkang dari mara ke depan. Salah bola la ni tak bulat. Line pula lopak-lopak. Bukan salah bonda.

with❤:izan®

Thursday, May 05, 2011

Kenapa perempuan selalu marah-marah

Hai, salam.

Anda sihat? Anda bahagia? Jika jawapanya ya, sila sambung baca. Kalau tak sihat and tak bahagia pon still nak baca saya tak halang. Semuanya hak anda. Topik sembang malam kita hari ni adalah "Kenapa Perempuan Selalu Marah-Marah?" Sebenarnya bukan lah marah. Cuma gurau-gurau manja je. Ye dak kaum-kaum sejenisku? Kepada kaum lelaki yang ada emak, adik perempuan, kawan perempuan dan kawan special perempuan mungkin entry ini berguna kepada anda.

 Ada beberapa sebab sebenarnya. Antara yang terlintas difikiran ku :
  1. Perempuan inginkan belaian. Sebab ini adalah munasabah. Mengapa? Yela, contohnya la kan, kalau korang dah lama sangat tak gaduh-gaduh manja kan. Perempuan ni mesti saja je cari sebab nak gaduh. Kadang-kadang sebab sikit je jadi gaduh besar. Contoh, kalau aku mesej Alan, then dia lambat reply, mesti aku jadikan point nak gaduh. Kata dia malas layan aku la hape la kan. Itu semua adalah taktik ya kaum-kaum lelaki sekalian. Kalau perkara tersebut terjadi, sila beri layanan kepada kami dengan penuh kesabaran. Contoh tadi contoh je ya. Aku kan GF yang baik. Mana ada buat Alan macam tu. HAHAHA 
  2. Perempuan ingin menarik perhatian. Ini mungkin ya. Sebab aku pon was-was juga ni. Contoh nya la kan, kalau aku tengah mesej-mesej Alan. Dia reply pendek-pendek je. Tu pon macam nak tak nak je kan. Sebab dia tengah main PSP or layan kartun kat bilik housemate dia. So aku akan lancarkan perang secara senyap. Seperti membalas mesej "awak buat la kerja yang penting tu dulu, saya ada kerja". Then Alan akan reply "Eh, saya tak ada kerja la. Awak buat ape tu?". Tengok, kan dah berjaya menarik perhatian. Ini juga adalah contoh ya. Aku kan GF yang baik. Mana nak buat Alan macam tu. 
  3. Perempuan nak datang bulan. Ini memang betul! Sebab kan, kalau timing aku macam nak kena je kan dalam bulan tu. Then tiba-tiba aku saja je malas nak layan Alan ke, or tiba-tiba aku cakap "saya tak cun la awak". Then Alan mesti kata "awak dah nak datang la ni,cakap pon merepek-merepek je".
     Esoknyaaaaaaaaaaaa, mesti aku ABC! (Allah Bagi Cuti). 
Ini adalah dari pandangan aku sahaja. Oleh itu, kaum lelaki. perempuan ni senang je nak hilangkan marah dia. Beri perhatian time dia bercakap atau mesej, dan layan dengan ikhlas. Kalau tak nak mesej cakap je. Tak yah nak reply pendek-pendek sekadar memenuhi syarat. Ini lagi la buat kami sakit hati. Then, jujur dengan kami. Itu je, senang kan? Tapi kalau time "The time of the month" tu memang tak boleh nak buat ape la. Kami kaum perempuan ni, kompen cepat naik angin. Hormone tak stabil la katakan.

with❤:izan®